|
Aeril Zafrel Wawa Zainal nafi sudah bernikah
[Copy link]
|
|
Contoh kenapa jadi nikah syubhah
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/48026
Memperbaharui Nikah
Soalan
Ustaz, saya sudah bernikah setahun yg lalu tanpa pengetahuan keluarga saya diluar negara.Hanya pihak keluarga suami saya Shj yg tahu. Perkara no 1, kami dinikahkan oleh seorang kiai disebuah kampung,dia yg mewalikan sy beserta 3 orang saksi. Apakah hukumnya? Sekarang jika kami ingin memperbaharui nikah utk menghebahkan kpd orang ramai ttg perkahwinan kami dan mendaftar mengikut prosedur negara mcm mana dan apa hukumnya? Sy pula disahkan hamil 3 minggu, sah x nanti pernikahan kami itu?
Jawapan
Pernikahan saudari yang pertama adalah tidak dapat di pastikan kesahihannya. Persetubuhan saudari dan suami paling baik mungkin termasuk dalam persetubuhan syubhah. Ustaz bimbang pernikahan saudari termasuk dalam nikah syubhah dan hukumnya WAJIB dipisahkan jika pernikahan tidak sah dari segi syarak sebab masaalah wali dan WAJIB nikah kembali. Adapun hukum memperbaharui nikah adalah harus. Persoalan yang timbul di sini ialah "kami dinikahkan oleh seorang kiai disebuah kampung,dia yg mewalikan sy beserta 3 orang saksi" apakah jenis wali yang saudarai guna? Wali Mujbir (Sudah tentu bukan), adakah wali hakim yang di lantik oleh pemerintah (Indonesia)?, atau wali tahkim?. Bertaubatlah kepada Allah jika nikah itu tidak betul dan buatlah dengan cara yang betul. Ramai kiai yang tak mendalami hukum berkaitan wali ini dan membuat secara semberono / ambil mudah sahaja. Jika kiai berstatus wali hakim maka sah nikah itu jika tidak maka tak sah @ Nikah syubhah (jika tak tahu) jika tahu maka haram hukumnya dan haram nikah tersebut (inilah yang di pegang di sini mengikut Mazhab Syafie). Untuk mengentahui adakah kyai itu wali hakim atau sebaliknya, biasanya wali hakim akan memberi surat nikah yang sah dari kerajaan nya (kerana dia adalah wakil kerajaan, hakim bermaksud pemerintah) dan surat nikah itu di akui oleh pejabat agama di Malaysia (Boleh di daftar tanpa nikah baru). kenapa saudarai tak buat wakalah wali dari ayah saudari?. Apa pun segerakan nikah yang baru ini yang 100% sah. Nabi bersabda "Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka nikahnya adalah BATIL". Jelas dari hadis ini pernikahan tanpa wali yang sah adalah BATIL (Tidak sah dan haram hukumnya). Di bawah ustaz bawakan susunan wali. Jauhkan diri dari suami (yang tak sah) saudari sehingga sah 100% nikah yang baru.
Anak yang ingin berkahwin hendaklah mendapat keizinan wali terlebih dahulu. Orang yang diiktiraf sebagai wali dalam perkahwinan adalah seperti berikut mengikut susunannya:
1. Bapa
2. Datuk hingga ke atas.
3. Saudara seibu sebapa
4. Saudara sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara seibu sebapa
8. Bapa saudara sebapa
9. Anak laki-laki bapa saudara seibu sebapa
10. Anak bapa saudara sebapa
11. Wali hakim.
Dari senarai susunan wali adalah jelas wali tahkim adalah tidak termasuk dalam senarai. Sebab adalah mustahil tidak ada wali hakim di mana-mana tempat kecuali jika tinggal di negara bukan Islam yang memang urusan orag islam ditadbir secara sendiri-sendiri dengan kebenaran negara. Itu pun kerajaan mempunyai caranya tersendiri bagaimana untuk mengiktiraf perkahwinan muslim dan tidak di iktiraf secara sembarangan |
|
|
|
|
|
|
|
ciaki posted on 11-10-2013 06:37 PM
Ni iolls rase psl management. Nk kawen tp takut kene saman langgar kontrak
maknanya skang dorg dh bersetuju langgar kontrak kot. arini dh buat PC
|
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 11-10-2013 06:30 PM
Yg ni pn aku konfuis apa psl WALI bapa aril ?
