|
pergh.. aku baru tahu cerita ni... prebet adam sgt rare.... sapa duga adik dia mati dengan cara macamtu... sedih2! |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah manusia bila diberi kuasa nyawa orang lain tidak dikisahkan dan tiada sebarang hukuman yang dikenakan, tapi bila rakyat mengamuk macam2 penghinaan diberikan oleh macai2 si pemimpin. |
|
|
|
|
|
|
|
crazecousa posted on 1-1-2014 05:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
pergh.. aku baru tahu cerita ni... prebet adam sgt rare.... sapa duga adik dia mati dengan cara maca ...
yuppp . mcm kisahhh rambo plakkk nohhh , ! apa-2 pon al - fatihahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis posted on 1-1-2014 04:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
thread lama sudah ada abng
bro,, guaa awal-2 da cekk xada , just kongsiii fa cai jaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia kan..
siapa yg x sakit hati adik sendiri mati mcam tu jerk
yg bertanggungjwb bebas terlepas..malah hidup senang lenang...org kena hormat lak
ingat dgn maaf jerk..semudah itu
untung la hidup didunia ni ada kuasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian nyer... huhu... biasalah org x der nama tak der kuasa mmg selalu di tindas... or tertindas.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
tanda kasih seorang abang... sedihnya cerita ni! |
|
|
|
|
|
|
|
haryatie posted on 2-1-2014 08:26 AM ![](static/image/common/back.gif)
kesian dia kan..
siapa yg x sakit hati adik sendiri mati mcam tu jerk
yg bertanggungjwb bebas terl ...
allaahhh maha agungg , akann dpt balasannn , xkiraaa ada pangkat kaa , ada namakannn , mesty allah balass punyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
kali pertama aku baca citer ni,sangat2 mengharukan. Bergenang juga airmata aku. Didunia bole la terlepas hukumannya,bila di akhirat,takkan dapat kekebalan malah Allah S.W.T dedahkan satu persatu aibnya. ada satu kes yg melibatkan raja melayu ,kes ni Tun Dr Mahathir buat pindaan tentang hak kekebalan raja2 melayu. Baca memoir Doctor in the house: page 459-460
"...It is true that the Rulers had immunity before the law but it was assumed that they would not abuse this privilege. The rights of the citizens to seek legal redress needed to be maintained. People would not be comfortable if they could be assaulted by the Rulers with impunity... " chapter 34: Constitutional Amendments, page 450-465, Memoirs Doctor In the House by Tun Dr. Mahathir |
|
|
|
|
|
|
|
zennaya posted on 2-1-2014 11:13 AM ![](static/image/common/back.gif)
kali pertama aku baca citer ni,sangat2 mengharukan. Bergenang juga airmata aku. Didunia bole la terl ...
Hehe btoi2 buat research ni |
|
|
|
|
|
|
|
lokmanwawa posted on 1-1-2014 09:18 PM ![](static/image/common/back.gif)
bro,, guaa awal-2 da cekk xada , just kongsiii fa cai jaaa
thread dah ada. sila search sekali lagi guna method atau keyword lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lock dulu nnti dah timbul link asal aku merge. |
|
|
|
|
|
|
|
soorryyy , terima kasihh bgtaw noohh
|
|
|
|
|
|
|
|
ok. baru tahu. tambah fakta. mak a huge difference from the tragedy kan? pasal mahathir dan penghapusan hak kekebalan.
dan komen2 pasal thread dah ada dah ada. tak perlu kot. kalao dah ada, tolonv merge kan atau bg link. bape banyak komen dah ada daaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Penghapusan kekebalan tu, walaupun libatkan almarhum Sultan Iskandar tapi pasal kes coach hoki kena penampor.
Pasal prebet Adam ni...aku skeptikal sikit...nape dia tak amuk depan Istana Negara? atau Bukit Serene?
Tengok 'fakta' ni pun dah lari
Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.
Sultan masa tu Sultan Iskandar.....ayahanda baginda Sultan Ismail...camne Sultan Ismail nak memohon maaf sedangkan baginda dah mangkat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan masa tu Sultan Iskandar.....ayahanda baginda Sultan Ismail...camne Sultan Ismail nak memohon maaf sedangkan baginda dah mangkat?
setuju ngan alphawolf.
Kalau tak betul fakta apa yang korang cakap maknanya korang dh fitnah baginda.
perlu di ingat .. peranan Sultan2 terdahulu..contohnya di Selangor. Almarhum Sultan Aleddin Suleiman Syah yang menjemput masuk dan mengalu2kan kedatangan Para Alim Ulama' mengajar dan menyebarkan agama Islam.. kalau bukan jasa mereka .. kalau bukan para Alim Ulama' yg dibawa masuk oleh Sultan2 ke semenanjung .. adakah nenek moyang kamu dulu beragama islam?..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes Prebet Adam : Nama Baik Kesultanan Johor Perlu Dibersihkan
![](http://i64.tinypic.com/xulg4.jpg)
Selalunya, jika disebut tentang kes Amuk Prebet Adam yang berlaku sekitar Oktober 1987, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang teruja dan mendakwa tahu benar dengan insiden yang meragut nyawa itu.
Sekiranya di"google" atau dirujuk pada rata-rata cerita yang tersebar, boleh dikatakan hampir semua versi mendakwa kononnya bekas anggota Unit Renjer yang nama sebenarnya, Adam Jaafar mengamuk di Chow Kit disebabkan dendam.
Versi tersebut mendakwa, Prebet Adam mengamuk kononnya berpunca dari insiden adiknya telah dipukul mati oleh seorang "kerabat DiRaja Johor" ekoran mangsa ketawa kerana kerabat berkenaan gagal memasukkan bola ke dalam lubang dalam satu permainan golf.
