CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Salah Guna Dadah, Gadis Pandu Lawan Arus Mengaku Tak Bersalah

[Copy link]
Post time 17-3-2017 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 17-3-2017 02:03 PM
Tak jugak bang..kalau tengok pada s.44(1) road trafic act yang si ahmoi ni dicaj..:

Driving whi ...

Bukan dia bakal kena s41(1) RTA ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2017 11:07 PM | Show all posts
Edited by Deidra at 17-3-2017 11:10 PM
aldilla_zahraa replied at 17-3-2017 11:02 PM
Bukan dia bakal kena s41(1) RTA ke?

41(1) driving recklessly and dangerous saja tanpa ada elemen mabuk/dadah; penjara tak lebih 5 tahun dan denda rm5k
44(1) more specifik pemanduan menyebabkan kematian dan kecederaan disebabkan mabuk/dadah- penjara 3-10 tahun dan denda rm8k-20k

Dan ini yang dilaporkan dlm berita harian, kena bawah 44(1)
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cindy yakin ya tidak bersalah. bukan dari perangai diva sheolls.

kalau benar, mesti ada misteri di sebaliknya. manalah tahu ex bf masukkan dadah dalam gelas ke apa ke. baru la best.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 17-3-2017 10:59 PM
Ok..katakanlah from medical expert menyatakan si ahmoi ni jadi blur alah gitu disebabkan kesan uba ...

Ok, katakan lah selepas laporan urine balik dan didapati kandungan dadah dalam urine okt tidak mencapai skala untuk menyatakan OKT telah menyalahgunakan dadah bawah s.15(1)  (which i don't know how they determine this), okt mungkin dibebaskan tetapi i don't think dia boleh jadi one of her defence.. sebab voluntary intoxication bukan lah satu pembelaan dalam kes criminal. Tambahan, kalau okt ni positive dadah sekalipun or not, her act of driving recklessly itself is the aggrevating factor for her 41(1) kes.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 17-3-2017 07:56 AM
Mne dtg cindy?

Biasalah sis...jinjang ni suka letak nama mat salleh kt depan biar pun muka hodoh mata sepet...walhal kt ic x de pun nama cindy tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 17-3-2017 11:02 PM
Bukan dia bakal kena s41(1) RTA ke?

BUKIT MERTAJAM: Model sambilan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki semalam, mendakwa melihat seakan-akan ada lori di depannya menyebabkan dia membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Sungai Dua.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu, berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

Katanya, suspek yang berasal dari Taman Desa Murni sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun terlajak sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.

"Suspek yang baru pulang minum di sebuah kelab bersama rakannya mendakwa ternampak sebuah lori di hadapannya menyebabkannya bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga bergesel dengan tiga kenderaan di situ.

"Suspek kemudian memandu laju kenderaannya secara melawan arus dalam jarak lima kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengakibatkan lelaki itu maut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.50 pagi itu, wanita berkenaan memandu melawan arus hingga menyebabkan satu kematian dan empat pemandu lain cedera dalam kemalangan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Nik Ros berkata, pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kemalangan itu, manakala tiga laporan lagi diterima polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

"Lapan saksi iaitu orang awam yang menyaksikan kejadian itu dan pemandu yang terbabit juga sudah tampil memberi keterangan.

"Bagi kes ini, kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, Majistret Bukit Mertajam, Dianne Ningrad Nor Azahar, membenarkan permohonan reman empat hari ke atas wanita berkenaan.
Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2017 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
candilixious replied at 17-3-2017 11:36 PM
Ok, katakan lah selepas laporan urine balik dan didapati kandungan dadah dalam urine okt tidak men ...

Ok thank you for ur explanation..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 17-3-2017 11:57 PM
BUKIT MERTAJAM: Model sambilan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang l ...

Nasib dia x buat crite nampak sekumpulan babi   tp lori   boleh percaye ke alasan dia dan siape boleh buktikan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2017 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 17-3-2017 11:59 PM
Nasib dia x buat crite nampak sekumpulan babi   tp lori   boleh percaye ke alasan dia dan siap ...

