|
BersamaMu: Aziz tidak lupa 'dihalau' P Ramlee
Oleh Norhayati Nordin
MINAT mendalam terhadap seni sejak kecil, mendorong seniman Aziz Sattar bergelar penari ketika usianya 11 tahun. Selain itu, beliau juga mengetengahkan bakatnya dalam nyanyian dan lakonan.
Pada awal pembabitannya pula, Aziz Sattar atau nama sebenarnya, Abdol Azez Satta lebih banyak menyumbang vokal dalam program alih bahasa untuk radio dan televisyen. Namun, beliau tetap berusaha.
揥alaupun, ketika itu kerja saya sekadar menyumbang vokal. Tetapi, saya tidak pernah berhenti mencari peluang untuk terbabit dalam lakonan. Oleh itu, saya bermula sebagai pelakon tambahan.
揔emudian, saya mula mendapat perhatian pengarah. Apapun, saat paling indah menjadi pelakon ialah di Studio Jalan Ampas. Saya bekerja dengan anak seni yang hebat seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
揗enerusi peluang diberi P Ramlee, saya berlakon dalam filem arahannya seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok. Ia sememangnya kenangan cukup bermakna, |
|
|
|
|
|
|
|
Samsudin bawa lagu Melayu asli di hotel lima bintang
KEGIGIHAN Samsudin Lamin menyanyikan lagu irama Melayu asli yang tidak mengenal putus asa akhirnya membawa beliau mengadakan persembahan di hotel bertaraf lima bintang di sekitar Lembah Klang hingga ke Sepang.
Biarpun kehadirannya seperti tidak diendahkan penggiat muzik lain lantaran namanya yang kurang tersohor, Samsudin tidak jemu bahkan terus cekal menghiburkan orang ramai terutama pelancong asing yang mahu menikmati muzik atau lagu tradisional tempatan.
Sehubungan itu, beliau bersama kumpulan pemuziknya Zinon Ya抋cob yang bermain akordian, Sawa Kasa (biola), Rasmid Umar (gendang) dan Abu Hashim Long (rebana) pernah membuat persembahan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Selain itu, Samsudin juga turut diundang menghiburkan tetamu asing di Hotel Crowne Plaza atau beberapa restoran eksklusif di ibu negara seperti Eden@Chulan Restaurant.
Katanya, kalau kaum Melayu kurang berminat dengan muzik dan lagu Melayu asli, lain pula penerimaannya kepada kaum lain kerana sudah ada masyarakat Cina dan India yang sudah mula meminati dan mendalami muzik tradisional ini.
Dalam pada itu, ulang tahun kelahirannya ke-67 pada 23 Oktober depan disifatkan sebagai sangat bermakna kepada Samsudin apabila menerima dua hadiah istimewa.
揚ertama, RTM mengundang saya untuk menyanyikan lagu Mengharap Sinar Menjelang Kabus untuk program Hari Raya nanti. Saya berduet bersama peserta akhir Bintang Asli Remaja RTM 2006, Edie Nazrin.
揌adiah kedua pula, ialah Istana Budaya menjemput saya menyanyikan dua lagu sempena sebuah konsert di sana selepas hari raya nanti. Saya akan menyanyikan lagu Joget Berhibur dan Sri Si Antan, |
|
|
|
|
|
|
|
pjg2 nya artikel...
maleh nak bace...![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aziz Sattar layak dapat pengiktirafan
Oleh Roslen Fadzil
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/8ajis.jpg)
KALAU saya salah, silalah perbetulkan tetapi saya begitu yakin bahawa seniman handalan Aziz Sattar adalah anak wayang Melayu paling veteran yang masih aktif dalam dunia perfileman tanah air.
Mana tidaknya, hanya setahun lebih muda daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, lakonan Pak Aziz, 81, akan dapat kita saksikan dalam filem sains fiksyen (sci-fi) Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU), menjelang Disember ini selain Anak Halal (Osman Ali).
Bangga dan terharu dengan semangatnya, Pak Aziz adalah seniman tulen, satu dalam sejuta. Dia terus diberikan kekuatan fizikal untuk mewarnai filem tempatan hingga ke detik ini, sejak pertama kali diperkenalkan dalam filem Putus Harapan pada 1953 arahan B N Rao.
