CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EPO

Apa aku nak buat ni? Bagi cadangan & pendapat sikit.

[Copy link]
Post time 13-5-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
beldandy replied at 13-5-2015 08:52 AM
Tq dear...

Most welcome bel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2015 01:34 PM | Show all posts
penmerah replied at 12-5-2015 01:08 PM
kesiannya TT
aku tak tau nak bagi nasihat ape

tak paham apa kaitan posting aku dgn letak tok laki dlm gua?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 12:37 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 12-5-2015 08:43 AM
TT. ai sgt bersimpati dgn awak.

Mcni lah, suami tt tak bagi nafkah dan tak layan tt dan anak2 dg ...

Sgt tersentuh dan terkesima dgn komen awak
Buat saya terus menitis air mata sambil menaip komen ini
Menjadi seorang yg dilanda masalah tanpa ada tempat utk meluah perasaan dan pandangan, merasa teraniaya dgn sikap dan perbuatan suami (kedua2nya- ex dan sekrg ), tiada org yg paling penting dlm hidup iaitu IBU, membuatkan saya mnjadi seorg yg terlalu emosi dan sensitif namun cuba utk mengawal sedaya mungkin demi anak2
Tak mau anak2 lihat ibunya yg sentiasa bersedih
Terimakasih yg tak terhingga atas komen awk ni
Saya sangat menghargainya
Semoga Allah merahmati hidup awak sekeluarga
Amin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 12:48 PM | Show all posts
Edited by EPO at 14-5-2015 12:50 PM

Terimakasih semua atas pandangan dan nasihat
Saya hargainya
Jenuh juga nak reply satu2 terutama pada yg tak berapa clear lagi dgn jalan cerita saya ni
Yg mengata memperli juga saya terima, itu pandangan masing2 dan cara menjawab masing2
Nanti saya jawab dlm satu posting ye

Untuk pengetahuan, berdiam diri 3-4 hari ni sebab baru keluar hospital
Saya dimasukkan ke wad selepas tiba2 pengsan kat rumah waktu malam semasa sedang sibuk ke hulu ke hilir buat kerja. Saya pun tak sedar apa2, tiba2 saya tumbang
Tak ada sakit yg serius cuma doktor ckp saya terlalu stress dan keletihan yg melampau
Sampai badan saya tak boleh hantar signal yg sepatutnya pada otak
Kesian anak2 saya mlm tu terpaksa panggil jiran utk bantuDan Doktor juga dah sarankan appointment utk saya berjumpa psikiatri selepas ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 01:30 PM | Show all posts
Edited by EPO at 14-5-2015 01:39 PM

