CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

ATM akan bantu PDRM menangani bersih 2.0 9 Julai 2011?

  [Copy link]
 Author| Post time 1-7-2011 10:50 AM | Show all posts
UMNO juga boleh kerahkan tiga juta ahlinya jika.... - Najib

    Khamis, 30 Jun 2011 15:41
    Administrator

    * Email
    * Cetak
    * PDF

najibsemangatJANGAN fikir PAS dan PKR sahaja boleh arah ahli sertai perhimpunan haram 9 Julai ini. Bayangkan apa jadi pada negara ini, jika UMNO, parti terbesar orang Melayu dengan ahli lebih tiga juta berbuat demikian.
UMNO bukan saja parti utama yang membentuk kerajaan, tetapi parti paling besar dan kaya, senang cerita kalau UMNO hendak buat mobilisasi besar-besaran, bukan satu perkara yang susah.

Sebab itu, Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO, jika ia mahu, mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, parti tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian.

"Kita (UMNO) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya kepada kira-kira 15,000 hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150km ke selatan Kota Kinabalu pada Khamis.

Bernama melaporkan, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, "itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini".

Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen.

"Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah," kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah.

"Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib.

Perdana Menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya.

"Di Malaysia tidak pernah berlaku seperti itu. Kita menang sebab rakyat support (sokong). Saya tak rela jadi Perdana Menteri atas penipuan. Saya nak jadi Perdana Menteri kerana rakyat sukakan kita (BN) dan rakyat percaya dan senang dengan BN," katanya.

Atas kepercayaan rakyat terhadap BN, kata beliau, kerajaan akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk perjuangkan nasib rakyat.

Najib berkata Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan hanya menunggu masa untuk melaksanakannya.

"Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan Perdana Menteri, hendak menguasai Putrajaya?" katanya.

Najib mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan seperti dirancang pada 9 Julai ini oleh kumpulan pengacau boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai.

Katanya jika ada pihak yang menjadi "tukang kipas, tukang bakar" emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga "rakan kita, keluarga kita".

Beliau berkata apabila berlaku "psikologi samseng", orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam.

Perdana Menteri seterusnya menegaskan pentingnya gagasan 1Malaysia dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar ia bukan sekadar menjadi slogan yang menjadi sebutan atau paparan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan sehingga menjadi nilai pegangan, sikap dan cara pemikiran rakyat Malaysia.

Katanya, beliau mendapati keharmonian yang wujud di Sabah merupakan contoh terbaik konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai tanpa sebarang tembok pemisah.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dan peruntukan RM2.7 juta untuk memperbaiki bumbung Esplanade Sipitang yang sebelum in sering mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa wakil rakyat tempatan parti komponen BN.-30/6/2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2011 10:54 AM | Show all posts
Saya nak tergelak tengok mereka...macam budak-budak – Shahrir Samad

    Jumaat, 01 Julai 2011 06:06
    ROSLI ISMAIL



  
altBanyak orang mungkin sudah lupa bahawa warna kuning cukup sentimental bagi Ahli Parlimen BN-Johor Bharu,Datuk Shahrir Samad.

Sebab itu beliau jadi ‘sakit mata’ tengok gelagat ahli parlimen pakatan pembangkang termasuk adiknya sendiri dari PAS-Shah Alam, Khalid Samad pakai warna kuning ke sidang Dewan Rakyat pada hari Khamis.

Ini gara-gara mereka nak tunjuk solidariti mereka kepada rancangan perhimpunan Bersih 9 Julai yang hangat jadi isu sekarang.

Pada tahun 1988 Shahrir bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen Johor Bharu. Lambang yang beliau gunakan ialah cap tiga kunci dan warna rasmi kempennya ialah KUNING.

Ketika itu beliau seorang diri berdepan dengan bala jentera BN yang kuat. Namun beliau menang dengan majoriti lebih 12,000 undi.

Beliau mencatat sejarah tersendiri sebagai satu-satunya yang menang bertanding atas tiket calon bebas di kerusi Parlimen Johor Bharu.

Juga jangan lupa Shahrir juga adalah otai@orang lama di Dewan Rakyat. Beliau kini adalah ahli parlimen BN kedua paling senior selepas Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang.)

Juga dari sudut politik Johor Bharu sehingga kini sinionim dengan Shahrir.

Biasanya sepanjang sidang Dewan Rakyat beliau jarang mahu komen tentang tindak tanduk pembangkang yang buat macam-macam karenah.