Kadar dadah dalam badan dia tu nanti akan jadi penentu samada dia ni waras atau tak waras,sis. Tapi bak kata forumer ala apa namanya..yang mula dengan uruf C di ats (sorry i just cannot recall ur name.. ) pengambilan dadah secara sengaja adalah dikategorikan sbg voluntarily intoxication iaitu sengaja nak mabuk,yang mana ia tak bole dijadikan dalihan nak escape dari pertuduhan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 17-3-2017 03:57 PM
BUKIT MERTAJAM: Model sambilan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang l ...

Ah, noted. Ada baca somewhere 41(1). Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
candilixious replied at 17-3-2017 03:36 PM
Ok, katakan lah selepas laporan urine balik dan didapati kandungan dadah dalam urine okt tidak men ...

Precisely what I thought.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 12:51 AM | Show all posts
Deidra replied at 17-3-2017 12:18 PM
Thank you very much tuan atas kesudian..jazakallahu khair..
And sorry for calling u sis before..m ...

Deidra tak payahlah formal sangat panggil tuan. Ini forum je tau. Plus, I am not a lawyer anymore.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 12:56 AM | Show all posts
juliez replied at 17-3-2017 01:01 PM
Exactly u. If kita yg normal ni sure dah lembik lutut. Amoi tu boleh buat muka blur mcm tak fa ...

Confirm expert witness akan hadir dalam perbicaraan nanti. Banyak nak kena evaluate ni. Tak tidurlah orang-orang yang terlibat dalam kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 01:06 AM | Show all posts
Edited by WhiskeyScotch at 17-3-2017 09:41 PM
Deidra replied at 17-3-2017 02:53 PM
GEORGE TOWN: The woman involved in a six-vehicle crash in Penang which killed a technician yesterday ...

Let me explain to you the procedure so that you can get a clearer picture of the whole situation.

Apabila satu jenayah itu dilaporkan, IO akan ditugaskan untuk menyiasat dan mengumpul segala bukti yang ada bagi membuka satu kertas siasatan (digelar IP) yang mengandungi cadangan sama ada suspek akan didakwa atau pun tidak.

Kertas siasatan ini kemudian akan dirujuk kepada DPP. DPP mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan bukti yang diperoleh mencukupi untuk mendakwa suspek berkenaan jenayah yang dilaporkan. Dalam hal ini, DPP akan meneliti dan menilai sama ada bukti yang dikemukan oleh IO cukup kuat atau tidak untuk memenuhi elemen-elemen jenayah yang terdapat dalam kertas siasatan tersebut.

Sebagai contoh, adakah bukti yang dikemukakan oleh IO ini cukup untuk memenuhi dan mendakwa suspek di bawah seksyen 302 KK? Kalau DPP kata ya bukti cukup untuk mendakwa suspek di bawah 302 KK, kes akan terus dibawa ke mahkamah supaya pertuduhan bisa dibacakan ke atas tertuduh.

Dalam kes Amoi ini, berdasarkan penjelasan di atas, DPP yang akan menentukan sama ada Akta mana yang lebih tepat untuk diguna pakai bagi mendakwa tertuduh. I percaya DPP sudah menimbang tara segala bukti yang ada bagi menentukan kes ini harus didakwa pada Akta mana.

Harus diingatkan bahawa pendapat yang dikemukakan oleh Shamser Singh bersandarkan pada laporan yang diterima atau dibaca melalui surat khabar. Bagi pengetahuan semua apa yang dilaporkan di dalam akhbar hanya 10% sahaja daripada intipati kes. Selebihnya hanya mereka-mereka yang mengendalikan kes ini sahaja yang tahu sebenar-benar bukti yang terdapat dalam kes ini.

Apa yang dikatakan oleh Shamser Singh itu tidak salah. He got his points. Tapi, dia harus sedar bahawa dia tidak terlibat secara langsung dalam mengendalikan kes ini. Hanya pihak pendakwaan dan pembelaan yang mengendalikan kes ini sahaja yang tahu.

