|
Tiz, Sam meniti tangga populariti
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]
2010/04/02 BUKAN mudah menggandingkan dua pelakon yang sedang memanjat tangga populariti ketika ini, Tiz Zaqyah, 22, dan Shaheizy Sam, 28, dalam satu sesi fotografi.
Hakikat mereka terlalu sibuk dengan jadual lakonan memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, sebagai memenuhi permintaan Harian Metro, kedua-dua mereka sedia meluangkan sedikit waktu, baru-baru ini.
Popularnya Tiz dan Sam dibuktikan apabila kedua-duanya terbabit dalam acara besar yang paling ditunggu-tunggu peminat hiburan iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009).
Tiz dicalonkan menerusi dua kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular serta Artis Baru Wanita Popular manakala Sam pula akan menjadi penyampai trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular.
Pelakon genit yang meledak menerusi drama bersiri Nur Kasih di TV3 itu semakin mendapat tempat di kalangan peminat dan menjadi rebutan ramai produksi dan produser tempatan.
Sam yang juga adik pelakon sensasi Zizie Ezette pula sedang menuju puncak sesudah filem lakonannya, Adnan Sempit mendapat sambutan paling hangat.
Dia turut dikenali melalui filem Jangan Pandang Belakang Congkak, Niyang Rapik dan terbaru, Evolusi KL Drift 2 yang sedang rancak ditayangkan di pawagam tempatan. Walaupun mula dikenali dengan watak Pa'e bersama aktor Latif Borgiba menerusi drama TV dengan judul yang sama pada era 1990-an, baru sekarang Sam mengumpul jutaan peminat.
Menariknya, dalam Evolusi KL Drift 2, Sam memegang peranan sebagai gangster dan pengedar dadah bersama aktor Aaron Aziz. Imejnya bukan lagi Mat Rempit, sebaliknya tampak ganas dengan rambut panjang dan solekan ekstrem.
Ketika ini, Tiz dan Sam digandingkan bersama buat pertama kalinya dalam slot Samarinda - Asmaradana yang disiarkan di TV3 setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.
Melakonkan watak Azizah dalam drama arahan Feroz Kader sebanyak 25 episod itu, Tiz yang membabitkan diri dalam lakonan sejak tiga tahun lalu, memikul satu cabaran baru. Dia perlu membawakan watak yang bermain emosi berbeza dengan Nur Amina dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia.
"Memang watak dalam Asmaradana berbeza dan memerlukan penghayatan emosi yang berlebihan. "Saya melihat perubahan dari segi karakter lakonan yang disampaikan mengikut kemahuan pengarah. Saya juga sentiasa mahu memberikan persembahan yang terbaik untuk memastikan lakonan saya berbekas di hati penonton.
"Bukan mudah untuk membawa watak penuh emosi, tapi saya cuba melakukan yang terbaik dengan bantuan pengarah dan rakan artis. Saya sedar saya masih baru dalam dunia lakonan dan banyak yang perlu dipelajari," ujarnya.
Anak jati Kuala Lumpur ini gembira digandingkan dengan pelakon berbakat seperti Sam dan ia memberi peluang kepadanya untuk mendalami penghayatan karakter dengan berkesan.
Tambah Tiz, dia seronok dapat bergandingan dengan pelakon seperti Sam yang cukup komited dan rajin berusaha. Secara tidak langsung ia membuatkan mereka serasi berlakon demi menghidupkan watak masing-masing Mengulas mengenai peluang meraih gelaran buat julung kali di ABPBH09, Tiz tidak meletakkan harapan tinggi menjulang, malah mengakui saingannya sengit-sengit belaka. "Kita tunggulah keputusan Ahad ini untuk melihat ia berpihak kepada siapa yang paling bertuah. Menang kalah, saya tidak kisah," katanya. Sam yang sibuk menjalani penggambaran drama Adnan Sempit The Series pula tidak pernah melabelkan dirinya sebagai hero dalam pembikinan, malah menganggap lakonan satu tanggungjawab untuk menghidupkan sesebuah cerita.
"Saya lebih suka menjadikan kerjaya lakonan sebagai satu karier yang serius dan sumber pendapatan. Saya tidak pernah melabel diri saya sebagai selebriti atau bintang. "Saya semakin aktif berlakon sejak 2007. Minat yang mendalam membuatkan saya nekad menjadikan lakonan sebagai kerjaya tetap. "Saya perlu komited dan serius dalam setiap tugas yang diberikan. Tiada istilah main-main atau kejar glamour.
"Syukur kerana ramai produser memberi kepercayaan kepada saya membawakan pelbagai watak dalam drama dan filem akhir-akhir ini. Ini membuatkan ramai penonton TV dan filem tempatan mula mengenali diri saya.
"Biarpun baru pertama kali digandingkan dengan Tiz. Saya rasa cukup selesa dan berpuas hati dengan lakonan Tiz. Malah, Tiz sangat berbakat dan berpotensi besar menjadi artis yang berjaya satu hari nanti," katanya.
>Profil
NAMA SEBENAR: Siti Zaqyah Razak
NAMA KOMERSIAL: Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada dua beradik
KARIER: Pelakon
DRAMA: Antaranya, Impian Ilyana II, Impian Sunsilk, Spa Q 3, Nur Kasih, Asmaradana
NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam
NAMA KOMERSIAL: Shaheizy Sam Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
TEMPAT LAHIR: Petaling Jaya, Selangor
ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada lima beradik
KARIER: Pelakon
DRAMA: Lebih 20 antaranya Pa'e Legasi 43 Karat, Jangan Pandang Belakang The Series, Asmaradana, Adnan Semp-It The Series
FILEM: Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Bohsia |
|
|
|
|
|
|
|
alahaiii...nak nengok gambo kena beli la pulak. ces! |
|
|
|
|
|
|
|
1065# mnaa
dlm video aku takde de remy sebut i love u tu.. yg ade remy ckp nur nak pegi mana ni.. ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ms nk balik remy tny.."u balik mcm mn?"..tiz jwb.."ai drift"..![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
KAHKAH |
|
|
|
|
|
|
|
tepek laaain ai nak tengok jugak....
meoooww..!!!![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 2-4-2010 11:39
![](http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiz_Sammenititanggapopulariti/pix_gal1) |
|
|
|
|
|
|
|
gigih tul ko tepek.......![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
1068# irsuzie
KAH..statement..drift memanjang! |
|
|
|
|
|
|
|
1066# nazihamrun
ye ker?? ape-ape bideo pon hokkay ..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|