Kelantan hanya mampu bertahan tiga bulan
YATIMIN ABDULLAH | 27 Disember 2016 12:04 AM
KOTA BHARU 26 Dis. – Bekas Presiden Bola Sepak Kelantan(Kafa) Tan Sri Annuar Musa memba-yangkan The Red Warriors tidak mampu untukmembayar gaji barisan pemainnya sekiranya gagal mendapatkan tajaan sekaligusterpaksa melupakan saingan Liga Malaysia (Liga M), musim 2017.
Annuar berkata, sekiranya Kafa terus bersaing berkemungkinanbesar badan induk itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan dengan jumlahtajaan yang diterima mereka setakat ini.
“Jika Kelantan beraksi dan gaji tidak dibayar, apa nasibyang akan menimpa barisan pemain, kecuali mereka kata Kelantan jangan tarikdiri dan sedia bermain tanpa sebarang bayaran.
“Maka selesailah masalah. Ramai orang marah bila Kafa umumtarik diri, sebenarnya perkara itu bukan isu kerana Kafa sudahpun meletakkanwang cagaran untuk membolehkan pasukan kekal bersaing,” kata kepada pemberitadi sini, hari ini.
Dalam pada itu, Annuar menegaskan beliau tidak berminatuntuk kembali menggalas tugas sebagai Presiden Kafa setelah melepaskan jawatanpada 8 November lalu.
Katanya, keputusan tersebut kekal dan bukannya satusandiwara yang direka untuk meraih simpati penyokong seperti dilemparkan olehsesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
“Ini bukan (sandiwara), saya tidak mampu untuk menguruskanKafa sekiranya tiada pihak yang tampil membantu pasukan.
“Saya kena berterus terang, untuk mencari dana berjumlahRM15 hingga RM16 juta bukan tugas mudah. Jika sekitar RM6 juta berkemungkinanbesar saya mampu.
“Untuk makluman dana yang Kafa peroleh musim lalu semuanyaberkait dengan saya antaranya redONE, Alhamra, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Semua itu adalah inisiatif saya seorang,”katanya.