|
Balas #80 Dicota8\ catat
Dari Blog Hafiz...
Ada Awek Lawa Giler!!
Ahad 5 April 2009. Hari Ahad kami pergi ke akademi.. Lepas tu disuruh membuat aktiviti Mi Sedaap... Kumpulan kami iaitu Kak Isma, Abang Sidi dan saya diarah untuk membuat pizza Mi Sedaap... Dan kami didatangi oleh pihak dari Mi Sedap.. Dan ada awek lawa giler!! Fuhh... lepas tu Akim mendapat reward best student dan dia membawak Yazid, Aril dan Qhaud bersama menyaksikan menyaksikan perlumbaan F1 bestlah.. Huhuhu... Kami yang tak pergi boringlah.. Lepas tu kami balik tido.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #82 ashna\ catat
Selakan Ashna...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa credit kat Cari Forum gak..sbb bel bagi ni pun utk khas cari forum nyer bod...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nicolebaby at 6-4-2009 18:26 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Dari Blog Hafiz...
Ada Awek Lawa Giler!!
Ahad 5 April 2009. Hari Ahad kami pergi ke akademi.. Lepas tu disuruh membuat aktiviti Mi Sedaap... Kumpulan kami iaitu Kak Isma, Abang Sidi dan saya ...
best jugak layan tido..
katanyer masa F1 hujan lebat giler ek..
a lil bit boring.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 nicolebaby's post
so sahla apis dgn sidi ditingglkn ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amira_adlina at 6-4-2009 18:55 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
so sahla apis dgn sidi ditingglkn ni
xpe la...siapa lah sidi dan hafiz dihati akim:victory: ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bias giler...
boleh bawak ramai then tinggalkan 2 ketul yg tersisih :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 tweetytweety's post
ujan ek? hbs pe dorang tgk? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Beta at 6-4-2009 19:02 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
ujan ek? hbs pe dorang tgk?
tatau ler. kisahnyer hujang dgn ribut petir skali. ni amik dari Kosmo ari ni..
SUKAN
'Tak sangka hujan lebat sangat'Oleh MUSTAPA LAKAWA
[email protected]
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0406/Kosmo/Sukan/su_05.1.jpg)
HUJAN lebat di Litar Sepang semalam memaksa perlumbaan F1 dihentikan selepas 32 pusingan.
SILAP perancangan atau silap bomoh hujan?
Itu persoalan yang dilontarkan oleh sebahagian besar peminat perlumbaan kereta Formula Satu (F1) tempatan selepas kecewa dengan situasi yang berlaku di Litar Sepang semalam sehingga menjejaskan kelancaran perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia.
Perlumbaan tersebut terpaksa dihentikan selepas melalui 32 pusingan akibat hujan lebat.
Ramai yang melahirkan kekecewaan kerana situasi seperti itu jarang berlaku di Sepang pada tahun- tahun sebelumnya.
Menurut salah seorang peminat yang ditemui dan enggan namanya disiarkan, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah menyedari cuaca buruk seperti itu akan berlaku di Malaysia khususnya antara bulan Januari hingga April tetapi mereka seperti tidak mahu membantah keputusan pemilik F1, Bernie Ecclestone untuk mengubah waktu perlum- baan.
Dia mempersoalkan perubahan itu yang hanya untuk kepentingan penonton di Eropah bagi membolehkan mereka mengikutinya menerusi siaran langsung di televisyen.
"Kenapa tidak membantah keputusan itu kerana kita ada alasan kukuh untuk mempertahankannya. Kita perlu mengambil kira faktor cuaca, keselamatan pemandu dan sebagainya," katanya.
Ada juga di kalangan peminat yang mengatakan bahawa perancangan bomoh hujan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu keadaan juga silap.
"Ramalan cuaca untuk hari ini (semalam) memang tepat yang mengatakan hujan lebat akan turun tetapi kenapa ramalan tersebut tidak diberi perhatian serius?
"Bomoh hujan tak boleh buat apa. Kita tak boleh melawan kuasa Tuhan, mungkin serba sedikit boleh membantu tetapi setakat mana?" kata seorang lagi penonton yang enggan namanya disiarkan.
Sumber SIC memberitahu Kosmo! bahawa pihaknya tidak menggunakan khidmat bomoh hujan tetapi bersandarkan kepada ramalan yang dibuat pihak 'konsultan' yang dilantik.
"Kami berusaha sedaya yang boleh, malah memang menyedari cuaca buruk dan hujan lebat akan berlaku," jelas sumber tersebut yang enggan namanya disiarkan.
Situasi yang berlaku di Sepang semalam memang agak luar biasa.
Sekiranya tiada hujan, suasana di litar juga pasti berbeza berbanding tahun sebelumnya.
Ia disebabkan waktu perlumbaan pada GP Malaysia sudah diubah dari pukul 3 ke pukul 5 petang bagi memenuhi kehendak penonton Eropah dan FIA.
Apa yang pasti, cuaca menjadi semakin gelap dan boleh mengganggu penglihatan pelumba.
Bagi pemandu, mereka terpaksa memandu dalam keadaan basah ketika podium kemenangan tidak lagi menjadi sasaran, melainkan untuk menamatkan perlumbaan dalam keadaan selamat.
Beberapa pemandu elit termasuk juara dunia, Lewis Hamilton; juara edisi 2007, Kimi Raikkonen dan bekas juara dua kali dari Renault, Fernando Alonso menjadi mangsa kepada keadaan litar licin selain pemandangan yang tidak memuaskan.
Begitupun, kelompok yang paling merasai pengalaman hitam tersebut pastinya pengunjung setia F1 yang memilih untuk menyaksikan perlumbaan dari kawasan lapang.
Semalam, pokok kelapa sawit yang biasanya menjadi tempat berteduh bagi kalangan penonton tempatan dan pelancong asing, ternyata bukan lagi suatu keselesaan apabila mereka terpaksa bermandi hujan sambil menyaksikan perlumbaan.
"Sebenarnya telah beberapa kali berlaku hujan di Litar Sepang ini ketika perlumbaan GP Malaysia berlangsung tetapi inilah kali pertama hujan lebat turun.
"Ia juga pertama kali apabila menyaksikan perlumbaan dihentikan dan seterusnya ditamatkan ketika masih berbaki beberapa pusingan lagi," jelas sumber SIC itu lagi.
" Pihak 'konsultan' memang menjangkakan akan berlaku hujan hari ini (semalam) tetapi tidak menjangkakan ia lebat.
"Jadi, ia sesuatu yang luar biasa apabila masalah seperti ini berlaku pada hari perlumbaan selepas dua hari sebelum ini (sesi latihan dan kelayakan) cuaca adalah dalam keadaan baik," tambahnya.
[ Last edited by tweetytweety at 6-4-2009 19:11 ] |
|
|
|
|
|
|
|
akim nih ada daya tarikan btollah
aku rasa dia nih mmg singer kat skolah dia
mesti ramai peminat
mesti ada gefren dah kat sekolah
tapi biasakla...masuk akademi.. mintak putus
hehheheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|