CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khyree

Anugerah Industri Muzik 17 - SITI DENDANGKAN JIKA KAU TK DATANG

[Copy link]
Post time 17-3-2010 11:02 PM | Show all posts
bg aku TC ngan ctkd ...

ctkd is much2 better than TC..

xtau nape..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2010 11:52 PM | Show all posts
lawanyaaa tok ti. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 12:17 AM | Show all posts
lagu pop terbaik xmsk 1 pn...lagu nasyid aku jangka tahajjud cinta psl kpac x kuat sgt untuk msk pencalonan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 12:19 AM | Show all posts
sedih kan??

lagu pop terbaik x sangkut langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 12:30 AM | Show all posts
xper laa...tp kan naper tetiba aku x excited ngan aim tahun ni..cam dpt rasakan bnda yg x bess akan berlaku..

hopefully xder la gamaknyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 12:35 AM | Show all posts
xper laa...tp kan naper tetiba aku x excited ngan aim tahun ni..cam dpt rasakan bnda yg x bess akan berlaku..

hopefully xder la gamaknyaaaa
graxier06 Post at 18-3-2010 00:30


betul3...sama juga mcm ABP nanti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2010 01:00 AM | Show all posts
aku rasa abp insyaAllah..

cuma AIM x taulah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 03:04 AM | Show all posts
okla tu
at last ada tercalon tuk album pop terbaik

*dah update kat depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 10:33 AM | Show all posts
tercalon jugak CTKD...

ada harapan untuk vokal dalam kumpulan & album pop terbaik...
seterusnya menang album terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:00 AM | Show all posts
as always, pencalonan CT akan dipertikaikan..

tu baru pencalonan, kalau menang haruss la ramai yg meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:04 AM | Show all posts
betul tu nadia...
apa je yg DCT buat, mesti ada anti-CT yg meroyan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 18-3-2010 11:18

Artis Lama Dan Baru Berentap di AIM17



Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) semakin hampir dan semalam satu sidang media telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengumumkan senarai lima calon akhir yang layak bertanding untuk acara berpestij itu. Anugerah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga industri muzik ini akan mempertandingkan 24 kategori kesemuanya dan semua yang layak dicalonkan adalah album dan single yang diterbitkan pada 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

Setiap tahun pasti ada perubahan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur AIM untuk selari dengan perubahan industri muzik sekarang ini. Jika tahun dahulu AIM buat julung kalinya memperkenalkan 12 kategori khusus untuk mengiktraf single-single yang diterbitkan, tahun ini AIM telah memutuskan untuk membenarkan penyertaan album-album daripada genre hip hop dalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk bertanding dalam kategori ‘Album Hip Hop Terbaik’.

Kalau tahun lalu, kumpulan-kumpulan indie yang mendominasi, tetapi senarai pencalonan AIM17 kali ini sudah bertukar corak. Jika diperhatikan, ramai juga artis lama yang turut tersenarai. Seperti biasa, Dato’ Siti Nurhaliza berjaya menempatkan diri. Diva popular ini layak bertanding bagi empat kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) menerusi lagu "Ku Percaya Ada Cinta", Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu "Amarah" (duet dengan Krisdayanti), Album Pop Terbaik melalui album 'Tahajjud Cinta' dan 'CTKD' serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu melalui lagu "Sebagai Teman".

Dayang Nurfaizah juga tidak kurang hebatnya, dia merupakan saingan kepada Dato’ Siti untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) dan Album Pop Terbaik. Selain itu, album Dayang berjudul ‘Dayang Live’ berjaya tercalon dalam kategori Rakaman Album Terbaik.

Tidak ketinggalan, Jamal Abdillah, Hattan, Noraniza Idris, Flop Poppy dan Jay Jay. Masing-masing berjaya tercalon dalam satu kategori. Jamal misalnya, tercalon untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki) menerusi lagu "Tak Hilang Cinta Di Dunia" dan Jay Jay dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu "Permaisuriku", ciptaan Omar K dan Azlan Abu Hassan.

Bagaimana pula dengan artis baru? Azlan & The Typewriter, Bunkface, Yuna, Prema Yin dan Tomok tersenarai sebagai calon Artis Baru Terbaik. Walaupun ada di antara mereka ini bukanlah benar-benar baru tetapi nama mereka tercalon kerana muncul dengan menggunakan nama baru.

Faizal Tahir juga mampu tersenyum apabila lagu dendangannya "Bencinta" tersenarai dalam dua kategori iaitu Lagu Rock Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki). Kalau tahun lepas, kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain tercalon untuk Artis Baru Terbaik, kali ini mereka tercalon untuk kategori Lagu Rock Terbaik pula. Malah, album ‘Mencari Konklusi’ dari Hujan turut dicalonkan untuk Album Rock Terbaik.

Lain-lain artis yang turut tercalon dalam AIM17 Vince Chong , Mawi, Hazami, InTeam, Rabbani, Disagree, Ahli Fiqir, Ayu OIAM, Pop Shuvit, Saujana, Aizat dan Maximus.

Secara keseluruhan, jumlah pencalonan yang diterima oleh Akademi pada tahun ini meningkat seiring dengan peningkatan pasaran muzik dengan jumlah 925 pencalonan, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. Peningkatan paling ketara dilihat dalam pencalonan untuk 12 kategori single.

AIM17 akan menemui anda secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 Mei mulai jam 8.30 malam di saluran ntv7. Siaran langsung ini dibawakan bersama oleh Celcom, sebagai penaja utama serta rangkaian radio rasmi, Hot dan Fly FM.

credit to gua.com
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:47 PM | Show all posts
bg aku TC ngan ctkd ...

ctkd is much2 better than TC..

xtau nape..
rotibusuk Post at 17-3-2010 23:02


aku pun rasa cenggitu gak...
maybe lagu2 pop lebih menyerlah kan...
hmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 09:10 PM | Show all posts
lagi satu vokal kat ctkd lebih mengaum dr TC..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 09:18 PM | Show all posts
mcm x banyak pencalonan je tahun ni. tahniah ct.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 09:43 PM | Show all posts
betol22..ct dpt 5 jek..tuh pun dr 2 album..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 10:25 PM | Show all posts
saingan terdekat vokal adalah dr Dayang Nurfaezah kot..walaupun x dengar lagi lagu hilang tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 10:36 PM | Show all posts
mungkin jac jugak????
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 02:44 PM | Show all posts
huhu...saingan vokal ada Jac..adakah sejarah akan berulang lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 03:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by harisbee at 24-3-2010 15:03

JAC dgn lagu bertamu dikalbu tu??? biasa jer.....kalu lagu2 ala ala Gelora asmara tika bersama...bunga mekar seluruh semestanyaaaaaaa...mimpi indah kita bintang berwarna..janji setia kita selamanya ...adalah harapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list