|
InsyaAllah, sesama kita berbincang dengan ilmu agama
dari Tuhan.
Walaupun saya belum pernah terjumpa hadis ini, saya
rasa ini ilmu berkaitan dengan anak susuan. Seseorang
anak, akan jadi anak susuan bila menempuh syarat
berikut: 1) Umur kurang dari 2 tahun 2) menyusu dengan
ibu susuan dengan 5 kali kenyang. Bila cukup syarat
tersebut jadilan anak itu anak susu kepada ibu
tersebut.
Bila ini berlaku, Anak kandung ibu tersebut (lelaki/
perempuan) tak boleh kahwin dengan anak susu tersebut
(perempuan/lelaki). Mereka berdua sudah jadi mahram.
Di situ rasanya persoalan yang timbul. "Marriage
unlawful" bila menjadi anak susu keranan menyusu
dengan lebih 5 kali kenyang. TApi kalau kurang dari
itu, katakan 2 kali kenyang sahja, di situ dikatakan
belum lagi mendapat status anak susuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 24-2-2005 01:05 PM:
InsyaAllah, sesama kita berbincang dengan ilmu agama
dari Tuhan.
Walaupun saya belum pernah terjumpa hadis ini, saya
rasa ini ilmu berkaitan dengan anak susuan. Seseorang
anak, akan jadi anak s ...
Salam
Saya rasa saudara mesti lebih mahir dalam kitab pegangan saudara, sila pergi kepada no. rujukan hadith muslim yang saya telah post.
Saya sedar akan kewujudan ayat yang dipost oleh kyas, menyatakan orang yang mempunyai ibu susuan yang sama diharamkan berkahwin, dimana yang saya Tidak jumpa adalah 5 kali memberi susu kepada anak itu, diharamkan untuk berkahwin seperti yang dinyatakan oleh Aisya dan disahkan oleh imam muslim.
salam
[ Last edited by lolipop9 on 24-2-2005 at 04:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la kita nak kisahkan lagi dengan imam Muslim saja. Banyak lagi imam-imam yang muktabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok saya teruskan lagi............
Ada keterangan dari Sunnah Rasulullah saw yang maksudnya..
"Dunia ini makin ke hujung, makin kurang ilmu nya. kurangnya ilmu itu kerena di matikan, para-para ulamak, jadi tinggallah para-para Juhalak-juhalak yang masyarakat menganggap itu ulamak dan mereka pula merasa sebagai ulamak".
jadi, Ulamak yang sebenar nya pun tak ada. jadi, Ulamak-ulamak ini, mungkin mereka menganggap dirinya, ttetapi orang awam menganggap mereka itulah ulamak-ulamak.
Jadi, ada isyarat dari Sunnah Rasulullah saw tadi, ilmu syariat akan habis dan ilmu dunia akan berkembang.
Ada keterangan hadis lain yang maksubnya.....
"Diakhir zaman mubaligh-mubaligh banyak tetapi ulamak-ulamak sedikit",
Memang jelas di kalangan kita ramai mubaligh dari ulamak.
Jadi, bila sudah tidak ada ulamak, maka ilmu sudah tidak ada. jadi, berdasarkan hadis ini, di akhir-akhir zaman, di zaman kita ini tidak sama lagi. kualitinya berbanding dengan ulamak-ulamak Mujtahidin zaman dahulu. lebih-lebih lagi dengan Imam-imam Mazhab yang Empat. Jadi kalau ada orang yang katanya nak iku Al-Quran dan hadis sahaja, tak munasabah, tak logik dan tidak mengikut mazhab yang empat.
Jadi, kalau dah zaman sekarang ini ilmu bertambah kurang, tak mampu lagi mengcungkil dari Al-Quran dan Hadis, maka sudah sewajib nya lah mereka patut mengikut salah satu dari Imam mazhab yang Empat tadi.
[ Last edited by Abuyazid on 25-2-2005 at 06:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 24-2-2005 09:12 PM:
Ada keterangan dari Sunnah Rasulullah saw yang maksudnya..
"Dunia ini makin ke hujung, makng ilmu nya. kurangnya ilmu itu kerena di matikan, para-para ulamak, jadi tinggallah para-para Juhala ...
