CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bongkarahsia

Hafiz Suip Dan Kekasihnya, Izzah Zie

[Copy link]
Post time 25-6-2013 08:40 PM | Show all posts
tukar2 kapel macam tukar stokin..
sanggup mamat tu ambek bekas2 urang kui3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 09:03 PM | Show all posts
hani85 posted on 23-6-2013 08:29 PM
oh gue tau cemana nak dapat bf retis. ko pegi menggeletis dgn mat saleh yang ko jumpa dekat club, le ...

wah...cm berpengalamaan je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 10:12 PM | Show all posts

Cukuplah Saya Akui Saya Sedang Bercinta Sekarang”- Hafiz Suip
Cukuplah saya akui saya sedang bercinta sekarang, itulah pengakuan yang dibuat oleh penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano, Hafiz Suip.
Selepas hubungan Hafiz dan Adira putus, beliau ada dikaitkan dengan beberapa orang wanita tetapi dia nafikan segala tuduhan itu.

Penyanyi itu akhirnya mengakui bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang dikenali hampir setahun lalu.

Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Suip, 23, membuat keputusan untuk mendedahkan hubungannya kerana tak mahu terus mengelak apabila ditanya mengenai perkara itu. Walau bagaimanapun, beliau masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti sebenar wanita itu atas permintaan kekasihnya sendiri.

“Dia bukan orang dalam industri hiburan pun dan tidak mahu identitinya diketahui umum. Jadi saya tidak boleh dedahkan lebih terperinci mengenai dirinya. Cukuplah saya akui saya sedang bercinta sekarang,” jelasnya.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai identiti wanita itu, rajinkanlah diri anda ikuti perkembangan beliau. Tidak pun, nantikan sahaja gambar-gambar yang bakal diupload olehnya menerusi laman sosial Twitter ataupun Istagram!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 10:16 PM | Show all posts

Ibu Bapa Tidak Halang Hafiz Kahwin Di Usia Muda
KUALA LUMPUR, 17 JUN 2013: Melihat kepada atur langkah anak meniti populariti dengan bakat vokal yang mantap hingga menjulang nama Hafiz Suip di persada dunia nyanyian tanahair, ia merupakan satu perkara yang tidak pernah dibayangkan oleh kedua orang tuanya.

Melalui kejayaan demi kejayaan yang digapai Hafiz Suip, pasangan Mohd Suip dan Halizawati Salleh sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada anak sulung mereka itu. Sejak Mei 2012, ibu bapa serta adiknya kini menetap di Sri Kembangan di mana bapanya yang merupakan seorang guru kini berkhidmat di sebuah sekolah di Kajang.

Walaupun meletakkan kepercayaan kepada Hafiz namun ia tidak bererti mereka melepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Apatah lagi dengan gosip yang tidak pernah sepi, ibu dan bapa penyanyi lagu Awan Nano ini sudah pun dapat menerima lumrah anaknya menjadi orang seni.
"Pada awal penglibatanya dahulu memang kami sedikit terkejut bila ada cerita-cerita yang kurang enak didengar dan sebagainya. Tetapi setelah difahamkan oleh Hafiz dengan selok belok dunia hiburan saya dan bapanya mulai menerima keadaan ini dan tidak lagi risau jika terdengar gosip-gosip melibatkan Hafiz,"cerita ibu Hafiz yang kini menjadi surirumah sepenuh masa selepas mengikut suaminya menetap di Kuala Lumpur.

Mengenai kejayaan mahupun bakat yang dipunyai Hafiz, bapa Hafiz yang merupakan seorang guru penolong kanan berkata, dia tidak ada menghantar anaknya mendapatkan pendidikan khas dalam bidang muzik.

"Tetapi ia lebih kepada hobi kerana kami sekeluarga suka menyanyi dan Hafiz seringkali akan diminta oleh ibu-ibu saudaranya untuk menyanyi kerana menggemari suaranya.

