|
Reply #24 Syd's post
ini mak kawan baik aku nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by remizati at 19-1-2007 09:31 AM
ini mak kawan baik aku nie..
Fatimah tuh?
wahhhh!! |
|
|
|
|
|
|
|
ABPBH 2006: Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
SELAMA 45 tahun berkecimpung dalam dunia seni, inilah pertama kali beliau menerima pengiktirafan tertinggi. Malam Ahad lalu melakar sejarah tersendiri buat penyanyi pop yeh yeh terkenal Jefrydin.
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/ABP/ImagesABP/7jef.jpg)
Dalam usia 60 tahun, Jefrydin tidak menyangka masih ada pihak yang menghargai perjuangannya seninya selama ini, apabila dia dipilih menerima Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006.
Seingat Jefrydin, hanya tiga kali dia menerima anugerah. Kali pertama pada 1965 menerusi pertandingan Bintang Suara Emas dan The Best Of The Song di Singapura dan baru-baru ini pada Majlis Anugerah Kecapi Papita 2006.
Justeru, pengiktirafan ini amat bermakna buat seorang bintang veteran sepertinya kerana dia langsung tidak menyangka bakatnya terus dihargai.
Suaranya menahan sebak bila diberi peluang berucap di hadapan lebih 5,000 penonton. Masakan tidak, pada usia 60 tahun barulah dia berpeluang menggenggam trofi yang diberikan pada satu majlis penganugerahan berprestij.
揝aya terkejut dan bersyukur kepada Tuhan kerana masih ada insan yang menghargai perjuangan saya, sedangkan kita ada ramai artis lain. Tidak tahu bagaimana harus saya membalas kembali budi baik Berita Harian yang memberikan penghormatan seperti ini kepada saya.
揝aya rasakan seperti menerima Anugerah Grammy pula. Seumur hidup saya, inilah anugerah paling hebat yang saya rasai dan tontoni, |
|
|
|
|
|
|
|
ABPBH 2006: 慞enghargaan ini sangat besar erti |
|
|
|
|
|
|
|
Nostalgia: Kejelitaan Umi Kalthum pikat produser filem
Oleh Zainuri Misfar
Primodana filem Melayu klasik pernah jadi rebutan pengarah dapat jolokan Wanita Tercantik Singapura
SEBUAH majalah keluaran 1957 pernah memuatkan artikel mengenai Datin Umi Kalthum, isteri kepada Allahyarham Datuk S Roomai Noor bahawa beliau adalah pelakon yang mempunyai 慿ecantikan Melayu asli |
|
|
|
|
|
|
|
wow..banyaknya penerangan & information..penat sey nak mengkhatamkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang Sabtu: Jamil Sulong saksi ibu, adik dibunuh
Oleh Zainuri Misfar
PERISTIWA rumahnya diserang dan dibakar, manakala beberapa anggota keluarganya dibunuh kejam komunis sebaik saja tentera Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua, adalah tragedi hitam tidak dapat dilupakan sepanjang hayat tokoh filem veteran, Datuk Jamil Sulong (gambar).
Peristiwa ngeri dan menyayat hati berlaku di kampungnya, Parit Sulong, Batu Pahat itu memang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa sehinggalah beliau ditemu bual Berita Harian, kelmarin.
揝aya tidak pernah cerita kepada sesiapa. Semua saya simpan untuk dimuatkan dalam buku saya |
|
|
|
|
|
|
|
Kuswadinata laris hingga kini
Oleh Khadijah Ibrahim
SETIAP kali menonton gelagat Tan Sri P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin pada babak menjalani sesi uji bakat untuk jadi pelakon dalam filem Seniman Bujang Lapuk, pasti kita ketawa.
Sebenarnya situasi sebegitu pernah dirasai oleh pelakon Kuswadinata sewaktu menjalani uji bakat di hadapan pengarah Datuk L.Krisnan dan Allahyarham Mahmud June pada tahun 1957.
揥aktu itu Uncle memang gelabah macam dalam filem Seniman Bujang Lapok. Bayangkan dalam ramai yang datang uji bakat, hanya kita seorang budak baru. Sudahlah baru, tidak ada pengalaman berlakon pula. Yang ada cuma minat.
揟api Uncle bernasib baik kerana diterima berlakon, |
|
|
|
|
|
|
|
thanks dex
banyak sumbangan kat thread nih
![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #129 Syd's post
syd pun -
and i am glad u opened this thread hari tu
saya suka baca -- kat thread ni -
and try to contribute a bit yang i can -
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nostalgia: Raftah aktif perjuang lagu irama keroncong
Oleh Zainuri Misfar
Bintang mula bersinar sejak menyertai pertandingan Bintang Radio seluruh Malaysia pada 1966
NAMA Raftah Bachik barangkali tidak diketahui oleh generasi sekarang. Kemunculan banyak penyanyi yang lebih muda dan ranggi, memang menenggelamkan penyanyi angkatan 60-an hingga 80-an.
Tambahan pula Raftah adalah penyanyi yang dikenali dengan lagu keroncong dan Asli, dua genre muzik yang memang kurang diminati oleh kebanyakan orang zaman sekarang.
