CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Awal Terancam Dengan Pelawak Yg Jadi Pengacara?(Respon AC n Paknil #pg7)

[Copy link]
Post time 4-12-2014 08:20 AM | Show all posts
Gnola83 posted on 4-12-2014 08:07 AM
Haku lebih rela hadap lawak nabil ngan zizan 2jam dari tengok awal mengacara setengah jam.. sorry mi ...

Bg akak, ade sesetengah rancangan x perlukan pengacara pelawak ni.... Mcm AF.... Zizan mmg x sesuai lgsg.... I ol lbih suke pknil yg mengacara af biarpn org dok kutuk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah semua jadi pengacara ko jadi lak pelawak awal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2014 05:20 PM | Show all posts
Pengacara perlu versatil – Zizan, Nabil

Selepas serasi mengacarakan program AF2014, Zizan Razak dan Faizal Ismail digandingkan sekali lagi dalam AIM21

JIKA dihitung perjalanan karier pengacaraan dua jejaka ini, mereka bukanlah seorang pengacara tersohor seperti Datuk Aznil Nawawi atau Datuk AC Mizal.

Bagaimanapun, kedua-dua pengacara yang lahir daripada program Raja Lawak ini mempunyai portfolio pengacaraan yang sangat memberangsangkan.

Penyampaian Zizan dan Nabil yang ‘menjadi’ setiap kali mengacarakan majlis, mungkin melenyapkan pandangan skeptikal khalayak yang tidak suka melihat pelawak menjadi pengacara.

Dua pelawak ini membuktikan keikhlasan dalam bekerja dan toleransi antara satu sama lain dalam pengacaraan, mencambahkan rezeki buat mereka.

Zizan yang melambangkan dirinya sebagai versatil sudah terbiasa dengan pandangan sinis sesetengah pihak terhadap bakat dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

Bekas naib juara program Raja Lawak musim pertama itu sering kali mendatangkan keraguan terhadap sesuatu yang dinamakan pakej bergelar pengacara dan penghibur sebenar.

Hakikatnya, setelah tujuh tahun mengacarakan program Raja Lawak bersama Johan, kekasih kepada Emma Maembong ini pernah menerima anugerah personaliti TV Kegemaran di Shout Award pada 2010 dan 2012.

Ia satu bukti kerja keras pengacara berusia 30 tahun ini yang mungkin hanya dilihat sebagai pelawak di atas pentas.

Berasa terpukul dengan komen sesetengah pihak yang memandang rendah golongan pelawak menjadi pengacara, Nabil pula mendedahkan, golongan itu (pelawak) mampu mendapat lebih banyak tawaran pengacaraan berbanding pengacara yang hanya mampu mengeluarkan fakta semata-mata.

Buktinya, mereka (pelawak) bukan sahaja pandai bercakap di atas pentas, sebaliknya mereka mampu menarik perhatian penonton dengan lawak bersahaja, nyanyian mahupun fakta yang ditimba atas usaha sendiri.

Kepada Sensasi Bintang, Zizan dan Nabil mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Ahmad Nabil Ahmad merupakan seorang pelawak, penyanyi dan pelakon yang berasal dari Negeri Sembilan. Nabil terkenal selepas menjuarai program Raja Lawak musim kedua. Nabil juga berjaya merangkul Anugerah Bintang Popular pada 2008.

Setiap kali menjadi pengacara, anda berdua dikatakan berjaya mengendalikan majlis dan menarik perhatian hadirin dengan lawak spontan. Disebabkan itu, tawaran dalam bidang tersebut tidak pernah putus. Komen?

