CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

Makhluk Asing Tinggal Di Kalangan Manusia?

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2009 01:47 AM | Show all posts
lari skit x pe, lama2 nanti kembali ke pangkal jalan juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 02:26 PM | Show all posts
Ni le manusia..asal jumpa je makhluk yang aneh terus dibunuh..atas nama sains...walaupun makhluk tu tak buat apa-apa pun kat kita...

ni pun kalau betul le ada makhluk ni kat meksiko itu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 03:28 AM | Show all posts
bukan ilusi sebaliknya mcm gambaran atau tayangan kepada baginda ttg mereka2 yg akan dihukum di neraka kelak.
NIXAR Post at 30-9-2009 12:52 AM

di neraka kelak? means bukan manusia2 terdahulu sebelum Adam kan?

Nabi tengok byk perempuan yg disiksa atas sebab2 salah ngan suami dan tutup aurat..

kalu diikutkan.. firman Allah menyuruh hambanya yg wanita memakai tudung atau menutup kepala danlain selain muka dan tapak kai masa zaman nabi Muhammad.. di mana pengaruhnya Omar al-Khatab yg x suker melihat rambut wanita ditunjukkan.. jadi hukuman tuh mestilah menunjukkan umat selepas Adam.. bukan sebelum Adam..

pendapat aku la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:17 PM | Show all posts
kalo xde dalam al quran,, tok sah nk fenink2 fikir
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:20 PM | Show all posts
kalo xde dalam al quran,, tok sah nk fenink2 fikir
cariGADO Post at 27-10-2009 21:17



maksud? , maksudnya segala ajaran harus 100% apa yg ada dalam alquran? kalau yg ada dalam hadith pula mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 02:28 AM | Show all posts
tompang lalu....
huhu... selain quran, kita kan ada hadith....
ada ijma ulama jugak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2009 02:34 PM | Show all posts
22# HangtuHangpa

darwin tu yahudi..jadi bangsa yahudi menanggap semua manusia selain bangsanya di anggap haiwan,sebab sekarang yahudi control education..pasal alien in adalah fahaman agama baru  dikenali sebagai "Scientology" percaya ada makhuk jasad pintar dari manusia.janganla! itu sangat memesongkan akidah.kalau benar alien itu wujud,dah lama diorang singgah sini mintak izin menancong.ini sekakat cerita tanpa asas tak dipercayai.atau barangkali adalah jin..Allah berfirman"sebaik-baik ciptaannya adalah manusia" jadi kita faham tak perlu dinafikan.mungkin ada kehidupa di planet luar galaksi kita,tapi tak seperti kita..alam semesta(universe) luas dan ada bilion galaksi dalam galaksi ada bintang dan di bintang ada planet.galaksi bertuah adalah kita milky way (bima sakti)..fikir-fikirkan lah,
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 10:10 PM | Show all posts
22# HangtuHangpa

darwin tu yahudi..jadi bangsa yahudi menanggap semua manusia selain bangsanya di anggap haiwan,sebab sekarang yahudi control education..pasal alien in adalah fahaman agama baru   ...
narai Post at 29-10-2009 14:34


mungkinkah alien itu adalah hasil gabungan genes manusia + binatang atau gabungan genes manusia + tumbuhan?

maksudnya "mungkin tak" perdayaan teknologi dajal ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 10:27 PM | Show all posts
seingat aku mmg ade beberapa kejadian di mana org pada zaman ini terserempak dgn org di zaman lampau. di Peru kalau x silap ada seorang lelaki pernah tersesat ke suatu tempat di mana org2 disana adalah dr zaman kuno.
NIXAR Post at 28-9-2009 22:15


search : spirited away .. & teori ruang-masa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 10:41 PM | Show all posts
76# NIXAR

kuasa Allah .. yg mana buraq hanyalah alat/pengangkutan ..

kuasa Allah bukan cuma terhad kepada atau dalam ruang-masa;
mahupun pembalikan ruang-pembalikan masa + sebaliknya;
tapi termasuk juga ruang di dalam ruang-masa di dalam masa ..

