CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BikerLady

Bermazhab Haram dan Sesat

[Copy link]
Post time 27-2-2005 05:49 PM | Show all posts
Begitulah waraknya imam Hanafi. beliau juga makin tua, makin kuat ibadahnya.
waktu tua sampai ke wafatnya, tidak pernah tidur semalaman. kadang-kadang wudhuk magribnya tahan hingga ke subuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2005 08:31 AM | Show all posts
sy rasa watak dan peribadi imam2 yg 4 tu mmg sudah diketahui umum, berkeperibadian tinggi dan warak sertas ikhlas dgn agamanya.
Persoalan mazhab dianggap penting krn jika kita bercakap mengenai agama, kadangkala ada perkara2/amalan kita yg x sama.
Sbg contoh dari segi fekah.
ramaui yg beranggapan, tidak mengapa kalau perkara ranting yg menjadi perbezaan asalkan tidak perkara pokok iaitu mengenai akidah.
Tapi bila kita bercakap mengenai Islam dan kita selalu menwar2kan, Islam adalah satu2 agama yg begitu utuh mengekalkan kesatuan umatnya, dgn punya satu kiblat, punya satu Kitab, mengikut sunnah Nabi yg satu dsb, tapi hakikatnya banyak perbezaan yg jelas di mata, tanpa dpt disorok.
Hakikat ini merupakan liabiliti bila kita berhujah dgn non-muslim.
Pernah terbaca dr satu buku, panduan bermazhab dari Hafiz Firdaus Abdullah. Sedikit ringkasan dan kesimpulan yg sy dpt kutip, kita digalakkan bermazhab selagi belum sampai tahap kita punya cukup kelengkapan, terutamanya ilmu sebelum boleh berijtihad sendiri dlm persoalan hukum.
Buku tersebut pun turut menceritakan sedikit sejarah mengenai mazhab, antaranya, ada amalan yg berlainan antara imam mazhab adalah kerana kedudukan geografi mereka yg jauh yg tidak memungkinkan utk mengadakan syura' spt mana kemudahan kita waktu sekarang.
Kelemaha logistik ni mmg adalah logik dan ia juga tidak menjadi penghalang utk imam mazhab menghormati satu sama lain.
Pada hari ni perbezaan mazhab tidaklah nampak ketara kerana dibawah satu panji Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Tapi hakikatnya, sebelum peredaran zaman moden ni, imam2 mazhab atau lbh tepat pengikut2nya pernah satu ketika di Mekah mempunyai imam yg berbeza disetiap penjuru Kaabah, mengikut catatan Ibn Batutah.
Soalnya, pd zaman sekarang ni, tidakkah satu usaha yg dibuat utk mengumpulkan semua yg berkaitan dgn agama, baik dari soal aqidahnya, usl fiqh dsb, utk dihimpunkan dan dibuat penelitian dan mencari tafsiran paling dekat dgn Al Quran, dan sumber2 yg mutawatir, supaya dikeluarkan dgn satu formula yg "afdal". Kerana perbezaan amalan yg kita buat skrg adalah kerana pd masa imam2 mazhab mereka tidak punya kesempatan muzakarah spt yg sy kutip dr buku Panduan Bermazhab-Hafiz Firdaus Abdullah. Dan sebenarnya walau perbezaan furu' ni dianggap kecil, tp ia ttp akan mengundang persoalan mengapa kita melakukan amalan berlainan sedangkan kita ttp melakukan amalan dari sumber yg sama iaitu Rasulullah.


Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 27-2-2005 05:19 PM:
Kita boleh katakan wahabilah yang mengatakan bahwa mengikut mazhab ni sesat, bidaah, dan sebagainya. mereka dari kalangan mereka iaitu ulamak-ulamak merekalah mengatakan begini.


Ini cuma tangkap borong saja...cuba berhujjah secara akademik sikit. Kalau benar, ulama wahabi mana yang berkata demikian?? Bagaimana yang dikatakan mengikut mazhab sebagai bidaah dan sesat??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 27-2-2005 05:49 PM:
Begitulah waraknya imam Hanafi. beliau juga makin tua, makin kuat ibadahnya.
waktu tua sampai ke wafatnya, tidak pernah tidur semalaman. kadang-kadang wudhuk magribnya tahan hingga ke subuh.