Bagaimanapun, penyanyi itu tetap aktif menyanyi. Tanpa publisiti meluas, beliau masih mendapat undangan mengadakan persembahan untuk majlis rasmi anjuran agensi kerajaan, jabatan kebudayaan, pusat pengajian tinggi atau pihak yang masih mengangkat irama Melayu asli.
Dalam zaman kegemilangannya, beliau seangkatan dengan Aspalela Abdullah, Hamidah Urip, Mariam Ahmad, Rahim Jantan yang semuanya adalah pelopor lagu genre Melayu asli, keroncong, zapin atau inang.
Suaranya mungkin sesekali boleh didengar menerusi stesen radio Klasik Nasional yang menawarkan lagu Melayu klasik selama 24 jam.
Raftah mula menyanyi seawal usia 10 tahun lagi. Bapanya, Md Sotan adalah pelakon bangsawan, namun begitu bapa saudaranya, Bachik Abdul Hamid yang banyak mengasuh dan memberi bimbingan serta membawanya ke dunia seni.
揇ia (bapa saudaranya, Bachik Abdul Hamid) banyak memberi pendedahan dalam bidang ini. Kebetulan beliau adalah pemimpin orkestra Rangkaian Hasdi. Dia bermain double bass atau gitar. Orkestra ini selalu buat persembahan di sekitar Klang.
揂pabila mereka buat latihan di rumah, saya selalu datang tengok sebab rumah dia bersebelahan rumah keluarga saya. Mungkin disebabkan saya ada minat dengan muzik keroncong, bapa saudara saya tidak teragak-agak untuk memberi tunjuk ajar, |
|
|
|
|
|
|
|
From cowherd to celebrity
04 Mar 2007
DJ Dave is the unlikely success of the Malay music industry. He has carved a name for himself by popularising Malay music among Malaysians. He talks to BALAN MOSES about how he did it despite the odds and how it added colour to his professional and private lives.
A YOUNG Malay boy is arguably responsible for creating the singing sensation that Malaysians know as DJ Dave.
If not for a question that the lad in crutches had posed in 1972, the crooner who introduced a unique Hindi lilt to Malay music would have ended up a senior postal officer.
But the fateful query after a RTM Hari Raya show in Cheras that day changed his life |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #132 freekey's post
teknik bleach kulit kot... mcm tok pah, zz, sume tu kan asalnya gelap. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #134 freekey's post
thread muka sebelum & selepas tu rasanya yg kat bod gossip... |
|
|
|
|
|
|
|
M. Daud Kilau jahit labuci sendiri
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM
LETAKLAH sepuluh barisan penyanyi baru, namun bila keluar sahaja Datuk M. Daud Kilau, 69, semua penyanyi baru yang jelita dan kacak itu akan tenggelam!
Ini kerana M.Daud ada keistimewaan yang tidak dimiliki oleh penyanyi lain iaitu mampu menari gelek selain daripada mempunyai vokal yang mantap.
Gelekan M.Daud tidak nampak seghairah goyang gerudi Inul Daratista atau gelek 45 darjah gaya Mas Idayu. Namun tarian geleknya yang lemah lembut dan tampak sopan itu tetap menarik perhatian umum.
Lantaran kelebihannya itulah, M.Daud atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau yang dilahirkan di Sungai Ular, Bagan Datoh, pada 10 Julai 1938 itu digelar Raja Gelek Malaysia.
Kata M.Daud, dia tidak pernah belajar menari daripada mana-mana koreografer kerana kebolehannya itu kurniaan Allah.
揈ntah... saya sendiri tidak tahu dari mana saya ada bakat menari. Semuanya bermula bila saya sedang menjalani rakaman di studio untuk lagu Sireh Pinang.
揥aktu itu penerbit lagu Yusaini Amir yang nampak saya bergoyang beritahu saya, di Indonesia penyanyi yang menyanyi sambil bergelek ialah Rhoma Irama. Bermula dari situlah, bila menyanyi saya automatik akan menari, |
|
|
|
|
|
|
|
Jefrydin pernah jadi pemberita
Oleh Zainuri Misfar
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/10jef.jpg)
MENGUTIP bola tenis di sebuah kelab rekreasi berhampiran rumah neneknya di Singapura adalah kerja sambilan Jefrydin atau Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman (gambar), penyanyi utama kumpulan pop yeh-yeh, The Siglap Five.
揔etika itu saya berusia 15 tahun. Selepas pulang sekolah, saya terus ke kelab. Walaupun agak penat kerana berkayuh basikal sejauh lapan kilometer dari sekolah di Toa Payoh ke Jalan Sophia, saya seronok melakukan kerja itu. Saya dapat S$2 hingga S$5 sehari.
揇uit itu saya gunakan untuk meringankan beban nenek. Maklumlah, ibu meninggal dunia ketika saya berusia tiga tahun dan adik perempuan saya pula masih bayi. Ayah pula pulang ke Indonesia sebaik saja ibu meninggal, |
|
|
|
|
|
|
|
phew, berasap kepala dok baca artikel2 ni, ada yg dah pernah baca lam paper.. tapi tetap nak baca. infomative btuii... kagum tul ngan semangat artis dulu2, komitmen dowang...superb...
tambah...tambah lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Nostalgia: Yusni dianggap penyanyi 憄ilihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|