|
Fans Shila Amzah Fitnah Dato’ Siti? (Pengurus Minta SitiZoners Jaga Nama Baik)
[Copy link]
|
|
SITI ni penah bawak Wartawan pi bercuti fully sponsored dulu. siap masuk tv lagi. yg itu boleh nafi tak?
poodah siti |
|
|
|
|
|
|
|
siti arti sendu, sampai skang tak betoi2 nak pakai tudung .... |
|
|
|
|
|
|
|
Chekpa posted on 22-9-2014 10:04 AM
Kalu x silap aku semasa zaman kegemilangan siti dah rantau satu Asia..
dia sgt fenomena di asean ...
Ye ye.. Zaman gemilang Mek t ni mcm yg shila alami sekarang lah.. Mek t paling ngetop di Indonesia buat concert di TV dan diserata bandar di Indonesia..masalah bahasa itulah yg jadi kelemahan ct... Kalau tak mmg dah jauh dia pergi.. Then kawin pulak dgn tok k..apa2 pun Peminat shila tak patut kait nama ct dgn kemelut shila n meleis reporter ni ... Harap ct tak kecik hati dgn shila.. |
|
|
|
|
|
|
|
sudah lah siti
memang lah ko tak ngaku, sbb bukan directly dari tangan ko, nah abang/kak reputz terima lah pemberian hadiah siti ini, jgn tulih ceriter buruk2 pasal siti okehhhhh, siti sopan, siti baik, siti tak pegang jantan
tapi "pembelian jiwa" para wartawan terutamanya dari manager merangkap kak ipar ko, dari SNP, dari simplysiti? untuk paparkan yg baik2 jah pasal ko...sampai satu malaysia tertipu dgn imej lindungan kaabah ko...tu yg satu malaysia terpana camana pompuan "sebaik" ini bulih bermain cinta dgn jantan tua...walhal ko besa2 jah, tak baik mana pun
the whole industry knows how protected you were back then...kak ipar ko tuh kabel besarrrrr punya dgn para reputz
truth hurts bukan?
fitnah orang jah ko nampak
puihhh
Last edited by hzln on 22-9-2014 12:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 22-9-2014 12:27 PM
sudah lah siti
memang lah ko tak ngaku, sbb bukan directly dari tangan ko, nah abang/kak reputz ter ...
sikit aku tak pecaya dengan pegangan siti tak pegang jantan tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Karpet merah: Nasihat ikhlas buat Shila Amzah
Kelmarin saya menerima panggilan peribadi daripada Datuk Hattan, Pengetua Akademi Fantasia 2014 (AF2014). Bukan meminta saya menulis apa-apa cerita mengenai dirinya, sebaliknya menjemput saya menjadi tetamu untuk program Diari AF2014 bagi ming­gu ini, lebih tepat lagi pada 24 September.
Sayang 1,000 kali sayang saya katakan kepada Hattan saya tidak dapat memenuhi undangan bertemu anak-anak didiknya dalam akademi itu kerana pada hari sama, lebih dulu diundang Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) untuk menjadi ahli panel bagi sesi apresiasi The Journey di Pawagam Mini P Ramlee.
Saya sangat terharu kerana Hattan menghubungi saya sendiri walhal tugas itu boleh dibuat oleh pegawai perhubungan awam (PRO) Astro mahupun kru penerbitan AF2014. Ini menunjukkan betapa artis besar seperti Hattan tahu apa itu erti ‘courtesy’, menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia dan berbaik sangka.
Sebenarnya, bukan saja Hattan, malah ramai lagi artis senior serta beberapa kerat artis angkatan baru yang bersikap seperti Hattan. Saya masih ingat ketika mula-mula melangkah ke dunia kewartawanan hiburan pada awal 1990-an, artis besar pertama sekali yang menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih apabila saya menulis reviu mengenai albumnya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Ketika itu saya belum mengenali beliau dan alangkah terkejutnya saya apabila diva yang sangat kita hormati itu menelefon saya untuk mengucapkan terima kasih atas penulisan yang sekelumit itu. Semua ini ada saya ceritakan dalam rakaman Majalah 3 yang dibuat khas baru-baru ini namun sayangnya ia tidak disiarkan akibat kekangan durasi tayangan.
Sejak itu saya makin menghormati Kak Pah kerana tersentuh dengan sikapnya yang ikhlas dan berbudi bahasa. Bukan saja Hattan dan Kak Pah, antara artis lain yang bersikap demikian dengan saya adalah Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Uji Rashid, Puan Sri Tiara Jacquelina, Anita Sarawak, Mamat Khalid, Raja Azmi Raja Sulaiman, Wendy Wong, Jesse Lim, Ajai, Fauziah Latiff, Erra Fazira, Nurul Depp, Norman KRU, Eja dan Datin Zaiton Muhd Jiwa manakala artis baru pula termasuklah Fazli Zainal, Fizo Omar, Datin Alyah Abu Hasan, Tasha Shilla, Fathia, Amran Ismail dan Encik Mimpi.