"Bermula dengan hobi hingga sampai ke tahap ini saya dan ibunya serta semua ahli keluarga tetap memberikan sokongan kepada Hafiz. Hubungannya dengan ahli keluarga juga masih seperti dulu, kekal rapat bersama,"jelas bapanya, Mohd Suip Mohd Suit.

Bercakap mengenai jodoh anak sulung mereka itu, ibunya tidak pernah mencampuri urusan peribadi Hafiz seperti dengan siapa dia berkawan atau keluar. Dia cuma berpesan dan mengingatkan yang mana perlu, kerana ibunya memberitahu mereka jarang berahsia atau menyembunyikan hal-hal yang patut mereka ketahui.
"Saya sebagai ibu memang tidak mahu melibatkan diri dalam soal peribadi Hafiz kerana itu adalah kehidupan dia. Kalau kami dengar orang cakap itu dan ini, biasalah kalau dah jadi selebriti semua perkara dilakukan mereka akan jadi perhatian.

"Selagi semuanya berada dalam situasi yang baik, kami sebagai ibu dan bapa just go with the flow. Kalau cakap pasal jodoh pula, itu bukan kita yang tentukan. Tetapi sebagai seorang ibu yang melihat perjalanan hidup anak kini berada di laluan yang betul, saya mahu dia fokus dahulu dengan apa yang dia lakukan sekarang.

"Namun jodoh itu kalau sampai kita tidak tahu. Kalau ada pun kami tidak membantah,"tambah ibunya lagi.

Ibu dan bapa penyanyi yang kini sedang popular dengan single Bahagiamu Deritaku ini ditemui ketika hadir pada majlis perlancaran album terbaru Hafiz Suip, Luahan Hati Anak Seni di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 10:25 PM | Show all posts

Ibu bapa larang Hafiz berkahwin

Ibu bapa kepada penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hafiz berharap agar anaknya melakar kejayaan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perhubungan yang lebih serius.

Ayah Hafiz, Mohd Suip, 52 dan ibunya Halizawati Mohd Salleh, 48 berkata, mereka tidak pernah menentukan siapa jodoh Hafiz dan tidak pernah melarang Hafiz dari berkawan dengan sesiapa namun mereka berhasrat untuk melihat penyanyi berusia 23 tahun itu membina kerjaya terlebih dahulu.

"Dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja malah dia selalu bercerita dan mengenalkan gadis yang berkawan dengannya. Kalau sudah tentu jodohnya, kami tidak akan menghalang” kata ibunya," katanya kepada Hip.

Ditanya pula mengenai kontroversi yang pernah menimpa anaknya, ibu Hafiz mengakui risau dan tidak dapat menerimanya namun lama-kelamaaan mereka memahami situasi Hafiz yang kini sudah menjadi milik masyarakat.

"Dulu kita cepat melatah, tetapi lama-kelamaan kami sudah boleh terima dan faham situasi dirinya sebagai artis. Bila ada gosip, kita tanya kepadanya dan minta dia terangkan hal sebenar."

Dalam pada itu, Hafiz yang mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi bagaimanpun enggan mendedahkan identiti gadis di hatinya itu.

"Memang saya sudah mempunyai teman istimewa, tetapi saya tidak mahu membabitkan dirinya kerana menghormati kehendaknya. Belum masa untuk saya mendedahkan siapa dirinya kerana dia masih belajar. Jadi saya tidak mahu mengganggu tumpuannya terhadap pelajaran," katanya yang turut memberitahu ketika ini dia mahu tumpu kepada usaha mengukuhkan lagi kerjayanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz telah muncul dengan album terbarunya yang memuatkan sebanyak Sembilan buah lagu yang diberi judul "Hafiz".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 10:26 PM | Show all posts
Hafiz Suip Belum Bersedia Berumah tangga
Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip mengakui masih belum stabil untuk mendirikan rumah tangga biarpun sudah hampir empat tahun berada dalam industri hiburan.

Hafiz, 23, yang mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita menganggap dia masih belum yakin mampu membina sebuah keluarga.

"Emak saya kata, kita perlu jaga diri sendiri dulu sebelum jaga orang lain, saya sendiri belum mampu untuk jaga diri saya.