Salam,
saya ada 2 soalan,
1. Siapakah yang menentukan seseorang itu layak menjadi ulama atau tidak?
2. Adakah Ulama-ulama dibenarkan untuk menerima upah/gaji atau menjadikan "Ulama" sebagai karier profesional untuk menyara diri sendiri dan keluarga.
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sudah menjadi Sunnantullah ataupun menjadi sunnah alam, manusia yang hidup semenjak nabi Adam hinggalah ke akhir zaman, bukan sahaja soal ilmu, bahkan di bidang lain pun, umpamanya kekayaan, walaupun fitrah semulajadi manusia itu ingin kaya, tetapi bukan semuanya yang yang kaya hanya sedikit, tetapi yang merempat banyak, yang miskin itu yang banyak.
begitulah ilmu pengetahuan, walaupun fitrah semula jadi manusia iu ingin ilmu, ingin menjadi orang alim, tetapi bukan semua orang jadi alim, yang alim hanya sedikit, yang tidak mengetahui itu ramai.
jadi, kalau sudah menjadi sunnatullah, ini sudah dibuktikan di dalam hidup kita, orang yang jahil tentang syariat lebih banyak daripada orang alim. apakah nak suruh, nak paksa semua orang awam ini mengikut Al-Quran dan Hadis, minta mereka berijtihad sendiri tanpa bersandarkan dengan mana-mana ulamak mujtahidin, ini tak munasabah.
Ini, sepertilah kalau nak memaksa orang lain kalau nak memiliki emas itu kita tak benarkan orang itu membeli emas di kedai emas atau kepada penjual emas. kita nak ajak semua orang sekali mesti menggali bumi untuk dapatkan emas yang betul-betul asli. itu tak mungkin.
kalau kontraktor besar-besar yang modalnya berjuta-juta, maka barulah layak untuk memiliki emas yang dikorek terus dari perut bumi. kalau macam kontraktor kecil-kecilan, lebih-lebih lagi, macam kita yang tak jadi kontraktor ini di paksa ambil emas dari perut bumi dengan menggunakan cangkul, habis semua tidak akan dapat emas, maka beli di kedai emas.
kita yakinlah emas yang di kedai itu, emas jati atau emas tua yang kita harapkan. kalau bukan emas jati pun, selemah-lemahnya mesti ada emasnya juga kalaupun bercampur dengan benda apapun, mesti ada emas juga.
jadi, kalau kita paksa semua orang ambil emas dari perut bumi, nescaya tidak akan memiliki emaslah.
jadi, kalau kita paksa orang berijtihab dengan Al-Quran dan Hadis sampai bilapun kita tidak dapat beramal dengan ajaran islam. tak mungkin orang macam kita ini letak sahaja Al-Quran dan Hadis di depan, kita kaji sendiri, ini tak mungkin.
seperti orang ambil emas adi, dua tiga orang sahaja boleh ambil emas dari perut bumi. kebanyakkan orang nak ambil emas, dari kedai emaslah.
jadi kedai emas itu, ikut mazhablah, atau ulamak-ulamak yang belakang, atau yang bersandarkan dengan ulamak-ulamak besar.
kalau begitu, macam mana orang awam nak di ajak berujtihab, sedangkan ulamak-ulamak yang biasapun tidak boleh berijtihab. orang-orang mengaji belasan tahun tidak boleh berijtihab. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka first time buka thread sudah dapat sambutan. Thanks to all of you yg berbahas dgn baik. Anyway my stand ialah kalau tolak mazhab tak makna tolak hadis..still masih ikut hadis kalau hadis tu lebih sahih dari dari perkataan ulama mazhab. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 25-2-2005 11:46 AM:
Tak sangka first time buka thread sudah dapat sambutan. Thanks to all of you yg berbahas dgn baik. Anyway my stand ialah kalau tolak mazhab tak makna tolak hadis..still masih ikut hadis kalau hadis ...
