CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

pelajar form 4 RMC mati kena buli dgn senior; update 1 expelled, 4 digantung!!

  [Copy link]
Post time 25-6-2010 12:11 AM | Show all posts
Maybe kawan ko tu kes khas la kot...

Tapi askar memang jeles dengan polis pun. Sebab poli ...
juwaini Post at 25-6-2010 00:03


hari2 cuma kerja cuci senapang dan boot... itulah jadinya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 12:14 AM | Show all posts
teringoot kat seworang artis yg tidak begitu tau erti kemaluan apabila secara selambek dekkkk je men ...
kucingTomey Post at 24-6-2010 21:57



aku pun nak tambah gak.. ada sorang artis memang masuk RMC.. tapi, tak habis sampai SPM pun.. awal-awal masa form 4 dah out sebab tak tahan.. tapi, skrg mengaku budak RMC.. bila ada perjumpaan budak MTD, dia pun tumpang semangkuk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:15 AM | Show all posts
Secara peribadi saya melihat orang yg perlu buli orang lain supaya dirinya dihormati adalah orang yg sakit. Ragging dan membuli tidak menanamkan rasa hormat sebaliknya rasa takut dan mungkin juga benci.
cmf_almondpecan Post at 24-6-2010 22:01


sebenarnya amalan buli ni warisan dari kaum kuffar & dosanya seangkatan dgn dosa2 besar lain. org yg mengucap dua kalimah syahadah tak buat benda ni.  mungkin ustaz2 boleh tarbiah anak2 melayu kita dgn menggambarkan perbuatan buli ibarat berzina dgn ibu sendiri.

tapi zmn ni sumbang mahram dah semakin common so mungkin depa tak heran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:18 AM | Show all posts
senior yang jahat ker atau budak tu yang celaka....nasib laa jadi mangsa...aku x sokong mana mana...benda benda ni biasa berlaku jika ada antara dua pihak ni melakukan sesuatu yang x kena antara satu sama lain...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:19 AM | Show all posts
teringoot kat seworang artis yg tidak begitu tau erti kemaluan apabila secara selambek dekkkk je men ...
kucingTomey Post at 24-6-2010 21:57


eherm....aku rasa ko kata AC kot....dier RMC dulu...tapi kenapa ada pulak yang menidakkan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:21 AM | Show all posts
eherm....aku rasa ko kata AC kot....dier RMC dulu...tapi kenapa ada pulak yang menidakkan?
abgboroi Post at 25-6-2010 00:19



    bukan AC abgboroi,,worang layeen yg dimaksodkan,,pernah masok sokkabar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2010 12:22 AM | Show all posts
Puak-puak askar ni memang ada masalah jiwa pun. Kerja tak campur manusia. Tu yang jadi perangai beru ...
juwaini Post at 24-6-2010 23:53



    kasar sangat tu...aku x setuju ngan pendapat ni..tak semua camtu laa..jgn laa ko nak lepaskan emosi ko secara pukul rata pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:23 AM | Show all posts
bukan AC abgboroi,,worang layeen yg dimaksodkan,,pernah masok sokkabar
kucingTomey Post at 25-6-2010 00:21



    aku tahu AC mmg RMC...ooo gitu...siapa laa tu yek...ehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 12:24 AM | Show all posts
kasar sangat tu...aku x setuju ngan pendapat ni..tak semua camtu laa..jgn laa ko nak lepas ...
abgboroi Post at 25-6-2010 00:22


Bukan aku suruh ko setuju pun dengan pendapat aku. Aku cakap berdasarkan yang aku pernah kenal. Dari setinggi-tinggi pangkat sampai la ke level balaci.

Kalau yang asal pangkat tinggi dan belajar tinggi pun hancus, ko boleh expect yang bawah tu elok?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:30 AM | Show all posts
Bukan aku suruh ko setuju pun dengan pendapat aku. Aku cakap berdasarkan yang aku pernah kenal.  ...
juwaini Post at 25-6-2010 00:24



    aku x setuju sebab ko akan membuatkan semua org berfikir sama cam ko...kalau ko masuk RMC ni sure ko pun kena buli...masa tu ko tahu laa telor ko hilang sebab masuk dalam perut ko...so jangan berlagak sangat...ni bukan pasal patriotik ker apa tapi keberanian..kalau ko tak berani tak yah laa nak mengutuk org lain...RMC bukan utk bebudak lembik...aku salute diorang walaupun cam celaka ker apa..at least diorang berani nak bertempur...bukan nak duduk bawak ketiak mak ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:32 AM | Show all posts
aku x setuju sebab ko akan membuatkan semua org berfikir sama cam ko...kalau ko masuk RMC  ...
abgboroi Post at 25-6-2010 00:30


Bodoh la kalo orang lain berpikir cam aku cuma sebab baca apa yang aku tulis... Kalau gitu baik aku jadi perdana menteri malaysia atau presiden us aje...