bayangkan kita sekarang ni berada dalam ruang A .. masa sekarang - 29 oktober 2009, 1030pm
then, bayangkan kita 'di bawa' ke ruang B .. mungkin dengan cara teleport/sekelip mata

ketika berada kat ruang B tu - adakah 'MASA' bergerak sama seperti dalam ruang A?
adakah nilai 'MASA' itu sama? 1 minit = 60 saat? 1 jam = 60 minit? sama?

pastu .. bayangkan aa kita jenjalan jap kat ruang B tu .. tengok2, usha2 ..

lepas tu, bayangkan kita dihantar balik ke ruang A - masanya 29 oktober 2009, tapi 1031pm
sedangkan RASANYA kita berada lama kat ruang B .. lom amek kira 'MASA' perjalanan kan?

tapi tu aa yg sebenarnya terjadi ..

dunia yg kita rasa kita 'kenal' skang ni - bukan hanya ada 1 ruang & 1 masa sahaja
& TUAN kepada ruang & masa tu ialah siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 04:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by naen at 30-10-2009 16:49
Kenapa saya kata makhluk asing ialah manusia yang berasal dari bumi? = kalau makhluk asing mampu bina kapal angkasa dari planet mereka ke bumi, itu ertinya mereka lebih advance dari kita.. Benarkah? Tidak mungkin, kerana manusia ialah makhluk yang terbaik ciptaan Allah.

Maka bagi saya, alien adalah manusia itu sendiri yang datang dari masa hadapan. Mungkin beribu-ribu atau berjuta-juta tahun akan datang manusia akan mampu mencipta mesin merentas masa. Pada pandangan saya, UFO itu mungkin ialah sebuah mesin rentas masa.

Manusia pada masa akan datang berevolusi seperti makhluk asing yang kita kenal sekarang, iaitu bermata bulat dan besar, bewarna hijau dan bersaiz kecil (akibat terkena radiasi etc.).

Setakat ini saja dulu, nanti saya sambung lagi. Kalau ada apa2 yang nak ditanya, silakan....
tekoyong Post at 28-9-2009 19:50


pendapat aku lak .. 'makhluk asing' ni sebenarnya dari bumi, tapi berada dalam 'ruang' (dimensi) yg lain



kita pun tau kan .. ada satu 'makhluk' yg dah hidup beribu2 tahun lamanya ..
menyaksikan & mendalami perkembangan tamadun manusia .. beribu2 tahun lamanya ..
dan tak mustahil jugaks ilmu 'makhluk' ni lebih advance beribu2 tahun ke hadapan berbanding manusia ..

tak mustahil jugaks lagi kalau 'makhluk asing' ni adalah bala tentera 'makhluk' yg satu ni ..
yg dihantar ntuk mengusha2 keadaan manusia - 'kita' - kat dunia sekarang ni

sama jugak ngan UFO .. setakat teknologi UFO/stealth tu apa aa sangat
kalau nak dibandingkan ngan ilmu 'makhluk' ni yg dah hidup lama sesangat .. kan?
mungkin jugak ada pihakyg 'meminjam' pengetahuan/teknologi dari 'makhluk' ni
diaplikasikan dalam perkembangan teknologi pesawat & tentera sendiri

kita pun tahu yg 'makhluk' ni dikatakan 'ada keupayaan utk mengawal air' akhir zaman nanti
tengok je sekarang ni .. siapa yg memula mengaplikasikan 'teknologi membenih awan'?
& camne lak 'ilmu' tu boleh 'leak/bocor' ke dunia kita - manusia?

so .. siapakah 'makhluk' nan satu itu? siapakah 'makhluk asing'? siapakah 'kita' dalam cerita itu?
apakah itu UFO? apakah kaitan area 51 ngan 'makhluk' & 'makhluk asing' itu? jeng jeng jeng~♪
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 07:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by naen at 30-10-2009 16:49



pendapat aku lak .. 'makhluk asing' ni sebenarnya dari bumi, tapi berada dalam 'ruang' (dimensi) yg lain



kita pun tau kan .. ada satu 'makhl ...
naen Post at 30-10-2009 16:48



mungkin makhluk ini telah merencana konspirasi yang amat dahsyat menggunakan teknologi apa jua yg dia ada,

