CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13664|Reply: 92

filem Kanang Anak Langkau akan dibikin, siapa sesuai?

 Close [Copy link]
Post time 9-1-2013 12:23 PM | Show all posts |Read mode
   
Kisah Kanang Anak Langkau Difilemkan
                           
                                                      
                     Oleh:Editorial MH
        Tarikh:         7 Januari 2013            

                            Filem 'Kanang anak Langkau' dijangka akan memulakan penggambaran pada Februari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
        Beliau berkata pengambaran filem tersebut dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.

        "Hari ini penerbit dan pengarah filem akan berada di sini untuk bincangkan perkara tersebut. Sebelum meninggal dunia, mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau telah mengadakan perbincangan dengan saya untuk beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan filem tersebut.

        "Saya juga telah melihat sendiri skrip berkenaan, namun apabila mendiang meninggalkan kita terlebih dahulu, saya akan lihat semula skrip berkenaan, dan skrip akan diolah semula," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan kepada mendiang di Hospital Umum Sarawak di Kuching, hari ini.

        Ahmad Zahid berkata pihaknya berharap filem tersebut akan dapat disiapkan untuk ditayangkan pada 16 September depan bersempena Hari Malaysia dan juga untuk ditayangkan pada Hari Angkatan Tentera.

        "Watak untuk filem belum dikenal pasti, kita serahkan kepada syarikat penerbit dan pengarah filem untuk cari calon sesuai.

        "Tapi yang penting sekali filem ini akan disegerakan dan kita akan cari jalan supaya kos untuk pembiayaan pembikinan filem ini walaupun dibuat sepenuhnya oleh pihak swasta, namun urusan-urusan untuk dipermudahkan bagi pembiayaan, akan dibantu oleh pihak kami," katanya.- Bernama



sedikit info

PW I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau,SP,PGB,PGBK (Bersara) (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

dan moment pentingg dalam hidup kanang was in 1980, umur dia masa tu 34 tahun

Menentang Pengganas Komunis

Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.

Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.

Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.Oleh itu beliau mengecam Mat Sabu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.[2]

wajah2 beliau



second from left





wajah tua



jom cadangkan siapa yang berpotensi pegang watak dalam filem ini?

               

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2013 12:25 PM | Show all posts


beto pernah jd Rosly Dhobi, dan dia boleh buat slanga sarawak dengan baik. cuma body dia x cukup meyakinkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:27 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 9-1-2013 12:25 PM
beto pernah jd Rosly Dhobi, dan dia boleh buat slanga sarawak dengan baik. cuma body dia x cukup ...

body boleh shape dlm masa 2-3 bulan kan? klu die rajin ler amik program bina badan tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 12:30 PM | Show all posts
tp kanang ni body masa muda dia ala-ala ako mustafa kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 12:31 PM | Show all posts
aziz singah utk watak tua

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:31 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 9-1-2013 04:25 AM
beto pernah jd Rosly Dhobi, dan dia boleh buat slanga sarawak dengan baik. cuma body dia x cukup ...

lol.. i have him in mine as well.. aku rase die je la paling layak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2013 12:35 PM | Show all posts
sayang_mulut posted on 9-1-2013 12:31 PM
lol.. i have him in mine as well.. aku rase die je la paling layak..

siapa lagi pelakon lelaki umur 30an yang kulit cerah, mata kecik sikit & body muscular?

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:49 PM | Show all posts
Jimmy palikat..wakakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 12:51 PM | Show all posts
Aaron aziz please
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:01 PM | Show all posts
dauswq posted on 9-1-2013 12:27 PM
body boleh shape dlm masa 2-3 bulan kan? klu die rajin ler amik program bina badan tu...

klu pelakon hollywood, mmg dh grab dh peluang ni, takat nk naikkan bdn utk dpdtkn fit spt watak yg nk dilakonkan, no hal lah


challenge beto sbb bg aku so far beto ni biase je, xde aura

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:09 PM | Show all posts
saya mencadangkan nama2 seperti di bawah:


zach x-factor


tony eusoff

pilih sbb yg aku tau both ni dari sarawak..berbahasa iban harus lah lancar..

but i sokong kalau beto yg jadi pelakon...cair...pls jgn panggil hairie othman ok...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:18 PM | Show all posts
pian cecupak  

Last edited by Sagoo on 9-1-2013 01:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:41 PM | Show all posts
ratuiphone posted on 9-1-2013 01:09 PM
saya mencadangkan nama2 seperti di bawah:

saya juga bersetuju denagan anda..lebih baik guna yang origin sarawak yang boleh bertutur dalam dialek iban itu sendiri dari ambik org yg yang tidak pandai berbahasa iban..jenuh nak dengar slang yang d buat buat menyebabkan aku rasa nak pecahkan tibi...

xpun ambik je artis sarawak yang ibanese....

beto shud be ok..kalau skrip dlm bahasa melayu sarawak..if iban rasa doubt sikit..

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:44 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 9-1-2013 12:31 PM
aziz singah utk watak tua

sesuai!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:52 PM | Show all posts
Paca penerbit filem,kalo nak buat cerita negarawan tolong study character negarawan.ini main tangkap muat je,2-3 bulan dah siap filem, pastu hasil hampeh.penerbit filem jangan nak kaut untung sbb filem genre macam ni memang payah nak tarik penonton
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:55 PM | Show all posts
JIMMYY PALIKATT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 01:57 PM | Show all posts
dafi..








Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:59 PM | Show all posts
Harap2 filem ni menjadi. Jangan lepas buat terus kena peram mcm filem Hati Malaya.

Baideway, apa jadi dgn Hati Malaya? Lepas kontoversi tarikh tayangan bertukar dari satu tarikh ke satu tarikh, last2 senyap terus. Filem pun nak dipolitikkan. Tak paham haku

Lagi satu, tahun 80 komunis ada lagi ek? Aku ingat time tu semua dah clear, dah x de dah komunis2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:05 PM | Show all posts
Gambar lama uniform tentera tu caption "second from left" mcm tak betul jek...

Rasanya second from right kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:05 PM | Show all posts
boleh daks saya pilih azhan rani

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.236693 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list