ZIZAN: Saya bersyukur dan anggap ia perkara positif dalam karier pengacaraan saya. Lebih-lebih lagi apabila gandingan saya dan Faizal Ismail dalam program Akademi Fantasia 2014 (AF2014) dan Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) dianggap serasi. Bukan apa, sekarang ini tengah kecoh pasal isu ada pihak yang tidak berpuas hati pelawak jadi pengacara. Bagi saya, kalau gandingan kami ini tidak menjadi, masakan kami menerima tawaran untuk mengacara lagi. Begitu juga pelawak lain seperti Johan, Nabil dan Jep Sepah. Tawaran pengacaraan sentiasa ada kerana mereka ada bakat menjadi pengacara.

NABIL: Alhamdulillah, ikhlas dalam bekerja itu kena ada. Sebagai seorang pengacara kita ada tanggungjawab mengendalikan acara tersebut dengan lancar bukan semata-mata hanya melawak.

Apakah pendapat kalian mengenai kenyataan Awal Ashaari yang kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara?

ZIZAN: Terus terang saya cakap, kalau tidak boleh mengacara, saya tidak akan buat. Walaupun tidak sempurna seperti pengacara profesional, saya mampu melakukannya.

NABIL: Pada saya, itu hak dia (Awal) sebagai pengacara mahu mengeluarkan pendapat. Mungkin dia tertekan dengan lambakan pelawak yang jadi pengacara dan ia membuatkan pengacara sepertinya kurang mendapat perhatian. Hakikatnya, banyak syarikat yang senang mengambil pelawak menjadi pengacara kerana mereka versatil. Sebagai contoh, saya pernah diminta oleh sebuah syarikat untuk mengendalikan majlis secara protokol kerana kehadiran orang kenamaan (VIP). Sebaliknya, selepas VIP tersebut pulang, mereka meminta saya mengendalikan majlis secara santai dengan melawak atau menyanyi pula. Alhamdulillah, saya boleh mengikut permintaan syarikat tersebut.

Bagaimana kalian membina keserasian dengan pasangan pengacara lain di atas pentas?

ZIZAN: Bagi saya, kalau ikhlas bekerja, perjalanan akan lancar. Saya melihat Faizal Ismail atau FBI seorang yang baik. Dia tidak mengejar glamor dan tiada niat untuk mencaras rakan gandingannya di atas pentas. Saya juga sepertinya. Mungkin disebabkan itu, gandingan kami ini menghasilkan sesuatu yang baik di mata penonton.

NABIL: Kalau bergandingan dengan pengacara lain, saya akan bina keserasian dengan berkawan dengan dia terlebih dulu. Kita juga kena menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan pengacara kita. Kita kena lihat apa kebolehan yang dimiliki oleh pasangan dan kemudiannya seimbangkan dengan diri kita, barulah keserasian itu dapat dibina.


Mohd. Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyanyi. Merupakan anak bongsu daripada dua beradik, Zizan dikenali selepas dinobatkan sebagai naib juara Raja Lawak musim pertama bersama pasangannya, Johan.

Apakah cabaran bergandingan dengan pasangan?

ZIZAN: Kalau saya dengan Faizal, kami memang dari dunia pekerjaan yang berbeza. Saya pelawak dan dia bekas penyampai radio tetapi Alhamdulillah, perbezaan itu yang menyatukan kami di atas pentas. Penonton menyukainya dan setakat ini kami belum lagi menerima komen negatif.

NABIL: Kalau kita dapat pasangan pengacara yang datang tepat pada masanya dan mahu duduk berbincang bersama sebelum majlis tersebut dijalankan, itu sesuatu yang bagus. Sebaliknya, jika pasangan pengacara kita itu lambat datang dan tidak melakukan ‘homework’ mengenai majlis yang diacarakannya, ia akan menimbulkan masalah.

Apakah yang paling ditakuti kalian ketika mengacarakan majlis secara langsung?

ZIZAN: Saya paling takut kalau lawak saya tidak menjadi. Contohnya, saya buat lawak tetapi penonton tidak rasa kelakar. Bagaimanapun, saya sentiasa mengikut panduan dan mendengar secara terbuka pandangan orang.

