Post time 2-4-2020 01:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Anne15 replied at 1-4-2020 08:49 PM
Ingat saja2 jer ke mawar masak tomyam hahahahaha siap mention tak taruk gula, sskjp kan suka masak ...
i pun perasan..byk kali dia stresskan takyah boh gula dlm masakan dia everytime dia live..sesuatu disitu ya...tp kira elok la jugak si mawar ni..berlapik2 lagi..latest masa masak tomyam tu..jgn jd sampah masyarakat...sedas bagi.. rasa ditujukan kat mamat poyo tu...
Post time 2-4-2020 05:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Wahai artis, jemput jenguk flat di Kuala Lumpur
Hilal Azman
COVID-19 telah menghambat setiap pelusuk dunia. Di sini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini telah memasuki fasa kedua.
Fasa pertama berjaya diharungi namun demi kemaslahatan bersama maka telah disambung selama 14 hari lagi.
Tidak dapat dinafikan bahawa ujian daripada Tuhan ini telah memberi kesan baik dari segi material, kewangan, ekonomi, gaya hidup, kesihatan mental, spiritual dan lain-lain.
Si anak kehilangan ayahanda tersayang kerana jangkitan wabak ini. Pegawai kesihatan ada yang terpisah dengan keluarga dan tidak pulang ke rumah kerana bertugas untuk orang awam.
Si ibu dengan perasaan yang berat hiba hanya mampu melihat anak beliau daripada luar bilik kuarantin yang entah bila-bila masa sahaja boleh dijemput Ilahi.
Golongan miskin bandar mengikat perut anak beranak kerana si ayah tidak lagi boleh berniaga goreng pisang di pasar malam.
Mahasiswa di kampus runsing memikirkan keadaan keluarga di kampung halaman.
Hakikat dan bahasa mudahnya, kita semua berada dalam situasi susah, ketakutan, kelaparan, kekurangan dan krisis.
Semua orang berada dalam keadaan genting.
Namun ada beberapa golongan yang mementingkan diri dan memperlekeh orang-orang miskin dan susah ini.
Akhir-akhir ini tersebar berita mengenai beberapa golongan artis Malaysia yang berkata hidup mereka susah dan mahukan bantuan khusus daripada pihak kerajaan.
Malah ada sesetengah itu tanpa segan silu dan kemanusiaan telah menghina orang miskin (golongan B40).
Penulis yakin bahawa artis ini hidup dalam ‘elite bubble’ (lingkaran elit) mereka sendiri.
Mereka tidak pernah ambil tahu dan sedar betapa di Kuala Lumpur ini terlalu banyak golongan miskin bandar dan B40.
Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) pada tahun 2017 menunjukkan bahawa purata pendapatan bulanan di Kuala Lumpur adalah sebanyak RM 1,994.40 dan lebih teruk hanya 65.8% ketua isi rumah di Flat PPR seluruh negara berpendapatan bawah RM 2,000.
Dalam 3 hari lepas penulis sendiri telah melihat slot Bersamamu di TV3 yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga di Flat PPR Desa Rejang, Setapak.
Seorang ibu yang menderita kanser usus telah menjadi ketua keluarga setelah ayah anak-anak ini tiada.
Ibu yang cekal ini menjaga kesemua anaknya 9 orang itu dengan yang paling kecil berumur 5 tahun.
Lebih menyedihkan ada dalam kalangan anak ini yang tidak bersekolah kerana tiada wang mahu dihantar ke sekolah.
Bolehkah artis-artis Malaysia bayangkan hidup di rumah flat kecil yang ada hanya 2 atau 3 bilik sahaja seramai sepuluh orang isi rumah?
Kisah ini ada kisah nyata yang masih berlangsung sehingga ke hari ini. Keluarga susah sebegini masih wujud ketika artis-artis Malaysia bising kononnya merekalah yang paling susah kini.
Tidak jauh dari rumah penulis di Flat Sri Penara, Cheras ada keluarga yang menderita kesusahan.
Si ayah perlu menjalani dialisis kerana mengalami masalah buah pinggang. Si ibu tidak bekerja kerana mengurusi hal rumahtangga.
Anak yang sulung terbaring kerana kemalangan dan mengalami kecederaan di kepala dan masih ada anak-anak kecil yang lain perlu mereka tanggung.
Penulis pasti keluarga miskin bandar dan golongan B40 seperti mereka ini tidak pernah menaiki gondola di pesisir sungai Milan atau Venice seperti artis-artis Malaysia.
Apalagi menikmati makan malam di hotel lima bintang atau memakai beg jenama Channel, Gucci dan lain-lain seperti artis-artis Malaysia.
Keluarga ini jika punya motor sudah bersyukur sangat jika nak dibandingkan dengan tayangan kereta Ferrari, BMW, Mercedes di Instagram artis ini.
Penulis berharap agar ketika waktu-waktu susah sebegini kita menginsafi dan muhasabah kembali segala perbuatan kita.