Tentu ramai masih ingat dengan aksinya sebagai tukang kayu yang pemalas dan `bertulang reput' dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Ramai juga terhibur melihat lakonannya sebagai Ajis, kawan Ramlee dan Sudin dalam Bujang Lapok selain Seniman Bujang Lapok yang terkenal dengan dialog: "Lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!"
Di kaca TV pula, ramai peminat kagum dengan keberaniannya memegang watak cameo sebagai ponen tua (pondan tua) dalam drama popular Sutun di RTM. Selain Yusry, pengarah filem zaman ini yang tidak pernah melupakan bakatnya itu adalah Shuhaimi Baba dan Osman Ali.
Ketika dihubungi Rabu lalu, Pak Aziz kelihatan ceria selepas berbuka puasa. Pendengarannya masih jelas apabila saya ajukan pelbagai soalan termasuk bercorak peribadi. Soalan pertama saya, apakah rahsia kesihatannya?
"Ooo, tidur kena cukup, sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari. Saya juga tidak suka tidur siang kerana ia tidak bagus untuk badan kita, nanti jadi lemah dan tidak bermaya. Makan pula saya hanya mengelak benda-benda sejuk macam sayur kangkung, buah labu dan ais.
"Merokok saya dah lama pencen, masa umur 55 tahun! Kalau tanya pasal senaman, saya tidaklah joging macam orang muda. Cuma sekali sekala saya suka berjalan-jalan dalam kompleks (beli-belah). Bila rasa penat, saya singgah minum kopi secawan!"
Begitulah Pak Aziz apabila berkongsi petua kecerdasannya. Beliau memang peramah dan suka ketawa.
Berlakon hingga ke akhir hayat
BERASAL dari Surabaya, Indonesia, Pak Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta, dilahirkan pada 8 Ogos 1925. Ketika berusia tiga tahun, dia mengikut ayahnya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Kota Singa.
Dibesarkan di Kampung Pasir Panjang, di situlah belia berkawan rapat dengan Allahyarham Shariff Dol dan Allahyarham Salleh Kamil yang juga bintang filem terkenal.
Pak Aziz hanya sempat mendapat pendidikan sehingga darjah lima kerana negara dijajah Jepun. Pada usia remaja, dia pernah menjadi pemandu lori dengan upah yang sedikit. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak rakan sekampung bekerja di Studio Malay Film Productions (MFP) di Jalan Ampas.
Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.
Dunia lakonan Pak Aziz sebenarnya bermula pada 1953 menerusi filem Putus Harapan. Pada hari pertama berlakon, tubuhnya menggeletar kerana hingga ditertawakan semua krew. Namun produser Run Run Shaw akhirnya tertarik juga mengambil beliau berlakon sepenuh masa dengan gaji RM150 sebulan selain bonus bagi setiap filem.
Filem pertama beliau membawa watak penting adalah Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan Aksi Kucing.
Menyentuh alam rumah tangga, Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumia (isteri ketiga) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Buat masa ini Pak Aziz menetap bersama anak cucunya itu di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.
Dalam bidang nyanyian, Pak Aziz pernah menyertai Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Nasir P Ramlee.
Aziz mengakui P Ramlee banyak membantunya dalam memperbaiki mutu lakonan, cara pengarahan dan penulisan skrip.
"Kenangan yang tidak boleh saya lupa, P Ramlee pernah halau saya balik sebab kami semua tak boleh berlakon filem Pendekar Bujang Lapok. Macam mana nak berlakon, semua asyik ketawa! Babak yang susah sekali nak serius ialah ketika mengorat anak Pak Mustarjo (Roseyatimah)," kata Pak Aziz.
Sebelum menyudahkan perbualan pada malam itu, Pak Aziz mengakui dia akan terus berlakon selagi terdaya dan diterima.
"Saya akan terus berlakon selagi hayat dikandung badan," katanya.