Antara soalan2 forumner semua

1) Bercerai dulu sebab apa - Sebab suami ada affair dgn mami GRO. Akhirnya diorg berkahwin semasa saya sarat mengandungkan anak ke-empat dan selepas itu saya digantung tak bertali selama 2 tahun sehingga saya putuskan utk failkan cerai dimahkamah. Berkat izin dan pertolongan Allah, proses perceraian saya sgt mudah. Isi borang, dtg mahkamah, cakap dgn hakim dan cerai. Mungkin juga sbb bekas suami beri kerjasama. Wpun selepas lafaz cerai dia menangis dan memeluk saya
2) Kewangan dgn ex suami - Mmg gaji saya lebih dari dia dan saya banyak membantu dia waktu itu. Tak kisah lah sebab dah jadi suami isteri, harus bantu membantu. Tak mau ungkit yg tu. Tapi dia tak lah lepas tangan, wpun tak perfect tapi saya rasa sgt bertuah ketika itu kerana ada suami seperti dia. Saya jadi devoted wife dan tak pernah persoalkan aktiviti dia. Sehingga kepercayaan dan kebaikan saya dicarik2.....
3) Forumner dgn profile pic monyet tu ( maaf ye ) ckp saya berkahwin sebab nak SEX. Saya tidak mencari SEX semata sbg sebab utk berkahwin semula. Tapi dah tentu SEX yg halal menjadi keutamaan, tak kan nak buat SEX haram? Kalau mcm tu lebih baik tak payah kahwin kan? Kalau dah kahwin, dah tentu elemen SEX akan ada. Tapi semasa jadi MJ tidak lah pulak saya ketagih nak cari SEX ke sana ke mari. Gila ke apa? Dgn bebanan kerja yg berat dan anak2 yg sedang membesar, SEX menjadi list yg terakhir dalam agenda hidup saya. Tak ada pun tak apa. Saya lebih rela tidur merehatkan otak dan badan yg lelah. Akan bagi bila suami minta. Namun kadang2 menolak juga kala dikejutkan pukul 3 pagi minta itu bila saya hanya dpt tidur pada pukul 12.30 mlm dan harus bangun seawal 5 pagi keesokannya. Tapi ye lah...dosa tetap dosa menolak ajakan suami..tapi saya mmg tak mampu sgt dah dlm keadaan itu
4) Suami sekrg yg tak bekerja - Semasa saya kenal dia, dia mmg bekerja tapi kerja biasa2 aje. Org kelulusan tak tinggi, apa yg boleh kita harapkan sgt dgn taraf pekerjaan dia. Saya faham tu. Janji dia bekerja. Kalau kelulusan setakat itu, gila lah saya nak suruh dia apply keja eksekutif kat pejabat kan? Jadi terima lah dia seadanya. Tapi kena buanglah pulak lepas tu sbb prestasi kerja yg teruk ( dah berkahwin masa ni). Selalu lambat ke tempat kerja, kdg2 tak pergi sbb tak dpt bangun pagi. Rupanya masa belum kahwin pun dah ada perangai sebegini. Tapi mana saya tau kan? So lepas tu tolong business family. Kerja ikut suka dia lah. Nak dtg ke tak. Gaji pun main ambik hari2 aje

Itu aje kan soalan2 korang semua?

Siapa yg tak mau suami yg tanggung segala2nya? Dan siapa yg tak tau itu tanggungjawab suami? Tapi adil ke saya nak minta suami buat semua tu sedangkan saya tau dia tak mampu? Sbb itu saya cuma suruh dia bantu bayar bil2 utiliti aje. Kebanyakan lelaki selalu mengeluh dgn beban tanggungjawab yg berat, isteri minta yg bukan2, pening nak sediakan keperluan ank dan isteri. Sementelah saya bekerja, ada pendapatan sendiri, tak apa lah saya bantu suami. Ex dan juga sekrg. Sekrg lebih lah lagi sbb yg 4 org tu anak saya bukan ank dia. Sedangkan ayah kandung tak bagi nafkah apatah pulak ayah tiri.

Apa yg saya harapkan cuma belas dan ihsan seorg suami kpd isterinya. Mungkin saya silap kat sini. Fikir suami saya dan mungkin juga semua lelaki akan ada fikiran seperti saya. Bila isteri boleh lebih kurang suami pun seharusnya begitu malah lebih lagi dlm melindungi dan mengasihi isteri. Namun dlm masyarakat Melayu kita susah nak jumpa sebegini melainkan lelaki2 itu sgt bertanggungjawab dgn agamanya, faham apa dosa2 seorg suami. Bukan setakat tak bagi nafkah aje berdosa, menganiayai isteri juga berdosa.

TAPI saya salah rupanya.....








Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:37 PM | Show all posts
Jadi sekarang kau rasa apa yg patut kau buat?
anak2 sgt terdera perasaan melihat situasi ni berlaku
mak kawin lain...laki plak buat mak cincai...sakit hati tp nk tegur x boleh...mak tetiba sakit....laki xde...bertambah sakit hati...kebencian build up...

suami ni boleh bawa berbincang tak?
kalau boleh bincang la elok2...bincang dr hati ke hati...apa yg dia tak puas hati
kau luah juga kat dia...pastu masing2 kena ada tempoh bertenang lps dr bincang tu
andaikata dia x boleh terima juga...kau buat la keputusan yg baik
cuma ko kena ingat...takde cara senang nk masuk syurga
kita semua kena ssh payah kena usaha nk masuk syurga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2015 02:44 PM | Show all posts
Edited by BingkaUbi at 14-5-2015 02:48 PM
EPO replied at 14-5-2015 01:30 PM
Antara soalan2 forumner semua

1) Bercerai dulu sebab apa - Sebab suami ada affair dgn mami GRO. A ...