NABIL: Saya takut kalau saya melawak tetapi orang di sekeliling ambil serius. Saya takut gurauan saya itu tidak disukai. Jika ada yang ingin bergurau atau mengenakan saya dengan perkara sama berulang kali, saya tidak kisah. Saya tidak akan melenting di laman sosial. Bukan apa, sebagai artis kita kena hadapi semua perkara itu.

Perkembangan terkini kalian?

ZIZAN: Saya sedang menjalani penggambaran telemovie sambungan Hantu Selfie iaitu Hantu Wefie bersama dengan Emma. Selain itu, saya juga masih dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

FAIZAL: Buat masa ini cerita lakonan saya, supertelefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris sedang bersiaran di saluran Astro First Eksklusif (Saluran 480). Selain itu, saya juga mengacarakan program ‘Gegar Vaganza’ dan masih bertarung secara solo dalam MLM 2014.




Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 05:29 PM | Show all posts
zizan jadi hos tak best..suara tak jelas..nabil boleh lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 05:59 PM | Show all posts
kakprik posted on 7-12-2014 05:29 PM
zizan jadi hos tak best..suara tak jelas..nabil boleh lagi la..

hai kak shora...buat apa petang2 ni? meols melangut kt rumah je hah...husband dah siap2 nk g stadium shah alam

dgn masa terluang ni, meh meols ulas interview zizan & nabil ni...menyirap plak meols baca statement org indenial ni.

Setiap kali menjadi pengacara, anda berdua dikatakan berjaya mengendalikan majlis dan menarik perhatian hadirin dengan lawak spontan. Disebabkan itu, tawaran dalam bidang tersebut tidak pernah putus. Komen?

ZIZAN: Saya bersyukur dan anggap ia perkara positif dalam karier pengacaraan saya. Lebih-lebih lagi apabila gandingan saya dan Faizal Ismail dalam program Akademi Fantasia 2014 (AF2014) dan Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) dianggap serasi. Bukan apa, sekarang ini tengah kecoh pasal isu ada pihak yang tidak berpuas hati pelawak jadi pengacara (get emotional with question). Bagi saya, kalau gandingan kami ini tidak menjadi, (statement defensive...pls jgn guna KALAU kalau chuols yakin dgn fakta sendiri)  masakan kami menerima tawaran untuk mengacara lagi. Begitu juga pelawak lain seperti Johan, Nabil dan Jep Sepah. Tawaran pengacaraan sentiasa ada kerana mereka ada bakat menjadi pengacara.

NABIL: Alhamdulillah, ikhlas dalam bekerja itu kena ada. Sebagai seorang pengacara kita ada tanggungjawab mengendalikan acara tersebut dengan lancar bukan semata-mata hanya melawak.

Ulasan meols: Soalan 1 tu wartawan tkde pun relate dgn statement Awal, tp si zizan ni yang start dulu. So, emosi dia dah mai dah...dia yang sebut dulu issue statement awal...so kat sini meols simpulkan, dia yang panas dan terasa dgn statement awal. Nabil bagi jawapan yang neutral. Good move.

Apakah pendapat kalian mengenai kenyataan Awal Ashaari yang kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara?

ZIZAN: Terus terang saya cakap, kalau tidak boleh mengacara, saya tidak akan buat. Walaupun tidak sempurna seperti pengacara profesional, saya mampu melakukannya

NABIL: Pada saya, itu hak dia (Awal) sebagai pengacara mahu mengeluarkan pendapat. Mungkin dia tertekan dengan lambakan pelawak yang jadi pengacara dan ia membuatkan pengacara sepertinya kurang mendapat perhatian. Hakikatnya, banyak syarikat yang senang mengambil pelawak menjadi pengacara kerana mereka versatil. Sebagai contoh, saya pernah diminta oleh sebuah syarikat untuk mengendalikan majlis secara protokol kerana kehadiran orang kenamaan (VIP). Sebaliknya, selepas VIP tersebut pulang, mereka meminta saya mengendalikan majlis secara santai dengan melawak atau menyanyi pula. Alhamdulillah, saya boleh mengikut permintaan syarikat tersebut.