INFO: Aziz Sattar
NAMA SEBENAR: Abdul Azez Satta
NAMA KOMERSIAL: Aziz Sattar
TEMPAT LAHIR: Surabaya, Indonesia
TARIKH LAHIR: 8 Ogos 1925
USIA: 81 tahun
FILEM LAKONAN: Antaranya Arjuna, Takdir, Hati Iblis, Ribut, Kipas Hikmat, Hantu Kubur, Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Pusaka Pontianak, Saudagar Minyak Urat, Aksi Kucing, Siapa Besar, Putera Bertopeng, Raja Laksamana Bentan, Sumpah Wanita, Siti Muslihat, Mambang Moden, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi, Nujum Pak Belalang, Keluarga Si Comat, Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Da Di Du, Setinggan, Tarik-Tarik, Abang 92, Layar Lara, Jibon, Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2, Cicak-Man dan Anak Halal.
FILEM ARAHAN: Antaranya Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Da Di Du, Setinggan
DRAMA TV LAKONAN: Antaranya Bapak Minta Kahwin Lagi, Sutun, Karipap |
|
|
|
|
|
|
|
Mariani pernah berada di puncak
Oleh Suzan Ahmad
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/24mariani1.jpg)
SUMBANGANNYA dalam dunia perfileman bukan sedikit. Pelbagai watak pernah dilakonnya tidak kira bercorak ceria, lucu dan sedih. Antara lakonan berkesannya ialah dalam filem Hang Tuah, Labu Labi, Tiga Abdul, Masam-Masam Manis dan Putus Sudah Kasih Sayang.
Mungkin nama Mariam Ismail tidak begitu dihafal peminat, sebaliknya kalau disebut Seniwati Mariani, peminat akan terus terbayangkan aksinya sebagai Manisah anak Haji Bakhil yang menjadi rebutan antara dua tukang masak, Labu dan Labi. Selain itu, lakonannya sebagai isteri lumpuh dan berkerusi roda dalam Putus Sudah Kasih Sayang juga hebat.
Hari ini, Seniwati Mariani masih aktif. Lakonannya dapat dilihat dalam Pontianak Harum Sundal Malam 2 arahan Shuhaimi Baba selain banyak drama TV tempatan.
"Selagi ada kekuatan dan peluang, saya akan terus berlakon kerana ia sudah menjadi darah daging saya," kata Mariani yang juga kakak Allahyarham Biduanita Negara, Puan Sri Saloma (Salmah Ismail).
Dalam satu temubual, Mariani pernah berkata, aura pelakon dulu lebih hebat berbanding sekarang.
"Saya tak nafikan kalau hendak dibandingkan, rasanya anak seni zaman sekarang lagi banyak pahit daripada manisnya. Zaman 1950-an dulu lain, hidup pelakon lebih terjamin.
"Bukan itu saja, kami tak dibenarkan keluar di khalayak ramai dengan sewenang-wenangnya. Tayang muka pada orang ramai tanpa pengetahuan produser pun tak boleh. Itulah sebabnya tiap kali kami keluar rumah mesti kena serbu, begitu juga tiap kali buat persembahan, mesti sesak. Itulah kesannya apabila pelakon tidak terlalu dijaja di akhbar, majalah atau selalu tayang muka," katanya.
Ironinya, Mariani tidak berminat menjadi anak wayang. Semuanya bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik pada 1951 ketika usia 17 tahun. Ketika itu, Shaw Brothers sedang sibuk mencari pelakon.
"Kebetulan adik saya, Saloma, memberi galakan sepenuhnya kepada saya supaya menghadiri uji bakat sebagai pelakon," katanya. Filem pertamanya ialah Cemburu dengan watak jahat.
"Bagi saya, filem itu cukup bermakna kerana sampai ke satu peringkat ada orang meludah muka saya disebabkan bencikan watak lakonan saya," katanya yang mempunyai 13 anak hasil daripada tiga perkahwinan.
Info
Nama sebenar: Mariam Ismail
Nama komersial: Mariani
Tarikh lahir: 1933
Filem: Cemburu, Raja Sehari, Istana Impian, Saudagar Minyak Urat, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi, Tiga Abdul dan Masam-Masam Manis, Takdir Perkahwinan, Layar Lara, Pontianak Harum Sundal Malam 2.
Drama TV: Bila Larut Malam dan Surat Cinta Untuk Umi.
