|
|
Fiza Halim Sambut Raya Dengan Siapa Tu? Suami Baru Ke?
Ramai peminat mula berteka-teki tentang koleksi gambar beraya penyanyi dan pelakon Fiza Halim baru-baru ini.
Ini kerana dapat dilihat gambar raya Fiza dipenuhi dengan momen indah bersama dengan seorang lelaki, yang memakai baju sedondon dengannya.
Perkara itu turut didedahkan menerusi lama Astro Gempak yang telah menarik perhatian 'Miss K'. Memetik laporan Miss K, lelaki tersebut merupakan suami kepada Fiza.
Buktinya, gambar mereka bersalaman dan bersentuhan sudah menandakan hubungan mereka sebagai 'sah' suami isteri.
"Miss K pun meneruskan siasatan lagi, dan memang sah lah lelaki itu suaminya kerana di laman IG lelaki itu ada 'mention' yang Fiza adalah isterinya," terang Miss K lagi yang memang kuat 'stalker'.
Dikatakan lagi, lelaki berkenaan merupakan seorang juruterbang dan juga duda anak tiga.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Fiza, semoga sentiasa berbahagia di samping insan tersayang, kan! - CARI
 Foto: IG Fiza
|
|