Fahaman apakah? Bkn kah wali mesti dr famili pomp ...
kalau wali dari keluarga perempuan itu namanya wali nasab..
kalau bukan keluarga, kira wali hakim.. bapa aeril ni boleh ker jadi wali hakim? apa syarat wali hakim? serious i confuse gila
|
|
|
|
|
|
|
|
tp aku nyampah si ariel ni kengkonon islamik tp bpeluk bagai dlm cinta jannah tu apehal....retis2....plus menipu lg brmati2matian tak ngaku kawin...priftttt |
|
|
|
|
|
|
|
congrats..wawa cantik sangat |
|
|
|
|
|
|
|
deecokelat posted on 11-10-2013 06:38 PM
maknanya skang dorg dh bersetuju langgar kontrak kot. arini dh buat PC
Trpaksa la nyah. Anak dah lahir. Bipop dah kantoikan in every aspect |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 11-10-2013 06:38 PM
kalau wali dari keluarga perempuan itu namanya wali nasab..
kalau bukan keluarga, kira wali ...
iols rasa typo lah...bapa ariel da takde. meninggal dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 11-10-2013 06:33 PM
haa.. ni pun satu hal juga.. setahu i la (sedara mara i ramai dok area dato harun & kg medan).. ...
haah kan, mana tau diaorg nikah mlm atau pun pagi-pagi bute ha ha...
|
|
|
|
|
|
|
|
MsCinderella posted on 11-10-2013 06:29 PM
tak kisah la beb pasla kontrak ka apa...
sbb tu aku kata kita ni peminat mana nak paham....tahu a ...
Hehehe i know. Sbb tu we dont expect more from retis nie,
educated la mcm mana pun cam lisa surihani ke, neelopa ke,
kalau dah pilih jadi retis tu, mmg tahap bimbo la jadinya . tak perlu nak agungkan sgt retis nie.
cuma benda dah jadi. aku nak marah sgt pun dorang menipu, bukan dpt apa pun. lol
so steady sudah. sbb aku dari awal lg mmg dah dpt agak mmg cerita nie betul, sbb aku dah tanam ckp retis nie takleh pakai. haha
sbb tu aku tak heran pun bila tau dorang menipu pasal kawen. cuma sbb minat dorang, mmg mula2 tu berharap jugak la benda nie fitnah. sobs sobs
|
|
|
|
|
|
|
|
Dahla..x yah nk speku byk2
Dorg pun Dh kahwin
Betul ker tidak apa dorg ckp itu antara dorg dgn allah
Siapa kita nk menuding jari dkt dorg berdua |
|
|
|
|
|
|
|
ctcham posted on 11-10-2013 06:41 PM
haah kan, mana tau diaorg nikah mlm atau pun pagi-pagi bute ha ha...
lagi satu, import imam dari Sabah. tak perlu kot nak jemput kariah kat tmn dato harun tu
sbb da ada imam dari sabah nikahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoii..gara2 aril - wawa nie mybbkn org x update gosip tbaru la..nak x nak tpaksa bc ni berulang kali..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Nayzu posted on 11-10-2013 06:23 PM
Who knows kan? Sebab under MIG lah wawa dpt job apa semua.
