CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

SPA QISTINA [April - Astro 952 & 953]

[Copy link]
Post time 2-4-2010 12:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by azra_rahman at 2-4-2010 00:45

sok mlm ade tiz kt chatting astro @15..
jom reramai chat ngan tiz esk..
fasha pon de gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 12:45 AM | Show all posts
sok mlm ade tiz kt chatting astro @15..
jom reramai chat ngan tiz esk..
azra_rahman Post at 2-4-2010 00:42


ye ke? jam berapa? bleh jgk zassssss kejap.
psssssst... Tiz tak berapa suka chatting kan.
apa2 pun kita serbu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:46 AM | Show all posts
82# hijau88
kul 8..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:49 AM | Show all posts
70# nazihamrun  
ganaz gler tiz dlm citer nih..ala nk subscribe ker x ni..dh la aku peminat setia spa q ni..
azra_rahman Post at 1-4-2010 21:22


allaa download jer kat jiwang.tv wat per membazir duit beli abo tue.... 

rasenya ader diorang upload kheeeen!?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:51 AM | Show all posts
76# nazihamrun

apesal kebykkan watak tiz menangis jer .... kalo ader company nak ambik jadi duta tisu baguis nie...!

konform laku cam goreng pisang panas!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 07:59 AM | Show all posts
82# hijau88
alaaaa...dah lupa dah canne nak chat kat @15 ni.. zasssss...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2010 08:10 AM | Show all posts
86# nazihamrun
so, apa lgi zassssss... harap2 takde gangguan... dah la tym tu berita tgh men... masa tak seswai sungguh la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 08:29 AM | Show all posts
84# logy

haha... harap2 la dpt kan.
huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 09:26 AM | Show all posts
87# hijau88

pukul brape weh chat2 nih..aku tak alert le pulak. kena tmbh topup ler nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:30 AM | Show all posts
89# nazihamrun


azra ckp jam 8.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:39 AM | Show all posts
90# hijau88

nak kena rekod gak ke..muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:40 AM | Show all posts
siotnye...iman aku sungguh tgugat la...nk langgan ke x ni....vavinye esteruk ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 09:53 AM | Show all posts
bak kata si logy..kalo ko rase terhina nak melanggan, ko tunggu je le kat jiwang ke mana2
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 10:00 AM | Show all posts
90# hijau88  

nak kena rekod gak ke..muahahaha
nazihamrun Post at 2-4-2010 09:39


uiks... chat je la. bleh jgk kalu ko nak rec crita yg ada kat sebelah tym chat tu.

wkakakakkakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 10:45 AM | Show all posts
Spa Qistina selepas kontroversi

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM



ZETTY Adila (tiga dari kiri) dan Khairul Anwar Salleh (kanan) bersama barisan pelakon siri Spa Qistina yang bakal memulakan tayangannya di Astro Box Office (saluran 952, Astro) bermula 5 April ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KETIKA sesi pengambaran macam-macam kontroversi telah melanda siri popular Spa Qistina yang dahulunya dikenali sebagaii Spa Q.

Selain tajuknya yang berbeza, siri Spa Q selama dua musim sebelum ini ditayangkan di TV3.

Bermula daripada masalah produksi, ia disusuli pula isu penarikan diri salah seorang pelakonnya, Nora Danish akibat 'perang dingin' dengan Fasha Sandha.

Masalah kemudiannya bertambah dengan penarikan diri seorang lagi pelakon utama yang tersenarai dalam siri tersebut iaitu Ady Putra.

Daripada tempoh pengambaran yang dirangka selama dua bulan bermula Oktober tahun lalu, kesan daripada pelbagai kontroversi yang melanda, jadual rakaman tertangguh dan berlarutan sehingga lima bulan.

Namun, pujian harus diberikan kepada pihak penerbitan siri ini, Global Station Sdn. Bhd., (GSSB) serta barisan pelakonnya kerana mereka masih kekal kerana biar ditimpa pelbagai kontroversi.

Akhirnya, siri tersebut siap sepenuhnya dan bakal menemui peminatnya bermula 5 April ini pukul 9 malam.

Bakal bersiaran di Astro Box Office (saluran 952, Astro), menariknya biarpun kali ini bayaran dikenakan kepada peminat siri itu namun penonton tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kesudahan siri tersebut.

Ini kerana kesudahan siri tersebut boleh disaksikan hanya dalam tempoh sebulan. Malah, secara maraton dengan melanggan pakej yang disediakan oleh stesen berbayar itu pada kadar harga RM9.95 sahaja.

