|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
eh....ada link cita nenek kamsia tu x..saja nk baca katam2 sblm mnunggu TT update cita baru..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
eh....ada link cita nenek kamsia tu x..saja nk baca katam2 sblm mnunggu TT update cita baru..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
eh....ada link cita nenek kamsia tu x..saja nk baca katam2 sblm mnunggu TT update cita baru..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
eh....ada link cita nenek kamsia tu x..saja nk baca katam2 sblm mnunggu TT update cita baru..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
eh....ada link cita nenek kamsia tu x..saja nk baca katam2 sblm mnunggu TT update cita baru..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
eh....ada link cita nenek kamsia tu x..saja nk baca..hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
damm xnak upload ke satu cerita sebelum raya.. errr tny je |
|
|
|
|
|
|
|
Mekasih...mekasih...dh khatam cita telepon tu...hehe..best2..
TT, sori post sy aritu repeatitive..
|
|
|
|
|
|
|
|
best tapi rekaan semata2 okay hahahha.
aku pun gigih khatam 2 hari alih2 kena kelentong.
Nasib baik zuzu_amelia tu TT ckp rekaan jugak kalau tak mmg kena maki jugak hahhaa
|
|
|
|
|
|
|
|
salam....saya sbg ahli group sr yg taat mngucapkan terima kasih kpd en.damm atas usahanya mengolah cerita dlm thread ini..
painkiller.
ahli sr group
"baca dgn taat..komen dlm hati" |
|
|
|
|
|
|
|
ala nape xley plak link kat page depan tu
xdapat baca kisah 19 & 20 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 30-6-2016 07:01 AM
Kisah 21: Cerita Bersiri - Clark Air Base Hospital (Bahagian I)
Semakin jauh mereka meninggalkan pusat kota, semakin teruk keadaan jalan. Dango kemudi Pajeronya mengelak lubang-lubang yang bertaburan di lane kiri dan kanan. Di sebelahnya, Ramos cuba backing Stefan yang berada dalam heating argument dengan guide mereka, Sipsip, lelaki separuh abad yang tiba-tiba quote service charge lain dari apa yang telah dijanjikan sewaktu perbincangan di telefon.
Memandangkan mereka dah spent 2 jam perjalanan dari Manila, Ramos counter offer Sipsip dengan extra 100 pesos dari jumlah perjanjian asal. Ramos mengeluh panjang. Dia ambil mental note lain kali kena ada black & white agreement supaya perkara seperti ini tak terjadi lagi.
Kalau tadi di kiri dan kanan masih ada rumah-rumah, kini hanya hutan dan lalang-lalang tinggi mengapit jalan. Pacuan empat roda berhenti di opening area. Lampu kereta masih menyuluh ke arah lorong kecil menuju ke sebuah bangunan yang terletak lebih kurang 500 meter dari kedudukan mereka sekarang. Sipsip cakap kereta tak boleh masuk sebab kawasan yang mereka nak masuk ni private property dan ada security guard. Ramos, Dango dan Stefan berkumpul di luar Pajero.
Struktur empat segi sebuah bangunan tersergam di bawah limpahan cahaya bulan. Bunyi cengkerik yang nyaring dari hutan berdekatan tidak sedikit pun mengurangkan keseraman kawasan sekeliling. Ketiga-tiga pelajar dari sebuah universiti di Manila memasuki lorong kecil dengan Sipsip di depan. Seperti yang telah dirancang dua minggu lalu, tiga sekawan urban explorer ini akan meneroka tinggalan hospital Clark Air Base.
Hospital Clark Air Base merupakan salah satu tinggalan tentera Amerika Syarikat sewaktu pendudukan mereka dari awal abad ke 20 sehinggalah pengunduran dari Filipina pada awal 90an. Sebagai pusat perubatan utama tentera Amerika Syarikat yang menempuhi Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam, hospital itu menjadi tempat beribu tentera menghembuskan nafas terakhir. Ramai dakwaan ternampak entiti-entiti berkeliaran di hospital membuatkan hospital Clark Air Base 'terkenal' sebagai antara atau mungkin tempat paling berhantu di Filipina.
