|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V146'
[Copy link]
|
|
Kali terakhir ke Langkawi tahun 2017 ...naik feri menyeberang dr Kuala Perlis. Mungkin sebab cuti sekolah, terlalu ramai di jeti menunggu turn naik feri. Agak lama juga tunggu tu. Sebab hendak bermalam di Langkawi , kami kena bawa luggage ...penat juga mengangkat luggage ke ruang luggage di ujung dlm feri. Dengan banyak beg2, bertimpa2 lah beg. Masa dah sampai,kena ambil beg2 dr situ. Adoii, rasa penat juga.
Kalau bawa kereta , elok lah bawa kereta sekali ke Pulau Langkawi dgn feri. Tak perlu punggah beg |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
matt bz eh.
klu mcm tu bereskan keje2 matt dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah... amik cuti arini
Ke sana ke mari baru sempat reply noti
|
|
|
|
|
|
|
|
kena byk moyan klu mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dah hampir ptg matt tak muncul ingatkan matt cuti.
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya zura yg masak.
hari sabtu dia nk ke SA balik.
dah tentu dia tak masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama matt.
sb tu zura lg suka matt jd tt.
zura tukang memeriahkan je kt sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
mgkn ada antaranya zura dah reply...
|
|
|
|
|
|
|
|
nk tukar balik ke normal tu amik masa.
|
|
|
|
|
|
|
|
*MUHASABAH DIRI*
Assalamualaikum Sahabat2ku
*HUJAN yg turun...*
*Tak pernah menunggu*
*sama ada kita sudah atau belum sediakan PAYUNG.*
*Demikian juga KEMATIAN...*
*ia akan datang menjemput SETIAP saat, tak peduli samada kita sudah atau belum BERSEDIA utk menyambut SAAT kedatangannya.*
*Jika Hari ini kita MASIH lagi boleh berbicara,*
*maka BICARALAH yg baik2....*
*Jika Hari ini kita MASIH lagi boleh bergurau senda,*
*maka BERGURAU lah dgn penuh KASIH sayang....*
*Jika Hari ini kita masih lagi boleh MENGHIRUP udara,*
*maka banyakkan IBADAH & SYUKUR dan jauhi maksiat...*
*Jika Hari ini kita masih lagi diberiNYA peluang boleh MEMBACA Al-Qur'an, maka hayatilah makna setiap ayat dgn PENUH KEINSAFAN...*
*Andainya Hari ini kita masih lagi belum boleh SOLAT penuh khusyuk, SEGERALAH banyakkan istighfar, doa jgn ALPA untuk mohon bantuanNYA..*
*Jika Hari ini kita masih lagi boleh BERSAMA dgn insan TERSAYANG,*
*maka rebutlah peluang ini dgn sentuhan kasih-sayang penuh keikhlasan.*
*Manalah tahu... ESOK, semuanya TIADA lagi..*
*Iaitu apabila sampai giliran kita yg akan DISOLATKAN...*
Buat baik tanpa sempadan
Buat jahat ayuh tinggalkan.
WALLAHUAKLAM.
Cnp dari sebelah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kemarau: Bekalan air di Lembah Klang mampu bertahan 8 bulan - LUAS
Jun 2, 2022 @ 9:04pm
Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hasrolnizam Shaari (tengah) bergambar bersama wakil media Selangor pada Majlis Hi-Tea LUAS Bersama Media di I-City Shah Alam hari ini. BERNAMA
SHAH ALAM: Bekalan air di Lembah Klang mencukupi dan mampu bertahan selama lapan bulan sekiranya kemarau berlaku di kawasan itu, yang dijangka pada 2025.
Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari, berkata bekalan akan diperoleh melalui tiga kaedah seperti menerusi empangan, kolam takungan dan air bawah tanah yang masing-masing boleh menampung penggunaan selama dua hingga empat bulan.
Beliau berkata, berdasarkan tiga kaedah itu, ia mampu menyediakan bekalan air sebanyak 5,000 juta liter sehari yang bersamaan dengan jumlah pengeluaran semasa.
"Kita perlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak supaya terus menjaga kualiti air dengan mengelakkan sebarang insiden pencemaran," katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea bersama pengamal media di I-City, hari ini.
Hasrolnizam berkata, pembenihan awan adalah kaedah terakhir yang akan digunakan oleh pihaknya.
Beliau berkata, Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya Ogos depan namun ia tertakluk kepada kerajaan negeri.
"Kos atau bayaran bagi ZDP ini masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta kilang manakala bayaran yang dikenakan akan diguna semula bagi tujuan pemuliharaan persekitaran termasuk sungai, parit dan muara," katanya. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
BUNGA TUNERA KAWAL BABI?