"Insyaallah saya akan mendirikan rumah tangga jika saya rasa semuanya sudah stabil dan diri saya sedia memikul tanggungjawab itu," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai wanita istimewa tersebut, Hafiz berkata dia masih lagi mengenali hati budi wanita yang masih bergelar pelajar itu.

"Dia orang biasa sahaja dan masih lagi belajar," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Hafiz yang mengalami masalah penyakit di bahagian dalam telinga kirinya berkata akan melakukan pembedahan kecil.

"Ada lubang keras di dalam telinga saya yang pada mulanya saya fikir ia tidak mendatangkan masalah.

"Tapi lama kelamaan ia menganggu nyanyian saya, doktor nasihatkan untuk buang melalui pembedahan," katanya.

Kata Hafiz dia baru menyedari penyakit tersebut bulan lalu selepas membuat rawatan kesihatan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2013 02:16 PM | Show all posts
Kekasih lama               
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 02:22 PM | Show all posts
[img]https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/s320x320/1011421_543767279015395_1824476362_n.jpg[img]https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/s320x320/998385_543767322348724_737191776_n.jpg[img][/img][/img][/img]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2013 02:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 02:24 PM | Show all posts
bongkarahsia posted on 27-6-2013 02:16 PM
Kekasih lama

xleh kecikkan skit ke gambar tu dik..besar sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 02:26 PM | Show all posts
Thursday, June 27, 2013
Kisah hidup menerusi lagu






