Hadis yg kau beri tu adalah hadis sahih yg cuba dipalsukan, sebab nabi tak pernah sebut rumah, sebaliknya yg disebut adalah daerah / negeri
Nak faham kenapa palsu adalah kerana perkataan tetap tu bermakna sentiasa ....jadi mustahil nabi soh dok tetap di rumah kerana boleh mati la manusia disesatu daerah kalau dah semua kena sentiasa ada dlm rumah memasing je tak leh kluar rumah langsung time wabak. Nak cari rezeki camna tak kluar rumah langsung waktu zaman nabi dulu bukan ada bisnes online computer handphone segala .
Bandingkan dua hadis yg sama ye di bawah ni, yg satu ada kat harakah daily, yg satu lagi yg kau paste ke post kau sebelum ni.
====================================
https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/19/hadis-wabak-adalah-rahmat-buat-mukmin/
Hadis sebenar yg sahih
Suatu hari Saidatina Aisyah R.A berkata:
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد.
“Aku bertanya Rasulullah S.A.W mengenai wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.”
(HR Bukhari)
================================================
Hadis sahih yg cuba dipalsu kan
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha, ia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tentang taun.
Kemudian beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengkhabarkan kepadaku bahwa wabak taun itu azab yang Allah kirim kepada orang yang Dia kehendaki. Allah jadikan wabak sebagai rahmat bagi orang-orang beriman. Tidaklah seseorang yang di negerinya berlaku wabak tau lalu ia tetap berada di rumahnya dengan sabar dan berharap pahala, ia yakin bahwa tidak ada musibah yang menimpanya kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagi dirinya melainkan baginya pahala seperti pahala seorang syahid." (HR. Al-Bukhari, al-Nasai, Ahmad. Lafadz ini milik Imam Ahmad)
|