Macam hujjah Abuya yang memboringkan tanpa nilai intelektual. Budak sekolah pun boleh tulis begini. lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2004 08:59:


Ini cuma tangkap borong saja...cuba berhujjah secara akademik sikit. Kalau benar, ulama wahabi mana yang berkata demikian?? Bagaimana yang dikatakan mengikut mazhab sebagai bida ...


Petikan dari buku 40 Masalah Agama,
karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas,Ulama
Besar Indonesia.


Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang Dibawa Oleh
Muhammad 'Abdul wahab.

1. Dalam mempelajari ilmu Ushuluddin (Tauhid) harus
menganut fahaman Ibnu Taimiyah.

2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab
(Talfiq).

3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadith yang kuat
sahaja tanpa 'Ijma Ulama dan Qias.

4. Melarang keras umat Islam mendo'a dengan Tawassul
(Perantaraan).

5. Melarang berpergian menziarahi kubur, walaupun
maqam Nabi. (Adapun orang yang menunaikan Fardhu Haji
yang diizinkan ke Madinah pada Wahabi berkuasai ini,
menurut Wahabi mereka datang ke Madinah menziarahi
Masjid, bukan menziarahi maqam.)

6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal ini
semuanya menjadikan orang musyrik. Gedung besar yang
dibangunkan diatas tempat Nabi di Suq al Leil di
runtuhi

7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi
seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,
Tahlil dan sebagainya.

8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati
Maulidin Nabi, Isra' Mikraj dan semua perayaan hari
kebesaran Islam yang lain.

9. Melarang mengaji "Sifat Dua-puluh", "Kifayatul
Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun
Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum AHLUSSUNNAH
WAL JAMA'AH dibuang jauh-jauh.

11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat",
"Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji
Nabi s.a.w

12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya
dengan lagu Fuqara, Mesir dan lain-lain. Quran harus
dibaca lurus saja, begitu juga Adzan tidak boleh
berlagu.

13. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai
dilarang sama sekali.

14. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Sholat.

15. Amal-amal Tariqah, umpamanya Tariqah Naqsyabandi,
Tariqah Qadiri, Tariqah Sazali. Tariqah Saman dan
lain-lain dilarang keras.

16. Wirid, berdo'a selepas Sholat berjema'ah dilarang
keras.


Dari segi Tauhid, mereka tidaklah satu dari 73 cabang
yg sesat kerana cabang2 yg sesat itu telah dihuraikan
oleh Ulama secara detail. Namun, mereka mirip kepada
cabang2 seperti mazhab Mujassimah (dari Maqaatil ibn
Sulayman Al-Khuraaanee seorang Tabi'in) dan mazhab
Karamiyah, mazhab Mu'tazilah (dari 'Amr ibn Ubayd and
Waasil ibn 'Ataa), sedikit kepada mazhab Khawarij.


Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 28-2-2005 02:11 PM:

Petikan dari buku 40 Masalah Agama,
karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas,Ulama
Besar Indonesia.



...


Siapa pulak yang iktiraf KH Siradjuddin Abbas ni sebagai ulama besar Indonesia. Kalau setaraf Asaari Muhammad....mungkin kot?

Sanggahan terhadap pandangan beliau oleh ulama Indon sendiri...

