|
[Tempatan]
Pembukaan KLIA2 Dijangka Ditangguh Lagi, Gagal Dapat Kelayakan
[Copy link]
|
|
dino posted on 5-2-2014 12:00 PM
siap ade crack kat jln lg ape kes...??
mmg patut tak dpt kelulusan pun... kerja cincai.... nan ...
Late, cost overrun et etc .... Is this airport project or money laundry?
|
|
|
|
|
|
|
|
kroni. itu je. keje cincai2, yg pntg masyuk, last2 jadi muzium penerbangan. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
KLIA2 jadi hab runcit baharu
Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
[email protected]
Hasan Malek (dua dari kiri) dan Ahmad Bashah Md. Hanipah (kiri) diberi penerangan sambil diperhatikan oleh Faizah Khairudin (dua dari kanan) semasa melawat KLIA 2 di Sepang, semalam.
SEPANG 9 Feb. - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bakal menjadi destinasi hab peruncitan baharu kepada pelancong dan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai produk terkenal buatan tempatan serta antarabangsa.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, projek KLIA2 itu yang dijangka siap pada 2 Mei ini akan memberi peluang kepada lebih 50 peratus peniaga bumiputera untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan.
Beliau berkata, sebanyak 76 peratus dan 81 peratus ruang niaga masing-masing diperuntukkan di Terminal Utama KLIA2 dan kompleks membeli-belah, Gateway@KLIA2.
"Sebanyak 225 buah kedai akan disediakan di lapangan terbang murah ini di mana ia berperanan menjadi pusat membeli-belah di dalam lapangan terbang dan memberi peluang bukan sahaja kepada pelancong malah orang ramai untuk berbelanja di sini.
"Malah saya juga telah meminta supaya KLIA2 dijadikan hab produk keluaran tempatan dan barangan tempatan perlu diletak di tempat strategik supaya apabila pelancong turun saja di sini mereka akan lihat barangan tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke KLIA2 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengurus Besar Kanan Komersial Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Faizah Khairudin.
Menurut Hasan, projek tersebut yang merupakan salah satu Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) sektor pemborong dan peruncitan bakal menyediakan lebih 12,000 peluang pekerjaan.
Malah, katanya, projek tersebut juga dijangka membantu negara memperoleh pendapatan sebanyak RM960 juta daripada Jangkaan Pendapatan Negara (GNI) menjelang tahun 2020.
Mengulas lanjut projek tersebut, beliau berkata, lebih 80 peratus seluruh ruang niaga yang disediakan di lapangan terbang murah itu telah ditempah.
"Beberapa jenama terkenal tempatan dan antarabangsa telah menempah ruang niaga di sini antaranya The Loaf, Eraman, Body Shop, Pusat Perubatan Menara dan lain-lain lagi, pada masa sama, hab ini juga akan memberikan ruang kepada peniaga tempatan mempromosikan produk tempatan kepada pelancong antarabangsa," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... aharu#ixzz2ssvLduK9
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Memula tu penuh laa muka-muka bumi.
Biar lama sikit penuh aje bangla myammar paki meniaga dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Banding KLIA2 Dengan LCCT - Aziz Kaprawi
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Abdul Aziz (kiri) menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kepulauan Solomon di Malaysia, Victor Samuel Ngele di pejabatnya pada Isnin.
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi meminta semua pihak tidak membuat perbandingan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dijadualkan dibuka pada 2 Mei ini dengan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Beliau berkata, LCCT pada masa ini sudah tidak memberi keselesaan kepada rakyat mahupun penumpang maka pembinaan KLIA2 adalah tepat pada masanya.
"KLIA2 dengan kos RM4 billion ini masih dianggap termurah di dunia jika dibandingkan dengan lapangan terbang lain di dunia.
"Dan LCCT yang kita bina sebelum ini merupakan satu terminal sementara untuk satu lapangan terbang yang kekal (KLIA2).
"KLIA2 akan menyediakan kemudahan canggih dan berkualiti. Saya yakin rakyat mahukan lapangan terbang yang berkualiti. Jadi, jangan bandingkan KLIA2 dengan LCCT," katanya ketika ditemui mStar Online selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kepulauan Solomon di Malaysia, Victor Samuel Ngele di pejabatnya di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes di akaun Twitternya berkaitan dengan KLIA2.