Siannya ko.... ko tau lerr kt sini ramai yg budget hebat, terror, sempurna segala hidupnya.....pd hal, sendiri porak peranda hidup.... takpe lerr TT, dh terkahwin pung kan, nk ngata ko kawin duluk sbb seks ka, sbb desperado ka, sbb asal berlaki ka..... benda dh lepas kan, tak yah ler di ungkit...

citer skrg ni ko dh kawin, somi plak pemalas..... kdg lelaki ni sbb dh terbiasa dok dlm comfort zone, dia rasa ko tak bley hidup tanpa dia...... sbb dia malas pung ko nak dia, sbb dia malas pung ko dok hadap dia, sbb dia buat hal pung ko nakkan dia jugak kannn...... ala2 ko dh cam i cant live without u gituh......buat apa lerr susah2 nk keje, nk ader rasa tanggungjawab...

apa nak buat? buat wake up call...... somi yg x bg nafkah kat isteri, dah blh dah file cerai fasakh... ada berani? itu jah wake up call nya..... klu dia terus sentap ko nk cerai & dia ada ciri2 betui berguna as somi, dia akan terus terkejut dr tidur & mimpi indah, kelam kabut gi cari keje....... kalu sebaliknya, ko tau lerr where u are...... ... ko pilih jah, nk terusan hidup stress atau ko keluar jah dr situasi stress tuh.... baca citer ko pung, cuma seks jah lerr xdpt klu xde somi, makan pakai segala sumer ko mampu kan.... bab kata bida duluk ekkk..... buat pe berlaki kalu menyusahkan ajork... ala2 gituh lerr..

kang ada plak yg kata dosa dok hasut orang runtuhkan masjid..... dlm agama apa jek yg memudaratkan, lebih baik cari jalan yg terbaik.... dh mudarat sgt masalah TT ni, sampai pengsan bagai..... lg pun cerai fasakh tuh pung ader dlm hukum, naper plak nk kata dosa bagai? mcm tuhan plak nk jatuh hukum kt org...



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:51 PM | Show all posts
beldandy replied at 14-5-2015 02:37 PM
Jadi sekarang kau rasa apa yg patut kau buat?
anak2 sgt terdera perasaan melihat situasi ni berlaku ...

cam dah de jah TT citer dh cakap2 ngan somi dia psl masalah ni.... ntahnya, somi kalu dh rasa bini ala2 i cant live without u ni, lagi seronok dia buli... buli kau tau?? jadi malas, x keje, x yah pikir tanggungjawab pung isteri nak bela gak.... buat pe nak discuss itu ini... leceh jahhh.... baik enjoy...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 02:59 PM | Show all posts
Edited by bvsf06 at 14-5-2015 03:03 PM
EPO replied at 14-5-2015 01:30 PM
Antara soalan2 forumner semua

1) Bercerai dulu sebab apa - Sebab suami ada affair dgn mami GRO. A ...

my heart goes out to you..
Banyakkan bersabar..

TT,
Setiap orang ada masalah sendiri dalam pelbagai aspek kehidupan,
saya sendiri pernah melalui banyak episod duka dalam hidup
however,  it takes more than an experience to be as strong as I am now
i need to be wiser..

one thing that i learn from relationship.. with siblings.., with.., spouse.., with friends
kekecewaan selalu datang when we've set our standard, when we've set our expectation
when things doesn't turn out the way we want, kita jadi marah, menyesal, sedih dll
but we need to always remember, Allah mencipta manusia berbeza2, ada rajin, ada malas, ada pandai ada bodoh, ada kaya ada miskin, ada nak sorang je bini, ada nak kawin 4.
walaupun jodoh itu satu pilihan, tetapi takdirnya adalah satu ketetapan..

