Olimpik: Tiket Sukan Olimpik London 2012 Mula Dijual Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Tiket Sukan Olimpik2012 di London mula dijual kepada orang awam di Malaysia mulai 15 Machingga 22 April ini, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Setiausahanya Datuk Sieh Kok Chi berkata MOM telah melantikAristeia Sports Communication (ASC), sebagai ejen tiket bagi rakyatMalaysia yang ingin menyaksikan temasya sukan itu dari 27 Julai hingga12 Ogos tahun depan.
"ASC telah meminta semua rakyat Malaysia yang ingin membeli tiketsupaya membuat tempahan di [email protected]," katanyakepada Bernama di sini hari Isnin.
Pihak penganjur Sukan Olimpik 2012 telah menawarkan sejumlah 8.8juta keping tiket dengan 75% atau 6.6 juta tiket akan dijual kepadapenduduk Britain dan kawasan Kesatuan Eropah manakala baki 2.2 jutatiket diperuntukan untuk peminat dari benua lain.
Sieh berkata peruntukan tiket bagi setiap Jawatankuasa OlimpikKebangsaan sebagaian besar berdasarkan peruntukan acara pada SukanOlimpik lepas bersama penilaian peluang memenangi pingat dan ramalankepentingan penonton.
"Bagi Malaysia terdapat peruntukan lebih untuk badminton,berbasikal dan acara terjun di mana Malaysia mempunyai peluang besaruntuk meraih pingat," katanya.
p/s: jom ke London |