Edited by abbyhoney at 29-6-2015 12:37 PM
sokong.... ramai yg bertudung hanya sebab ikut2an, sebab nak cantik tak pun memang sebab kt pejabat ramai yg bertudung jadi dia malu kalau dia tak bertudung... tapi solat entah ke mana... tak solat pun ada, tak puasa... tapi kalau dia solat dan betul2 jaga solatnya, InsyaAllah dia akan menjaga auratnya.... rasa takut azab Allah tu melebihi dari rasa nk glamour di dunia ni... dan seorg bapa yg membiarkan anak perempuannya membuka aurat di dpn bukan mahram jatuh dlm kategori dayus...
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة،والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiadabantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibubapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( RiwayatAhmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُالخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمدوالنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yangketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkanmaksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Dayus dan bacul satu perkataan yang pastinya mendatangkan kemarahan pada mereka yang terasa demikian. Namun begitulah hakikatnya pada sang lelaki yang tidak memperdulikan urusan keluarganya samada mereka ikut atau tidak perintah Allah. Bahkan sanggup menghantar dan mengambil anak isteri yang terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Samada berpakaian menjolok mata, bersalaman dengan lelaki yang ajnabi bahkan ada yang di angkut teman lelaki ke sana kemari.
|