Namun sepanjang sidang Khamis yang merupakan hari akhir sesi Parlimen kali ini beliau nampak ‘ geram sikit’.

altKetika sidang hendak mula pada sebelah pagi kelihatan para ahli parlimen pakatan pembangkang sampai dengan macam-macam pakaian kuning. Kebanyakanya yang lelaki pakai tali leher kuning. Ada yang pakai t-shirt kuning dengan kot.

Mereka berlegar di lobi parlimen dan bergaya depan para wartawan dan jurugambar.

“Saya rasa nak tergelak tengok mereka...macam budak-budak,” kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini ketika bersembang dengan Agendadaily di ruang rehat ahli parlimen.

Katanya waktu bertanding sebagai calon bebas menentang BN dulu beliau tidak pernah langsung bertanya atau mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya ini adil ke tidak.

“Saya letakkan nasib saya sepenuhnya kepada para pengundi Johor Bharu...tak ada nak berarak...tak ada nak protes kepada SPR...tak ada nak tuduh proses pilihanraya tak bersih...tak betul.

“ Ini kerana saya yakin dengan sokongan rakyat terhadap perjuangan saya...saya letak jawatan dan bertanding semula sebagai calon bebas...saya guna warna kuning.

“Jadi hari ini yang pakai baju kuning ni saya rasa mereka tak layak...pasal semua bukan jantan...bukan berani...nak komplen pasal SPR...nak komplen tak adil ..tak bersih kononnya...

alt

“kalau kita yakin sokongan rakyat..kita letak jawatan...panggil pilihanraya semula bagi negeri Selangor (misalnya)...ni nak pergi mesyuarat Exco pakai baju kuning..nak pergi Dewan Rakyat pakai baju kuning...nak pergi mesyuarat majlis perbandaran pakai baju kuning...apa ni.

“Kalau berani bubar dewan (negeri yang dikuasai pakatan pembangkang) ..panggil pilihanraya...ini kalau mereka ada keyakinan pada sokongan rakyat....jangan  nak kata ini SPR tak adil..SPR tak betul....saya bertanding seorang diri...tak ada pun tuntut SPR tak adil..."

Baginya ini semua helah orang yang tidak ada kewibawaan dan tidak percaya kepada perjuangan dan sokongan rakyat.

“Itu sebab saya ketawa tengok ahli parlimen pakatan pakai baju kuning...kononnya handal...ini semua sembunyi belakang ketakutan diri sendiri...nak menyalahkan orang.

“Kalau kita betul orang sokong kita...kita tak payah nak berarak...nak pakai baju kuning...kita bubarkan dewan serahkan diri kita kepada penentuan rakyat.”tegasnya.-30/6/2011- OLEH ROSLI ISMAIL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 11:00 AM | Show all posts
Lagi bukti komunis
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2011/07/01
Polis rampas gambar pemimpin PKM di sekretariat BERSIH

PETALING JAYA: Polis menemui bukti baru mengaitkan perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) dipengaruhi unsur komunis berikutan penemuan 10 gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ketika serbuan di sebuah banglo yang dijadikan sekretariat BERSIH, di Seksyen 4, di sini kelmarin.
Semua gambar bekas pemimpin PKM seperti Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh itu ditemui bersama barang lain, termasuk 549 baju-T BERSIH pelbagai warna, 473 lilitan kepala, banting serta 5,154 risalah, dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata polis sedang menjalankan siasatan mengenai tujuan gambar itu disimpan dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan 31 individu yang ditahan di Pulau Pinang bersama bahan mengandungi unsur komunis, minggu lalu.

Berikutan itu, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk memanggil pemilik banglo serta sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi manusia, tetapi menyewa premis berkenaan semata-mata untuk menggerakkan kegiatan BERSIH.

“Semua rampasan didapati ada hubung kait dengan kempen mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini yang menjurus kepada usaha meracuni fikiran orang ramai menyertainya,” katanya semalam.

Dalam serbuan diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Md Isa pada jam 12.05 tengah hari kelmarin, tujuh pekerja, termasuk lima wanita ditahan mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis/109 Kanun Keseksaan. Mereka dibebaskan jam 11 malam kelmarin dengan jaminan selepas keterangan dirakamkan.
Arjunaidi berkata, pekerja berusia 23 hingga 40 tahun itu tidak direman seperti yang ditahan di Pulau Pinang kerana polis berpuas hati selepas merakamkan keterangan masing-masing.