maka mereka ini dijadikan tentera, maka dgn sebab itulah dia boleh menjadi amat2 kuat di akhir zaman nanti,

apa yg mustahilnya, jika nazi pun boleh menawan sekalian negara, jepun pun boleh menjajah, mongolia pun boleh menjajah sekalian negara, dan wujudnya empayar2,  so apa yg memustahilkan jika akan wujudnya empayar akhir zaman yg dilead oleh makhluk ini.... harus diingat, katanya, akan ada manusia yg dibunuh, kemudian boleh hidup semula yg dimanipulasikan oleh makhluk ini seolah2 adalah kuasanya ...

sedangkan negara2 kuasa besar pun boleh aje meresapkan sekalian spy2 dan merencana pakatan sulit, so apa nak hairannya jika makhluk ini pun sedemikian.....   

cuma ai ingin sekali tahu, tatkala dia ini menunjukkan belangnya, apakah jadinya akan kaum yahudi?. atau adakha mereka entiti yg sama.

pasal tentera mereka, alien..... agaknya akan datang dalam rupa yg mcm mana agak2nya ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 10:03 AM | Show all posts
89# alyana

Mungkin juga..banyak benda kita tak tahu..aku yakin alien wujud di planet lain..tapi.....berkemungkinan tak berakal(haiwan).dalam bumi ni pun ada alam lain jin dan manusia(dimensi lain),bunian la itu la.Dajal tuh dah ada bersembunyi..ada yang aku baca dari buku dia bersembunyi di iran..Riwayat Imam Muslim berbunyi"SABDA NABI SAW : "DAJJAL AKAN DIIKUTI OLEH 70,000 YAHUDI DARI KOTA YAHUDI ISFAHAN (IRAN), MEREKA MEMAKAI AL-TAYALISAH"
sekarang pusat loji nuklear besar di iran adalah di Isfahan iaitu kota terbesar yahudi di iran..iran merupa negara penduduk yahudi teramai di middle east.syiah bukan islam.tetapi dia musuh dalam selimut..

http://suhaimy.org/isu-panas/dajjal-akan-muncul-dari-kalangan-syiah-di-iran/
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 01:51 PM | Show all posts
22# HangtuHangpa

darwin tu yahudi..jadi bangsa yahudi menanggap semua manusia selain bangsanya di anggap haiwan,sebab sekarang yahudi control education..pasal alien in adalah fahaman agama baru   ...
narai Post at 29-10-2009 14:34


saya quote semula pendapat yang dipetik dari web saifuislam.com berhubung kewujudan manusia sebelum Adam..saya juga berpendapat bahawa kita tidak harus membataskan kewujudan makhluk ciptaan Allah ..kerana Allah Maha Berkuasa untuk mengadakan sesuatu dari tiada ...umat Islam hanya tahu menghukum dan menyatakan Yahudi sesat dan suka berimaginasi ..namun sedarkah kita mereka mengkaji dan terus mengkaji ..malah Al Quran turut digunapakai dalam mencari kebenaran...sedangkan kita umat Islam yang pandai menghukum ini tidak malu pula mengambil dan menggunakan ciptaan mereka malah terus menjadi pengguna ...siapa yang mencipta telefon? komputer? dan televisyen? malah hampir semua teknologi moden mereka mempelopori? bagaimana mereka mengkaji teori masa,cahaya dan segala-galanya?cuba fikirkan ??


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepadaMalaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu denganberkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi ituorang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu danmensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apayang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