a very wise man told me once,
when dealing with human, u can't always control their happiness but u can always control yours
to heal your pain, learn how to deal with yourself first, rather than dealing with others
So macam mana nak deal dengan diri sendiri?
first, bermunajat pada Allah agar diberi hidayah dan petunjuk kepada diri TT, identify what is your strength and weaknesses
and use your strength in OPTIMUM way-> minimum effort but hight impact
u need to be calm and collected, to make a sound decision
kalau fikiran berserabut dan dalam keadaan tertekan, macam mana kita nak membuat pertimbangan yang wajar dan tanpa bias

when we make a vow to our spouse sebelum berkahwin, saya terima awak seadanya.. through thick and thin.. we need to honour the words
so sekarang ada masalah dengan spouse, first thing yang perlu tanya diri sendiri, bolehkah diperbetulkan? Is he worth to fight for
sekiranya jawapannya YES, do it NOW before its too late.
saya cadangkan u google sedikit some behavioral study untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang character suami
i've done it before to solve relationship problem and alhamdulillah it works..
membaca masalah TT, saya dapati  TT membuat streotyping terhadap character suami, ingat Allah jadikan manusia tu berbeza2
so penyelesaian bagi rumahtangga orang lain xsama dengan penyelesaian masalah kita.. kena banyak try and error.. no fix solution

once u have done EVERYTHING, whatever the outcome is, leave it to Allah.
yang penting sekiranya tiada jodoh suatu hari nanti, u takkan bertanya balik pada diri sendiri.. "IF ONLY ..?"



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:08 PM | Show all posts
beldandy replied at 14-5-2015 02:37 PM
Jadi sekarang kau rasa apa yg patut kau buat?
anak2 sgt terdera perasaan melihat situasi ni berlaku ...

Bel, dah bincang....macam posting saya kat atas2 tu
Dia tetap salahkan saya
Dan suruh saya terima perangai dia yg mcm tu
Itu perangai dia, kalau dia nak berubah, dia berubah lah tapi kalau tak boleh nk buat mcm mana
Dia kata saya nak kongkong dia
Dia lelaki boleh buat apa yg dia suka hatta kawin empat sekali pun ( ke situ pulak )

Betul lah mcm kata forumner2 lain yg lelaki melayu kita mmg mcm KING
Tak boleh dinasihati
Kita menasihat supaya dia berubah, ubah perangai dan sikap2 yg tak sepatutnya dia buat bila dah berkahwin
Tapi dia ckp mentang2 kita pandai, kita berlagak
Bila sebut pasal hukum Allah, dia ckp tak payah nak berceramah, itu hal aku dgn Allah
So nk bincang mcm mana lagi?

Apa yg saya akan buat...mcm yg seridewimalam tu nasihatkan
Itu yg termampu setakat ni
Ada jugak yg suruh pegi kaunseling kat pejabat agama
Tapi saya fobia bila dengar org2 sekeliling punya cerita
Bilamana ustaz & ustazah kat pejabat agama tu selalunya akan salahkan pihak isteri
Walaupun dah terang2 salah suami
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:16 PM | Show all posts
EPO replied at 14-5-2015 03:08 PM
Bel, dah bincang....macam posting saya kat atas2 tu
Dia tetap salahkan saya
Dan suruh saya terim ...

kalau dah macam tu kau kata maka bel pun setuju dgn @BingkaUbi
what he need is wake up call
dia rasa dia x perlu kau n boleh pijak kau

tp apa pun terpulang kada kau lah...
kalau rasa sanggup terus hidup dgn suami mcm tu maka so be it la...
jgn harap lebih2 n sabar je la...hadap je la apa dia nk buat

tapi kalau kau rasa x berbaloi bersuamikan pemalas mcm tu...maka kau yg kena wake up...do the right thing
mcm bel ckp...anak2 terdera perasaan tgk situasi kau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 03:23 PM | Show all posts
BingkaUbi replied at 14-5-2015 02:44 PM
Siannya ko.... ko tau lerr kt sini ramai yg budget hebat, terror, sempurna segala hidupnya.....pd  ...