Pada kesimpulan yang saya dapat dari kitab itu setelah mengadakan kajian dan membacanya berulang-ulang kali, saya dapati banyak kekeliruan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengarang: 1. Beliau tidak menjelaskan secara terperinci kandungan I'tiqad Ahlus-Sunnah wal-Jamaah siapakah mereka yang dikatakan pengikut Ahlussunnah-walJamaah dan siapa-siapakah pelupurnya selain dari Abul Hasan Asy'ari, kerana ternyata Abul Hasan Asy'ari sendiri menegaskan bahawa beliau adalah pengikut kepada Imam dan pembela sunnah, pelopor Ahlus-Sunnah yang bernama Imam Ahmad bin Hanbal. 2. Dalam kitab beliau telah menuduh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Syeikh Ibnu Taimiyah sebagai musyabbih dan mujassim (menyerupakan Allah seperti mahluk) dan terkeluar dari Ahlus-Sunnah wal-Jamaah; sedang kedua Imam itu anti tasybih dan anti tajsim bahkan mengkufurkan tasybih dan tajsim.Untuk lebih mengenal pasti perkara ini, bolehlah merujuk kepada semua kitab-kitab karangan kedua-dua Imam itu yang tersebar ke seluruh dunia sehingga universiti-universiti asing, dan jika belum puas hati bolehlah yang berkenaan belajar sendiri di salah satu universiti yang ada di Arab Saudi, benarkah mereka itu mujassim dan musyabbih seperti yang ditohmahkan. Amat sayang K.H. Sirajuddin Abbas tidak pernah belajar di Universiti Timur Tengah, hanya mendengar dari mulut ke mulut orang memburuk-burukkan Wahabi dan Ibnu Taimiyah, lalu beliau pun terikut-ikut menghukum tanpa asas, juga mengikut keterangan Ibnu Bathuthah dalam kitabnya Rihlah dan Taqiyyuddin ad-Dimasyqi dalam kitabnya Daf'us Syubhah; dan bagi tuduhan ini perlulah dijawab: a. Ibnu Bathuthah hanya menulis dalam perjalanan itu apa yang dia dengar dan tersiar tentang Ibnu Taimiyah berupa khabar angin dari musuh Ibnu Taimiyah dan Ibnu Bathuthah tidak berjumpa langsung dengan Imam itu kerana dia dipenjara di bulan Sya'ban 726H, sedang Ibnu Bathuthah sampai di bandar Damsyik di bulan Ramadhan 726H, ditambah pula dengan perbezaan mazhab fiqh dan tariqat, telah membawa Ibnu Bathuthah tersilap memburuk-burukkan Ibnu Taimiyah.**(perhatikan angka tahun!) b. Terhadap sikap Taqiyyuddin ad-Damasyqi dalam kitabnya Daf'us Syubhah, jelas berpunca dari perasaan sentimen yang diwarisi dari orang tuanya, kerana sebahagian dari penduduk Damsyik adalah pengikut Ibnu Taimiyah dan ada juga yang tidak menyukainya, terutama puak yang telah menjerumuskannya masuk penjara, dia pun dipenjara kerana tegas dan benar bukan kerana kesalahan atau jenayah. Di samping beliau pernah bersama-sama kerajaan menegakkan Islam. 3. Cara penulisan kitab I'tiqad Ahlus-Sunnah memang baik dan bahasanya mudah difahami, hanya amat sayang isi dan kandungannya kebanyakannya adalah caci-maki dan tuduhan, melontarkan tuduhan yang tidak berasaskan al-Qur'an dan Sunnah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2005 06:16 PM | Show all posts
ni lah bestnya ilmu cut and paste..bila ditanya org menggelabah nak jawab
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2004 15:39:


Siapa pulak yang iktiraf KH Siradjuddin Abbas ni sebagai ulama besar Indonesia. Kalau setaraf Asaari Muhammad....mungkin kot?

Sanggahan terhadap pandangan beliau oleh ulama In ...



Banyak kajian yang dilakukan oleh saudara Gravedigger sebab tu cakap lebih kurang je. Tapi tak pe la. Walaupun tak pernah tubuh mana-mana jemaah tapi masih kuat berhujah dalam internet je. Biasa la tu takat cakap dan menaip sapa pun boleh. Dan saya minta maaf saya ni bukannya boleh bagi pendapat sendiri kerana dalam diri saya pun tak terlepas dari dosa.

Saya ni bukannya dari golongan ilmuan ataupun cendiakawan yang bijak yang mempunyai Ijazah-ijazah universiti yang hebat-hebat tu untuk dikaji ilmunya.

Tapi heran juga orang yang bagi pendapat sendiri boleh terima ke pendapat dia. Nak hujah dengan saya pun jangan la hujah macam ni, macam inteleaktual yang saudara cakapkan. Kalau orang macam Abuya sendiri dah saudara anggap macam 'budak sekolah pun boleh buat' apasal saudara sendiri tak keluarkan sendiri pendapat saudara sendiri dan dibukukan. Kalau taknak mencari keuntungan atau mengambil kesempatan saudara bagi la free kepada orang pendapat saudara itu.