Ulasan meols. zizan  bg jawapan simple tapi tak constructive...lebih kepada indenial, tiada point yang kukuh untuk membela. By right, soalan kedua ni patut heols bg hujah. Nabil lebih matang menjawab dengan hujah, disertakan bukti ada pihak yang berpuas hati dgn majlis berprotokol yang dia buat walaupun ntah dia kelentong pun kita x tau,tp okaylah disertakan bukti.


Bagaimana kalian membina keserasian dengan pasangan pengacara lain di atas pentas?

ZIZAN: Bagi saya, kalau ikhlas bekerja, perjalanan akan lancar. Saya melihat Faizal Ismail atau FBI seorang yang baik. Dia tidak mengejar glamor dan tiada niat untuk mencaras rakan gandingannya di atas pentas. Saya juga sepertinya. Mungkin disebabkan itu, gandingan kami ini menghasilkan sesuatu yang baik di mata penonton.

NABIL: Kalau bergandingan dengan pengacara lain, saya akan bina keserasian dengan berkawan dengan dia terlebih dulu. Kita juga kena menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan pengacara kita. Kita kena lihat apa kebolehan yang dimiliki oleh pasangan dan kemudiannya seimbangkan dengan diri kita, barulah keserasian itu dapat dibina.

ulasan meols: statement zizan lebih kepada menyindir dgn point2 = ikhlas, lancar, kejar glamor, caras etc. membanding2 plak tu.  manakala Nabil bagi constructive answer dengan bgtau cara kerja yang betul dan beretika, dan x bersandarkan keikhlasan semata2 sebab dlm dunia profesional, xde istilah tak ikhlas benda x leh deliver...kerja tetap kerja, yg penting trust.  boleh kita menilai keikhlasan seseorang? trust kita boleh bagi atas dasar profesional..let say chuols benci sgt dgn mokcik cleaner sorg ni, tp chuols trust sheols sbb mokcik ni mmg konfem2 boleh menyapu dengan baik dan bersih berdasarkan kerja2 sblm ni. soal dia ikhlas ke x, x perlu nak tanya...itu benda yg kita xleh nampak! ada ke soalan appraisal KPI tanya chuols ikhlas ke x bekerja?

Apakah cabaran bergandingan dengan pasangan?

ZIZAN: Kalau saya dengan Faizal, kami memang dari dunia pekerjaan yang berbeza. Saya pelawak dan dia bekas penyampai radio tetapi Alhamdulillah, perbezaan itu yang menyatukan kami di atas pentas. Penonton menyukainya dan setakat ini kami belum lagi menerima komen negatif.

NABIL: Kalau kita dapat pasangan pengacara yang datang tepat pada masanya dan mahu duduk berbincang bersama sebelum majlis tersebut dijalankan, itu sesuatu yang bagus. Sebaliknya, jika pasangan pengacara kita itu lambat datang dan tidak melakukan ‘homework’ mengenai majlis yang diacarakannya, ia akan menimbulkan masalah.

komen meols: sekali lagi statement indenial... perlu ke jawab tiada menerima komen negatif? ke mengelakkan diri dr baca komen negatif 7 baca yg puji2 jah? menipu sangat dlm sejuta penonton, xde yg komen negatif. Lain pulak dengan jawapan nabil... heols bagi dua situasi berbeza, so vise verse concept utk fahamkan reporter. isnt it genius?


Apakah yang paling ditakuti kalian ketika mengacarakan majlis secara langsung?

ZIZAN: Saya paling takut kalau lawak saya tidak menjadi (eh hello? kalau takut lawak x menjadi, baik jgn jd pelawak!, no wonder cepat gelabah bila org ckp dia x kelakar). Contohnya, saya buat lawak tetapi penonton tidak rasa kelakar. Bagaimanapun, saya sentiasa mengikut panduan dan mendengar secara terbuka pandangan orang.