Reputasi sebagai one of the most haunted place in Philippines telah menjadikan hospital tinggal itu sebagai destinasi pilihan ramai aspiring ghost hunters and juga penggemar-penggemar paranormal. Kemudahan internet yang memperkenalkan service bulletin board service (predecessor kepada forum) mengumpulkan kaki-kaki pencari hantu di seluruh Filipina.
Ramos dan rakan-rakannya tak terkecuali. Pada asalnya mereka ini hanyalah urban explorer dan setelah ghost hunting activities jadi trend, mereka just jumped into the bandwagon. Terus-terang Ramos cakap, dia dan rakan-rakan tak minat pun dengan benda-benda paranormal ni, cuma elemen paranormal itu menambah keseronokan pada aktiviti urban exploration mereka. Pada mulanya tak diendahkan sangat bekas hospital itu tapi lepas ada entry di BBS yang sering mereka lawati menceritakan bahawa ada production crew kena 'ganggu' dan ianya berjaya dirakam, ketiga-tiga sahabat karib itu menjadikan Clark Air Base hospital as their next destination.
Bukan senang nak mencari arah di Angeles City. Kota yang popular dengan adult entertainment ini menurut Ramos, is a pain in the ass to find a room. Disebabkan kebanyakkan bilik digunakan untuk accommodate sex transactions, so mostly charged by hour. Dah dapat bilik, mereka terpaksa pula menahan godaan gadis-gadis mulus yang sentiasa berpeleseran mencari rezeki tak mengira masa (kata Ramos pukul 11 pagi pun still on-call working girls neh). So anyway, melalui kenalan di internet, mereka menghubungi Sipsip yang menawarkan perkhidmatan 'tour guide' kepada sesiapa yang berminat untuk meneroka Clark Air Base hospital.
Sipsip yang mengenalkan dirinya sebagai bekas pekerja di hospital tersebut mendakwa sering mendapat close encounter with entities sewaktu bekerja disana. Antara pengalaman angker Sipsip...
Pada awal 70an, Sipsip bekerja sebagai janitor di hospital Clark Air Base. Disebabkan hospital itu beroperasi 24 jam so Sipsip pun kena lah kerja ikut shift. Satu malam dia bertugas graveyard shift dan keadaan agak sibuk sebab fresh batch of injured soldiers baru sampai dari Vietnam. Beberapa crucial surgeries dijalankan dan kata Sipsip biasanya semua operation theater akan jadi 'medan peperangan' sampai kadang-kadang tu darah melimpah keluar ke koridor.
Dia mop lantai di mana darah mengalir keluar dari pintu operation theater. Mop punya mop still tak habis-habis lagi darah tu. Macam orang buka paip dan biar air melimpah. Lepas tu Sipsip perasan lampu "Operation Theater" tak terpasang which mean ruangan itu tak digunakan. Dengan berdebar-debar Sipsip tolak pintu dan mendapati tiada siapa di dalam. Kosong. Gelap. Dia trailed darah di lantai dan ended up ke satu sudut gelap. Bila Sipsip amati, dia perasan ada pergerakan dan sepasang mata merah muncul dari kegelapan. Sipsip tak tunggu lama untuk check siapa gerangan di sudut gelap itu.
Cerita Sipsip kedua pula, terjadi pada satu tengahari masa dia pergi cigarette break. Sipsip lepak dekat satu area yang memang jadi port orang smoking. Masa tu hanya dia seorang saja. Tengah layan merokok, ada orang tapped bahu dia. Di belakangnya seorang GI lengkap beruniform dengan helmet askar yang warna hijau tu.
"Can I bummed one?" Tanya omputih itu kepada Sipsip.