“Selain itu, kita sedang mengenal pasti dari mana mereka menempah atau mencetak semua bahan yang dirampas, selain menyiasat sumber dana menggerakkan aktiviti itu,” katanya.

Sabtu lalu, 31 ahli dan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj ditahan selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Antara yang ditemui ialah 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin PKM, iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 11:00 AM | Show all posts
Lagi bukti komunis
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2011/07/01
Polis rampas gambar pemimpin PKM di sekretariat BERSIH

PETALING JAYA: Polis menemui bukti baru mengaitkan perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) dipengaruhi unsur komunis berikutan penemuan 10 gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ketika serbuan di sebuah banglo yang dijadikan sekretariat BERSIH, di Seksyen 4, di sini kelmarin.
Semua gambar bekas pemimpin PKM seperti Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh itu ditemui bersama barang lain, termasuk 549 baju-T BERSIH pelbagai warna, 473 lilitan kepala, banting serta 5,154 risalah, dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata polis sedang menjalankan siasatan mengenai tujuan gambar itu disimpan dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan 31 individu yang ditahan di Pulau Pinang bersama bahan mengandungi unsur komunis, minggu lalu.

Berikutan itu, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk memanggil pemilik banglo serta sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi manusia, tetapi menyewa premis berkenaan semata-mata untuk menggerakkan kegiatan BERSIH.

“Semua rampasan didapati ada hubung kait dengan kempen mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini yang menjurus kepada usaha meracuni fikiran orang ramai menyertainya,” katanya semalam.

Dalam serbuan diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Md Isa pada jam 12.05 tengah hari kelmarin, tujuh pekerja, termasuk lima wanita ditahan mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis/109 Kanun Keseksaan. Mereka dibebaskan jam 11 malam kelmarin dengan jaminan selepas keterangan dirakamkan.
Arjunaidi berkata, pekerja berusia 23 hingga 40 tahun itu tidak direman seperti yang ditahan di Pulau Pinang kerana polis berpuas hati selepas merakamkan keterangan masing-masing.

“Selain itu, kita sedang mengenal pasti dari mana mereka menempah atau mencetak semua bahan yang dirampas, selain menyiasat sumber dana menggerakkan aktiviti itu,” katanya.

Sabtu lalu, 31 ahli dan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj ditahan selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Antara yang ditemui ialah 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin PKM, iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 11:03 AM | Show all posts

KIRA -KIRA 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman bersama kain rentang dan sepanduk di hadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu membantah perhimpunan haram anjuran BERSIH 9 Julai ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:11 AM | Show all posts
A Samad Said kutuk pengharaman ‘kuning’

news from keadilandaily.com.my


SHAH ALAM: Sasterawan Negara, A Samad Said hari ini mengutuk tindakan pengharaman pakaian kuning yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semata-mata mahu menggagalkan Himpunan Bersih 2.0.

“Itulah, saya fikir ini ketakutan (kerajaan) yang amat menakutkan (mereka),” katanya pada sidang media khas
anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi) di Pesta Buku Selangor di sini, petang ini.
Pada sidang media itu, Paksi menggunakan kertas kuning sebagai kenyataan medianya.

Selain itu, A Samad Said juga mengulangi komitmen untuk turun menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai
ini di ibu negara.
“Saya akan turun. Saya tidak hanya bersuara tapi bertindak. Suara tanpa tindak, itu bukan suara,” katanya yang
lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Pak Samad yang terkenal dengan karya berjudul Salina, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Al-Amin, juga mempertahan
tindakannya yang berpihak dengan menunjukkan sokongan terhadap penganjuran Himpunan Bersih 2.0

“Seseorang seniman mesti dan ada hak untuk berpihak. (Jika tidak) Itu bukan sasterawan, itu kuasawan. Kalau
kuasawan itu bobrok, seniman tidak jadi seniman jika tidak menegur. Tidak ada salah menegur untuk sesuatu
yang baik,” katanya.

Dengan nada sinis, beliau tidak menolak kemungkinan sasterawan lain enggan ‘tampil ke depan’ kerana mahu
menjaga periuk nasi

Pada sidang media sama, Setiausaha Paksi, Hasni Abas puka mengecam tindakan polis yang hina dan biadap
apabila bertanyakan soalan tentang bayaran yang diterima Pak Samad untuk bersajak pada majlis pelancaran Bersih.