NABIL: Saya takut kalau saya melawak tetapi orang di sekeliling ambil serius. Saya takut gurauan saya itu tidak disukai. Jika ada yang ingin bergurau atau mengenakan saya dengan perkara sama berulang kali, saya tidak kisah. Saya tidak akan melenting di laman sosial. Bukan apa, sebagai artis kita kena hadapi semua perkara itu.

komen meols: dua jawapan yg sangat contrast, menunjukkan taraf pemikiran masing2. Pertama, soalan tak tanya pasal lawak pun, tanya pasal pengacaraan, motif kaitkan dengan elemen lawak? adakah korg hanya tau mengacara yg santai2 saja? Takut lawak x menjadi tu so self-centered punya statement. while takut melawak menyebabkan org kecik hati is a subtle way to tell yang dia sngt berhati2 dengan setiap apa yang keluar dr mulut dia. Prihatin dengan sensitiviti lebih penting, sebab peka itu sifat seorang pengacara. Jangan cakap meols UP kan nabil saja, tapi meols realistik, tengok kpd interview ni terang-terang nabil lebih matang handle issue.  


so kesimpulan kat sini boleh nampak zizan yang sentap lebih, sementara nabil cool saja dgn kritikan yang diterima. Meols bukan sokong Awal sangat, tp bagi meols apa yang dia cakap tu betul. Zizan sekarang tidak fit to host for big events, in fact, dua2 x fit. Diorang kena belajar lagi, dan jangan degrade profesional seorang pengacara profesional. Itu profesion org, kalau kita masuk lapangan orang , dan sebelah kaki kita masih tinggal kat lapangan yang lagi satu (lawak), please be more carefull dengan apa yg kita sebut, sebab kita mewakili kedua-dua lapangan.
Last edited by sepitsiput on 7-12-2014 06:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 7-12-2014 05:59 PM
hai kak shora...buat apa petang2 ni? meols melangut kt rumah je hah...husband dah siap2 nk g stadi ...

Sembah ratu 44 step zapin youolls.... Ini bukan komen tahap2 kelulusan SPM, ini dh anjakan paradigma punya komen.  Disebabkan itu, I masih berasakan u ni TONY FERNANDEZ...dia kan otak genius
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2014 06:17 PM | Show all posts
joey_mcintrye posted on 7-12-2014 06:12 PM
Sembah ratu 44 step zapin youolls.... Ini bukan komen tahap2 kelulusan SPM, ini dh anjakan paradig ...

inspirasi royanan intelektual chuols...meols x makan suap hurkeh. meols telus!


kredit to founder Akademi Royanan Intelektual (ARI) = @beta_carotene
Last edited by sepitsiput on 7-12-2014 06:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 7-12-2014 05:17 PM
inspirasi royanan intelektual chuols...meols x makan suap hurkeh. meols telus!



Tau takpe chuoldszahh
Meols tgh outstation neh curi2 jah berforum mobile tapi kalau meols balik nanti jaga...

Letusan intelektual terussszahh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 7-12-2014 05:59 PM
hai kak shora...buat apa petang2 ni? meols melangut kt rumah je hah...husband dah siap2 nk g stadi ...

ermmm awal ngn zizan nih penah bergandingan bersama kan?

knp zizan asik sebut pasal dia ngn fbi je ye?
dan fbi dah xnk jd pengacara kt tv3 lg ke yea?

zizan kalo betul nk versatil mohon berlakon watak serius yg teramat serius sehingga org lupa tu zizan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:59 PM | Show all posts
Suchi posted on 7-12-2014 11:07 PM
ermmm awal ngn zizan nih penah bergandingan bersama kan?

knp zizan asik sebut pasal dia ngn fbi ...