Tapi saudara boleh ke bagi pendapat saudara sendiri sedangkan tengok akhlak dan cara pentuturan macam dah hebat la orang katakan tapi jemaah yang Abuya buat boleh ke saudara lakukan. Takat cakap tak jadi juga orang nak tengok contoh yang kamu lakukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 1-3-2005 09:03 AM | Show all posts
Salam saudara izzansdy dan semua

Berkenaan persoalan saudara berkenaan salah akidahnya atau pengajaran akidahnya imam-imam itu.

Kiranya kita hendak mengatakan seseorang itu sesat atau salah, terbeban pada kita untuk membawakan bukti dan saksinya.

Bagaimana saya nak menyatakan mereka itu salah atau pun benar? Alim ataupun tidak? Warak atau sebaliknya?

Mereka telah lama tiada didunia ini, beratus tahun lamanya. Bahkan saya sendiri tidak mengenali mereka, berkata-kata dengan mereka, bertanya akan pegangan mereka. Maka dengan cara apa, bukti yang mana, saksi yang mana untuk saya jadikan dalil mereka itu bersalah atau benar?

Adakah saudara mahu saya percaya 100% kepada buku-buku, kitab-kitab yang dikatakan ditulis oleh mereka sejak beratus tahun dahulu yang dikatakan berdasarkan Alquran dan hadis?

Adakah perlu saya menyelidiki karya-karya mereka dalam mencari kebenaran yang Maha Pencipta?

Adakah perlu saya mengkaji dan menuruti akan segala atau sebahagian pendapat mereka yang dikatakan dalam kitab mereka itu? Kalau perlu mengapa?

- Adakah mereka telah dipilih oleh Allah?
- Dalil yang mana mengatakan mereka telah dipilih oleh Allah? Alquran, hadis ????
- Dalil yang mana yang mengatakan manusia lain tahu menilai kewarakan, kealiman dan keikhlasan agamanya kepada Allah?

Firman Allah,

6:116. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

Kiranya saya mengikuti kitab-kitab mereka, maka saya perlu yakin yang mereka itu berada dijalan yang lurus. Saya perlu yakin yang mereka telah diberi petunjuk oleh Allah. TAPI..... siapakah memberi petunjuk dan siapakah mengetahui bahawa seseorang itu telah mendapat petunjuk? Hanya ALLAH tuhan yang menjadikan langit dan bumi.

Saya tak tahu adakah mereka itu dijalan yang benar maka mengapa saya harus mengikuti mereka dalam urusan agama Allah.

Konklusinya, saya tak tau hanya Allah Maha Mengetahui.

Bagaimana dengan saudara izzansdy?

Anda percaya dengan sepenuh hati yang mereka berada dijalan yang lurus?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 12:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum sdr Abu Yazid.

Nampaknya sdr belum dapat kemukakan bukti dari tulisan mereka sendiri. Sebagaimana yang gravedigger sebut, tuduhan Kiyai Sirajuddin Abbas tu tak kuat sebab beliau tidak kemukakan bukti. Bagi saya hujahnya tertolak.
Kalau sdr tak boleh kemukakan bukti, berat tu tuduhan sdr. Saya teringat kata-kata Ibnu al-Salah: Entah berapa ramai di kalangan ulama' yang telah melangkah kaki ke syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu,sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka.

Kalau sdr tak ada bukti, sdr kena tarik balik.

Wslm.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 12:20 PM | Show all posts
nahzalus..kenapa awak tak jadik MOD lagik??ramai2 org kat sini awak paling layak..sorry off topik sat
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 12:14 PM | Show all posts
  hah! jadi mod? saya tak boleh bagi komitmen :pray:. lagipun saya dah jadi mod kat forum lain. kat situpun saya sekejap ada sekejap tak ada, macam biskut chipsmore. nasib baik mod kat situ 2 org. bolehlah kawan tu cover heh heh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 28-2-2005 02:11 PM:


Petikan dari buku 40 Masalah Agama,
karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas,Ulama
Besar Indonesia.


Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang Dibawa Oleh
Muhammad 'Abdul wahab.

...


Mereka menuduh ibnu taimiyah dan muhamad ibnu wahab terkeluar dari akidah Islam hanya semata2 berpandukan kitab Kiyai sirajuddin abas......tanpa membuat kajian terperinci......Alangkah malangnya.  :kant:
Reply

Use magic Report

izzansdy This user has been deleted
Post time 3-3-2005 01:23 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2005-3-1 09:03 AM:
Salam saudara izzansdy dan semua

Berkenaan persoalan saudara berkenaan salah akidahnya atau pengajaran akidahnya imam-imam itu.

Kiranya kita hendak mengatakan seseorang itu sesat atau salah,  ...


Salam sauber.....

Terima kasih diatas jawapan anda......

Jika anda tidak yakin mereka itu betul....... dimana pula dalilnya yg mereka itu salah( disegi akidahnya )

ayat yg saudara bawa itu betul.....

Makanya kita harus selidik dimana kebenarannya ( seperti ajaran alquran ), jangan taklid buta....

nabi sendiri berkata" Apabila dtg satu berita, selidikilah kebenarannya.........sekali pun si pembawa berita adalah seorg budak hitam yg badannya penuh dng debu "

kata2 syaidina Ali " Jng pandang siapa yg berkata, tapi pandang apa yg dikata"

Berbalik soal mazhab ni.....
Aturan solat saudara.....saudara dpt dari mana? contoh ada yg angkat tangan dan ada yg tidak ( bermazhab)....Bagaimana pula saudara.....?

Sudahlah sauber......anda bermazhab..... jng di perpanjangkan lagi.....

Maaf jika menyingung.....

Salam sejahtera.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 12:02 AM | Show all posts
Kemudian Imam Malik pula, adalah diantara ulamak yang banyak orang bagi hadiah, samada intan berlian, permaidani yang cantik-cantik, termasuk kuda Sambarani, iaitu kuda daripada Farsi ia itu kuda yang tangkas untuk perang dihadiahkan kepadanya untuk ditunggang. sekali pun dia tidak pernah tunggang. Bila diberi hadiah, dia terpaksa terima hadiah,sebab Rasulullah terima hadiah. Bila orang tanya kepada nya, "mengapa tuan tidak pernah tunggang kuda ini?"..Jawapannya, "saya malu nak menunggang kuda ini, yang mana di perut bumi ini ada jasad Rasulullah saw", sampai benda yang tak salah dianggapnya satu kesalahan padanya. Benda yang pada kita tidak jadi dosa, pada nya satu dosa.

pernah juga Sultan pada waktu itu mengajak dia mengajar di istana maka di jawabnya "ilmu itu di datangi".... Jika Tuanku nak belajar, sama-samalah duduk di masjid bersama rakyat jelata"
Jika Ulamak zaman sekarang dipanggil mengajar di istana, maka jadi ulamak besarlah.
Imam Malik itu, walau barang yang orang hadiah kepadanya banyak, tetapi habis diberikan kepada orang lain yang datang kerumahnya. tetapi diberikan orang lain yang datang kerumahnya.
Tetapi tok-tok guru sekarang, kalau dia kaya, jarang sangat dia nak bagi pada orang, bahkan nak minta lagi dari orang, walaupun dia dah kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2005 04:23 PM | Show all posts
Imam syafie pula, gurunya banyak, lebih dari seribu orang. Tetapi gurunya yang terkenal ialah Imam Malik. Waktu Imam Syafie balik ke rumahnya, ia itu dari Madinah, dari rumah Imam Malik, dimana dia dibekalkan dua harta iaitu Ilmu dan Harta. Harta yang dibekalkan oleh Imam malik kepada Imam Syafie 10 ribu dinar untuk diberikan kepada ibunya. Belum sempat lagi sampai dirumah, dia pun dipanggil orang kampong dan habis diberikan kepada mereka, hanya yang tinggal 2 dinar sahaja untuk ibunya \. Begitulah warak dan zuhubnya Imam Syafie.
Itupun kalau kita nak ikut Imam mazhab pun tak terikut. Maka kalau nak ikut Al-quran dan Hadis sahaja, lagilah tak terikut.
Kenapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2005 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 4-3-2005 12:02 AM:
Kemudian Imam Malik pula, adalah diantara ulamak yang banyak orang bagi hadiah, samada intan berlian, permaidani yang cantik-cantik, termasuk kuda Sambarani, iaitu kuda daripada Farsi ia itu kuda y ...