I percaya DPP telah menimbang tara segala bukti yang ada bagi memastikan OKT ini benar-benar didakwa di bawah Akta yang tepat dan sesuai dengan jenayah yang dilakukan. Ingin dimaklumkan bahawa sebutan bagi kes kemalangan jalan raya ini masih belum disebut di mahkamah (Yang baru disebut ialah kes dadah). Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Percayalah, jarang sekali DPP melakukan kesilapan dalam memilih akta yang sesuai bagi mendakwa tertuduh. Mereka lebih tahu kerana mereka terlibat secara langsung dalam mengendalikan kes ini.


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 18-3-2017 01:38 AM

Meds tu based on assumption other parents yg anak dia ada adhd dan composition ubat ada terkandung meth. Kalau ye dia treated for adhd add mesti sudah ada rekod perubatan kredit kad charges bayar clinic psikiatri rekod dispensari dari clinic tersebut. Sebab yg tahu ubat ubat psikiatri bukan boleh dibeli sesuka hati. And perlu ada constant review and ubat akan tappered according to progress pesakit. Adakah doktor and rekod pesakit akan dikeluarkan kalau betul ye terima rawatan dari dulu? Air muka dia link tu kesalahan nampak coherent (kusut/aware).

Review pulak masa awal adalah weekly basis, fortnighly, monthly basis. Dah stabil, quarterly. And ubat cukup cukup utk tempoh masa sebelum next review bukan dispensed extra macam vitamin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 02:51 AM | Show all posts

Kamarul Ariffin Nor Sadan
6 hrs ·
OKU MASALAH PEMBELAJARAN & MEMANDU

Mulanya saya tak mahu ulas isu tentang nahas jalanraya yang melibatkan seorang pemandu OKU Masalah Pembelajaran, namun ramai PM saya mengenainya.

Antara soalan-soalan yang ditanyakan:

1- Apakah definisi OKU Masalah Pembelajaran?

Memandangkan ini isu melibatkan kes undang-undang, ada baiknya saya tidak memberi definisi mengikut kefahaman saya, tetapi mengikut yang termaktub dalam laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya petik—”Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).”

[ ! ] Jangan keliru antara OKU Masalah Pembelajaran dan OKU Mental.

OKU Mental—"Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat."

2- Bolehkah OKU Masalah Pembelajaran mendapat lesen memandu?

Boleh. Pemegang kad OKU perlu menjalani beberapa ujian saringan untuk memastikan OKU itu selamat untuk memandu. Antara perkara yang dinilai dalam ujian yang dilakukan oleh Jurupulih Carakerja adalah kebolehan; mengenal pasti persekitaran, membuat keputusan, dan ketangkasan reaksi.

Keputusan ujian memandu akan diserahkan kepada doktor untuk dinilai. Jika layak, doktor akan mengeluarkan surat kelayakan memandu kepada pemegang kad OKU.

Surat kelayakan memandu pula perlu dikemukakan kepada pihak JPJ. Kemudian barulah lesen memandu akan dikeluarkan.

[ ! ] Ada kategori OKU yang memerlukan pengubahsuaian kenderaan bagi membolehkan OKU itu memandu. Pengubahsuaian akan dicadangkan oleh Jurupulih Carakerja selepas penilaian dibuat. Contohnya: OKU lumpuh kedua-dua kaki, kenderaannya perlu ubahsuai kepada pendikit minyak dan brek tangan. Pengubahsuaian pula akan diperiksa oleh Puspakom.

3- Adakah OKU Masalah Pembelajaran akan terlepas daripada disabitkan kesalahan undang-undang?

Saya tak pasti. Namun pada pendapat peribadi saya, OKU juga tertakluk kepada undang-undang seperti mana orang upaya. Namun harus faham, ada klausa dalam sesetengah undang-undang yang memberi pengecualian/kekebalan kepada individu yang mempunyai kondisi tertentu. Untuk maklumat tepat sila rujuk peguam.

4- Apa komen doktor tentang kes OKU Masalah Pembelajaran yang mengakibatkan nahas jalan raya.

Laporan akhbar menyatakan kes ini juga melibatkan pengambilan alkohol dan dadah. Jadi, perkara biarlah pihak penyiasatan yang nilai. Boleh jadi status OKU pemandu tersebut tidak memberi signifikan kepada tindakan berbahaya pemandu tersebut.