Baru-baru ini pada majlis pelancarannya, syarikat produksi penerbitan Spa Qistina memperkenalkan barisan pelakon yang membintangi drama berkenaan.

Mereka terdiri daripada Nanu Baharudin, Fasha Sandha, Ijoy, Jasmin Hamid, Azizah Mahzan, Tiz Zaqyah, Faradhiya, Zaris Nelydia, Fazren Dafi dan Keifli AF.

Apa yang pasti barisan nama-nama hebat menjanjikan kelainan tersendiri yang lebih menarik untuk peminat setia siri tersebut.

Pelakon utamanya, Nanu ketika ditemui pada majlis tersebut mengharapkan kejadian yang melanda sepanjang berlangsungnya pengambaran siri Spa Qistina menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri lakonan.

Sebagai pelakon yang telah mempunyai pengalaman selama 20 tahun sudah tentu dia mengharapkan kerjasama yang baik daripada barisan pelakon mahupun krew yang terlibat dalam sesebuah produksi.

Pelbagai masalah yang melanda Spa Qistina termasuk pertukaran pelakon dan beberapa masalah teknikal secara tidak langsung mengganggu dan menjejaskan perancangan yang dijadualkan sebelum ini.

"Selama 20 tahun saya menjadi pelakon saya tidak pernah nak bersuara tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, inilah pertama kali saya rasa tidak seronok berlakon.

"Sebagai individu yang telah lama berlakon sudah semestinya saya mahu tunjuk persembahan yang terbaik dalam lakonan tetapi jika berlaku pelbagai masalah sudah tentu ia mengganggu perjalanan kerja.

"Bagaimanapun, walau apa juga masalah yang melanda, saya puji produksi ini kerana akhirnya sempurna juga siri Spa Qistina biarpun memakan masa pengambaran yang agak lama," katanya.

Menurut jadual asal, pengambaran yang dijadualkan bermula 14 Oktober tahun lalu bakal berakhir pada 14 Disember namun, berlarutan sehingga Februari lalu.

Apa yang menyedihkan, dia yang telah siap menyempurnakan lakonan sebanyak 70 babak terpaksa melakonkan semula babak yang telah siap akibat pertukaran pelakon.

Malah, setelah siap membuat lakonan semula sebanyak 20 babak, dia sekali lagi perlu menjalani pengambaran semula akibat masalah teknikal.

"Bagi saya dalam industri setiap pelakon kena ada kerjasama kalau tidak, orang lain yang akan jadi mangsa.

"Kita tidak boleh salahkan pelakon baru sekiranya kita sebagai pelakon lama tidak menunjukkan contoh yang baik buat mereka.

"Saya tidak rasa serik bekerja dengan pelakon dan produksi ini, cuma dalam setiap kerja, komitmen daripada semua pihak perlu ada," kata Nanu yang mengakui menolak dua tawaran filem sepanjang menjalani pengambaran siri tersebut.

Berkerjasama dengan Fasha Sandha dalam siri tersebut bukanlah pengalaman pertamanya.

Mereka sebelum ini pernah ditemukan dalam filem Cinta arahan Khabir Bhatiar.

Memuji kesungguhan Fasha dalam menjayakan siri tersebut, kata Nanu, dia menghormati cara kerja yang dipersembahkan oleh pelakon filem Anak Halal itu.

"Saya suka bekerjasama dengan Fasha dan saya hormati cara dia bekerja.

"Apa yang saya lihat, biarpun dia (Fasha) dilanda pelbagai kontroversi dia tetap melakukan yang terbaik dalam lakonan," jelas Nanu lagi.

Spa Qistina musim baru menceritakan Qistina menerima pelbagai tekanan yang cuba dicetuskan oleh Freida (lakonan Fasha Sandha) yang cuba meruntuhkan kebahagiaan dan keharmonian keluarganya.

Perkahwinan Qistina dengan suami barunya, Fahmi yang telah berusia dua tahun semakin menghadapi tekanan dengan kehadiran Freida yang tidak putus-putus menggoda Fahmi.

Apatah lagi, jurang usia 15 tahun antara Qistina dan Fahmi menimbulkan pelbagai masalah dan membuatkan mereka sering tidak sehaluan.

Menggantikan watak Norish Karman dalam siri yang dahulunya dikenali sebagai Spa Q itu bukan masalah besar buat pelakon yang cukup berpengalaman seperti Nanu.

Bagaimanapun, tidakkah nanti dia dibayangi oleh Norish Karman malah, diperbandingkan dari segi lakonan?