Banyak membantu mereka yang memerlukan dan bukannya memperlekeh orang-orang miskin ini.
Banyakkan bertaubat, mengingati Tuhan, belajar hidup sederhana seadanya, merendah diri, berdoa pada Tuhan dan bersabar dengan ujian wabak ini.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran: “Dan sesungguhnya akan Kami memberi ujian kepadamu dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman. Dan berikanlah berita gembira buat mereka yang bersabar”. (Al-Baqarah, ayat 155).
Memperlekeh orang miskin pada waktu kesusahan ini bukanlah tindakan yang bijak. Menikmati kehidupan mewah ketika orang ramai melarat kesusahan adalah kezaliman.
Kata Ali Syariati: “Jika kau derita maka kau hidup. Jika kau merasai penderitaan orang lain maka kau manusia.” – 1 April, 2020.
Post time 2-4-2020 09:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Itu lah ko fizo nak menyelit sgt... Dah kengkonon ko x mintak bantuan.. Diam2 sudah... Ko pegi menyelit komen "kesian dia ni" ke anju dah kenapa....? Ko ingat org nak setuju dgn kau ke? ... Silap org lah kau... By the way... Aku baru tgk video anju cerca fizo ni... Cuma tertanya... Fizo tu komen "kesian dia ni" je... Bukan fizo cerca netizen ke apa... Tp apa yg anju meleret smpai ke motor buruk fizo.... Sampai ke netizen yg beli tudung kau... Etc etc.... Mcm x berapa nak relate je.. Cercaan dia ni sesuai kepada retis2 yg menghina netizen...sesuai kpd vivy or aleeya tu yg persoalkan psl m40 b40 tu....
N paling sesuai kepada diri hang sendiri anju.... Sbb hang pun dulu suka hina netizen... Hang kata netizen ni melayu bodoh la... Melayu miskin la.... Lupa ker?
Post time 2-4-2020 09:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Anne15 replied at 1-4-2020 08:49 PM
Ingat saja2 jer ke mawar masak tomyam hahahahaha siap mention tak taruk gula, sskjp kan suka masak ...
Hahahahahahahha i can relate......
Makanan org utara n org pantai timur mmg x leh nak gu sgt....... Aku kenal org sskjp ni yg semua masakan wajib letak gula... KARI.... GULAI LEMAK... TOMYAM... ASAM PEDAS.... wehhhhh betol2 letak gula!!!! Bukan maneh sbb santan ke.... Bila pegi makan kedai yg bukan kedai kelantan... Buat juih mulut... Buat muka.. DOK SEDAK LANGSUNG!!!!! DOK RASO GAPO.. DOK MANEH!!! klu masa patin tempoyak tu... Aku confuse.. Aku tgh makan patin tempoyak ke... PENGAT DURIAN???
Post time 2-4-2020 10:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
beatgirlX replied at 1-4-2020 02:56 PM
Salah dan buruk ke seorg artis tu kalau minta bantuan?
Sebenarnya x salah pun, kalau rasa mereka rakyat Malaysia. Bantuan tu untuk rakyat. Yg netizen marah tu.. Dorg mintak bantuan khas, siap minta ganti rugi pendapatan dgn kerajaan, siap minta voucher beli barang keperluan diri Dan rumah. Pastu yg dok tayang kekayaan tu boleh kt dia pun kais pagi makan pagi.. Apooo!! Dah kena tembak marah pulak kat netizen. Marhaen sesama sendiri mengumpul dana utk tlg asnaf.. Dorg dok list mohon bantuan pulak.. Rasa2 Dana bpn tu dorg apply x??
Post time 2-4-2020 01:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
chicozinn replied at 1-4-2020 04:56 PM
Xpyah la saman pijo oii..mak ko tu selera besar, acik standard rumah mesra rakyat tapi selera nak pe ...
Teringat ceta kusi urut ni...
Kusi urut pertama hadiah surprise bday ma... Tutup mata siap... Bukak2 mata pijo tanya "hok ni kan yg ma nak" ma jawab "ho la hok ni la"
Selang beberapa tahun kemudian.. Surprise bday lagi... Bukan bday ma tau.. Bday pijo.. Tp konsep pijo.. Bday pijo, ma yg dpt hadiah... Buat live suruh org share byk2 nak suruh org tgk betapa dia pemurah kat ma dia... Ddia sendiri ckp ma dia suh beli kusi ogawa tu.. Tp dia kata x dop pitih... Last2 mak dia bg duit simpanan.. N suh fizo tambah lebihan nya... Hahahha org tu dh kata x dop duit pun nak kena tambah gak... Citarasa bukan kaleng2 ...klu pizo kawen dgn m40 b40 mampukah memenuhi impan ma sokmo... Last2 pijo kesian ma dia... Maka pijo pun hadiah kan jua kusi ogawa itu....