BERHASIL merangkul sehingga 14 anugerah dalam tempoh empat tahun bergelar penyanyi, menjadi kebanggaan buat Mohd. Hafiz Mohd. Suip. Bukan mudah untuk meraih kejayaan sedemikian memandangkan persaingan yang semakin sengit dengan kemunculan ramai penyanyi baharu, namun Hafiz terus konsisten.
Terbaharu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia 7 (AF7) itu muncul dengan album yang diberi judul Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni.
Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis pelancaran album tersebut baru-baru ini, Hafiz berkata, album keduanya itu begitu istimewa buat dirinya.
"Pertama, saya sangat berbesar hati kerana ramai komposer hebat terlibat dalam penerbitan album ini. Ia satu penghormatan yang besar.
"Kedua, album ini istimewa kerana kebanyakan lagunya menceritakan kisah hidup saya sepanjang berkecimpung dalam dunia seni," ujar anak kelahiran Kuching, Sarawak itu.
Menggunakan konsep 'majalah mini' untuk album tersebut, Hafiz menjelaskan, sebanyak sembilan buah lagu dimuatkan dalam album itu antaranya Bahagiamu Deritaku, Mungkinkah, Hanya Ingin Kau Cinta, Deklamasiku, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati dan Matahari.
Ujarnya, dia cukup gembira kerana salah satu single iaitu Bahagiamu Deritaku kini semakin mendapat tempat di hati peminat serta mengungguli carta stesen radio popular di negara ini.
"Saya bertuah kerana lagu ini dicipta oleh komposer hebat seperti LY dan Baiduri sehingga ia menjadi siulan ramai.
"Saya juga bangga kerana komposer seperti Mega Pandawa, Idzam, Ajai, Kunci Demak, Mohd. Atlas, Manusia Putih dan Aiman telah menghasilkan lagu yang menarik dan sedap didengar," ujarnya.
Menurut Hafiz, dia kini sudah melangkah setapak lagi dalam karier seninya apabila berpeluang menghasilkan lirik bagi dua buah lagu iaitu Mungkinkah dan Deklamasiku.
"Bidang penulisan lirik ini merupakan sesuatu yang baharu bagi saya, namun ia percubaan yang berbaloi. Rasanya tidak sia-sia saya berguru dengan komposer Kunci Demak bagi mendalami ilmu penulisan lagu," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada lagu-lagu dalam album itu turut membabitkan kisah cintanya, Hafiz tersenyum dan mengambil masa yang agak lama untuk menjawabnya.
"Apa yang saya boleh katakan ada beberapa buah lagu yang menceritakan mengenai diri saya, tetapi tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenainya.
"Seboleh-bolehnya saya mahu peminat mendengar dan menghayati kesemua lagu sekiranya mahu mendalami kisah hidup saya," ujarnya.
Bercerita mengenai kekasih hati setelah dikaitkan dengan penyanyi Adira sebelum ini, Hafiz mengakui dia sedang bercinta dengan seorang gadis.
Bagaimanapun, penyanyi berkenaan ingin merahsiakan identiti gadis berkenaan memandangkan si dia masih seorang pelajar.
"Buat masa ini, biarlah saya tidak mendedahkan kekasih saya itu kepada umum kerana tidak mahu pelajarannya terjejas," tegasnya.
Nama sebenar
Jika sebelum ini dia dikenali sebagai Hafiz AF, penyanyi berkenaan menyatakan bahawa dia sekarang lebih selesa menggunakan nama sebenarnya iaitu Hafiz Suip.
Bukan mahu melupakan segala kenangan sepanjang bergelar peserta AF7, tetapi penggunaan nama sekarang lebih sesuai dan membuatkan dirinya berasa begitu dekat dengan keluarganya.
"Antara tunjang kejayaan saya sudah tentu sekali sokongan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa saya.
"Jadi, penggunaan nama sebenar ini lebih sesuai kerana saya mahu semua ahli keluarga berkongsi kejayaan dan kegembiraan yang saya kecapi sekarang," jelasnya.
Menurutnya, kini dia tidak lagi berasa terlalu sunyi kerana berjauhan dengan keluarga memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah menetap di Kuala Lumpur.
Sakit
Di sebalik riak wajahnya yang sentiasa gembira serta sikapnya yang ceria, ramai yang tidak tahu bahawa Hafiz berhadapan dengan masalah kesihatan.
Menurutnya, beberapa bulan lalu dia terpaksa berehat seketika daripada aktiviti nyanyian setelah disyaki menghidap tonsil.
"Ketika mendapat rawatan di klinik kerana berasa kurang sihat, doktor memberitahu saya mengalami masalah tonsil. Setelah makan ubat yang diberikan sakit tekak saya masih tidak sembuh.
"Kemudian saya berjumpa dengan doktor pakar telinga, hidung dan tekak.
"Akhirnya, barulah saya dapat tahu yang saya sebenarnya mengalami masalah di bahagian saluran telinga yang boleh memberi kesan kepada suara saya," ujarnya.
Menurut Hafiz, doktor berkenaan menyatakan dia bernasib baik kerana masalah itu dikesan lebih awal. Sekarang dia masih menjalani rawatan susulan.
"Mujurlah masalah yang saya hadapi itu tidak menjejaskan aktiviti seni saya malah saya boleh terus menyanyi.
"Cuma pada peringkat awal dahulu adakalanya saya berasa sakit semasa membuat persembahan," jelasnya.

http://www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 02:28 PM | Show all posts
aku ckup menyampah ngan perwatakan si hafiz ni. why selalunya beliau berbicara, mesti nak tergelak2 cam overexcited? benda x lawak pn ko nak gelak2? relek2 sudah lah. cam budak terencat aku tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 03:00 PM | Show all posts
maxim posted on 27-6-2013 02:24 PM
xleh kecikkan skit ke gambar tu dik..besar sgt

tak dpt tengok astgram izzah zie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 03:02 PM | Show all posts
  DETING   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 03:04 PM | Show all posts

  DETING  


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 03:04 PM | Show all posts
lepas berboipren ngan dia, kau ambik pulak, lepas ngan kau siapa pulak?

ni couple pas baton aka 4 x 100m ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2013 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 03:05 PM | Show all posts
bongkarahsia posted on 27-6-2013 03:04 PM
DETING

snap snirik ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 03:06 PM | Show all posts
kecik nye gambooooo...

aku ni bukannya ade kanta nak membesarkan objek yg dilihat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2013 03:08 PM | Show all posts
semasa mereka cuti di Terengganu, Kelantan, Temerloh Jaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052404 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list