Being a nice guy as he claimed to be, Sipsip hulur sebatang. Bila dah hulur tu boleh la dianggap on friendly level. Dia takdelah terer speaking tapi boleh la nak layan borak dengan omputih tu. Turned out GI itu memang mesra, borak-borak sampai gelak bagai. Sipsip cuba la cucok line sebab dia tahu GI dapat subsidi Lucky Strike. Mana tahu dapat sekarton free ke.
"Oh I don't smoke" Balas GI tersebut.
Loyar buruk pula GI ni kata Sipsip dalam hati. Dia cuba cucuk lagi.
"So kenapa hari ni tiba-tiba smoking plak boss?"
"I just feel like it"
"Macam you cakap tadi, smoking membahayakan kesihatan" Sipsip cuba one last konar.
"Oh today is okay. I'm dead anyway"
"Oh yee kee" Sipsip dah suspect mat salleh ni mesti salah seorang GI yang terlepas dari psychiatry unit.
Kerana risaukan keselamatannya, Sipsip campak puntung rokok ke bawah, matikan eye contact dan pandang ke bawah semasa memijak puntung rokok.
Tapi bila tengok balik ke depan tengok mamat omputih tu dah takde. Betul-betul di pandangannya adalah pekerja-pekerja hospital tengah punggah mayat dari trak askar masuk ke bilik mayat.
Berbalik kepada kisah Ramos dan rakan-rakan. Mereka menyusuri denai di sebalik rimbunan lalang setinggi dada. Struktur konkrit di apa kelihatan seperti koridor menandakan mereka dah hampir dengan hospital tersebut. Sipsip membawa mereka ke sebuah pondok kayu dengan lampu terbuka.
Di luar pondok ada dua orang tengah main poker dan seorang lagi sedang memutar tombol frekuensi pada radio transistor. Ini lah kot pengawal-pengawal keselamatan yang ditugaskan mengawal tinggalan hospital Clark Air Base. Jarak antara pondok keselamatan ke entrance hospital adalah dalam 200 - 300 meter.
Sipsip minta beberapa ratus Pesos sebagai 'duit rokok' untuk pengawal. Mereka di bagi sejam untuk berkeliaran dan enter at your own risk. Bagi Ramos, Dango dan Stefan it's fair enough. Tengok sillhoute hospital tu pun Ramos dah rasa lain macam dan meragui cadangan exploration ni.
Ramos bagitahu aku, masa itu dia berharap sangat samada Dango atau Stefan cakap tak jadi nak masuk sebab dia takkan bantah punya. Nalurinya kuat menyuruh jangan masuk tapi dia tak berani nak say it out loud. Tapi, Ramos cakap, walaupun dia tak cakap tapi bila tengok air muka kawan-kawan pun tahu mereka juga seakan menyesal dengan rancangan exploration Clark Air Base hospital. But then a plan is a plan. Dah sampai dah pun. Duit pun dah bagi pada Sipsip, jadi mereka teruskan ajalah rancangan.
Mereka memasuki lounge hospital dari ruang masuk yang hanya tinggal rangka, dan hospital itu memang tinggal rangka kerana dinding semua takda. Sipsip cakap masa tentera Amerika meninggalkan Filipina, mereka stripped off hospital tersebut sampai lif pun tinggal lubang je. Cahaya bulan sedikit sebanyak membantu mereka mengemudi dan tak perlu bergantung sangat dengan torch light. Mereka berjalan dalam posisi beratur, Dango paling depan diikuti Stefan dan Ramos paling belakang. Sipsip pula ikut suka dia, kejap depan, kejap belakang. Tiada apa yang menarik kerana setiap tingkat hanya satu lapangan luas dengan bekas-bekas dinding partition yang telah di tanggalkan.
Tiga sekawan itu tidak habiskan masa lama di setiap tingkat dan menuju ke rooftop area. Kata Ramos, setiap kali mereka naik tangga ke setiap tingkat, dia dapat merasakan di belakangnya ada seseorang. Kadang-kadang rasa macam ada seseorang berdiri betul-betul di belakangnya. Mungkin itu hanya perasaannya saja tapi meremang juga lah bulu roma. Dari bergerak dalam posisi berbaris, mereka beriringan naik tangga sampai berhimpit di bahagian-bahagian tertentu.