Status: Mariani pernah berkahwin tiga kali. Bersama suami pertama, Darus, Mariani dikurniakan dua anak, Noraini dan Normala. Bersama suami kedua, Allahyarham HM Rohaizad, Maraini mendapat enam anak - Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain & Syed Nazran dan Syed Hasnidan. Bersama suami ketiga, Alias, Mariani memperoleh lima anak - Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa Saila.
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/24mariani2.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Nassier pandai jaga 'misai cari makan'
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/1nassier.jpg)
Nassier akui dia tidak mengamalkan apa-apa petua keanggunan
KETIKA membelek-belek koleksi foto lamanya di Pusat Sumber Berita Harian, Jalan Riong, satu perkara melintas di fikiran. Kumis, gaya rambut, bentuk tubuh hingga lirik senyumannya tetap sama!
Itulah Nassier Wahab, anak jati Pulau Pinang yang dikenali ramai dengan lagu Memori Cinta Luka.
Dalam usia mencecah 44 tahun, Nassier tetap kelihatan segar dan pandai menjaga penampilan diri.
Nassier akui, dia tidak mengamalkan apa-apa petua keanggunan cuma keceriaan dalaman serta luaran menjadi faktor penampilannya tetap segar.
揝aya bersyukur dengan anugerah Allah dan tidak pernah mengamalkan apa-apa petua. Cuma apa yang penting, jangan sesekali kita menyimpan perasaan khianat atau busuk hati pada orang lain, |
|
|
|
|
|
|
|
Belangsungkawa Seha (1962 - 2006): Hajat Seha sekadar tinggal impian
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Kerinduan mendalam terhadap anak sulungnya gagal terubat sehingga penyanyi ini meninggal dunia pagi semalam
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/12hip2b.jpg)
SAAT GEMILANG: Seha bersama kumpulan Freedom.
PERGINYA mengusung rindu yang tidak tertahan. Ketika Seha atau nama penuhnya, Norsehah Abu Bakar menanggung penderitaan melawan kanser paru-paru, harapan untuk bertemu semula anak sulungnya, Misha Kyrie Lund, 15, yang lebih lapan tahun terpisah tidak pernah padam.
Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang terdasar jauh di sudut hatinya. Ketika diri keras melawan kanser yang meragut nyawanya pagi semalam, impian itu hanya tinggal kenangan dan si ibu pergi tanpa sempat menatap wajah anak sulungny itu. Misha adalah anak hasil perkahwinan Seha dengan suami pertamanya, Chris Lund Abdullah.
Hati seorang ibu, biar jarak dan masa memisahkan mereka, namun ingatan dan kerinduan terhadap anak sulung yang terpisah selepas Seha dan bekas suaminya bercerai pada 1998 itu tidak ada titik pemisah. Seha yang ditemui wakil Bintang Popular (Berita Minggu) pada 24 September lalu dalam nada lemah meluahkan kerinduan yang tidak tertanggung terhadap anak sulungnya itu.
揚ada saat begini, saya cukup rindukan Misha. Daripada berita yang saya dengar, mereka kini menetap di Arab Saudi. Dengan bantuan saudara dan rakan, saya harap satu hari nanti, kami dapat dipertemukan semula, |
|
|
|
|
|
|
|
Mariani merindui Saloma
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
DI usia 73 tahun dia kelihatan masih gagah. Malah pesona jelitanya masih memancar di sebalik kedut wajah dan uban yang sedikit memutih.
Saya sendiri tertanya-tanya entah dari mana kudrat yang menjalar dalam tubuhnya sehinggakan di usia tiga perempat abad pun dia masih seperti Mariani pada zaman mudanya.
揜ahsia? Tak ada apa sangat. Mami cuma kurangkan ambil nasi. Makan roti saja nak,拻 ceritanya dengan bahasa cukup ramah tamah.
Kala kami bersapa pada majlis berbuka puasa, dia masih dengan solekan cantik, kening terletak dan masih berias bagai.
Mata saya juga tidak henti memerhatikan anting-anting merah jambu yang dikenakan, cocok dengan baju yang sedikit berona sama.
Nyata, di sebalik kedut itu masih terserlah cantik yang asli dari wajahnya, barangkali hasil dari penjagaan kesihatan yang tidak pernah kurang.
Kala bercerita tentang kesihatan, berulang kali Mami menyatakan syukur kepada Yang Maha Esa kerana sehingga ke hari ini dia belum dijangkiti sebarang penyakit yang memudaratkan.
Sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis yang biasa hinggap ditubuh mereka seusia, Alhamdulillah tidak menghampirinya.
揝ebab itu Mami masih kuat, boleh shooting lagi walaupun dah masuk umur 73 ni. Sesekali rasa macam 37 tahun pun ada juga,拻 katanya bergurau mengundang gelak ketawa.
* 40 tahun sendiri tanpa suami
Apa juga yang berlaku Mariani nyata bahagia dengan kehidupan hari-hari tua yang sedang dilewatinya.
Dengan rezeki yang seadanya melalui dunia seni, bersama seorang cucu Lia Marini (13 tahun), bintang filem tersohor era P. Ramlee ini mencanai bahagia sendiri selepas lebih 40 tahun sepi tanpa cinta seorang suami.
揑 am happy with my life, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 dexa's post
rajin la si dexie nie....
x penat ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan lagu hari raya Saloma
Oleh Roslen Fadzil | Foto Koleksi NSTP
Lagu ciptaan Ahmad Jaafar dendangan Biduanita Saloma itu menghiasi filem arahan Datuk L Krishnan pada 1955
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/15saloma.jpg)
SABAN tahun, lagu yang ditunggu-tunggu itu akan pasti berkumandang di udara. Sekalipun lagu baru datang dan menghilang, lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma versi rakaman 1973, tetap menjadi pilihan peminat.
Difahamkan, lagu ciptaan Ahmad Jaafar itu mulanya dirakamkan untuk menghiasi filem Selamat Hari Raya arahan Datuk L Krishnan pada 1955. Filem itu dibintangi Datuk Maria Menado bersama Allahyarham Datuk S Roomai Noor.
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/15saloma2.jpg)
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/15saloma2.jpg)
Sejak awal lagi lagu itu memang dinyanyikan bersama Saloma, cuma versinya adalah berbeza dari segi susunan muzik dan lirik. Versi asal menyelitkan kemeriahan bermain mercun tetapi tidak lagi dalam versi 1973.
Bintang Popular turut mendapatkan komen Maria sendiri mengenai keistimewaan lagu yang pernah dinyanyikannya secara miming dalam filem terbabit.
揗emang pada mulanya, saya tidak menyangka lagu itu akan menjadi popular dan evergreen sehingga ke hari ini. Saya menghayati lagu Selamat Hari Raya itu sama seperti lagu Saloma lain yang pernah saya miming dalam filem.
揝elain di panggung wayang, lagu itu juga ke udara di Radio Malaya dan Singapura. Mungkin disebabkan dulu tidak ada banyak lagu raya, jadi lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma mudah diterima dan diingat, apatah lagi ia sendiri berkonsepkan ceria dan menggambarkan kemeriahan di hari lebaran, |
|
|
|
|
|
|
|
Syahdu Lebaran: Pemergian suami masih berbekas di hati
Oleh Mohd Nasif Badruddin
Mohd Sairien Nafis
WALAUPUN pemergian suami tercinta, Allahyarham Salleh Ghani sudah lebih 20 tahun berlalu, bagi seniwati veteran, Raja Hamidah Raja Saat, 74, ia masih lagi berbekas di hati.
Apakan tidak, ketika saat insan tersayang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Ogos 1986, dia tidak berada di sisi kerana berada di Tanah Suci Makkah mengerjakan Umrah.
揇alam kegembiraan mengerjakan umrah, terpalit rasa sedih apabila saya hanya mengetahui kematian suami menerusi akhbar di pejabat Tabung Haji beberapa hari selepas kematiannya.
揝aya sangat terkilan kerana bukan saja tidak dapat berada di sisinya di saat akhir hayatnya, malah dapat tahu kematiannya pun lewat. Saya hanya berkesempatan melawat kuburnya dua hari selepas pulang ke Malaysia.
揘amun saya bersyukur kerana sebelum pergi ke Makkah, saya sempat memohon ampun dan maaf daripadanya, |
|
|
|
|
|
|
|
Rosmaria idam rakam lagu terbaru
Oleh Rohana Mohd Nawi
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/22rose.jpg)
Bekas juara Bintang RTM 1977 dan penyanyi lagu Di Pagi Aidilfitri itu sudah lama menetap di Kota Bharu, Kelantan
KEINDAHAN lirik lagu Di Pagi Aidilfitri yang sering berkumandang setiap kali hari raya, pasti mengimbau kenangan.