Antara kenyataan Tony adalah mengenai kos projek KLIA2 yang ditunda selama tiga tahun sebanyak RM4 billion berbanding kos LCCT hanya RM250 juta, dan KLIA2 sepatutnya menggunakan kos yang rendah.
Mengenai kenyataan Tony bahawa kadar cukai lapangan terbang adalah apa yang dibayar penumpang untuk kemudahan lapangan terbang, Abdul Aziz berkata, kadar cukai itu masih sama meskipun operasi akan berpindah ke KLIA2.
"Cukai lapangan terbang di LCCT adalah RM32. Dan apa yang dikenakan di KLIA2 nanti juga masih sama, tak berubah," katanya.
Abdul Aziz berkata, pembinaan dan operasi lapangan terbang melibatkan kepentingan bersama dan bukan hanya satu syarikat penerbangan semata-mata.
Jelasnya, pengurusan lapangan terbang turut melibatkan keselamatan dan peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Dalam pengurusan lapangan terbang, ia tidak boleh hanya melibatkan satu 'stake holder '. Kita tidak hanya mendengar pandangan daripada satu syarikat penerbangan tetapi juga pandangan daripada keselamatan.
"KLIA2 bukan hanya untuk AirAsia sahaja tetapi juga syarikat-syarikat penerbangan lain, malah syarikat penerbangan antarabangsa pun akan menggunakan lapangan terbang ini.
"Maknanya, pengurusan lapangan terbang ini menggunakan satu sistem yang digunapakai oleh semua syarikat penerbangan. Malah sistem yang digunapakai di KLIA2 adalah sama dengan sistem di KLIA, yang terbukti kelancarannya.
Abdul Aziz sebelum ini berkata, kerja-kerja pembinaan KLIA2 di Sepang kini hampir 100 peratus siap dan kerajaan yakin terminal penerbangan tambang rendah terbesar di Asia itu akan dapat dibuka mengikut jadual pada 2 Mei depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada Keretakan Di KLIA2 - Jabatan Penerbangan Awam
SEPANG: Tidak ada kesan retak tetapi hanya kesan-kesan tekanan tanah di kawasan landasan, apron dan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau mempersoalkan kesahihan gambar yang dipaparkan pada Khamis oleh sebuah portal dalam talian yang menunjukkan keretakan pada landasan pesawat.
"Ia bukan gambar terbaru dan secara keseluruhan, KLIA2 selamat," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.
"Kami sudah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB)dan mereka akan membetulkan apa-apa yang perlu sebelum lapangan terbang itu beroperasi," katanya.
Bagi apron yang terdiri daripada 68 pintu, beliau berkata MAHB dan kontraktornya sedang membuat projek pelapisan untuk membaiki kawasan tekanan tanah tidak rata di situ yang menimbulkan kesan retak.
"Bagaimanapun, retak ini hanya pada pemukaan, ia tidak ada kaitan dengan struktur bangunan dan tidak menimbulkan isu keselamatan," katanya, sambil menambah bahawa pelapisan akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Beliau juga berkata kerja-kerja pembetulan itu dijangka siap kira-kira sebulan sebelum pembukaan KLIA2, yang dijadualkan pada 2 Mei.
"Semasa pemeriksaan baru-baru ini, satu simulasi latihan telah dijalankan untuk menguji kekuatan apron pesawat dan tempat parkirnya menahan beban yang berat dan hasilnya, ia memenuhi spesifikasi, malah mampu menampung beban pesawat yang lebih besar," katanya.
Kata Azharuddin, DCA akan terus bekerjasama dengan MAHB memandangkan landasan itu terus diperiksa.
"Untuk landasan pesawat pula, kami sudah periksa semalam dan tidak ada sebarang keretakan atau kecacatan yang besar dan kami berpuas hati," katanya.
Azharuddin juga berkata pemeriksaan akhir akan dijalankan pada 5 Mac dan penentukuran sistem peralatan pendaratan dan semua bantuan navigasi akan dilaksanakan dari 3 hingga 7 Mac. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|