CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: evilcooler

Pendedahan kisah2 misteri seorang penyelam laut dalam

[Copy link]
Post time 14-6-2016 09:15 AM | Show all posts
evilcooler dan dammerung sedang menjuarai Carta MPS !!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2016 01:53 PM | Show all posts
Salam semua.. Minta maaf sebab lambat update. Ni haa ada satu lagi.

Peristiwa 6: Keepers of The Deep ( Penghuni Laut Dalam )

Sepanjang penglibatan saya sebagai seorang penyelam laut dalam, kami telah belajar dan didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti sains marin, pembacaan peta, kaji cuaca dan lain2 ilmu saintifik yg wajib dipelajari agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan.

Tetapi ada juga benda lain yg walaupun tidak termasuk di dalam silibus, tetapi setiap penyelam laut dalam perlu tahu dan ini diturunkan dari penyelam senior kepada penyelam2 yg lain. Salah satunya adalah mengenai kewujudan "Keepers of The Deep"  (penghuni laut dalam).

Walaupun kebanyakan kami berfikiran moden dan tidak peduli dgn mitos dan legenda tersebut, tetapi bila ia melibatkan keselamatan dan nyawa, nak tak nak kami terpaksa mengakui dan mempercayai benda2 ni. Apatah lagi sudah terjadi kes kematian rakan2 penyelam lain di dalam laut dalam  yg sehingga kini masih menjadi misteri.

Satu kejadian yg meragut nyawa penyelam laut dalam pernah berlaku pada tahun 2012. Kami telah dipanggil utk melakukan operasi penyelamatan oleh pihak kerajaan bagi menaikkan mayat penyelam yg tersesat di dalam ekspidisi gua bawah laut. Ini memerlukan kepakaran penyelaman dan pengetahuan laut  yg tinggi kerana bukan calang2 penyelam  mampu menyusuri laluan gua laut dalam yg gelap gelita dan banyak laluan mengelirukan.

2 org penyelam ditugaskan utk ekspidisi menarik mayat ini. Seorang mempunya 13 thn pengalaman menyelam dan seorang lagi walaupun kurang pengalaman kira2 5 thn, tetapi sgt arif dgn arus dan laluan gua laut di situ. Mereka menyelam menggunakan peralatan skuba khas dan laut di situ terkenal dgn suhu airnya  antara 3-5 darjah Celsius. Setelah diberi taklimat, mereka berdua pun turun ke dalam dan masuk ke dalam gua laut yg terkenal sebagai salah satu gua laut yg terdalam dan terpanjang di lautan.

Mereka diberi koordinat dan anggaran lokasi mayat penyelam berdasarkan maklumat dari pihak kerajaan. Penyelam senior ( kita panggil W) bergerak di hadapan manakala penyelam kedua (Z) di belakang. Menggunakan lampu spotlight dan tali sebagai marker, mereka menyusuri laluan di dalam gua tersebut dgn penuh cemas dan berhati2. Kira2 30 minit kemudian, akhirnya mereka sampai ke lokasi mayat penyelam lemas itu dan mula menjalankan operasi menarik mayat bersama mereka. Tali dipasang kemas pada mayat penyelam agar dapat dibawa naik.

Tiba2 mereka dapat lihat di depan mereka ada cahaya samar2 seperti spotlight dan kelibat seorang penyelam lain tak jauh dari mereka. Walaupun air laut itu gelap, mereka nampak dgn jelas ada kelibat manusia lain di dalam bersama mereka. Sayup2 mereka terdengar suara org minta tolong dari kelibat tersebut dan semakin jauh ke depan.

Sebagai seorang penyelam, naluri pertama mereka adalah utk menyelamatkan penyelam tersebut  kerana itu memang dah jadi tugas mereka. Z yg lebih muda mahu pergi membantu tetapi segera ditahan oleh W. W  yg menjadi ketua penyelamat memberi isyarat supaya abaikan dan fokus kepada tugas mereka. Z yg junior pun hairan kerana berdasarkan bacaan tangki oksigen, dia confirm boleh sampai ke penyelam tu dan menarik dia sekali.

Tetapi Z yg hairan dgn keadaan itu pun teringat kembali taklimat diatas kapal bahwa tidak ada sebarang ekspidisi dijalankan lagi di bawah dan tiada yg turun utk menolong operasi mereka. Tambahan pula, tidak masuk akal penyelam tersebut boleh berenang lebih laju dari mereka kerana mereka sudah pasti  tidak ada org di depan mereka.

Tiba2 suara sayup meminta tolong berubah menjadi suara ketawa seperti seorang kanak2 yg mengejek. Z terus berubah dari mahu tolong terus nak naik ke atas  secepatmungkin. Dia pun fokuskan kepada operasi menyelamat bersama W. Setelah segala2nya siap, mereka terus menyusuri balik jalan keluar dari gua tersebut dgn mayat penyelam lemas yg telah diikat sekali. Sepanjang perjalanan, Z dapat dengar di belakang mereka bunyi hingar bingar seperti pergerakan orang  dan bercakap di dalam bahasa aneh dan tak difahami. Dia yg dari awalnya pelik kini berubah menjadi ketakutan dan hanya mahu naik secepat mingkin.