BUNGA TUNERA atau Bunga Pukul Lapan (Turnera ulmifolia L.) yang juga dikenali dengan nama pokok bunga Lidah Kucing (bahasa Jawa) adalah spesis tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang didakwa boleh mengawal serangan babi hutan. Kini terdapat beberapa petani yang telah menanam bunga ini dikawasan strategik untuk elakkan kemasukkan babi hutan dari memasuki kawasan kebun dan merosakkan tanaman. Kepada mereka yang sering melalui estet kelapa sawit juga sering melihat dimana pokok bunga tunera ini ditanam ditepi jalan.
Tumbuhan ini juga dilaporkan adalah natif dari negara tropika termasuk Mexico, Asia Tenggara dan juga Hindia Barat. Bunga Tunera selalunya ditanam dikawasan sekeliling rumah, ditaman-taman bunga atau kawasan riadah kerana kecantikan warna bunganya yang menarik. Dua jenis bunga tenera yang popular di Malaysia adah jenis Tunera Kuning dan jenis Tunera Putih. Dalam usaha kita hendak mengenali tanaman renek ini sebaiknya kita ingin tahu akan apakah tumbuhan ini, kelebihannya serta kegunaanya.
Selain daripada ditanam untuk memperlihatkan bunga yang cantik, didalam dunia perubatan didakwa air rebusan akar tumbuhan bunga tunera ini ada gunanya. Air rebusan ini didakwa sesuai untuk digunakan bagi mengatasi masalah seperti rematik sendi atau kes bengkak. Dalam pada itu pengamal perubatan tradisional juga didakwa jika ada bengkak yang disebabkan kurang selesa. Tumbuhan ini berpotensi sebagai antibiotik berdasarkan kepada beberapa kajian klinikal yang dilakukan pada tahun 2009 terhadap patogen dikenali sebagai Staphylococcus aureusresisten-metisilin yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit disebabkan olehnya.
Dalam dunia ternakan lebah dan kelulut pula tumbuhan yang berbunga ini menghasilkan nektar dan debunga yang digemari oleh serangga tersebut. Ia disenaraikan sebagai salah satu bunga yang sesuai ditanam untuk membekalkan makanan kepada dunia perlebahan.
Pokok bunga tunera ini merupakan tumbuhan jenis renek yang cepat membesar. Tunera selalunya didapati tumbuh meliar di tempat terbiar terutamanya tepi pantai dan kawasan tanah belukar. Bagaimana pun jika ditanam ia mudah dikenali dengan bentuk bunganya dan juga daunnya. Lazimnya bunga tunera akan mula untuk berkembang lebih kurang pada waktu 8 pagi dan menguncup semula selepas waktu tengah hari dan ia berlaku setiap hari sehingga bunga tersebut matang dan gugur.
Bunga tunera mempunyai sebanyak 5 kelopak bunga yang membentuk satu bulatan yang seni. Bunganya berwarna putih dengan dibahagian tengahnya ada sedikit kuning dan kehitaman (Sila anda lihat foto). Bagaimana pun ada spesis yang berwarna kuning muda dengan warna gelap coklat di bahagian tengah yang juga kontrast apabila dilihat dari jauh.
Jika diteliti mengenai komponen daunnya akan dilihat ia selalunya berbentuk bujur dan tepinya dilihat seakan bergigi. Daun yang berwarna hijau ini mempunyai permukaan helai daun agak licin dan rata.
Kaedah pembiakan bunga ini dilakukan dengan cara keratan batang atau pun keratan dibahagian hujung batang yang diletak dalam air. Kemudian keratan ranting tersebut yang berdaun akan diletak hormon penggalak akar. Seterusnya keratan tersebut perlu diletak dalam media nurseri seperti gunakan medium pasir sungai atau juga tanah.
Dikawasan nurseri ini semestinya bersaliran baik dan sedikit berpasir. Anak benih tunera boleh ditanam dengan jarak tanaman 1m x 1m mengikut kesesuaian kawasan dan tujuan penanaman dimana kawasan menerima sinaran cahaya yang agak banyak.
Pengairan awal perlu dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari dan diberikan baja dengan kekerapan seminggu sekali bersama dengan baja asas seperti NPK15:15:15 bersama baja organik atau boleh diaplikasikan dengan baja foliar.
Apabila pokok sudah mula membesar sebaiknya dilakukan aktiviti mencantas terutama untuk cantasan pembentukan. Cantasan dilakukan juga terhadap pokok tunera yang terlalu tinggi agar nampak cantik jika ketinggiannya sama.
Cantasan ini dilakukan juga untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan ranting baru. Cantasan akan menggalakkan pokok tunera akan banyak mengeluarkan bunga dan akan membentuk pokok menjadi lebih kemas.
Bunga tunera diminati oleh serangga terutama lebah dan kelulut untuk mendapatkan nektar dan debunga. Tumbuhan ini termasuk dalam tumbuhan yang sesuai ditanam dikawasan penternakan lebah dan kelulut.