"Kata penerbit, Spa Qistina merupakan kisah yang ada konsep baru dan ia ada perbezaan dengan Spa Q.

"Mungkin juga kelainan yang ditonjolkan kali ini mengikuti kehendak Astro yang mahukan kelainan siri itu berbanding dahulu. Bagaimanapun ia masih lagi kesinambungan daripada kisah Qistina.

"Saya tiada masalah atau terasa hati jika orang bandingkan saya dengan Norish kerana bagi kami masing-masing ada cara lakonan tersendiri," kata Nanu.

Nanu, Norish sama hebat

Masih lagi mengekalkan konsep glamor, pembaharuan untuk Spa Qistina ialah pengisian yang lebih menjurus kepada kekeluargaan serta konflik dan dendam.

Seperti yang diketahui ramai, proses pengambaran siri ini memang tidak sunyi dengan kontroversi namun ia tidak sedikitpun mematahkan semangat warga Global Station dalam menyempurnakan siri ini.

"Kami yakin siri ini bakal mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ini merujuk kepada kajian yang telah kami lakukan di laman sosial, Facebook di mana dalam tempoh seminggu sahaja siri ini sudah mengumpul lebih 4,000 peminat.

"Malah, rata-rata peminat siri ini tidak sabar menanti kemunculan Spa Qistina biarpun berbayar," kata Penerbit Eksekutif GSSB, Zetty Adila Ramly pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh selain persembahan khas daripada kumpulan Hujan.

Menurut Adila lagi, siri yang berdurasi selama 45 minit setiap episod itu bakal ditayangkan dua episod serentak manakala bersiaran secara marathon pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Biarpun banyak kontroversi yang melanda, Adila ketika diminta mengulas isu pertukaran pelakon memberitahu, perkara itu tidak memberi kesan besar pada produksi siri berkenaan.

Kata Adila, apa yang menggembirakan GSSB ialah pertukaran itu tidak mengganggu keaslian siri tersebut kerana setiap pelakon yang menjayakan produksi ini mempunyai kelebihan dan corak lakonan yang tersendiri.

"Sebelum ini, pihak kami telah pun menerangkan kenapa berlakunya pertukaran pelakon. Baik Nanu mahupun Norish Karman bagi kami sama hebat dalam lakonan.

"Cara lakonan mereka kedua-duanya ada kelebihan dan perbezaan yang tersendiri malah, untuk watak Qistina kali ini kami lihat begitu bagus," kata Adila.


*** tingat cite kasut tumit tinggi bila sebut nanu ngan NK ni (tol ke tajuk cite ni..haha)
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:15 AM | Show all posts
90# hijau88  

nak kena rekod gak ke..muahahaha
nazihamrun Post at 2-4-2010 09:39



rekod jgn tak rekod..... kalo ko ader astruk max laaah...!

lepas tue cam biasalah upload kat memaner...huhhuhuhu...!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 02:38 PM | Show all posts
Temui Fasha, Tiz di @15 Malam Ini


Teks Oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Selama ini anda sering menyaksikan lakonan aktres Fasha Sandha dan Tiz Zaqyah menerusi drama di televisyen.

Tapi, bagaimana kalau anda diberi peluang untuk berchatting dengan kedua-dua bintang sensasi Spa Qistina di @15 pada malam ini?   Tentu anda tidak mahu lepas peluang inikan?

Menerusi gandingan mereka buat  julung kalinya dalam Spa Qistina, tentu banyak yang ingin anda ketahui tentang pergolakan mereka di dalam drama bersiri 13 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini.

Malah, inilah juga masa untuk anda mendekati  dan menyelami diri kedua-dua pelakon idola anda ini tentang segala hal yang berkaitan dengan diri mereka, minat mereka, masa lapang mereka serta kisah peribadi mereka.

Menariknya, Fasha akan mula berchatting secara live di @15 pada bermula dari jam 8 malam sehingga 9 malam, manakala giliran Tiz pula  dari  jam 9 malam sehingga 10 malam. Live chatting bersama Fasha dan Tiz ini juga akan turut dipancarkan menerusi Astro Saluran 109. Sebelum itu Fasha dan Tiz akan sama menjayakan sesi rakaman bersama Sinar FM dari jam 4 petang hingga 6 petang.

Dalam pada itu, seperti yang telah anda semua sedia maklum, drama bersiri 13 episod Spa Qistina terbitan Global Station Sdn Bhd ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat, Saluran 953 mulai 5 April ini.

Serentak dengan tarikh itu, peraduan Spa Qistina akan turut diadakan di laman portal hiburan, murai.com.my dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!