Thanks Bingka Ubi. Sedap kuih ni

Biarlah diorang nak komen apa pun, saya tak ada kuasa nak halang. Bukan semua orang boleh fikir apa perasaan org lain. Kalau semua org mcm tu, tak adalah hati2 yg terguris, ye dak

Akan cuba buat tak tau aje lepas ni
Biar lah dia nak buat apa yg dia suka
Hatta meluka kan hati saya sekalipun
Pendam aje selagi boleh tahan
Dan selagi boleh sabar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:36 PM | Show all posts
EPO replied at 14-5-2015 03:23 PM
Thanks Bingka Ubi. Sedap kuih ni

Biarlah diorang nak komen apa pun, saya tak ada kuasa nak ha ...

ko jgn men pendam2 jah.... lelama giler tau......

pikir anak2 jah.... camner ko nak besarkan anak2 dlm suasana sihat kalu ko sendrik stress dgn hidup ko? sikit byk, ada lerr impak kt anak2 tuh gak... iye lerr, mak dok berendam air mata, makan hati dgn peel somi muda, amarah tuh dok lepas kat anak... ala aku ni bkn baru sehari dua hidup tau, pung bkn tua sangat cam ajinomotonosuga tuhh.....tp aku tau lerrr kesan2 psikologi manusia ni.... hidup ni biar sedap...



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 04:23 PM | Show all posts
EPO replied at 8-5-2015 04:47 PM
Dah buat wak.
Dia cakap I selalu komplen penat, dia tak menolong
Dia cakap dia tak tolong langsu ...

tt...rasanya tt dah salah faham tentang konsep lelaki bertanggungjawab.  lelaki yang bertanggungjawab adalah lelaki yang keluar mencari rezeki untuk menyara keluarnya hatta isterinya bergaji 100k sebulan pun.  sebab itu adalah perkara yang wajib ke atasnya sebagai seorang suami.  kalau benda wajib yang basic macam ni pun tak buat jauh sangat nak cakap mengenai tanggungjawab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 04:49 PM | Show all posts
CikMooMoo replied at 14-5-2015 04:23 PM
tt...rasanya tt dah salah faham tentang konsep lelaki bertanggungjawab.  lelaki yang bertanggungja ...

Ye CMM, EPO faham tu tapi kalau dia kata itu aje yg dia mampu buat sekrg ni tak kan lah EPO nk paksa lebih2 kan?
Kang dia kata EPO tak considerate
Lagi teruk kalau dia kata dari dulu sebelum kahwin mmg tau dia kerja ala2 aje, knp skrg nk ungkit pasal cari rezeki
Tapi isu EPO kat sini bukanlah tggjwb dia yg tak cari nafkah dan bagi pada EPO tp more towards perangai dia yg suka lari rumah
parents berhari2 bila bergaduh and tak pedulikan EPO. Tak call tak bgtau tak peduli. Lagi satu suka melepak dgn kawan2 smp pukul 2-3 pagi
atau suka lepak rumah parents dia gembira ria bila EPO terkejar2 nk uruskan rumah tangga & anak2
Langsung tak ada bantuan pada EPO
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 04:53 PM | Show all posts
TT buat la 1 keputusan ttg perkahwinan ni. Pi sembahyang istikharah minta allah tunjuk, betul tak keputusan yg tt nak buat ni.
Jgn pendam2 sgt. kesian kt anak2. Bila u stress u takde mood nk amik tau ttg anak2. Anak2 akan rs tersisih, sunyi dan tak diambil berat. Tak sanggup ai nak dgr u ckp anak2 dh pandai keluar rmh cari hiburan dgn org lain.
Be strong demi anak2 ok. Ins allah nnt ai tolg doakan sekali utk u dan anak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2015 04:55 PM | Show all posts
bvsf06 replied at 14-5-2015 02:59 PM
my heart goes out to you..
Banyakkan bersabar..

Thanks bvsf06

Very inspiring advice.