“Mereka tanya berapa Pak samad dibayar untuk baca sajak. Mereka ini, ingat semua orang ini ayam daging?
Tunggu diberi dedak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan sasterawan yang tidak berani menegur kemungkaran yang dilakukan penguasa
sebagai ‘bukan sasterawan tapi cendawan’
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2011 11:19 AM | Show all posts
bagus la tentera dan polis semua turun dan belasah penunjuk perasaan kaw-kaw ... meriah la sikit wartawan asing ambik gambar dan tunjuk ke seluruh dunia ... kalo ramai yg mati kita tengok nasib Najib dan suaminya ... kita tengok siapa yg kenaaaaaaaa ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:22 AM | Show all posts
Kalau askar2 nie turun, baru kena sebab dia org nie dah gian nak belasah org, maklumlah lama s ...
crossfire Post at 20-6-2011 09:55


bagus ... hang memang bijak ... belasah kasi mati taw ... lagi ramai mati lagi bagus ... lepas tuh kita tengok domestic and international repercussions ... muka Najib pucat ker muka mayat yg lagi pucat ... memang bijak sungguhhhhhhhh ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by angura at 1-7-2011 11:27

Bersih 2.0: Fomca kesal kenyataan penasihatnya

Jun 30, 11 12:00am



Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan
oleh penasihatnya, Chua Kim Tee mengenai himpunan aman Bersih 2.0.

Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Chua Kim Tee kerana ia bukanlah kenyataan rasmi Fomca,
sebaliknya hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman yang menghubungi Harakahdaily berkata, Fomca adalah
sebuah badan yang berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan Negara, tetapi kenyataan Chua ternyata telah
menimbulkan imej negatif kepada pertubuhan itu.

Menurut beliau, sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, kenyataan Chua pasti tidak
dipersetujui oleh Fomca kerana Fomca sendiri adalah badan yang berkecuali dengan sebarang pertubuhan politik.

Katanya, Fomca seperti yang diketahui umum adalah badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan
isu-isu pengguna sahaja dan tanpa memihak kepada sebarang parti-parti politik.

"Namun kenyataan Chua Kim Tee telah menyebabkan orang ramai keliru dengan Fomca yang seolah-oleh seperti
Fomca telah memihak kepada parti tertentu, pada hal ia hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

"Sesuai dengan kedudukan Fomca sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan,
Fomca menyokong penuh kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru yang
menggesa kerajaan membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Himpunan Bersih 2.0 yang akan
diadakan 9 Julai ini,"
katanya.

Semalam, Malaysiakini atas tajuk 'Fomca Mahu Bersih 2.0 Disekat' melaporkan, NGO itu tidak rela
perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga.

Chua berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga,
orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa hidup di dalam kebimbangan.

Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan
Bersih yang dirancang
pada 9 Julai depan.

Menurut Mohd Yusof, oleh itu, orang ramai diharap tidak tersalah anggap dengan Fomca berhubung dengan
kenyataanChuaitu kerana ia tidak sekali-kali membayangkan pendirian rasmi Fomca.

"Sejak dulu, Fomca sudah dilihat oleh orang ramai sebagai badan yang hanya mempunyai kepentingan dengan
isu-su pengguna sahaja, tetapi tidak dalam politik.

"Jika dalam politik, kenyataan yang disokong oleh Fomca hanyalah yang dikeluarkan oleh Suhakam sahaja kerana
itulah kenyataan yang selaras dengan pendirian Fomca sejak ditubuhkan dulu yang berpegang kepada prinsip
Perlembagaan.

"Sokongan Fomca ke atas kenyataan Suhakam itu kerana perhimpunan yang akan diadakan oleh Bersih pada
Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan aman.

"Jika perhimpunan aman, ia tidak patut disekat oleh kerajaan kerana ia selaras dengan peruntukan
yang terdapat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan orang ramai
mengadakan sebarang perhimpunan aman tanpa senjata bagi menyuarakan
pandangan, pendapat untuk kebaikan negara,"
tegas beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:31 AM | Show all posts
bagus ... hang memang bijak ... belasah kasi mati taw ... lagi ramai mati lagi bagus ... lepas t ...
kudajantan77 Post at 1-7-2011 11:22



    turunlah, 8hb bulan 2011, jgn pok pek aja kat forum..tapi macam TIKUS, yg bising tulah sebenarnya, duduk rumah, penakut, pejuang katanya, pejuang TAIK KUCING.