Sebaik sahaja mereka menaikkan mayat penyelam ke kapal dan keluar dari sut selam mereka, baru lah W mengingatkan Z apa yg mereka nampak bukanlah manusia, sebaliknya digelar di kalangan komuniti penyelam laut dalam sebagai Keepers of The Deep. Mereka inilah yg kerjanya bermain ilusi dan menarik penyelam ke dasar laut sehingga hilang orientasi dan akhirnya lemas kerana kehabisan oksigen. Mayat penyelam yg di bawa naik ke atas tersebut disyaki salah seorang mangsa terbaru makhluk ini.




Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 02:25 PM | Show all posts
jahatnya Kepers of The Deep tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 02:32 PM | Show all posts
evilcooler replied at 14-6-2016 12:53 PM
Salam semua.. Minta maaf sebab lambat update. Ni haa ada satu lagi.

Peristiwa 6: Keepers of The D ...

wah...citer hat ni memang misteri..
nanti nak cari apa tu keepers of the deep. Rupa dia macam mana....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 03:16 PM | Show all posts
unoryah replied at 14-6-2016 02:25 PM
jahatnya Kepers of The Deep tu..

Syaitan kann...kerjanya menyesatkan manusia la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 03:20 PM | Show all posts
Layan gambar dari google...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2016 04:15 PM | Show all posts
zameyla replied at 14-6-2016 03:20 PM
Layan gambar dari google...

Ni pun kira ada visibility lagi . Bygk an jenis laut dalam yg gelap sebab cahaya matahari x de dah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 04:18 PM | Show all posts
evilcooler replied at 14-6-2016 04:15 PM
Ni pun kira ada visibility lagi . Bygk an jenis laut dalam yg gelap sebab cahaya matahari x de dah ...

scary la laut2 nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye...nak lagi

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank u tt, hapdet lagi bila free. Memang misteri alam lautan, tu pasal la aku tak suka laut dan tempat2 byk air ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pergh...berdegup kencang jantung bila baca...

cc @intan_smsb
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 09:34 AM | Show all posts
terbaik TT, walaupun cerita yg di translate tapi kita still rasa berdebar baca setiap cerita...nevertheless, sangat menarik kerja penyelam laut dalam ni walaupun terdedah dgn pelbagai risiko  & org yg hati kering je yg berani buat keje camni. Salute!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:20 AM | Show all posts
good job TT! nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 10:21 AM | Show all posts
Thank u. Tapi ramai manusia yg  inginkan ketenangan dan jauh dari manusia suka ke laut utk dpt feel.

Tapi tu la bila xde manusia sekeliling benda lain lak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:15 AM | Show all posts
nak lagi! nak lagi! seronok nak baca tapi takut kalau laut yang colour gelap. tak tahu dalam tu ada ape..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:10 PM | Show all posts
evilcooler replied at 15-6-2016 10:21 AM
Thank u. Tapi ramai manusia yg  inginkan ketenangan dan jauh dari manusia suka ke laut utk dpt feel. ...

Kan...benda yang berada di luar pemikiran kita pulak tu...scary baca cerita2 dorang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 12:11 PM | Show all posts
akak aku diver....baru masuk brape meter je...40 - 50 meter je...paru2 manusia tahan berapa meter shj....sbb tu yg diver yg tt ni cerita die gune sut lain....sbb organ manusia boleh pecah sebab tekanan air...makin dalam makin kuat tekanan.....

kalo tgk gambar2 yg Akak, mmg cantik gile la hidupan laut...since die dah pegi banyak tempat....tapi aku mmg tak hingin nak amik lessen diving walopon kawan2 Akak aku ramai yg ngajak aku join sekali... *kalo join trip diorg...aku  dok kat pantai je...layan cikedis,megi n angin laut...hahahaha...

aku suke laut....tapi bukan isinye.... dari kecik aku suke laut...tapi aku tau dalamnye ade berjuta misteri......

tgk video mermaid kat youtube....something like "alien workshop" punye figure dgn tapak tangan mcm kaki itik....melekat kat cermin submarine tu....serammmmmm.....

mermaid.....banyak yg aku nak tau pasal deme ...tapi betul ke deme wujud atau hanya imaginasi pelayar yg dah berbulan tak tgk perempuan??? ataupon jelmaan jin bagi mengkhayalkan pelayar? ataupon ia hidupan laut yang memakan manusia...?

sometimes......ade perkara yang harus dibiarkan misteri

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:19 PM | Show all posts
lama tak jengah forum ni..SR je..sebelum nie..
terbaik TT..memang seram ler misteri2 kat lautan dalam ni..
dah la memang takut tengok laut..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:23 PM | Show all posts
siape_aku replied at 15-6-2016 12:11 PM
akak aku diver....baru masuk brape meter je...40 - 50 meter je...paru2 manusia tahan berapa meter sh ...

https://www.youtube.com/watch?v=bSG3kPa-jOU

yang nie kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 01:18 PM | Show all posts
ye la kot...opis den tak leh bukak youtube....huhuhu....tenet slow....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.105361 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list