debarann menunggu episod next week...
pd hal baru je jumaat..adehh kite ni dah teruk sesgt kena senahann..
credit to admya
Aku memberanikan diri cuba menghubunginya ketika itu, Bila panggilanku berjawab aku jadi tidak tahu ayat apa yg aku perlu mula.
“Ain ni”… ucapku akhirnya
“Hmmm”
“Am kat mana sekarang ni?
“Rumah”
Aku cuba memikirkan ayat terbaik. Tengah buat apa?”
“Tengah siap nak pergi ofis”
“Sabtu pun kerja”
“Banyak kerja, so what do yo want now Ain?”
Aku terdiam. Serba-salah . Malu pada dirinya dan diriku. Tapi terpaksa memberanikan diri. Tidak mahu keseorangan, tidak mahu lagi di perbodohkan, tidak mahu lagi rasa bersalah pada dirinya. Tapi malu itu tetap berda di tangga teratas dari perasaanku yg berbau-baur ini.
“Am sibuk. Tak apalah. Lain kali Ain call semula.
Aku terdengar dia menarik nafas panjang
“Hari tu Am nak hantar Ain ke tempat kerja, Ain tak nak. Sekarang Ain cari Am semata-mata nak tanya Am buat apa? I thought you got your car yesterday?
Aku terdiam.
“Am tak ada masa nak dengar Ain diam macam ni? Tegasnya. Dia masih menunjukkan rasa marahya tapi dalam masa yang sama, aku dapat merasakan dia tidak mampu menahan perasaannya dari terus membiarkan aku.
“Am… Am boleh temankan Ain hari ini? Tanyaku perlahan, penuh hati-hati.
Am ketawa kecil. Sinis.
Pedih rasanya. Namun aku teruskan juga.
“Ain boring duduk rumah hari ni
“Hai? Mana kawan2 yang selalu dengan Ain”?
Aku mengeluh. Lenyap segala egoku selama ini. Dia orang berdua sibuk.
Eh… Am pun sibuk jugak.
Ya… Kalau dua2 sibuk, kenapa aku harus cari dia, bukan Johan? Entahlah… aku tidak mampu menjawab. Mulutku seakan terkunci.
“Tak apalah. Kalau Am busy Ain tak mahu ganggu. Aku hampir mahu meletakkan telefon bila terdengar dia ketawa.
Sinis sahaja gelak tawanya itu. Aku tahu dia cuba menyindir malangnya dia tidak mampu berbuat begitu. Malah, tawanya padaku kedengaran hambar sekali. Tanpa aku sedari, tawanya sepi tiba-tiba. Dan bersuara kembali.
“I got so many things to do Ain. Am banyak kerja ni. I need to clear up few things. You don’t mind spend some of your time being bored while I finish up my work”
“Lama ke?”
“Few hours”
Aku tiada pilhan lain. “Where shall I meet you? Ain tengah drive ni
“You’re diriving? Now? Wow! That fast” Sekali lagi dua cuba menyindirku, dituruti dengan ketawa kecilnya.
“Ain dah cakap Ain tak tahu nak buat apa lagi kt rumah” bentakku, sebal. “Boleh ke atau tak boleh ni?”
“Ain datang rumah kita dulu. Kemudian dari sini kita naik kereta Am”.
Di saat aku dilanda rasa kecewa, marah dan terluka aku di pujuk dengan satu perkataan “Rumah kita”
“I will be there in 15 to 20 minute time”
Okey Am tungu
Ya dia selalu menungguku. Malah dia terlalu sabar menantiku selama ini. ♥ ♥ ♥
we ols pon sabar jgk menunggu...hingga ke titisann terakhirr
cess posted on 9-11-2012 09:48 AM
mmg episod 44 syg...episod 45 next week..x sabar eh nk tgk am ngn ain dating kat ofis am
la... ye ke.. semalam tgk online ep 44 sebab takde link donlod. arini bukak lg dengan harapan ada ep 45 lak.. biasakan lewat sehari klau tgk online. hehe.. tgk2 ada link donlod ep 44 gak.. adeh.. kecewa2.. ep 44 yg si am gigit2 jari berangan dalam kete tu kan?