Wartawan tak kemaruk pujian
Bukan menyuruh artis kita itu menghantarkan cincin zamrud atau jambangan bunga termahal, namun ucapan terima kasih sama ada melalui perbualan, kad hari raya, SMS atau pada zaman ini, WhatsApp dan segala macam laman sosial sudah cukup membuatkan hati seseorang penulis itu berbunga. Kami bukan kemaruk pujian melambung, pujian plastik atau masuk bakul namun kalau tidak berupaya berkata apa-apa pun, usahlah dengan membabi buta men­coretkan kata-kata berbaur penghinaan dan tuduhan jengkel yang tidak berasas kepada pihak media.
Ini yang saya lihat berlaku kepada artis yang baru melihat dunia luar bernama Shila Amzah.
Seingat saya Shila ini sejak zaman tekno lagi diusung ayahnya, ND Lala ke pejabat akhbar termasuk Harian Metro untuk mendapatkan pendedahan. Ketika itu saya lihat dia sangat comel, ‘masih berhingus lagi’ dan belum terkena tempias kontroversi yang dibuatnya sendiri seperti zaman sekarang. Promosi demi promosi positif kami dan rakan-rakan media lain berikan bukan saja kepada Shila, malah juga ayahnya sekali yang ketika itu cukup ghairah menyertai Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).
Awalnya dia dikenali sebagai Shila Tekno, kemudian Sha-Hila dan sejak zaman One In A Million, barulah muncul Shila Amzah. Saya akui suara Shila sangat hebat dan siapa yang tidak bangga dia berjaya menawan peminat di China dengan lagu Mandarinnya. Secara peribadi saya pun suka sebab saya sendiri belajar Mandarin di kolej sampaikan pernah menyanyi lagu Ming Tian Hui Geng Hao dan Qing Gen Wo Lai di pentas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis sebelum Shila wujud. Bukan sebab nak jadi penyanyi tetapi sebab teruja sangat belajar bahasa Mandarin.
Kekaguman terhadap kejayaan beliau di Shanghai menyebabkan akhbar saya, Harian Metro sudi memberikan ruang kepada Shila untuk menulis apa saja mengenai perkembangan dirinya dalam ruangan Tinta Shila Amzah selama setahun pada 2013. Selain Shila, kami juga memilih Yuna kerana seorang mengejar impian di Timur dan seorang lagi di Barat.
“Apakah itu belum cukup?” Tanya saya kepada ibu Shila sendiri, Fauziah Sarman yang menggunakan nama @zie_lala dalam laman Instragram yang sampai hari ini pun masih tidak berjawab, seolah-olah saya ini dinding. Sebaliknya yang lebih panjang menjawab termasuk secara mesej peribadi adalah Helen Yap, pemuzik yang terlalu kenal siapa Shila Amzah sebenar­nya termasuk zaman dia ‘menjauhkan’ ayah dan ibunya buat seketika demi mengejar cinta seorang
lelaki.
Coretan Karpet Merah ini bukan cercaan saya buat Shila Amzah namun secara jujur ia adalah kata-kata jujur dan nasihat daripada seseorang yang cukup menghormati dan mengagumi beliau. Usah menuduh kami tidak me­nyokong anda tetapi semak dulu dengan pihak anda adakah undangan untuk ke konsert itu benar-benar sampai kepada Harian Metro dan beberapa akhbar utama lain? Kalau tidak jemput kami tidak mengapa tetapi jangan tiba-tiba menuduh kami sengaja tidak mahu bantu anda dan secara amnya, menuduh semua wartawan Melayu hanya lebih tertarik de­ngan gosip. Itu sangat salah Shila... salah.
Melihat apa yang berlaku minggu lalu, ia cukup menyedihkan kerana baru saya sedar Shila sebenarnya cuma punya bakat. Dia rupanya masih belum dapat berfikir sejauh horizon sebelum memuat naik status yang boleh memerangkap dan memakan dirinya sendiri. Jangan lekas melatah.Bukanya saya tidak pernah diundang untuk membuat liputan konsert-konsert besar malahan saya pernah menonton konsert Superstar seperti Michael Jackson, Celine Dion, Mariah Carey, Diana Ross, Toni Braxton, Sting, Kitaro, Alan Tam, Anita Mui, BB King, dan Christina Aguilera. Semua jemputan dibuat secara profesional tanpa sebarang isu pun.