* maklumat diterima, sesiapa yg ditangkap akan direman 7 hari bukan lagi 3, ini akan menyebabkan perusuh akan bakal kehilangan kerja, hilang kerja sapa nak tanggung famili, TANGGUNGLAH SENDIRI...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:39 AM | Show all posts
people should not be afraid of their goverments..

goverments should be afraid of their people..


go bersih go..go
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:42 AM | Show all posts
turunlah, 8hb bulan 2011, jgn pok pek aja kat forum..tapi macam TIKUS, yg bising tulah seb ...
crossfire Post at 1-7-2011 11:31


bila masa aku sokong BERSIH ... pi cari la posting aku yg sokong BERSIH kalo jumpa ... yang aku kritik ialah cara kerajaan dan puak2 askar dan polis bangang nih handle issue ni ...

BERSIH nih ibarat nak bakar negara ... polis dan tentera bangang giat nak belasah dan tembak orang ... macam sengaja nak curah minyak plak ... last2 sume orang hangus sebab 2 puak bangang nih ...

so hang masih rasa macho ka kalo turun belasah dan tembak org 8-9 Julai nanti? ... mmg bijak la hang ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 11:42 AM | Show all posts
turunlah, 8hb bulan 2011, jgn pok pek aja kat forum..tapi macam TIKUS, yg bising tulah seb ...
crossfire Post at 1-7-2011 11:31


Mmmm..dia orang tu mana ada telor abg cross..cakap kat forum je pum pang pum pang..

kerat kasi makan anjing la lagi bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:44 AM | Show all posts
Mmmm..dia orang tu mana ada telor abg cross..cakap kat forum je pum pang pum pang..

kerat k ...
Anak_Nogori Post at 1-7-2011 11:42


sila selak telo Uncle AN yang dah labuh tuh dan baca posting saya di atas ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:51 AM | Show all posts
bila masa aku sokong BERSIH ... pi cari la posting aku yg sokong BERSIH kalo jumpa ... yang aku  ...
kudajantan77 Post at 1-7-2011 11:42



    Risikan Polis dan Tentera dah membuktikan ada unsur2 subversif, termasuk komunis, bantuan asing dan yg penting keselamatan org awam. Baju yg dirampas di dalam BAS di Penang, yg dibawa oleh PSM menguatkan lagi dakwaan ini, apakah ini kerja Polis sedangkan baju yg dirampas ada di dalam beg ahli parti...yg jelas BERSHIIIT..ada pihak lain turut sama mendokong agenda kotor ini.

Atas faktor ini, tindakan memBERSIHkan perlu diadakan....dan BER SHITT ini mesti dinyahkan dari BUMI MALAYSIA ini......
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:58 AM | Show all posts
Risikan Polis dan Tentera dah membuktikan ada unsur2 subversif, termasuk komunis, bantuan  ...
crossfire Post at 1-7-2011 11:51


dok kait dengan communism nih strategi propaganda lapuk zaman darurat dulu ... askar bangang dan pembaca tegar utusan saja yg masih dok percaya propaganda mcm ni ... cuba la cari idea baru yang lebih creative ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 12:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by crossfire at 1-7-2011 12:06
dok kait dengan communism nih strategi propaganda lapuk zaman darurat dulu ... askar bangang dan ...
kudajantan77 Post at 1-7-2011 11:58



    tulah bila cerita bab nie tak percaya, IQ tahap sampah kang marah pulak, kesian mak bapak lahirkan org camnie..elok buang kat sungai aja masa kecik.......... oklah abg cross tinggalkan kudatempang nie dgn abg AN, rasanya abg AN pun tak mau layan, budak lembam cengini
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:07 PM | Show all posts
tulah bila cerita bab nie tak percaya, IQ tahap sampah kang marah pulak, kesian mak bapak  ...
crossfire Post at 1-7-2011 12:03


rasanya semua orang boleh nampak kot sapa yang sebenarnya lembam ... no brainer ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:26 PM | Show all posts
Lagi bukti komunis
Oleh Wan Faizal Ismayatim

2011/07/01
Polis rampas gambar pemimpin PKM di sek ...
Anak_Nogori Post at 1-7-2011 11:00



   


Suruh FRU pakai lori sampah yg telah diMOD..perusuh2 yg ditangkap disumbat ke dlm lori sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 02:22 PM | Show all posts
aku kesian le kat puak-puak askar yg dikatakan bangang tu...
selama ni negara aman sebab tugas mereka...berjuang utk pastikan negara aman...hilang sesetengah anggota badan, hilang nyawa...pertahankan negara...
adohai....anyway, harap sapa yg join rally ni buat secara aman & waras...
pd aku, pen is mightier than sword...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064714 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list