PANDANGAN ULAMA ISLAM YANG AWAL
Di dalam sejarah Islam, tumpuan kita adalah pada melihat sejauh manaumat melaksanakan peraturan Allah, sebagai mekanisma jatuh danbangunnya tamadun. Oleh kerana tumpuannya begitu, maka kadang-kadangkita terlepas pandang kepada pandangan para ulama’ terhadappersoalan-persoalan ‘pra-sejarah’ ini.
Sebagaimana teori evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek dan Romanserta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapankepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkankepada ayat-ayat al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendirimengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada disekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip al-Quran tetap menjadi terasutama kepada mereka.
Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelummemperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudimeletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan TentangUmat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis danQabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”,“Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.
Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah diciptadi muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan faunaserta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat  ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.
Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.
Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di duniasebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakalakaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana merekaini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yangdimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.
Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalantentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhirini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum iadiperkatakan di Eropah.
Persoalan ini penting di sisi ilmuan Islam, untuk membina danmenstrukturkan World History pada perspektif Islam. Mereka melihatpersoalan Tuhan, manusia dan alam, sebagai subjek yang tidak bolehdipisahkan. Di atas prinsip itu, persoalan sejarah tidaksewenang-wenangnya bermula hanya dengan penciptaan Adam, tetapi eraPra-Adam turut diambil kira.
Inilah yang mengagumkan saya. Sekian lama saya terlepas pandangterhadap perhatian yang diberikan oleh Ulama’ seawal kurun ke-10Mterhadap isu ini. Keprihatinan mereka menunjukkan bahawa subjek iniberharga untuk diberikan perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 01:53 PM | Show all posts
‘ADAM’ SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

ISU LEKEH?

Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis. Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa “AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI”.

Pengetahuan kita ada batas-batasnya.

Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 04:00 PM | Show all posts
96# miftahuljamilah

adakah teori "adam" sebelum adam ini disokong quran @ hadis2 yang kuat???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2009 04:47 PM | Show all posts
96# miftahuljamilah

adakah teori "adam" sebelum adam ini disokong quran @ hadis2 yang kuat???
thessailly Post at 31-10-2009 16:00


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepadaMalaikat;“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi”. merekabertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu denganberkata): “AdakahEngkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi ituorang yang akanmembuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan), padahal Kamisentiasa bertasbih dengan memujiMu danmensucikanMu?”. Tuhan berfirman:“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apayang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

dalam ayat ini telah dinyatakan pebualan malaikat dengan Allah berhubung penciptaan khalifah..

dalam mentafsir Al Quran ..kemahiran berbahasa Arab itu penting justeru saya temukan pentafsiran ini berhubung ayat di atas iaitu:
Qala perkataan bahasa Arab yang lazim dan berarti, ia berkata.Tetapi, kadang-kadang dipakai dalam arti kiasan, bila yangdimaksudkannya bukan pernyataan kata kerja, tetapi keadaan yang sesuaidengan arti kerja itu. Ungkapan. imtala’a al-haudhu wa qala qathni(kolam itu menjadi penuh dan ia berkata, “Aku sudah penuh”) tidakberarti bahwa kolam itu benar-benar berkata demikian; hanya keadaaannyamengandung arti bahwa kolam itu sudah penuh. dengan ungkapan lisan.Maka ayat ini hanya berarti bahwa para malaikat itu dengan peri keadaanmereka. menyirat jawaban yang di sini dikaitkan kepada percakapanantara Tuhan dan para malaikat tidak perlu diartikan, secara harfiahsebagai sungguh- sungguh telah terjadi. Seperti dinyatakan di atas,kata qala itu kadang-kadang dipakai dalam arti kiasan, untukmengemukakan hal yang sebenarnya bukan suatu ungkapan lisan, melainkanhanya keadaan yang sama kata-kata yang diucapkan mereka.
Mala’ikah ( para malaikat ) yang adalah jamak dari malak di serapdari malaka, yang berarti, ia mengendalikan, mengawasi; atau darialaka, artinya, ia mengirimkan. Para malaikat disebut demikian, sebabmereka mengendalikan kekuatan-kekuatan alam atau mereka membawa wahyuIlahi kepada utusan-utusan Allah swt. dan pembaharu-pembaharu samawi.
Para malaikat tidak mengemukakan keberatan terhadap rencana Ilahiatau mengaku diri mereka lebih unggul dari Adam a.s. Pertanyaan merekadidorong oleh pengumuman Tuhan mengenai rencana-Nya, untuk mengangkatseorang khalifah. Wujud khalifah diperlukan bila tertib harusditegakkan dan hukum harus dilaksanakan. Keberatan semu para malaikatmenyiratkan bahwa, akan ada orang-orang di bumi yang akan membuatkekacauan dan menumpahkan darah. Karena manusia dianugerahikekuatan-kekuatan besar untuk berbuat baik dan jahat, para malaikatmenyebut segi gelap tabiat manusia; tetapi, Tuhan mengetahui bahwamanusia dapat mencapai tingkat akhlak yang demikian tingginya, sehinggaia dapat menjadi cermin sifat-sifat Ilahi. Kata-kata, Aku mengetahuiapa yang tidak kamu ketahui, menyebutkan segi terang tabiat manusia.
Pertanyaan para malaikat, bukan sebagai celaan terhadap perbuatanTuhan, melainkan sekedar mencari ilmu yang lebih tinggi mengenai sifatdan hikmah pengangkatan itu, Untuk arti nusabbihu lihat catatan no.2981.
Sementara tasbih (memuji) dipakai bertalian dengan sifat-sifat, makataqdis (menyanjung kekudusan Tuhan) dipergunakan tentangtindakan-tindakan-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 05:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by thessailly at 31-10-2009 18:06