Namun di sebalik melodi indah itu, ramai pendengar generasi muda belum cukup mengenali penyanyinya meskipun nama Rosmaria Abdul Hamid, pasti begitu mesra telinga pada era 70-an dan 80-an.
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/22rose2.jpg)
Bagi Rosmaria, 50, situasi itu bukan suatu perkara yang menghairankan lantaran beliau sudah lebih 20 tahun tidak menghasilkan album terbaru.
Di Pagi Aidilfitri adalah satu-satunya lagu raya yang pernah dirakamnya menerusi album ketiga, sepanjang karier sebagai penyanyi selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM pada 1977. Penyanyi kecil molek dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini mula memahat nama dalam dunia seni apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM.
Kemenangan manis bagi dirinya itu muncul selepas dua kali gagal ke final (1975 dan 1976). Ternyata, lagu Bunga Tanjung dan On The Other Side of Me, membawa tuah kepadanya dalam cubaan ketiga pada 1977.
Kemenangan itu akhirnta mencerahkan bintangnya dalam dunia seni apabila mendapat tawaran merakamkan album dengan EMI Malaysia dan Life Records. Hasilnya, muncullah album pertamanya, Dalam Mengenangmu yang mencapai jualan 50,000 unit ketika itu.
揝epanjang bergelar artis rakaman selama hampir 10 tahun, saya sempat merakamkan tiga album solo serta beberapa album secara berkumpulan dengani Allahyarham Sudirman, Uji Rashid, Hail Amir, Latiff Ibrahim, Gaya Zakry dan Noor Kumalasari.
揝aya juga pernah mengikut Kak Nita (Anita Sarawak) dan kumpulannya mengadakan konsert tour selama setahun selain menyanyi di kelab malam, |
|
|
|
|
|
|
|
Azmil terkenang detik sukar kehidupan
Oleh ZainuriMisfar
Undang beri ceramah di sekitar Lembah Klang, beberapa negeri lain beri rezeki
SEPERTI kebanyakan orang yang sudah berkeluarga, Azmil Mustapa juga tidak terkecuali membuat persiapan menyediakan pakaian baru untuk memeriahkan Aidilfitri.
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/27hip2a.jpg)
BAHAGIA: Azmil dengan empat anaknya,
Muhammad Bazli (depan), Nur Azalea (kiri),
Nur Alya dan Nur Amalia
Namun begitu, Azmil sekarang bukanlah Azmil dulu, seorang pelakon glamor, bernama besar dan sibuk dengan jadual penggambaran filem atau drama.
Azmil sekarang lebih bersederhana sebab itulah, persiapan hari raya kali ini sekadar yang perlu saja.
揧ang penting, anak-anak sudah sediakan keperluan mereka. Maklumlah, macam orang lain, mereka pun hendak baju baru juga, |
|
|
|
|
|
|
|
Pemergian satu kehilangan
Oleh Norhayati Nordin
TANGGAL 20 Januari lalu, Rosiah Chik atau nama sebenarnya, Rosiah Abdullah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung. Kematiannya satu kehilangan besar pada industri hiburan tanah air yang selama ini memperjuangkan lagu irama tradisional.
Diam tak diam, sudah hampir 10 bulan Rosiah, 75, yang mesra dengan panggilan Mak Wa 憄ergi |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang dekati Roseyatimah 9 November
WATAK Ros dalam filem klasik arahan P Ramlee (Allahyarham Tan Sri), Pendekar Bujang Lapok pastinya diingati kerana menjadi rebutan tiga jejaka iaitu Ramli, Sudin dan Aziz.
Ros yang rajin menjahit ialah anak Pendekar Mustar (lakonan Mustarjo), yang dikagumi ketiga-tiga pemuda itu membuatkan mereka nekad untuk belajar ilmu persilatan daripadanya.