:setuju:
Persoalan fekah ni janganlah kita memberat-beratkan atau menyusah2kan sangat. Kalau kita nas dan dalil yg lebih kuat...maka bolehlah dijadikan sandaran dlm beramal. Cuma janganlah saja nak tunjuk pandai.....nak tunjuk yg kita ada ilmu yg berlainan dari orang lain, nanti timbul fitnah.
Menyesuaikan diri dgn adat budaya dan amalan fekah setempat adalah penting supaya tidak timbul fitnah....yg mana akan hanya mengundang mujadalah dan perpecahan dlm masyarakat. Contohnya...kita yakin dalil tidak membaca qunut dlm solat subuh itu lebih rajih...tetapi janganlah pula bila kita jadi imam solat subuh dimasjid yg masyarakatnya biasa berqunut..kita tak baca qunut pula.
Perbuatan itu sudah tentu akan mengundang fitnah. Meraikan suasana juga adalah sifat berhikmah dlm agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 25-2-2005 11:46 AM:
Tak sangka first time buka thread sudah dapat sambutan. Thanks to all of you yg berbahas dgn baik. Anyway my stand ialah kalau tolak mazhab tak makna tolak hadis..still masih ikut hadis kalau hadis ...
Salam,
sebenarnya, mazhab sunni dan shi'ite mempunyai himpunan hadith yang berlainan:
Sunnite `orthodoxy' were compiled, precisely after the promulgation of this theory, by Bukhari (d. 256/870), Muslim (d. 261/875), Abu Daud (d. 275/888), Tirmidhi (d. 279/892), Ibn Maja (d. 273/886), and al-Nasa'i (d. 303/915) during the second half of the second and the beginning of the third centuries of Islam, between 220 and 270 years after the Prophet's death.
The `heterodox' Shi`ite minority sect has its own sets of hadith compiled during the third and fourth centuries, by al-Kulaini (d. 328 or 329), Ibn Babuwayh (d. 381), Jaafar Muhammad al-Tusi (d. 411) and al-Murtada (d. 436), who compiled sayings attributed to Ali. |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by BikerLady at 2005-2-25 11:46 AM:
Tak sangka first time buka thread sudah dapat sambutan. Thanks to all of you yg berbahas dgn baik. Anyway my stand ialah kalau tolak mazhab tak makna tolak hadis..still masih ikut hadis kalau hadis ...
Salam bikerlady....
Saya kira anda masih keliru dlm hal mazhab ni....
Org yg tak tolak hadith bermaksud org itu semestinya bermazhab.....
Kerana hadith itu di rawi oleh imam2 sesudah rasul.......
sekian... |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by luluguagua at 2005-2-25 12:26 PM:
:setuju:
Persoalan fekah ni janganlah kita memberat-beratkan atau menyusah2kan sangat. Kalau kita nas dan dalil yg lebih kuat...maka bolehlah dijadikan sandaran dlm beramal. Cuma janga ...
Salam semua.....
maaf saya selit sikit....
Setahu saya doa qunut ini sunat muakad....... maksudnya, tidak boleh sengaja tak buat....( imam shafee)
salam sejahtera utk semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Membuktikan mazhab itu di bolehkan, ertinya timbulnya mazhab itu di bolehkan, kerana berlainan pendapat, banyaknya pendapat. Ini adalah isyarat dari sunnah Rasulullah saw.
Maksudnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah nak dipaksa semua orang jadi penyelam, maka akan tenggelamlah akan karamlah, akan matilah orang di dalam laut. Sebab jadi penyelam itu bukan ramai, hanya dua tiga orang sahaja yang boleh menyelam. Itupun kalau dia menyelam belum lagi sampai ke dasar laut yang begitu dalam. Itupun yang dia dapat sedikit sahaja. Bukan semua khazanah laut itu yang dia dapat.
Jadi, kalau macam kita yang tak pandai berenang dan menyelamkan lebih baik berpegang kepada orang yang pandai atau pandai berenang. Ini lebih baik daripada kita yang tidak tahu berenang, tetapi memaksa diri nescaya kita akan tenggelam didalam laut.
