errr...kat dlm buku bkn ke diaorg mandi laut tgh2 mlm buta tu kan.. dlm movie mandi sungai plak ek... kat Isle Esme tu ada sungai ke? Ataupun aku terjuling mata x prasan... btw, seksinye diaorg... ngeeehehe..
Scene main catur x de dlm buku gak kan... tp diaorg nk kaitkan dgn gamba kulit buku je kan, kan...
Masa ni Edward goreng telur utk Bella masa brekpes kan... romantiknye...
Really can't wait for this muvi....huhu... part diaorg g honeymoon tentu best...also x sabo nk tgk muka Edward bila tau Bella peknen vampire baby...
CINTA tragik mereka masih belum berkesudahan. Apakah Bella akan memilih untuk terus menjadi pontianak atau beralih kepada seorang lagi kekasih daripada kelompok serigala jadian?
Itulah yang menjadi tanda tanya bagi mereka yang menggemari dan mengikuti perkembangan filem bersiri terhebat, Twilight.
Kali pertama peminat dibuai kisah cinta Bella Swan lakonan Kristen Stewart dan pontianak berusia 104 tahun, Edward Cullen (Robert Pattinson) adalah menerusi Twilight pada 2008. Ia ternyata mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam antarabangsa ketika itu.
Keserasian yang ditunjukkan mereka bukan saja melariskan filem adaptasi karya Stephenie Meyer itu malah sekuel seterusnya, New Moon muncul setahun kemudian dan terus mendapat sambutan.
Dalam sekuel kedua dulu, ia menyaksikan Bella ditinggalkan Edward yang kemudiannya jatuh cinta pada lelaki dari keturunan serigala jadian yang seksi, Jacob Black (Taylor Lautner).
Hubungan cinta segi tiga inilah yang memberi cabaran hebat kepada Bella untuk membuat pilihan menerusi sekuel ketiga, Eclipse tahun lalu.
Kini tibalah masanya untuk menonton sekuel terbaru pada tahun ini, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1.
Mengikut versi novel, plot kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, kehidupan Bella selepas berkahwin dan berbulan madu bersama Edward di sebuah pulau.
Dua minggu selepas berbulan madu, Bella me�nyedari dia sudah mengandung tetapi bayi itu adalah separuh genetik pontianak yang membuatkan keadaan tubuhnya mula tidak stabil. Konflik timbul pula apabila Edward meminta isterinya menggugurkan bayi itu tetapi ditolak Bella dengan keras.
Lebih mendebarkan, bahagian cerita kedua me�nyaksikan tindakan masyarakat Quileute mahukan Jacob membunuh bayi Bella itu selepas percaya anak yang bakal dilahirkan itu akan mengundang mara bahaya kepada generasi mereka. Jacob bagaimanapun menentang keputusan itu sehingga Bella melahirkan bayi yang diberi nama Renesmee.
Manakala bahagian ketiga lebih memfokuskan bagaimana Bella melalui transformasi menyakitkan selepas fizikalnya berubah menjadi pontianak seperti mana Edward. Dia menempuh kehidupan serba baru dan cuba mengenali kelebihan yang wujud dalam dirinya itu.
Dari aspek produksi, babak bulan madu Bella bersama Edward dibuat di St Thomas, Caribbean dan penggambaran itu selesai pada 22 April lalu.
Penggambaran sekuel ini turut membabitkan sekuel seterusnya, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2. Dua sekuel ini memulakan penggambaran pada November lalu dan turut mengambil lokasi di Brazil, Baton Rouge, Louisiana, Vancouver, Squamish dan British Columbia, Kanada.
Jelas keserasian Robert bersama Kristen menerusi tiga sekuel sebelum ini memberi kekuatan kepada filem ini bagi menarik perhatian penonton untuk terus khayal bersama kisah cinta pelik mereka itu.
Harian Metro turut menerima beberapa foto eksklusif daripada pihak pengedar
filem itu yang memperlihat�kan pelbagai aksi hebat membabitkan ketiga-tiga pelakon itu dalam sekuel terbaru.
Dalam perkembangan lain, Robert, 24, dari London, masih menafikan wujud hubungan cinta antara dia dengan Kristen. Sejak mula membabitkan diri dengan lakonan pada usia 15 tahun, dia tidak mudah mengaku bercinta dengan seseorang untuk meraih publisiti.
“Orang selalu beranggapan segala apa yang kami buat diatur pihak tertentu tapi sebenarnya tidak. Tiada unsur ‘silap mata’ dalam hubungan kami sebaliknya kami hanya menjadi diri sendiri. Memang tiada perkara negatif berlaku pada kami,” katanya.
Dalam menjelaskan hubungan sebenar antara dia dengan Kristen, Robert terbuka bercerita mengenai hasrat mempunyai majlis perkahwinan sendiri.