Bagaimanapun, tingkah laku mereka pada mulanya menakutkan Ros menyebabkan mereka dianggap sebagai 憃rang jahat |
|
|
|
|
|
|
|
Nostalgia: Pendekar Bujang Lapok julang Roseyatimah
Oleh Zainuri Misfar
'Ros' berhenti berlakon, tumpu perhatian kepada keluarga selepas berkahwin dengan Mustapha Maarof
WATAK Ros, seorang guru muda yang mengajar di sekolah orang dewasa dalam filem Pendekar Bujang Lapok, menjulang nama Roseyatimah sebagai pelakon bernama besar.
Dalam filem Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P Ramlee, beliau menjadi anak gadis kepada Pendekar Mustarjo yang kehebatannya dikagumi tiga bujang lapuk iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin.
Namun begitu, sikap mereka yang mencurigakan menakutkan Ros sehingga ketiga-tiganya dianggap lelaki jahat.
Menyedari berlaku salah faham, Ramlee, Aziz dan Sudin meminta maaf kepada Ros menerusi lagu 慚aafkan Kami... |
|
|
|
|
|
|
|
Lunak suara Rafeah belum ada tandingan
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Persona/5rafeah.jpg)
Antara wajahnya untuk kulit album.
MENJELANG Aidilfitri pasti perasaan kita tersentuh mendengar kelunakan suara Allahyarham Datin Rafeah Buang mendendangkan lagu Bila Takbir Bergema. Tentu ramai kenali lirik lagu itu yang berbunyi:
"Dengar, dengar itu, beduk telah berbunyi. Sebulan puasa, tamatlah hari ini. Lekas adikku hiaskan rumahmu, biar serba baru, untuk para tamu."
Menilai keunikan lagu itu, tidak dinafikan ia sudah menjadi salah satu lagi lagu raya evergreen selain Dendang Perantau (P Ramlee), Aidilfitri (Sanisah Huri), Selamat Hari Raya (Saloma) dan Suasana Hari Raya (Sharifah Aini).
Alunan suara yang merdu dan lembut Rafeah cukup membuai perasaan.
Beliau juga amat terkenal dengan lagu seperti Bisikan Hati, Kenangan Di Rantau Abang, Udang Sama Udang, Disebut Jangan Dikenang Jangan dan Daun Daun Berguguran. Selain itu, Rafeah juga diminati ramai dengan lagu duet Juwitaku Sayang bersama Ahmad Jais (kini Datuk).
Di sebalik aura dan suara emasnya itu, perjuangan awal Allahyarham dalam bidang seni suara pernah mendapat tentangan keluarga terutama ibu yang mahu beliau menjadi ustazah.
Mulanya Rafeah hanya menurut saja apa yang direncanakan ibu namun termasuk menyambung pelajaran di sebuah pondok di Indonesia. Bagaimanapun, tanpa pengetahuan orang tuanya, Rafeah menyertai kumpulan pancaragam bernama Senandung Baru.
Gelaran Juara Bintang Satria Singapura pada 1963 menyuntik semangatnya untuk mencuba nasib dalam pertandingan Bintang Radio Malaysia di Kuala Lumpur. Gelaran juara melalui lagu Bakti Setia mengubah hidupnya apabila mula mengukir nama sebagai artis rakaman.
Ketika itu, ibunya tidak lagi menghalang. Suaranya mula bergema di radio menyanyikan lagu irama langgam dan asli. Kejelitaan dan kemerduan suaranya menambat hati peminat.
Sejak bergelar penyanyi pada 1966, anak didik Kassim Masdor ini menghasilkan lebih 20 album iaitu 12 bersama EMI, empat (Senada Records), tiga (PolyGram) dan tiga (Life Records). Kali terakhir, arwah menjayakan album Masih Ada Yang Sayang Istimewa Aidilfitri Artis 60-an serta menjadi artis undangan Kopratasa pada 1996.
Selain menyanyi, arwah juga amat berbakat menulis lirik dan skrip drama radio malah turut berlakon dalam drama radio.
Tidak ramai tahu arwah seorang penulis sebelum menjadi penyanyi.
Selepas tamat darjah lima Sekolah Arab Al-Sagoff (1960) dan Sekolah Perdagangan Inggeris (1963), Allahyarham pernah menjadi anggota sidang pengarang Majalah Perkawalan Tentera (Singapura) pada 1964.
