|
[Tempatan]
Seorang anggota Polis Maut, seorang lagi parah dirempuh Perompak
[Copy link]
|
|
![](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/AJAL3HARISEBELUMNIKAH/xpix_gal0.pagespeed.ic.nmjJaeLQJR.webp)
Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”
Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.
Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.
Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.
“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.
“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.
Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.
“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.
Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.
Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.
Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.
“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.
“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren posted on 26-5-2014 04:07 PM ![](static/image/common/back.gif)
1242 hrs Perak : Seorang Anggota Polis di percayai dibunuh. Di parit buntar. Kes tersebut mung ...
Satu kes samun telah baru berlaku di parit buntar
Suspek 3 lelaki 1 malaysia
Menaiki kereta toyota wish warna silver
WRV 5308
Suspek telah melanggar 2org angg polis
1 meninggal 1 cedera parah(balai kuala kurau)
Suspek menghala ke alor pongsu
apa maksud 3 lelaki 1 malaysia tu pa?
|
|
|
|
|
|
|
|
pittjie posted on 27-5-2014 09:07 AM ![](static/image/common/back.gif)
Satu kes samun telah baru berlaku di parit buntar
Suspek 3 lelaki 1 malaysia
Menaiki kereta toyo ...
melayu india cina kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..
kesiannyer..
smoga rohnya dicucuri rahmat
& yg bertanggungjwb akn mendpt balasannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
crossfire posted on 27-5-2014 09:19 AM ![](static/image/common/back.gif)
suspek 1.
azhar ramli tu muka boleh jual...memang lunyai ar kat dalam nanti..
|
|
|
|
|
|
|
|
beli paper metro harini...2page cerita tentang ni...innalillah...sedih betul xsmpt nak nikah ahad ni... |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnye org2 sekarang..rompak2 jelah takpayah bunuh org.xkan takboleh pecut lari dari polis yang bawak moto je pun tu. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://4.bp.blogspot.com/-Fo-HBgfX3vw/U4OLwG6rQbI/AAAAAAABE30/A10bgnWaPVk/s1600/3.jpg)
![](http://2.bp.blogspot.com/-O8GgU2CL1_o/U4OLzlZfP9I/AAAAAAABE38/q1VdudDX-wU/s1600/4.jpg)
apsal no ic mcm nie? bekas polis ka? |
|
|
|
|
|
|
|
MENTERI DALAM NEGERI MELAWAT JENAZAH ALLAHYARHAM MOHD AZUAN
YB Menteri Dalam Negeri, Dato Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi diiringi YDH Ketua Polis Perak, Ketua Polis Daerah Kerian berserta pegawai kanan polis melawat jenazah Allahyarham Mohd Azuan Abdullah di Hospital Ipoh. YB Menteri Dalam Negeri turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga allahyarham.\
![](https://scontent-b-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-frc3/t1.0-9/10295696_665995246788644_3947448326057910330_n.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 27-5-2014 09:11 AM ![](static/image/common/back.gif)
melayu india cina kot...
hahaha. barangkali ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 27-5-2014 09:36 AM ![](static/image/common/back.gif)
apsal no ic mcm nie? bekas polis ka?
No ic lama tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
hambaallah1709 posted on 26-5-2014 08:04 PM ![](static/image/common/back.gif)
tgk kt berita tv3 td arwah nak kawin ahad ni...
sedihnye bakal isteri..
memanglah sedih tp kalau dah jadi istri lagi sedih.
Innalillah. semoga mak ayah dan keluarganya tabah. |
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 27-5-2014 09:36 AM ![](static/image/common/back.gif)
apsal no ic mcm nie? bekas polis ka?
tu nomor ic lama la. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa harap penjenayah langgar anak diberkas
[size=0.9em]Kulaijaya: Bapa kepada anggota polis unit rondaan bermotosikal (URB) yang maut selepas dirempuh penjenayah dalam kejadian di Parit Buntar, Perak jam 1 petang tadi mengharapkan penjenayah terbabit diberkas segera. [size=0.9em]Bapa mangsa, Abdullah Mahmood, 49, berkata, dia yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu menjalankan tugas sebaik mungkin dan dapat memberkas suspek dalam tempoh terdekat bagi memberi keadilan kepada anaknya, Mohd Azuan, 25.
Saya menerima berita mengenai kejadian ini lebih kurang jam 1.30 petang daripada anak bongsu saya sebelum beberapa rakan arwah turut menghubungi saya memaklumkan kejadian.
"Sebagai bapa pastinya saya terkejut dengan kejadian ini kerana ia berlaku dalam sekelip mata lebih-lebih lagi arwah bakal bernikah pada 28 Mei ini (Rabu) dan majlis perkahwinan di sebelah perempuan pada 1 Jun ini (Ahad) ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Scientex di sini, sebentar tadi.
Menurut Abdullah, walaupun pahit untuk menerima kejadian itu namun dia sekeluarga tetap menerimanya dan berharap semua anggota polis yang lain untuk lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas.
![](http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapaharappenjenayahlanggaranakdiberkas/pix_gal1?harianmetro)
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 27-5-2014 09:36 AM ![](static/image/common/back.gif)
apsal no ic mcm nie? bekas polis ka?
hang mesti muda remaja lagi kan
ic lama tak kenai
auwww
berapa umoq hang?
|
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 27-5-2014 09:44 AM ![](static/image/common/back.gif)
hang mesti muda remaja lagi kan
ic lama tak kenai
tua dah wey...
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah, meninggal demi menjaga keamanan negara daripada penjenayah |
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 27-5-2014 09:36 AM ![](static/image/common/back.gif)
apsal no ic mcm nie? bekas polis ka?
masa buat ic darjah 6 musti trus ic baru nih.....![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|