Sepanjang mereka naik dari satu tingkat ke tingkat yang lain, tiada penampakan yang menakutkan. Cuma, Ramos kata bila mereka lihat ke arah ruang lapang di setiap tingkat, akan nampak binatang di tengah-tengah floor. Ada ayam jantan, then floor lagi satu, itik then kucing, anjing dan semua binatang-binatang ini kaku melihat ke arah mereka dengan mata bersinar.
Memang lah rasa penampakan binatang-binatang tu tak normal tapi takda siapa berani tegur. Sipsip pun senyap je. Sampai di rooftop area, mereka cuma bersiar lebih kurang dan membuat keputusan to call it a night. Dalam perjalanan turun, terdengar seperti bunyi orang berborak di salah satu tingkat.
Mereka syaki ada kumpulan lain yang cari hantu di situ, which is not surprising kerana tempat itu memang popular di kalangan ghost hunters. Niat di hati nak bertegur sapa with fellow paranormal fans dan bila sampai di tingkat, hanya dengar suara sahaja, orang-orangnya takda.
"Hello?"
"Hello?"
Ramos dan rakan-rakan memanggil group lagi satu. Tiada jawapan. Masa tu rasa seram dah kurang sikit sebab ingatkan ada orang lain kat situ juga. Masa tengah melilau-lilau kat floor tersebut, Ramos perasan ada orang tengah menjenguk dari tiang konkrit.
"What's up bro?" Tegur Ramos.
Orang itu masih main ba ba cak di sebalik tiang. Ramos teragak-agak untuk mendekati 'lelaki' itu. Tiba-tiba muncul lagi beberapa kepala dari sebalik tiang-tiang konkrit yang berselerakan di tingkat tersebut. Kata Ramos, lelaki-lelaki di sebalik tiang-tiang konkrit seperti kembar kerana memiliki wajah yang sama. Stefan panggil Sipsip yang stand-by di tangga. Tiada jawapan.
Mereka mula berundur perlahan-lahan menuju ke tangga. Tapi undur punya undur tak sampai ke ruang tangga. Bila lihat sekeliling, didapati ruangan tangga dah takda. Nak kata tak nampak sebab gelap, cahaya bulan cukup terang sampai mereka tak pakai sangat torchlight.
"Kami minta maaf jika menganggu" Kata Ramos dalam Tagalog kepada lembaga-lembaga di sebalik tiang.
Seketul batu terbang out of nowhere dan terkena pada Stefan sehingga terduduk. Satu lagi batu melayang entah dari mana berjaya dielak Ramos. Berketul-ketul batu terbang melayang menyerang Ramos, Dango dan Stefan. Mereka berlari ke hujung bangunan dan berhenti di tebing lantai simen tidak berdinding.
Dari jauh kelibat seseorang keluar dari tiang konkrit. Sillhoute lelaki berbadan tegap seperti tentera berdiri tegak mengadap mereka. Hembusan angin semakin kuat seperti mahu ribut. Ramos jenguk ke bawah. Hanya kegelapan dilihatnya. Dia cuba mengagak ketinggian kedudukan mereka just in case terpaksa terjun ke bawah.
Semakin banyak batu di baling oleh tak tahu siapa ke arah Ramos, Dango dan Stefan.
(Bersambung)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hospital utk rawat tentera lagi la scary...
Teringat satu movie dulu psl hospital tinggal ni..best citer tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 29-6-2016 04:39 PM
Kisah 21: Cerita Bersiri - Clark Air Base Hospital (Bahagian I)
Semakin jauh mereka meninggalkan ...
Emmm teringat rancangan kat channel nat geo "i wouldn't go in there" episode clark air base... |
|
|
|
|
|
|
|
@intan_smsb
ada citer baru
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita bru ni best jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|