Will try to google about human's behaviour. Perhaps it can shed some lights and makes me understand my hubby better.
Harap2nya lah.

Tak tau lah...mcm malas nak buat apa2 pun ada
When conversation and discussion after discussion ends up into arguments
When he refuses to listen to any of my words and points
What hope do I still have?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam sis. Your problem ni lebih kurang problem my cousin. Dia pun kahwin untuk kali kedua dengan lelaki yang jauh muda from her. 12 years younger to be exact. She was 39 time tu. Reason cerai dengan her ex pun pasal her ex cheated on her. She came to my mum for advice sebab tahap dia memang tahap nak bercerai dah. Tapi, my mum suruh fikir panjang sebab dorang dah ada baby. With her ex, tak dapat anak. So, my mum panggil her hubby dan tanya reasons kenapa diorang selalu gaduh after kahwin. These were his reasons:

1. Thinking gap jauh berbeza and my cousin tu agak pandang rendah dengannya. Cousin is a lecturer pursuing her Phd, hubby cuma habis SPM jer. So, bila time bercakap he banyak ambil hati dengan my cousin. Dulu time bercinta of course la cakap manis2 jer.

2. Dia rasa macam kena treat as an adik instead of as a husband. Contoh, bila my cousin asked him to do something it's more like an order and not a request. So, as a man, ego dia tercabar.

3. Her hubby ni contractor and ada business sewa kereta. Income pula tak tetap. Masa bercinta, this was not a problem. Bila kahwin, habis diungkit2. Again the husband rasa down.

4. My cousin pandang rendah dengan family husband padahal masa bertunang dah nampak how they live.

Bila my mum dengar his side of the story, and memandangkan the hubby sama umur dengan my younger brother (yang masih tak matang) my mum can conclude that my cousin does not see her husband as an equal. So, my mum panggil both and let them suarakan apa yang dua2 tak puas hati. Maybe you can ask someone to be a mediator to your problem..?

P/s: My mum shared this with me untuk buka my mata pasal the reality of being married. Bukan tujuan nak aibkan anyone, ok! All the best sis!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mak sy slalu ckp dgn aku.. ms tu aku blm lagi kawin tapi sibuk bercinta...

mak ckp... ko btul2 nak kawin?... dah sanggup pikul beban rumgtangga? sanggup terima buruk baik psgn? kawin bkn senang tau.. kawin ni bkn indah mcm dlm drama2.. kawin xjanjikan bhgia.. ms bncinta manis dah kawin blm tntu... lelaki bnyak melukakan .. ppuan kena ada sbr setinggi drdr sgala bnda yg tinggi... kdg2 akan ada terlintas mnyalahkan hukum kalau xsbar tau... pjg lebar mak aku bersyarah... ulang2..

mak aku kata.. bgnya hidup bujang paling hepi.. xda mslah.. tp bila dah kawin cmana laki pun tetap kita syg juga sbb itula suami .. mak aku kata juga.. jgn pikir rumahtngga org dlu2 kekal sebab llaki baik.. tapi sbb ksbrn ppuan... laki ckp x mlwn.. patuh.. taat
ms mak beleter ni.. aku kata dah besedia .. cinta punya psl la katakan..    bila aku dah kawin  dan betulla ckp mak aku 100%...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
smbungan

tp aku x boleh jd mcm mak aku... sbr gila2... mak aku ckp pun xda da ppuan yg tlbih sbr skrg... sbb ppun pun ada duit sndri... ada kerjaya.. belajar tgi.. pintar melawan.. ada ego sndri.. dan lelaki skrg pun ramai yg xbttanggungjwab..

so mak aku ckp. klau ada sbr... kawin... klu xda sbr... xpyhla kawin.. kawin mmg hnya akan menjerumuskn diri ke lembah maslah dn tanggungjwb berat.. lbih baik hidup bujg...
so tt pikirla... tt dah ada anak2... dgn laki spt xlaki... dpd asyik gaduh.. pening kpla dgn ego laki.. mohon la ptunjuk... mgkin lbih baik hidup sendirian dgn anak2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.117069 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list