Begitulah Al-quran dan Hadis di ibaratkan seperti lautan yang dalam maknanya, penertianya, tafsirannya, kalau di minta semua orang, samada alaimnya, yang jahilnya untuk mengistimbat hukum daripada Al-quran dan hadis , maka banyakkan orang yang akan sesat. Jadi, lebih baik, lebih selamat kita mengikut mana-mana mazhab. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba kita lihat, bila timbul nya orang-orang mengajak supaya tidak bermazhab ini dan hanya mengajak kepada Al-quran dan hadis saja. seolah-olah imam-imam Mazhab itu tidak ikut AL-quran dan hadis. ini adalah pandangan ulama-ulama di kebelakangan ini, iaitu bermula dari ibnu Taimiyah yang hidup 700 tahun dari kita dan dia bukan seorang ulamak yang hidup sekitar 300 tahun dari Rasulullah saw. kemudian di sambung pula oleh murid2 nya seperti ibnu qayyim, ibnu Jauzi, hinggalah di sambung pula oleh ulamak-ulamak yang berada di abab ke 20 di mesir seperti Syekh Muhamad Abduh, Jamaluddin Al-Afghani, Rasyid Rehdo dan kalau di Indonesia Hamka dan sebagainya. Muga-muga mereka di ampunkan oleh Allah dan di rahmati oleh Allah. sedangkan mereka ini hidup dan terkeluar dari zaman 300 tahun dari Rasulullah saw. jadi tidak ada isyarat dari Rasulullah yang mereka ini patut menjadi ikutan kita.
sedangkan empat mazhab yang kita katakan tadi, berada di dalam sekitar 300 tahun dari Rasulullah saw. ertinya mereka ini adalah dikalangan Salafussoleh, bukan orang awam, tetapi ulamak-ulamak yang bukan sebarang ulamak. ulamak yang paling jempul dan paling terkenal.
Jadi, ulamak yang mengajak tidak bermazhab ini sudah berada di zaman Mutaakhirin. terutama popularnya bila arad badwi menguasai mekah dan madinah atau orang saudi. maka muncullah Muhammad Abdul Wahab yang dikatakan mazhab wahabi itu. tidak sampai pun 100 tahun lagi. jadi, dari situlah dianjurkan supaya jangan ikut mazhab. sebab ikut mazhab itu bidaah katanya.
jadi, manakah yang kita nak ikut, ulamak Muataakhirinkah atau ulamak Mutaqaddimin. kalau nak ikut Al-quran dan hadis kenalah mengikut ulamak mutaqaddimin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum Abu Yazid.
Saya confuse dgn kenyataan sdr di atas ttg ulama' yang sdr sebutkan dan kenyataan mereka bahawa mereka mengajak supaya tidak bermazhab. Saya minta sdr tulis di sini petikan kata-kata ulama' tersebut dari kitab mereka sendiri utk kita nilai.
Wslm. |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by izzansdy at 2005-2-23 09:06 PM:
Salam sauber......
Maaf, jika saya tersalah faham hujah2 anda......
1.Tapi anda masih belum menyatakan pendapat anda mengenai soalan saya... " adakah imam2 tadi salah akid ...
Salam sejahtera utk sauber dan semua yg ada...
Saudara sauber..... saya masih menanti jawapan anda...... namun jika saudara sibuk.....tak apa lah ....
Kita berjumpa dilain masa sahaja.....
Semoga kita senantiasa didlm lipahan rahmat tuhan senantiasa......
Salam sejahtera sekali lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 26-2-2005 09:37 AM:
Assalamualaikum Abu Yazid.
Saya confuse dgn kenyataan sdr di atas ttg ulama' yang sdr sebutkan dan kenyataan mereka bahawa mereka mengajak supaya tidak bermazhab. Saya minta sdr tul ...
:setuju:
Silalah kemukakan hujjah-hujjah dari kitab manakah ulama tersebut mengajak supaya tidak bermazhab.
Apa yang saya ketahui mengikut pandangan ASWJ ulama mazhab itu sendiri yang melarang untuk tidak bermazhab.
Dalam Kitab "Al Imtaa", Imam Baihaqi meriwayatkan dalam sunannya:
"Berkata Imam Syafi'ei rh: "Apabila aku ucapkan perkataan, sedang yang datang dari Rasulullah SAW bertentangan dengan pendapat ku, maka hadist Rasulullah SAW yang sah itu lebih utama, oleh itu janganlah kamu bertaqlid kepada ku".
