|
Reply #100 sweetlover's post
tak..back up squad je yg pegi..tp uncle2 ikan sweet ada tau... |
|
|
|
|
|
|
|
kata keracunan makanan....................
tp dah kalah bnyk la alasan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetlover at 25-3-2009 17:21
o'ooo...
adakah org besar akn mengutuk lcw???
biasalah pak menteri yg sorang tu kan...
bapak dafi tu sibuk berkempen skrg ni .. bertanding dlm MT umno ...
tapi sempat gak la dia komen dlm paper esok kot ... JGN BACA ...senang je jawabnye ... |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei 'diracun' di India
HYDERABAD, India - Pada sebelah pagi semalam, Datuk Lee Chong Wei keracunan makanan.
Petangnya pula dia tewas pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India.
Begitupun, dia tetap bersemangat untuk turun gelanggang walaupun kurang sihat sebelum tewas kepada pemain bukan pilihan dari China, Chen Long 21-7, 16-21, 18-21.
"Saya mengalami keracunan makanan yang membuatkan saya merasa lemah. Saya dapat bermain dengan baik pada set pertama tetapi tidak dapat meneruskan rentak pada set-set seterusnya kerana merasa lemah.
"Walaupun Chen pemain muda, tetapi dia bermain dengan baik hari ini (kelmarin)," kata Chong Wei yang kelihatan kepenatan selepas perlawanan tersebut.
Chong Wei yang bermain rali dan membuat banyak pukulan smash, menang mudah pada set pertama tetapi kelihatan gugup pada set-set seterusnya.
"Saya akan kembali semula ke Hyderabad untuk Kejohanan Dunia nanti.
"Saya juga akan menumpukan perhatian bagi menghadapi Kejohanan Piala Sudirman pada Mei nanti," katanya.
Pemain negara lain yang turut beraksi pada kejohanan ini termasuk Lee Tsuen Seng yang mencatat kemenangan mudah ke atas pemain tuan rumah, J.B.S. Vidyadhar 21-15, 21-14.
Mohd. Roslin Hashim turut menewaskan seorang lagi pemain tuan rumah, C.M. Sashidhar 21-14, 21-11, diikuti kejayaan adiknya, Muhd. Hafiz yang juga menewaskan pemain India, B. Summeth Reddy 21-11, 21-12.
Dalam acara perseorangan wanita, Wong Mew Choo yang beraksi selepas pulih daripada kecederaan dipaksa bermain tiga set oleh pemain remaja India, Aurndhati Pantawane sebelum menang 16-21, 21-13, 21-19.
Daphne Ng Chew Yen pula tewas mudah kepada pemain utama India, Saina Nehwal 6-21, 10-21 dalam masa 21 minit.
Lydia Cheah turut mara selepas mengalahkan Ayaka Takahashi dari Jepun 21-13, 15-21, 21-9. Turut mara ialah Julia Wong. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
sian... sakit perut ek... |
|
|
|
|
|
|
|
wateva la da kalah tu kalah la..aku terima je
lgpn asyik |
|
|
|
|
|
|
|
yeaahh..confirm daa..
YONEX SUNRISE INDIA OPEN 2009
QUATERFINAL | 27 MARCH (FRI) | 4.30 PM | SEMIFINAL | 28 MARCH (SAT) | 4.30 PM | FINAL | 29 MARCH (SUN) | 4.30 PM |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #109 lionsleepin's post
wahhh bukan main lagi flying 'a-weng' kita tu ....
tapi aku takut jadi cam kkk-tbh je ...naik mendadak ... pastu jatuh bedebuk ...nak naik balik semula susah gile ....
weiii lion ..apasal anak ikan bongsu ko kalah semalam ?
KBH still on the right track .... tapi esok dia lawan taufik ...
come on KBH ..boleh!!!!
tan chun seang smlm menang ngan nguyen ..ari ni menang lawan anup lak ...congrats ... esok lawan tommy sugiarto .... tapi dia ni yoyo gak sebenarnye ..kejap ok kejap tak ok ...
congrats kat mew choo. lydia & julia berjaya ke QF esok ...
julia lawan saina ...fightinggg!!! |
|
|
|
|
|
|
|
chong wei nak rasa kari india ke? pedas sgt tu, tak pepasal sakit perut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 azalea_girl's post
thanks aza ..semua start kul 4.30 ptg ekkk ...
nak sgt tengok KBH main ..entah dapat tengok ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #113 kayla's post
wah kak kay...
dh rindu sgt ye nak tgk KBH...
ok ok,sweet wish kak kay dpt tgk die on tv nnt ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #114 sweetlover's post
kalau tak silap perkiraan aku ..esok KBH lawan taufik kul 7+pm ...
hopefully astro still ada tunjuk live lagi la .... |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang Hafiz akhiri kemarau
HAFIZ melangkah ke pusingan suku akhir Terbuka India semalam.
BEKAS juara Seluruh England, Muhammad Hafiz Hashim berpeluang menamatkan kemarau kemenangannya di pentas antarabangsa apabila melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India semalam.
Menyertai Hafiz pada aksi suku akhir perseorangan lelaki hari ini ialah pilihan kelapan, Lee Tsuen Seng, Kuan Beng Hong dan pemain muda, Tan Chun Seng.
Pada pusingan ketiga semalam, Hafiz yang kali terakhir bergelar juara pada Terbuka Filipina tahun 2006 dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-15, 11-21, 21-16 ke atas pemain China, Zhou Wenlong.
Pilihan kesepuluh kejohanan itu dijadualkan menentang pemain Indonesia, Andre Kurniawan Tedjono hari ini untuk memburu slot ke separuh akhir.
Sementara itu, Tsuen Seng yang menewaskan rakan senegara, Muhammad Roslin Hashim 21-8, 21-15 semalam akan menghitung pertemuan dengan pemain China, Chen Long.
Laluan sukar bagaimanapun menanti Beng Hong pada suku akhir apabila perlu berdepan pilihan kedua dari Indonesia, Taufik Hidayat sambil Chun Seng diundi menentang Tommy Sugiarto juga dari Indo- nesia.
Dalam pada itu, sensasi negara, Wong Mew Choo mengetuai cabaran trio wanita negara ke suku akhir selepas menang ke atas lawan masing-masing semalam.
Mew Choo, pilihan ketiga kejohanan, menewaskan pemain Hong Kong, Kwan Yi Mong 21-11, 14-21, 21-18 dan akan berdepan pilihan keenam dari Jepun, Yu Hirayama hari ini.
Julia Wong yang turun selaku pilihan kelima pula akan menentang bintang tuan rumah, Saina Nehwal pada suku akhir sementara pemain muda negara, Lydia Cheah akan berdepan pemain Singapura, Zhang Beiwen.
Pada pusingan ketiga semalam, Julia tidak berdepan masalah menewaskan pemain India, Ashwini Ponnappa 21-16, 21-16 sambil Lydia dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-23, 21-17, 21-6 ke atas Shizuka Uchida dari Jepun
**************************************************************************
tak boleh nak jinx sangat hafiz ni -
kalau menang would be a great not only for him personally
tapi untuk negara juga - |
|
|
|
|
|
|
|
roslin hashim pe cite kat sini??
adik die leh tahan sikit... ade gak la menang.. tp tu pun kejap je..
pastu kalah gak atas alasan tertekan...
nyampah tol!! |
|
|
|
|
|
|
|
mmm... tertekan je ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #118 ice98's post
roslin? takde cite sbb dah kalah smlm kat 3rd round .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|