![](http://i66.tinypic.com/10db3gm.jpg)
Gara-gara versi tersebut, maka ramai di kalangan rakyat Malaysia yang percaya dan menyalahkan Kesultanan Johor.
Namun apa yang tersebar menerusi versi tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali, serta bertentangan dengan fakta-fakta tentang kejadian sebenar yang berlaku.
Memetik dari laman Facebook seorang jurnalis terkenal, Syahril A. Kadir, versi berkenaan adalah fitnah yang jelas dan mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan Kesultanan Johor dan kerabatnya.
Syahril menegaskan bahawa berdasarkan fakta sebenar kejadian yang meragut nyawa seorang mangsa yang dikenali sebagai Che Soh Che Mahmud itu, insiden amukan Prebet Adam tersebut adalah tiada kena mengena sama sekali dengan kerabat Istana Johor.
![](http://i64.tinypic.com/25ps4ro.jpg)
KES AMUK PREBET ADAM...SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERSIHKAN NAMA KESULTANAN JOHOR!
Dah lama juga aku tak tulis kisah-kisah jenayah ini. Hari ini aku nak mengimbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mengamuk hingga menyebabkan seorang lelaki Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.
Ceritanya bermula bila Adam bertindak melepaskan beratus das tembakan secara membabi-buta di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini'
" Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri "
Sejak itu, sehingga sekarang, kalau search kat Google mengenai Adam ini, kita akan 'dihidangkan' dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mati oleh seorang 'kerabat' Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mati dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Adam mengamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela.
![](http://i65.tinypic.com/mbtyqg.jpg)
INI BETUL-BETUL FITNAH DAN PEMBOHONGAN YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR!
Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Adam ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengamuk dan melepaskan tembakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya.
Aku bukan reka cerita, semua benda ni disebut dan diperincikan di mahkamah satu persatu namun tak ramai yang endah, sebaliknya hanya berminat pada cerita fiksyen yang tak wujud dan ntah dari mana datangnya itu.
Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi " pegawai polis dan pendakwa " tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku.
Ingat, dosa memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Aku menulis artikel ini kerana merasakan sudah tiba masanya nama Kesultanan Johor yang tercalar disebebabkan insiden ini DIBERSIHKAN. Aku difahamkan Adam dah pun keluar dari Hospital Bahagia beberapa tahun lalu dan kini berada di sebuah negeri dekat utara semenanjung. Aku bukan orang Johor tetapi ibarat cubit peha kiri, peha kanan tetap terasa. Sampai bila kita hendak bergelumang dengan dosa fitnah ini yang lumrah berlegar di kedai-kedai kopi? Tepuk dada, tanya selera.
Tulisan Syahril tersebut turut disokong dan disahkan oleh seorang peguam, Hasnal Rezua Merican, yang turut bertanggungjawab mengendalikan kes itu ke peringkat mahkamah rayuan.
![](http://i63.tinypic.com/ja9baq.jpg)
Berikut pula adalah sebuah petikan laporan dari akhbar bahasa Inggeris mengenai penjelasan peguam bagi kes tersebut tentang kejadian sebenar amukan Prebet Adam 1987:
"Like the Private Adam Jaafar (Adam Rambo) case. The rumour that the Sultan of Johor killed his brother is absolutely not true. Adam Rambo had battle fugue syndrome which is a disassociated state of mind. He was ragged in his camp in Ipoh and made to perform oral sex on his seniors, sometimes, while in uniform. His highlight was always his shooting practice. He was such a sharp shooter and would hit bulls’ eyes at least 24 out of 25 times. One Saturday, when they cancelled his shooting practice at the last minute, “he lost it”. He took the bus all the way from Ipoh to KL, checked into a hotel, assembled his gun and went to town in Chow Kit.
Adam also had other injuries in his head which the government psychiatrist did not discover. Adam probably looked dirty and this government psychiatrist probably did not want to soil his hand and didn’t examine Adam properly.
But we discovered a nine-inch laceration on his head when he was hacked with a parang when he was a nine year old as he was passing through an area where there was a gang fight. That could have affected his brain. And he came from the poorest of families in Penang and lived in a squatter home literally in the sea.
![](http://i65.tinypic.com/1z3pkli.jpg)
The walls are made of plastic sheets and there was no proper toilet. One day the house caught fire and Adam witnessed a beam falling on top of the head of his sister and she was engulfed in flame and died in front of him. So it was traumatic experience. One beam also fell on his head so he got a second injury on his head.
The government psychiatrist was the director of psychiatry for the whole of Malaysia and he did not discover this! This led to Justice Shaik Daud Ismail being very upset and making the comment that “even a blind bat would have seen the injuries!”
We managed to get him acquitted as the court found him temporarily insane. Virtually everybody cried during the trial due to the sad factual matrix of Adam’s family and military background. It was like a Hindi movie! The prosecution took it up on appeal and lost..."
Justeru itu, dengan penyiaran fakta dan kejadian sebenar yang berlaku, maka Kedahnews.com mengharapkan agar segala cerita fitnah yang memburukkan Kesultana Johor dapat dibersihkan, termasuk tidak lagi dikaitkan dengan insiden amukan Prebet Adam selepas ini.
Sources : http://www.kedahnews.com
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ada follow fb Shahril A. kadir ni, kat fb dia dok promote novel prebet adam ni, dia cakap lagi 2 minggu (kalu tak silap) buku ni akan ada di pasaran..
tak sabarnya nak beli buku ni...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
sape penulis novel tu? sadis sungguh kisah prebet adam ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|