Sya'raany berkata dalam Al-Miezan, telah berkata Abu Dawud: Aku berkata kepada Ahmad, "Al-Auz'ie kah yang aku ikuti ataukah Malik?" dan jawabnya: "Jangan engkau bertaqlid agama engkau kepada seseorangpun dari mereka ini, apa yang datang dari Rasulullah SAW dan para sahabatnya r.a maka terimalah dia, kemudian Tabi'ien sesudah itu, ada orang antara memberitakan, telah berkata Ahmad r.h. "Jangan engkau bertaqlid kepada ku dan jangan kepada Malik, jangan kepada Abu Hanifah, jangan kepada Syafi'ei, dan jangan kepada Auzaa'ie daqn Tsauri r.h.m., ambillah agama mu darimana mereka ambil, kerana lemahnya kefahaman orang maka ia akan bertaqlid agamanya kepada orang lain.
(lihat "masa-il'l Iman Ahmad - Abu Daud) |
|
|
|
|
|
|
|
Kita boleh katakan wahabilah yang mengatakan bahwa mengikut mazhab ni sesat, bidaah, dan sebagainya. mereka dari kalangan mereka iaitu ulamak-ulamak merekalah mengatakan begini. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya teruskan lagi aaaa.....
ulamak-ulamak mazhab tadi, Masya Allah, bukan sahaja ilmunya hebat, tetapi peribadinya begitu warak, begitu bertaqwa kepada Allah swt, yang mana ulamak-ulamak mengisyaratkan, orang-orang yang berijtihab, yang ijtihab atau fatwa nya diterima orang adalah salah satu isyaratnya ialah warak, taqwanya atau adil.
kalau tidak ada keadilanya, kalau dia rasa dia sendiri, dia rasa dia alaim, dia berfatwa dengan fatwanya sendiri, dia berpegang dengan fatwanya sendiri, itu soal, dialah. tetapi orang lain tidak boleh terima fatwanya. sebab waraknya tidak ada.
kenapa.....? orang yang tidak warak ini, di takuti kalau dia memberi fatwa,dia mengikut nafsu, ada kepentingan diri, amka tiulah ulamak, yang cuba orang bertanya tentang aurat sahaja. apakah hukumnya menutup aurat?... dia nak tolak terus tak berani juga, cuma dia ada perkataan "TAPI"..... Contohnya, dia menjawab................memang tutup aurat itu wajid dan kita akui, TAPI, maklumlah zaman sekarang, ini dah ramai orang tak tutup aurat, kalau kita pakai ganjil pula, nanti berat pula jadinya, mana kita nak tahan. itu boleh tahan juga. bahkan ada setengahnya kata...... "ini budaya sahaja" atau budaya arab sahaja..... ini lagi parah. kenapa...? waraknya tidak ada. orang yang tidak warak, tidak dengan Allah, maka dia boleh sesuka hati berbuat fatwa. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, munasabahlah orang yang tidak bertaqwa, kalau dia alim sekalipun, ilmu banyak sekalipun, tidak boleh kita terima fatwanya. Kenapa....? kerana di takuti, bila dia memberi fatwa itu, mengikut nafsu, bukan kerana Allah lagi.
sedangkan imam mazhab ini, berapa waraknya mereka.
Contohnya, kalau pada kita perkara tersebut macam tidak salah, tetapi pada ulamak itu dianggap salah. contohnya Imam hanafi, suatu masa jiran memimjam duit denganya, berhutang dengannya. semejak itu dia tidak lalu lagi didepan rumah orang itu, dia hanya ikut jalan jauh sahaja, bila di tanya orang kepada nya"mengapa tuan tidak lalu lagi didepan tumah jiran tuan" jawabnya,"saya takut riba".
Padanya setelah orang hutang denganya, jika dia lalu dihadapan rumah orang itu, maka hukumnya riba. dia takut dia ambil faedah dari hutang nya pada orang itu
kalau ulamak zaman sekarang, sedikit tak apa katanya,"kalau benar salahnya, tetapi darurat tak membangun pula katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|