Tak siapa nafikan perwatakan dan perawakan Imam-imam ini yang mempunyai nilai-nilai budi pekerti yang tinggi serta jauh lebih baik daripada Imam Al-Arqam namun adakah imam-imam ini hanya menyuruh ikut mereka sahaja?

Cuba berikan bukti sikit bahawa imam-imam ini menyuruh ikut mazhab mereka sahaja dan menjauhi daripada mengikuti imam-imam yang lain.
Imam-imam mazhab ini maksum ka sehingga semua perkataannya betul dan perlu bertaklid sepenuhnya pada mereka??

Cuba berikan jawapan yang besertakan bukti-bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 03:52 PM | Show all posts
Adakah kesimpilannya kita harus bermazhab..???:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by Nape?Tak caye? at 6-3-2005 03:52 PM:
Adakah kesimpilannya kita harus bermazhab..???:hmm:


Bagi pandangan aku mengikut satu mazhab tertentu itu cuma sebagai panduan sementara sahaja dan tak perlu terikat dengannya seratus peratus. Sekiranya ada pendapat-pendapat daripada mazhab lain yang lebih benar maka kita harus tinggalkan mazhab yang khusus itu. Yang penting kita jangan bertaqlid buta tanpa mengetahui apa sandaran untuk apa yang kita amalkan serta jangan bersifat jumud mengatakan tok guru aku saja yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 6-3-2005 04:10 PM:


Bagi pandangan aku mengikut satu mazhab tertentu itu cuma sebagai panduan sementara sahaja dan tak perlu terikat dengannya seratus peratus. Sekiranya ada pendapat-pendapat dari ...


:setuju:
saya amat dekat dgn pendapat gravedigger, tp mmg agak sukar kita nak bebaskan dr tradisi dan amalan yg dan dibiasakan dlm masyarakat kita, contohlah mengenai satu2 urusan ibadah, paling senang, soal kebersihan sebelum menunaikan solat. Ibu sy mmg agak particular dlm soal kebersihan, sampaikan hampir setiap waktu dia akan mandi sblm solat, dn dia juga sering memberi nasihat yg sama pd kami. Tp bila sy pergi belajar balik sikit la kan, dgn ilmu yg sedikit ni, utk menunaikan solat yg penting bersih pakaian dan tmpt sujud, mcm mana nak dpt yakin bersih tu, bila kita tahu yg kat pakaian kita tdk ada najis, dari segi ain, bau. Even kalau ada najis kita boleh bersihkan ikut cara membersihkan najis (samada muhaffafah, mutawasitah). Lepas tu kita boleh guna pakaian tu.
Tp lazim kat M'sia ni, org akan dptkan sekurang2nya satu kain bersih utk jadikan pakaian sembahyang.
Yg perempuan, telekung.
dan sering kali kita leh dgr org x solat sbb x bawak kain/telekung.
Sy rasa bila kita amalkan sesuatu luar dr norm, cthnya solat x pakai telekung, cuma pakai dgn pakaian yg ada tp syarat tutup aurat itu sempurna, ttp org akan memandang serong pada kita. Kat sinilah dtg susahnya, dan kalau ada ilmu, dan yakin sumber ilmu dari ulama' yg meriwayatkan hadith yg kita perolehi itu tdk ada cacat celanya dr segi matan dan isnad, kalau ada org yg mpersoalkan pun, kita ada jawapan yg kita yakini.

Walaumacamana pun, apa yg penting utk kita mengamalkan sesuatu perkara dlm urusan agama, yg ptg keyakinan kita terhadap ilmu tersebut, dan dgn itu kita leh amalkan tanpa ada rasa ragu2.

Wallahu a'lam.

Minta tolong ajar sy/perbetulkan pd apa2 yg sy tersilap. Terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.054008 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list