Kalo ko rasa telor termasok ke dalam perut tu lambang kejantanan, terpulang la kat ko. Aku tak rela jadi jantan cara macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:40 AM | Show all posts
siapa yang bapok-bapok tu boleh lah masuk rmc ...boleh buli budak kecik ramai-ramai...
...nak buli sorang-sorang mungkin tak berani.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:50 AM | Show all posts
my senior dulu ex-mtd , masuk mrsm form 4, masa form5 .. nak tunjuk kuku besi dia buli budak2 form 4... kitaorang simpan je..masa hari terakhir nak balik kampung tu, di kala senior sedang bz study... ada sorang member aku tu dgn selambanya pecahkan locker senior tu dan kencing dalam locker tu , mesti hanginn mamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by abgboroi at 25-6-2010 02:23
siapa yang bapok-bapok tu boleh lah masuk rmc ...boleh buli budak kecik ramai-ramai...
...nak bul ...
freebird Post at 25-6-2010 00:40



    ko cakap camni sebab ko pun x berani ke RMC...cakap banyak x guna...kena jentik ****y terus balik
..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 07:19 AM | Show all posts
Maut selepas diarah tekan tubi

Oleh ANGELINA SINYANG


KUALA LUMPUR 24 Jun – Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini, mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi ini.

Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke PPAT dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa sebelum tidak sedarkan diri iaitu pada pukul 10.45 malam tadi telah dikenakan hukuman tekan tubi.

“Semasa sedang melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil.

“Pelajar itu kemudian terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Chin Wah berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

Katanya, kematian pelajar terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Seksyen Perhubungan Media, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, kejadian itu telah dilaporkan di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi ini.

Menurutnya, satu Lembaga Siasatan turut ditubuhkan oleh MTD untuk mengenal pasti punca dan motif kejadian ini.

Sementara itu di Baling, mangsa, Mohammad Naim Mustaqim pernah menghubungi keluarganya tiga hari lalu untuk memohon maaf sebelum dia meninggal dunia awal pagi ini.

Bapa saudaranya, Mohd. Zaidi Mohd. Sofian, 28, berkata kali terakhir Allahyarham menelefon bapanya, Mohamad Sobri Mohd. Sofian tiga hari lalu sejak dia memasuki maktab tersebut awal Februari ini.

Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong di sini malam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 07:54 AM | Show all posts
time untuk kornar....:@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 07:57 AM | Show all posts
budaya membuli ni warisan dari kaum kuffar. dosanya spt berzina dgn ibu sendiri. bertaubatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:31 AM | Show all posts
Ini lah masalahnya bila budaya samseng telah di bawa masuk ke RMC. Dulu2 ragging ni memang amalan biasa di sana tetapi tak ada lah sampai manhandling. Sebelum tahun 82, penuntut yg paling junior ( first year) adalah budak form 4 dan yg paling senior  upper six. Maturity level pun dah tinggi , tugas2 me ragging ni di lakukan oleh budak2 form 5, di supervise oleh budak lower six dan budak2 upper six sebagai rank holders yg responsible for everything . The idea of the ragging is to respect each other and to respect the seniors so that things can me done and manage smoothly. Bayangkan la student2 yg baru masuk, dari berbagai bagai background , ada yg dari keluarga kaya, yg miskin, anak lord, anak petani, biasa hidup senang dan yg hidup susah di campurkan untuk hidup bersama. With this ragging, taraf masing2 di sama kan, dan mereka di latih untuk bekerja sama , start dari bangun tidur mengemas bilik, breakfast bersama, pergi ke class, lunch bersama, rehat dan sebelah petrang bermain game bersama. tiada sorang pun yg boleh tertinggal atau tak mahu mengikut programme yg di atur. Kalau ada yg keras kepala, semestinya akan mendapat lebih perhatian dari senior2. Dengan itu, terhasil lah masyarakat yang berdisiplin, punctual, sebab kalau sesiapa yg terlambat tak ikut masa yg ditetapkan akan kena hukum, bekerjasama dalam semua bidang, kaki2 sabotage akan kena ganjaran, berpakaian lengkap ikut keadaan semasa, tak ada selekeh2.

    segalanya berubah bila polisi bertukar, kemasukan budak tingkatan satu ke RMC. Bayangkan kalau budak2 12/13 tahun yg masih rapat sangat lagi dgn ibubapa dan yg paling senior adalah budak form 5 (17 thn) yg menjadi rank holder, budak2 lagi... budaya ragging dah jadi budaya samseng, dendam mendendam dan menjadi pergaduhan. Ditambah lagi dgn penglibatan ibubapa, dulu2 tak ada PIBG kat RMC.  Jadi ini lah hasilnya..

   So sapa2 yg kutuk sangat budak2 RMC tu , kena faham keadaan yg sebenarnya. Kalau nak dikira, sekolah agama pun ada samseng yang melibatkan buli membuli ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:32 AM | Show all posts
takziah buat arwah Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, khabarnya arwah anak orang susah, dia sangat happy bila dapat masuk MTD... dapat elaun... dan duit elaun pertama yang arwah dapat, arwah belikan hadiah buat adik2 beliau...

semoga syurgalah tempatmu... adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri... dan semoga yg membulimu itu akan diselubungi rasa bersalah seumur hidup mereka...

al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:35 AM | Show all posts
ragging????         bodoh punya xtvt....    :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.136079 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list