98# miftahuljamilah

ayat ini memberitahu bahawa ketika rancangan khalifah diumumkan Allah, malaikat sudah tahu bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan dan berbunuhan di bumi..

dapat disimpulkan bahawa ketika ini:
1-bumi sudah wujud dan dipenuhi haiwan2 dan tumbuhan.
                    -Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta dimuka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna sertaUmmah yang agak menyerupai Bani Adam*. Umat ini bercampur danberinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat. (dari http://www.bicaraaddin.com/index.php/component/option,com_kunena/Itemid,74/catid,28/func,view/id,596/)

                   -jika tiada haiwan dan tumbuhan, maka apakah pula yang akan dirosakkan manusia, seperti yang dikhuatiri malaikat ???


2-malaikat sudah sedar akan sikap manusia.
                   -bagaimana malaikat tahu?
                                       -mungkin prototaip manusia sudah wujud ketika itu?
                                       -mungkin malaikat memang mempunyai ilmu laduni tentang manusia. (bukan melalui pengalaman) - Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di duniasebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakalakaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana merekaini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yangdimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golonganyang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas olehMalaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. (dipetik dari http://robeeon.net/search/Saiful ... -adam+Sebelum+ADAM?)

3- belum pernah ada manusia yang tinggal dibumi sebelum adam diciptakan.
                   -lihat penggunaan ayat - “AdakahEngkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orangyang akan membuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan),

-ayat ini samasekali tidak menunjukkan bahawa pernah ada manusia di bumi sebelum adam.



(ayat yang dibold dan bergaris menyokong teori makhluk asing tinggal di kalangan manusia... )

.............................................................

sekiranya 'adam' itu adalah satu kata kod untuk merujuk kepada "unit pertama dalam spesiesnya" maka logiklah jika memang ada 'adam' sebelum adam..ada adam tumbuhan, ada adam haiwan dan mungkin ada adam jin..

namun jika definisi 'adam' itu terhad kepada nabi Adam seperti yang kita tahu (memenuhi kriteria2 khalifah, manusia, sebaik-baik penciptaan), maka saya menolak kewujudan 'adam' sebelum adam...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 06:14 PM | Show all posts
bukan ilusi sebaliknya mcm gambaran atau tayangan kepada baginda ttg mereka2 yg akan dihukum di neraka kelak.
NIXAR Post at 30-9-2009 00:52


Allah menguasai ruang, masa dan jisim...apa yang dilihat Nabi Muhammad itu adalah peristiwa sebenar yang masih belum berlaku.

bukan hologram @ illusi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 09:17 PM | Show all posts
maybe satan kot...
bukan ke satan boleh bertukar berbagai2 bentuk bertujuan untuk menyesatkan anak2 nabi adam iaitu manusia...
tengok skarang... kter duk membicarakan masalah nie..mungkin dngan sedikit komen dan pendapat kter pasl bende nie...
telah mengurangkan akidah kter...satan pulak dok suke je tgk kter duk komen pasl bende nie....
kalau alien 2 wujud...kter sebagai manusia seharusnye bagge kerana kter adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini...
bukan alien....

fikir2 kan lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.819587 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list