Menurut Aeril Zafrel, mereka sah bernikah pada kali pertama Februari 2012 yang lalu bertempat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Aeril dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah. Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan. Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah. Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.
|