Terbaru saya diundang ke satu sidang media oleh pihak Shila pada 24 September ini namun seperti yang saya katakan kepada Hattan, saya ada undangan lebih awal daripada FINAS. Tidak ke Diari AF dan tidak juga Shila Amzah. Tiga majlis bertembung dan saya terpaksa pilih hanya satu. Itu pun sebab saya diajak memperkatakan mengenai sebuah karya Cina paling hebat tahun ini saya sendiri suka - The Journey. Ingatlah kita hidup di Malaysia kena sentiasa berbaik sangka Melayu, Cina dan India. Usah beza membezakan dan selalulah kena ingat asal-usul. Bahasa itu mencerminkan bangsa. Itu bukan kata saya tetapi kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Panggilan Pulau dan juga Seniman Bujang Lapok. Jumpa lagi -
[email protected]. |
|
|
|
|
|
|
|
washere2 posted on 21-9-2014 03:29 PM
bukan peminat CT tapi admit she already created history dalam nyanyian di Msia walau apapun
Shila ...
yep...agree dgn uols about this....
Shila..., is not any better, not only in singing but more so attitude
|
|
|
|
|
|
|
|
reputz hiburan ni dah tahap2 raja2 melayu dah
langsung tak bulih disentuh
kalu tak...memang habis sentap meroyan depa semua
kluarlah karangan spm depa
mengungkit segala jasa2 mereka kpd retis |
|
|
|
|
|
|
|
alahaiiii benda gini pun leh buat issue? artis, media, karats, haters, semua tak matang. yg fans2 shila tu sah2 bengong, tak sunat lagi. hal cam gini pun nak komen sentap bg pihak artis. bangga gila agaknya leh komen n backup kat IG artis. gi sekolah tak dengar cikgu dok ngajar kat depan, dok komen2 kat IG artis pulak. pathetic. yg media pun, komen bdk2 hingusan camtu pun nak jd modal tulis story? adoiiiii. KOMEN BUDAK2 HINGUSAN JE KOT. pi la cari cerita lain nak cover story. yg si shila tu mmg confirm2 la tak matang. kalau matang, takdanya nak berhingus bagai dlm youtube. yg ctdk plak.....alahai sitiiiiiiii. KOMEN BUDAK2 HINGUSAN JE KOT. abaikan je la, buang masa hg je dok layan fitnah2 bodo cenggini.
gadoh benda remeh temeh apa hal? |
|
|
|
|
|
|
|
Shila ni ramai cina parahtik sheols
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 22-9-2014 08:24 AM
misha omar mana ek? suara dia sedap.tp cm hilang je orgnya
ada aje last week tengok teater Supermokh kat Istana Budaya
tengah merancang nak tambah ahli keluarga kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Chekpa posted on 22-9-2014 10:04 AM
Kalu x silap aku semasa zaman kegemilangan siti dah rantau satu Asia..
dia sgt fenomena di asean ...
Betul, setuju 100%..ct kalau tere speaking aku rasa bleh jadi ala2 mariah carey ha.
Sayang dia tak pandai speaking.. Masa zaman kegemilangan dia kalau dia tere speaking mesti kalah sheila.majid. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Ti is still the best......... |
|
|
|
|
|
|
|
MissLibra posted on 22-9-2014 01:11 PM
ada aje last week tengok teater Supermokh kat Istana Budaya
tengah merancang nak tambah ahl ...
kang gary pakai songkok ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 22-9-2014 12:39 PM
sikit aku tak pecaya dengan pegangan siti tak pegang jantan tuh
ct tak penah cakap die tak pegang jantan. die cume cakap tak nak ambil gambar peluk2, pegang2 kat majalah sebab tak manis ditengok orang.
sama juga pasal pakai seksi. adakah nak tunjuk dia tu pompuan lindungan kaabah? bukan, tapi sebab dia asal dari kampung, dia tahu kalau pakai macam tu orang kampung akan bercakap.mak ayah dia malu. so dia pilih untuk buat syarat macam tu.
she's no angel. she knows it. her fans know it. haters yang suka pusing cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa cukup la kot wartawan dok pak pung pak pung kes shila..kalau kata nak boikot..sila boikot skg..no more news pasal shila amzah.. - the end-
ni dok tulis kecewa bla bla..still dok cover cite dia..
shila plak diam membisu bahasa...tak tampil minta maaf ke apa..
haishh..cukup cukup sudah...
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sayalala posted on 22-9-2014 08:19 AM
belum lg ..ade degn bdk2 tahun 6..ade sesi motivasi tuk bdk2 ni bg kuat semangat tuk repeat exam 3 ...
Wah u ade bagi talk ke? all the best for students.. |
|
|
|
|
|
|
|
shila di terima di china so takyah hadap la wartawan malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 21-9-2014 01:58 PM
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'
ram ...
Dulu ada org pernah teka Siti Nordiana
|
|
|
|
|
|
|
| |
|