Allahyarham banyak menghasilkan sajak dan cerpen dengan menggunakan nama pena Rina Balkiah dan hasil karyanya disiarkan di majalah Singapura dan radio.
Ketika hayatnya, isteri Tengku Asmawi Tengku Hussein ini turut berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan membuka kedai cendera hati di Pekan, Pahang. Di samping itu, beliau membabitkan diri dalam bidang politik sehingga dilantik sebagai Bendahari Biro Ekonomi Pergerakan Wanita UMNO Pekan Pahang pada 1986.
Rafeah menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya di Hospital Kuala Lumpur sehari sebelum menyambut ulang tahun ke-55 pada 25 Julai 2002 akibat penyakit barah yang ditanggungnya selama setahun.
Info Rafeah Buang
KELAHIRAN: Singapura
KELUARGA: Anak kedua daripada lapan beradik
SUAMI: Tengku Datuk Asmawi Tengku Hussin
ANAK: Tengku Ahmad Ashraf, Tengku Khairil Ashraf, Tengku Ameerrul Ashraf (meninggal dunia pada 1993 ketika usia 10 tahun) dan Nor Iman Solehah
ANUGERAH: Penyanyi Sepanjang Zaman
LAGU POPULAR: Kenangan Di Rantau Abang, Don Juan, Udang Sama Udang, Bisikan Hati, Daun Daun Berguguran, Disebut Jangan Dikenang Jangan, Juwitaku Sayang, Di Luar Jendela. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak Nani terkenang raya di Jalan Ampas
Oleh Norhayati Nordin
DIAM tak diam, Aidilfitri sudah lebih seminggu berlalu. Apapun, setiap insan pastinya mempunyai memori silam yang segar di ingatan untuk dikenang. Tidak hairanlah ia pahit atau manis, yang penting situasi itu berlaku ketika meraikan kemeriahan Aidilfitri.
Pelakon, pengarah dan penerbit, Datin Rosnani Jamil, 70, berkata beliau sangat merindui saat meraikan Aidilfitri ketika masih aktif berlakon di Studio Jalan Ampas di Singapura dulu. Katanya, ia sangat meriah walaupun disambut dalam serba sederhana.
揝aya masih ingat lagi, kami sesama artis Studio Jalan Ampas meraikannya beramai-ramai di atas gelanggang badminton. Ketuanya ketika itu Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kami bertakbir dan menikmati pelbagai juadah kuih-muih bersama.
揗emandangkan kami tinggal berdekatan kerana menetap di kawasan kediaman khas untuk pelakon, jadi tidak hairanlah hubungan antara satu sama lain menjadi erat dan rapat. Justeru, kami sentiasa bersatu dalam segala hal.
揟idak pernah ada jurang di tengahnya. Walaupun kerjaya sebagai pengarah lebih besar daripada pelakon, ia bukan halangan untuk kami menjadi rapat umpama adik-beradik. Semua orang sehati dan sejiwa kerana kami adalah anak seni, |
|
|
|
|
|
|
|
Gaya Zakri sedia dimiliki jika ada jodoh
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
SIAPA sangka percubaan Gaya Zakri menjalani uji bakat yang diadakan oleh syarikat rakaman, EMI pada tahun 1980 telah memahatkan namanya sebaris penyanyi wanita yang mempunyai bakat tersendiri ketika itu di antaranya Datuk Sharifah Aini, Rosemaria, Uji Rashid dan Julie Remie.
Namun begitu, sebenarnya ada kisah menarik di sebalik uji bakat yang dihadirinya di Rediffusion Studio, Setapak, Kuala Lumpur ketika itu.
揙rang ramai mungkin tidak pernah tahu bahawa Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang banyak membantu saya dalam uji bakat tersebut. Dia juga yang memilih lagu untuk saya kerana saya sendiri tidak pasti lagu apa yang harus saya nyanyikan.
揂khirnya dia mencadangkan saya untuk menyanyikan lagu Memory yang pernah dipopularkan oleh Barbra Streisand kerana suara saya yang besar. Dia menulis lirik lagu itu untuk saya nyanyikan. Akhirnya, rezeki menjadi milik saya untuk bernaung di bawah bumbung EMI, |
|
|
|
|
|
|
| |
|