Org dlm forum nie senang la nak ckp, ...
uolz ni ahli fan club aeril ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada byk kali dengar orng kena nikah 2 kali. takde masalah dari hukm syarak. cumanya itula mcam si aeril ckp, yg 1st tu sah dari segi hukum syarak, cukup semua ikut rukun nikah. ni yg penting. tp disbbkan dokumen takde utk daftar, tu yg nikah kali kedua dengan follow peraturan kerajaan... apa2pun dah halal dah pun. setuju jugak la si wawa ni takut pecah rahsia dan mungkin dalam kontrak dgn MIG ada mention tak boleh kawin, kalau kawin kira pecah kontrak. kalau pecah kontrak byk kena bayar woo.. setiap yg berlaku bersebab, kita fikir positif je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedudukan anak hasil perkahwinan syubhah
Bersama Mohamad Isa Abd Ralip
SAYA sudah berumah tangga selama lima tahun dengan duda beranak satu. Hasil perkahwinan, kami dikurniakan seorang anak. Bagaimanapun, saya meragui status anak suami dengan bekas isterinya kerana baru-baru ini saya menjumpai salinan sijil perkahwinan lamanya. Di bahagian atas sijil tertulis ‘Nikah Semula’ dan terdapat lampiran surat dari Jabatan Agama Islam Selangor yang menyatakan pernikahan mereka tidak sah kerana wali pada masa itu adalah abang bekas isterinya yang tidak sah taraf. Ketika proses perkahwinan semula, bekas isterinya telah mengandung dan melahirkan anak mereka tiga bulan selepas perkahwinan semula itu. Soalan saya:
Apakah taraf anak itu? Bolehkah dia berbinkan suami saya?
Adakah anak itu berhak atas harta suami dan nafkah anak setiap bulan?
Batalkah air sembahyang dengan anak-anak kami?
Ibu Bingung
Selangor
———————
MASALAH yang puan alami banyak terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Status sah taraf seseorang anak terutama yang membabitkan anak hasil perzinaan dipandang remeh sehingga ada yang sanggup menipu dan menyorokkan hal sebenar semata-mata demi menjaga nama atau hati anak berkenaan.
Malangnya, masyarakat kita lupa kesan daripada tindakan itu sangat besar dan akhirnya membawa kemudaratan. Kerana itu, Islam tidak pernah memandang mudah permasalahan ini bahkan turut memberi jalan penyelesaiannya.
Ia kerana permasalahan serta persoalan berkaitan keturunan adalah satu isu penting. Bermula dari keturunan akan menentukan pelbagai hukum asas seperti pernikahan, nafkah, al-wilayah ataupun kedudukan, pembahagian harta pusaka serta penentuan bahagian dan kelayakan menerima wasiat.
Jika keturunan tidak dapat ditentukan dengan jelas maka ia akan memberi kesan terhadap beberapa hukum penting sebagaimana yang dijelaskan di atas.
Hal itu juga yang berlaku ke atas perkahwinan terdahulu suami puan iaitu perkahwinan itu harus difaraqkan (dipisahkan) atas alasan wali ketika pernikahan adalah wali yang tidak sah.
Walaupun lelaki itu abang kepada pengantin perempuan tetapi abangnya adalah seorang anak yang tak sah taraf. Perkahwinan itu pada asalnya dianggap sah tetapi terpaksa difaraqkan atas alasan yang menyebabkan perkahwinan itu menjadi tidak sah.
Antara faktor suatu perkahwinan menjadi tidak sah adalah kerana masalah wali. Selanjutnya, pasangan suami isteri hendaklah berkahwin semula mengikut syarat perkahwinan yang sah bagi membolehkan perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak.
Itulah yang dilakukan suami puan dan bekas isterinya yang terdahulu. Setelah mereka berkahwin semula mengikut tatacara yang tepat dan menggunakan wali selayaknya, barulah hubungan mereka dianggap sah dan boleh meneruskan kehidupan suami isteri seperti biasa.
Pertama, persoalan puan mengenai status anak kepada suami yang dilahirkan ketika dalam tempoh perkahwinan terdahulu. Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, Seksyen 114 menyatakan, “Jika seseorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan, dan kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu”.
Peruntukan itu bermaksud, setiap anak yang lahir melalui persetubuhan syubhah tetap dianggap sebagai anak sah taraf dan anak kandung kepada bapanya sekiranya dilahirkan di antara tempoh enam bulan hingga empat tahun qamariah dikira bermulanya dari persetubuhan itu berlaku.
Perkahwinan syubhah bermaksud suatu akad perkahwinan yang dianggap sah oleh pasangan kerana semua syarat perkahwinan telah dipenuhi tetapi pada hakikatnya akad itu tidak sah kerana sebab tertentu.