Hadiah utama yang dibakal dimenangi pemenang pertama adalah TV plasma 42 inci, tempat kedua (TV plasma 32 inci),  tempat ketiga (TV plasma 26 inci) serta 5 hadiah saguhati (pemain DVD bersama USB pot).

Untuk menyertai peraduan Spa Qistina@murai ini, anda perlu melanggan Astro Box Office Movies Tayangan Hebat dan tonton drama bersiri 13 episod ini setiap malam.

Daftar masuk ke murai.com.my dengan menyertakan nombor akaun Astro dan kemudian jawab soalan ringkas dari setiap  13 episod ini dengan betul. Kemudian kumpulkan jawapan anda sehingga 13 episod kesemuanya dan lengkapkan slogan tidak melebihi 15 patah perkataan dengan penuh kreatif dan menarik. Mudah sajakan?

Menerusi saluran Tayangan Hebat ini, sebanyak 2 episod akan ditayangkan sekaligus setiap Isnin hingga Rabu bermula jam 9 malam iaitu episod 1 dan 2 pada 5 April, 3 dan 4 (6 April), episod 5 dan  6 (7 April), episod 7 dan 8 (12 April), episod 9 & 10 (13April) dan episod 11, 12, & 13 (14 April).

Selain itu, para penonton juga diberi pilihan untuk menonton drama ini pada waktu siaran ulangan pada setiap hari bermula dari jam 2 petang.

Bukan itu sahaja, para penonton juga diberi pilihan untuk menonton drama bersiri ini secara marathon pada setiap Sabtu (10 April, 17 April dan 24 April) untuk episod 1 hingga 6 dari jam 2 petang hingga 7 malam.

Pada Ahad (18 April dan 25 April ) untuk episod 7 hingga 13 dari jam 2 petang hingga 7 malam.

Kisah Spa Qistina akan dimulakan dengan perkahwinan Dafi (Fazren Rafi) dan Maya (Tiz Zaqyah), perkahwinan yang berasaskan cinta dan penuh dengan kebahagiaan.

Manakala perkahwinan Qistina (Nanu Baharuddin) dan Fahmi (Ijoy) yang berusia dua tahun pula telah mula menghadapi tekanan. Rata-rata masalah mereka adalah disebabkan jurang usia 15 tahun di antara mereka.

Sedangkan Marlia (Azizah Mahzan) dan Zafrul juga tidak sebahagia mana kerana Marlia masih tidak mempercayai kesetiaan Zafrul.

Namun Melissa (Nik Zaris Nellydya) yang telah menjadi role model terkenal pula sedang mengecap bahagia, lantaran percintaannya dengan Aril (Keifli AF) yang baru bermula.

Dilema mula menghantui rumahtangga Dafi dan Maya apabila Julia (Faradhiya) tiba-tiba muncul dengan mengumumkan berita yang mengejutkan.

Manakala Sofiera (Jasmin Hamid) yang merengkuk dalam penjara pula telah menerima kunjungan Frieda (Fasha Sandha), anak didiknya yang langsung tidak disangkanya akan datang mencarinya di penjara.

Bagaimanakah kesudahan kisah hidup mereka yang acapkali turun naik ini? Adakah anda bersedia untuk menyaksikan lebih drama dan plot cerita berkisarkan kisah cinta dan khianat?

Drama Spa Qistina ini dibintangi Nanu Baharuddin sebagai Qistina, Azizah Mahzan (Marlia), Ijoy Azhari (Fahmi), Fasha Sandha (Frieda), Tiz Zaqyah (Maya), Fazren (Dafi), Badrul Muhayat (Dr Zulfadzli), Faradhiya (Julia), Nik Zaris Nellydya (Melissa) dan Jasmin Hamid (Sofiera).

Ia boleh ditonton dengan hanya melanggan pakej Astro Box-Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) di sepanjang bulan April ini dengan harga RM9.95 setiap bulan. Untuk melanggan, sila hubungi talian 03-74945050 atau 1-300-82-3838. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.astro.com/my/premiumchannels/.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 03:41 PM | Show all posts
aha... nasib bek jam 9...
hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 03:55 PM | Show all posts
ini trailer SPA-QISTINA:

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 04:42 PM | Show all posts
"Sebelum itu Fasha dan Tiz akan sama menjayakan sesi rakaman bersama Sinar FM dari jam 4 petang hingga 6 petang"

rakaman pogrem apa ek? sape tau.. aku mmg dengor sinar ni tp time gi balik keje jek.. waktu keje, malam n weekend idak ler dengau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.166381 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list