Selain itu, mohon agar kalian elakkan beri komen yang mempersenda warga OKU. Jadilah masyarakat yang sensitif dan inklusif.

Terima Kasih.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pegawai Perubatan Rehabilitasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2017 03:02 AM | Show all posts
Edited by juliez at 18-3-2017 03:06 AM
munchkin replied at 18-3-2017 01:34 AM
Meds tu based on assumption other parents yg anak dia ada adhd dan composition ubat ada terkandung m ...



Not assumption dari parents lain yg ada anak adhd. But psychiatrist punya assumption based on jkm confirmation & jenis drug dlm badan amoi. But i tak sure if u referring to other news, so far the star je yg cover pasal amoi ni oku adhd. News portal lain mmg tak ada cerita

Child and adolescent psychiatrist Datuk Dr Lai Fong Hwa said if she was registered as having a learning disability, the most likely disorder was ADHD.
He said children and teenagers with ADHD should be treated with a drug known as methylphenidate, known more commonly as Ritalin
Read more at http://www.thestar.com.my/news/n ... AmhEzcSImxA02s5a.9

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 03:30 AM | Show all posts

JKM, Polis Sah OKU Pemandu Gen 2 Nahas Lawan Arus


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu wanita yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kelmarin adalah orang kelainan upaya (OKU).

Menurut portal propembangkang, Free Malaysia Today, seorang pegawai JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan pernah dikeluarkan kepada remaja berkenaan pada tahun 2011 lalu.

“Doktor mencadangkan dia perlu menyertai program pendidikan khas ketika suspek mahu memasuki tingkatan 1,” kata seorang pegawai JKM negeri berkenaan yang tidak didedahkan identitinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab. Hamid, turut mengesahkan bahawa remaja Cina yang berusia 19 tahun itu sebagai pemegang kad OKU.

Akhbar tempatan China Press melaporkan, salah seorang mangsa yang cedera pada hari kejadian juga mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kenderaan jenis Proton Gen-2 yang dipandu laju remaja itu sehingga membunuh seorang bakal bapa; dilaporkan tidak mempunyai sebarang pelekat rasmi OKU dikeluarkan oleh pihak JKM.


Difahamkan, kad OKU milik remaja itu tersebar menerusi media sosial oleh netizen yang bersimpati dengan nasib suspek sambil memperbesarkan pula kisah sedih bahawa dia pernah mempunyai masalah pembelajaran.

Terdahulu media tempatan melaporkan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan di bawah pengaruh arak selepas menghadiri satu parti yang menghidangkan pelbagai jenis minuman keras.

Namun pihak polis semalam berkata ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina iaitu sejenis ubat yang lazim digunakan individu untuk menangani gangguan defisit perhatian atau ADD.

Semalam, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan polis mereman remaja itu selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Suspek yang pernah memenangi satu pertandingan model tempatan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 03:51 AM | Show all posts
I believe Juliez deserves a credit for her informative articles in post #116 #118

Thanks in advance Spidey.

cc: @spiderman80

Comments

Noted, WS.  Post time 19-3-2017 10:01 PM
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 04:08 AM | Show all posts
Deidra replied at 17-3-2017 11:57 PM
BUKIT MERTAJAM: Model sambilan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang l ...
BUKIT MERTAJAM: Model sambilan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki semalam, mendakwa melihat seakan-akan ada lori di depannya menyebabkan dia membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Sungai Dua.
she claimed - means that she is hallucinating.
kalau pemandu kereta  lain tak nampak lori yg dikatakan tu.

kalau macam tu adakah  ubat di amakan selalunya dalam DOS yg betul dan mas ayg betul dalam keadaan yg bukan kat luar jadikan dia macam tu?

kalau yes - adakah benda ni di ahabaq kat pakar neurologi?
sebelum ni  with her appointments and follow ups?


ap adoktor cakap? nasihat?


so kalau di aclaimed oh i ade adhd pun banyak lagi DPP  tu boleh ambik pakar bebetuk pakar dari unversiti tempatan on adhd  ke bagi input.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.426537 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list