Contohnya bagi suami puan dan isterinya terdahulu, mereka beranggapan perkahwinan mereka sah kerana ada wali, saksi, ijab kabul, pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Tetapi hakikatnya, akad itu tidak sah kerana wali tidak memenuhi syarat perwalian. Oleh yang demikian, jika ketika dalam proses perkahwinan tiada mana-mana pihak yang mengetahui status wali yang mewalikan pernikahan itu, maka anak tiri puan telah memenuhi syarat peruntukan di atas dan anak berkenaan adalah anak sah taraf dan boleh dibinkan atau dibintikan kepada suami puan.
Tetapi jika ada pihak ketika proses perkahwinan itu mengetahui status sebenar wali yang mewalikan pernikahan tidak menepati syarat atau adalah anak tak sah taraf, maka kesan ke atas anak dari perkahwinan itu tidak boleh dibinkan atau dibintikan dengan nama bapa anak berkenaan.
Perkara kedua, kedudukan anak itu dianggap anak sah taraf, menjadi kewajipan bagi seorang ayah menyediakan nafkah sewajarnya terhadap anaknya sebagaimana yang layak diterima oleh anak-anak puan.
Nafkah dari segi istilah adalah dimaksudkan dengan semua perkara yang diperlukan manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Bapa dan datuk ke atas wajib memberi nafkah kepada anaknya dan cucunya ke bawah.
Oleh itu, bapa adalah bertanggungjawab menyediakan nafkah untuk anaknya tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Jika bapa tiada, maka datuk atau mana-mana waris yang terdekat hendaklah mengambil alih tanggungjawab itu.
Begitu jugalah hak anak terhadap harta suami puan, memandangkan anak itu adalah anak kandung suami puan, maka dia berhak terhadap pembahagian harta pusaka milik suami puan.
Jika anak itu tak sah taraf, maka dia tidak berhak ke atas nafkah serta harta pusaka suami puan. Sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 86 Enakmen yang sama bahawa hak penjagaan ke atas anak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu. Maka ibu anak itu berkewajipan menyediakan nafkah dan anak juga hanya layak menerima pembahagian harta pusaka dari hak milik ibunya saja.
Berkenaan batasan aurat di antara anak itu dan anak puan, jelas tanpa sebarang pertikaian jika anak itu dan anak puan adalah saudara kandung sebapa tidak akan terjadi istilah batal air sembahyang.
Tetapi jika sebaliknya, maka auratnya adalah sama seperti hubungan dengan orang lain yang tiada perhubungan persaudaraan. Semoga puan dapat menjaga dan melayan anak itu dengan baik dan ikhlas seperti anak puan yang lain.
Saya berharap jawapan saya dapat memuaskan hati puan dan jika masih terdapat kemusykilan saya sarankan puan membuat rujukan lebih terperinci atau merujuk kepada alim ulama yang lebih arif.
Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang persoalan syariah sila kemukakan ke [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
bayieng posted on 11-10-2013 06:37 PM
Contoh kenapa jadi nikah syubhah
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/48026
thanks for d info..
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pon...aku rasa bagus dorang ni berterus terang akhirnya. lantak la kan org nk speku apa.
apa jua sebab nikah kena smp 2 kali...itu antara dorang dgn Allah la. tp aku speku nikah syubhah la which is yg akan mengakibatkan persetubuhan syubhah..anak hasil persetubuhan syubhah tetap dikira anak sahtaraf.
so since dorang nk nikah secara proper kali kedua..ok la kot. sume dh settle.
|
|
|
|
|
|
|
|
bayieng posted on 11-10-2013 06:43 PM
Kedudukan anak hasil perkahwinan syubhah
Bersama Mohamad Isa Abd Ralip
gigih uolls mengcopy paste
|
|
|
|
|
|
|
|
garnierblue posted on 11-10-2013 06:43 PM
uolz ni ahli fan club aeril ek?
idok la ahli fans club aeril.
iols ahli fans club fazura sajoo.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|