Seterusnya kalau anda sering memperhatikan ladang-ladang kelapa sawit disepanjang laluan utama jalanraya di Malaysia, anda akan nampak bunga tunera ini ditanam ditepi jalan-jalan ladang utama ladang kelapa sawit. Ia sengaja ditanam oleh pihak estet kelapa sawit sebagai sumber makanan kepada sejenis ulat yang merosakkan kelapa sawit.
Kami dapati dengan adanya tumbuhan ini ulat tersebut akan mempunyai sumber makanan tersendiri dimana ini dapat mengelakkan pokok kelapa sawit dari serangan ulat tersebut.
Dalam laporan lain kami dimaklumkan bahawa tanaman bunga tunera ini dapat menghalang serangan babi hutan (wild boar) kerana bau yang dikeluarkan bunga ini memang tidak disukai oleh babi hutan. Bagaimana pun dakwaan ini BELUM DIBUKTIKAN SECARA SAINTIFIK lagi. Bunga ini sesuai ditanam ditepi-tepi kebun yang berkemungkinan babi hutan suka datang untuk memusnahkan tanaman.
Penulis juga ada beberapa kali terserempak gerombolan babi hutan di Johor dan Pahang ditepi kebun iaitu 'babi lapar' memang tidak peduli pun dengan kehadiran kita. Ini kerana babi hutan tersebut hanya 'menjeling sahaja' kita yang datang tetapi kalau kita membawa senapang, satu kilometer kita belum sampai dilokasi dia sudah lintang pukang bersembunyi.
Masih perlukan banyak penyelidikan dan kajian saintifik untuk mengesahkan bahawa tanaman bunga tunera boleh menghalau dan mengelakkan serangan babi hutan dikawasan kebun. Begitulah kisah bunga tunera atau bunga pukul lapan untuk anda kenali.
#agrocrewmy
#pengetahuanam
#bungatunera
Sumber : Mr Anem (Anim Agro Technology) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ye sy setuju. sbb sy kesian tgk penumpang2 dgn luggage besar tgg 2jam sblm berlepas tanpa tempat proper utk menunggu. ada tgg bwh pokok dgn cuaca panas. klu bwk kereta bole rest dlm kereta sementara menunggu feri smpi. sbb dlm feri 2jam pulak br nk smpi langkawi.
|
|
|
|
|
|
|
|
POTENSI TANAM KELAPA RENDAH
TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman penting di banyak negara tropika terutama negara yang banyak berpulau. Pokok kelapa adalah jenis pokok saka dari keluarga Arecaceae yang mampu hidup dengan ekonomik selama lebih 30 tahun. Ia merupakan pokok serbaguna sehinggakan digelar 'Pokok Kehidupan' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'tree of life'. Apa tidaknya semua bahagian pokok kelapa boleh digunakan daripada bahagian pucuk, daun, buah, batang dan akarnya. Penulis blog telah menulis artikel mengenai kelapa lebih daripada 70 dimana ianya dibaca hampir suku juta orang setakat ini. Dari rujukkan penulis dan pengalaman sendiri semasa menjaga industri ini mendapati pada masa kini, pengeluaran kelapa negara adalah sebanyak 504,700 tan metrik setahun dengan keluasan tanaman sebanyak 84,600 hektar. Negara masih mengimport sekitar 100 juta biji kelapa setahun daripada Indonesia bagi menampung kekurangan dalam sektor perkilangan bagi menghasilkan produk berasaskan kelapa. Kawasan utama bagi penanaman kelapa di Semenanjung Malaysia adalah di Bagan Datoh, Perak, di Sabak Bernam, Selangor dan di Batu Pahat, Johor selain daripada di Kudat, Sabah dan Asajaya, di Sarawak. Kebanyakan varieti kelapa sedia ada merupakan jenis atau varieti Kelapa Malayan Tall (CN1) yang mana ia ditanam dibawah program Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dahulu dibawah Jabatan Pertanian. Ia merupakan varieti terbaik ketika itu iaitu daripada jenis KELAPA TINGGI. Bagaimana pun kini penanaman KELAPA RENDAH (Dwarf Variety) telah digalakan penanammanya bagi mempastikan bekalan biji kelapa mencukupi. Kekurangan bekalan benih kelapa hibrid seperti Kelapa Matag membuatkan petani perlu mengubah kepada penanaman kelapa rendah yang disyorkan. Banyak lagi perlu dibaca dalam artikel ini dengan pautan dibawah!. Kenapa tak baca?...
http://animhosnan.blogspot.com/2017/11/potensi-tanaman-kelapa-rendah.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ksg kaka tp space bsr bole la nk letak mcm2
nov terlelap lps maghrib x packing lg ni
mbr bertolak naik bas pkl 11.30mlm ni smpi 4.45pg dkt butterworth
nov nnt kuar rmh pkl 4pg jap lg
sblm bertolak esk pgnya kena pegi klg dulu anta kerepek yg diorg order
noti kaka nnt2 nov reply sambil2 k
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|