haruslah sebut nama FBI sbb nk bgtau gandingan dia dgn pengacara pro mcm FBI menjadik je...sambil nk sindir gandingan dia sblm ni (dgn Awal dlm melodi) hauk... xde chemistry... walhal syok sendiri..meols rasa FBI tu xde bodoh mana nak melayan syok sendiri si zizan...meols perasan heols stress tiap kali kene ganding dgn zizan... cara kerja diorg x sama
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:00 AM | Show all posts
i suka ally iskandar je jadi hos memana. lawak dia classy dan tak membodohkan orang like mocking people's english haha. and his voice is very clear apart from his perfect choice of word.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:02 AM | Show all posts
Dr situ nampak yg nabil nih sel2 otak die lebih byk berhubung berbanding zizan.. walauponnaku x baper suka nabil.. tp nabil lebih baik dr zizan.. patut pon nabil leh menang abp tp bkn zizan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
zizan macam tak layak mengacara. tak habis2 dengan lawak lucah dan mulut takde insurans. masa kat aim, orang speech pendek dia sindir. orang speech panjang pun sindir nak mikropon sorg satu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:07 AM | Show all posts
FBI kadang kadang malas nak layan gak zizan ni. Setiap masa merapu je time mengacara
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:49 AM | Show all posts
besties posted on 8-12-2014 01:05 AM
zizan macam tak layak mengacara. tak habis2 dengan lawak lucah dan mulut takde insurans. masa kat ai ...

dh tu je lawak yg dia boleh wat..layankan je lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 7-12-2014 05:59 PM
hai kak shora...buat apa petang2 ni? meols melangut kt rumah je hah...husband dah siap2 nk g stadi ...

Amboih.aku plak gigih bc report ni haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2014 08:02 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 7-12-2014 05:59 PM
hai kak shora...buat apa petang2 ni? meols melangut kt rumah je hah...husband dah siap2 nk g stadi ...

hai sepit...akak sangat2 suka dgn komen uolss..sangat2 genius..lepas baca analisis uolls, akak terjadi suka plak dgn nabil..ditambah dgn cara dia jadi hos dgn jihan malam tadi..kelakar ..lagi2 masa part nak ubah lokasi shima tu...heheheh
zizan memang tak boleh ditegur..cepat sentap..akak bukan tak suka zizan..tapi akak memang tak paham sebutan zizan..ton suara dia jenis tak jelas..tak abis2 zizan nak puji gandingan dia dgn faizal..dalam AIM akak tengok diaorang buat lawak semua orang diam..celah bedah mana yg zizan perasan orang semua suka sangat tu..

dalam MLM pon zizan sangat2 tak best dgn virus..sampai suami akak cakap..nampak sangat idea2 masa dgn jozan dulu datang dari johan..kesimpulannya zizan terlalu overated..terlalu diagungkan peminat,sampai kalau dia buat tak best pon..peminat tetap kata best gilerr..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 08:27 AM | Show all posts
udah rezekinye razizan awalodin tak payah la nak sentap xabes2 .. adekah kalau boleh korg laki bini anak beranak je yg layak jd pengacara kat melesia ni ?
iols rase awalodin ni mesti nak nampak baguss jek mase mengacare melodi tu yg zizan blahh.. lau iols pon meluat dgn org yg nak nampak bagoss aje manjang ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 09:21 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 7-12-2014 05:59 PM
hai kak shora...buat apa petang2 ni? meols melangut kt rumah je hah...husband dah siap2 nk g stadi ...

hebatnya kak sepit buat analisis

kena berguru lagi ni!!!!! barulah orang pandang tinggi forumers yg intelek camni! semoga forum cari boleh melahirkan lebih ramai forumers yang rasional dan pemikir! untuk itu, kak sepit, long live and prosper!

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 09:26 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 7-12-2014 05:59 PM
hai kak shora...buat apa petang2 ni? meols melangut kt rumah je hah...husband dah siap2 nk g stadi ...

komen yang bagus dan tak bias..dats y aku support nabil.. jom vote for nabil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.313061 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list