“Saya pernah menyatakan untuk berkahwin di satu kawasan iaitu Napa Valley, California. Suasana di sana sungguh indah dan mungkin saya melang�sungkan majlis kahwin di sana,” katanya.
Bagi Kristen, dia semakin memahami karakter Bella sebagai wanita yang berani dan berusaha menyayangi anak sendiri selepas melalui pengalaman hidup ber�sama Edward.
“Saya sukakan idea filem ini yang menampilkan watak Bella bertarung untuk menyelamatkan anaknya agar dia dapat dilahirkan.
“Apa yang mencabar, Bella sanggup mati demi anaknya. Insiden seperti ini sebenarnya boleh berlaku pada gadis seusia saya dalam kehidupan realiti.
“Bukan soal kehidupan pontianak yang ingin disampaikan tapi nilai kasih sayang seorang ibu kepada bayi mereka,” katanya.
Seperti mana Robert, Kristen juga bertuah kerana popularitinya melonjak
selepas membintangi siri Twilight.
Kristen, 21, tidak hanya bergantung pada satu filem dalam menimba pengalaman lakon tetapi turut mencuba nasib dengan filem lain. Tahun ini, dia juga akan muncul dengan filem terbaru, On The Road arahan Walter Salles menyaksikan dia bergandingan bersama aktor Garrett Hedlund dan Sam Riley.
PROFIL
NAMA: Robert Thomas Pattinson
NAMA KOMERSIAL: Robert Pattinson
TARIKH LAHIR: 13 Mei 1986
USIA: 25 tahun
ASAL: London
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Bujang
FILEM: Vanity Fair (2004), Harry Potter and the Goblet of Fire (2005), How to Be, Little Ashes dan Twilight (2008), New Moon (2009), Remember Me dan Eclipse (2010), Water for Elephants, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 dan Part 2
DRAMA: Curse of the Ring (2004), The Haunted Airman (2006), The Bad Mother’s Handbook (2007)
PROFIL
NAMA: Kristen Stewart
TARIKH LAHIR: 9 April 1990
USIA: 21 tahun
ASAL: Los Angeles, Amerika Syarikat
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Bujang
FILEM: The Flintstones in Viva Rock Vegas (2000), The Safety of Objects (2001), Panic Room (2002), Cold Creek Manor (2003), Speak dan Catch That Kid (2004), Fierce People (2005), In the Land of Women, The Messengers dan Into the Wild (2007), What Just Happened, Jumper dan Twilight (2008), Adventureland dan New Moon (2009), Eclipse (2010),The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1, Part 2 dan On The Road.
DRAMA: The Thirteenth Year (1999) dan The Sarah Silverman Program (2008)
BEST MOVIE (voting stays live throughout the 2011 Movie Awards ceremony)
Black Swan
Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1
Inception
The Social Network The Twilight Saga: Eclipse
BEST MALE PERFORMANCE
Daniel Radcliffe – Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (Warner Bros. Pictures)
Jesse Eisenberg – The Social Network (Sony Pictures)
Robert Pattinson – The Twilight Saga: Eclipse (Summit Entertainment)
Taylor Lautner – The Twilight Saga: Eclipse (Summit Entertainment)
Zac Efron – Charlie St. Cloud (Universal Pictures)
BEST FIGHT
Amy Adams vs. The Sisters – The Fighter (Paramount Pictures)
Chloë Grace Moretz vs. Mark Strong – Kick-Ass (Lionsgate)
Daniel Radcliffe, Emma Watson and Rupert Grint vs. Death Eaters – Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (Warner Bros. Pictures)
Joseph Gordon-Levitt vs. Hallway Attacker – Inception (Warner Bros. Pictures)
Robert Pattinson vs. Bryce Dallas Howard and Xavier Samuel – The Twilight Saga: Eclipse (Summit Entertainment)
BEST KISS
Ellen Page and Joseph Gordon-Levitt – Inception (Warner Bros. Pictures)
Emma Watson and Daniel Radcliffe – Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (Warner Bros. Pictures)
Kristen Stewart and Robert Pattinson – The Twilight Saga: Eclipse (Summit Entertainment) Kristen Stewart and Taylor Lautner – The Twilight Saga: Eclipse (Summit Entertainment) - dh 3 thn berturut23 nih..
Natalie Portman and Mila Kunis – Black Swan (Fox Searchlight)
BEST FEMALE PERFORMANCE
Emma Stone – Easy A (Sony Pictures)
Emma Watson – Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (Warner Bros. Pictures)
Jennifer Aniston – Just Go With It (Sony Pictures) Kristen Stewart – The Twilight Saga: Eclipse (Summit Entertainment)
Natalie Portman – Black Swan (Fox Searchlight)