CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Beza 7 Tahun Tak Halang Cinta Sherry Ibrahim Dan Pelakon Kayu Fattah Amin #pg4

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-10-2014 09:49 PM | Show all posts
Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin
Sherry dan Fattah semakin mesra dan kita doakan sahaja kebahagiaan mereka.



KUALA LUMPUR: Pelakon Sherry Ibrahim tidak melihat jarak usia sebanyak tujuh tahun dengan teman lelakinya, aktor Abdul Fattah Amin, 24, sebagai satu halangan untuk kedua-duanya meneruskan hubungan.

Sherry, 31, berkata, kematangan Fattah membuatkan dia serasi dengan pemuda itu namun mengakui percintaan mereka masih di peringkat awal.

"Soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan usia malah saya sendiri tidak pernah menjangkakan akan mengenali lelaki yang jauh lebih muda.

"Saya selesa berkawan dengan Fattah kerana dia seorang yang matang membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," katanya kepada mStar Online.


Sherry ditemui pada majlis Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' di Kelab DiRaja Selangor Bukit Kiara di sini pada Khamis.


Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Anzalna Nasir dan Doris Hor.


Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan.



Dalam pada itu, Sherry berkata, dia mengenali Fattah sejak Jun lalu ketika bersama-sama menjayakan drama bersiri Cinta Ibadah.



Bagaimanapun kata Sherry, sepanjang berada di lokasi mereka tidak pernah bertegur sapa dan hanya mula rapat pada penghujung penggambaran.


"Ini bukan cinta lokasi kerana kami tidak pernah bertegur sapa kecuali ketika latihan dan apabila ada adegan bersama.

"Namun kami saling berkenalan ketika penggambaran hampir selesai dan ia semakin rapat sejak itu," katanya.


Tambah Sherry lagi, biarpun dia berterus terang tentang hubungan mereka namun dia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan itu kerana ia masih baharu.


"Sekiranya ada jodoh saya terima tetapi sebagai pihak wanita saya tidak boleh bercakap lanjut mengenai perkara itu memandangkan hubungan kami juga masih baru," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sherry berkata, dia akan terus terlibat dalam beberapa siri kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' yang akan menjelajah ke beberapa buah negeri dengan pelbagai program menarik.

"Saya berbesar hati dapat menyertai kempen ini yang membawa mesej kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita.

"Pelbagai program telah diatur dan saya cukup teruja untuk bersama-sama menjayakan kempen ini," katanya.


Sementara itu, Sherry berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Keluarga Karaoke sebanyak 60 episod untuk siaran Astro Mustika HD.

Drama itu turut dijayakan oleh Raja Ema, Elyana, Elfaeza Ul-Haq dan Dazrin Kamarudin.




Pasangan ini tidak berahsia mengenai hubungan mereka dan sering berkongsi foto-foto mereka di Instagram.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 3-10-2014 09:49 PM
Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin
Sherry dan Fattah semakin mesra dan k ...

Eii bkn kata sherry ni dgn org maldives bagai...dgn fattah amin pulak..ke promosi drama..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sherry sherry sherry...chenta mmg tak kenal.usia. Tp dgn plywood ni? X sesuai sgt sherry!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cantek ke shery ni..ai tengok biasa2 je..xda la.cantek mane pon kalo nak.banding dgn pelakon lain yg lebih hot..berlakon pon sendu je..yg ai tau dia berlakon dlm cite kawen2 dgn elyana tu apentah nama.dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 01:28 AM | Show all posts
Fattah ni kalau bercakap sama je suaranya dgn zen sardin
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 01:45 AM | Show all posts
Handsome jugak budak fattah ni ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2014 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
estrelle posted on 3-10-2014 11:11 PM
cantek ke shery ni..ai tengok biasa2 je..xda la.cantek mane pon kalo nak.banding dgn pelakon lain yg ...

Drama renjis kt astro dl..dia blakon skali ngn x bf dia serap muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga sherry berjumpa jodoh yg baik.
Jgnla kacau budak2 baru nak up ni.
banyak dah terjadi,

Royani,
kak eda rdzwel
adi bebird

Carilah yg sebaya atau berusia.
ada lg tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2014 08:39 PM | Show all posts

dia ni ngm jadik model jer..

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 09:47 PM | Show all posts
maxim posted on 3-10-2014 08:49 PM
Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin
Sherry dan Fattah semakin mesra dan k ...

ELYANA buat comeback

P/s: Mana pergi album baru ELYANA yang katanya keluar 2013 tuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite yg indah ngn zen tu dia ada blakon gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:31 AM | Show all posts
ninjago posted on 22-9-2014 09:05 AM
oh serius?? pada mata aku pn nmpk dia biasa je on tv, tp nmpk kulit dia la cantik, flawless.
hmm ...

uols tengok dalam tv ke real? sebab muka dia mcm ada ruam gitu
takde licin pun. dalam tv ke magazine makeup tebal sangat.
tak sama dengan iols tengok dekat ib hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene posted on 4-10-2014 09:47 PM
ELYANA buat comeback

P/s: Mana pergi album baru ELYANA yang katanya keluar 2013 tuuuu ...

kan. aku pn suka ngn lagu2 elyana. kalis rindu kalis piluww.. drama dunia baru pn beshhh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:55 AM | Show all posts
bambimo posted on 3-10-2014 10:04 PM
Eii bkn kata sherry ni dgn org maldives bagai...dgn fattah amin pulak..ke promosi drama..

mauritius noks...tu lah tau2 dah tukar je
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
pilot posted on 24-10-2014 08:55 AM
mauritius noks...tu lah tau2 dah tukar je

Hahaha mixed up le pulak...
Mauritius erk....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:21 AM | Show all posts
over la sherry nie. aritu tgk kat hlive dia punya la semangat mendescribe cinta dorg. nampak naw bersungguh2.. rilex2 sudah.. pastu siap memback up abes2an gap umur die ngan fattah. cettt.. apedaa pompuan yg lebih2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:22 AM | Show all posts
bambimo posted on 24-10-2014 09:19 AM
Hahaha mixed up le pulak...
Mauritius erk....

iols tau sherry ni pun sbb lakonan ngan adiputra tu..
cite apa tah tv3 tu yg kena dera ngan laki pastu kawen dgn adiputra plk..
iols like eh leh tahan minah ni jadi heroin biasa watak tempelan jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pilot posted on 24-10-2014 09:22 AM
iols tau sherry ni pun sbb lakonan ngan adiputra tu..
cite apa tah tv3 tu yg kena dera ngan laki  ...

Iols kenal masa dia brlakon dgn elyana..tup2 dia couple dgn ashraff muslim yg brlakon sama citer tu jd adik elyana...dia kena dump cz gosip kata ashraff suruh ubah perangai tp dia xnak..bila serap kawen dia jd stewardess..
Tu yg buat comeback brlakon teduhan kasih..
Masa tu ckp dgn org mauritus...phtu stok fatah amin...cm sesuatu kan...cm promo drama je..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:29 AM | Show all posts
bambimo posted on 24-10-2014 09:25 AM
Iols kenal masa dia brlakon dgn elyana..tup2 dia couple dgn ashraff muslim yg brlakon sama citer t ...

o yela....btl2 kapel ngan ashraff muslim...
n cite teduhan kasih tu layan gak...
igt layan stok keju je...tetiba plak cari sambal belacan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:01 AM | Show all posts
btw si fattah ni belakon dlm CI lbh baik dr drama PISA sblum ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060320 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list