CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: StoneCold

TAKDIR [merged] hird, sedondon, kuman

[Copy link]
Post time 15-9-2006 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 15-9-2006 02:57 AM




Reply by me

Actually x ada sesape pun dlm dunia ni blh clairied apa yg sbnarnya. Cuma ramai yg YAKIN krn mendpt sokongan dr org2 lain yg prcaya dgn apa yg mrk bawakan. Hanya ALLAH SAHAJA ...


Ape maksud awak manusia tiada berbeza langsung dngn sifat Allah ? :hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2006 12:04 AM | Show all posts
Salam...

Saya tak pandai nak menghuraikan tentang takdir... namun hasil dari kepercayaan kepada takdir menjadikan seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginannya selaras dengan suruhan dan tegahan Allah....  dia pasrah dan redha dengan setiap hasil yang didapati... tidak kira kejayaan maupun kegagalan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 09:59 AM | Show all posts
pada pendapat saya la.. kita jgn diconfuse kan dgn bende ni.. ini akan membuatkan kita berserah segala2nya pada takdir.. xde usaha.. xde ibadat.. xde buat ape2.. just relax wait N see.. Allah bagi kita otak utk berfikir.. ape guna .. setiap perkara and benda Allah cipta ade maksud...xde yg Allah cipta dgn sia2..

Allah yang menentukan takdir.. ya benar.. dan Allah juga berhak untuk mengubah takdir itu.. kerana Allah berkuasa atas segala ape yg Dia mahu.... kita umat Nabi Muhammad S.A.W.  umat teristimewa.. umat akhir zaman.. Nabi sayang kat kita.. kalu bole Nabi xnak semua umatnyaa masuk neraka(nauzubillah)

Nabi dah bgtau cara2 untuk kita masuk Syurga.. cuma kita kena ikut cara yg Nabi dah bgtau..

kita kena berdoa supaya Allah matikan kita dlm Iman..Ikhlas.. Usaha.. Allah  tak menjadikan sesuatu itu dgn sia2..
Allah dah takdirkan kita ya benar.. tp mcm mana kita lalui kehidupan kita?.. itu atas diri kita sendiri..

sebagai contoh.. hari ni katakan Allah dah tetapkan aku akan dpt RM 1 juta.. ni takdir Allah.. tp dari mana aku dpt?.. mcm mana aku dpt?.. itu atas cara amalan aku?? cara Halal? or cara Haram?..

Allah yang menentukan takdir.. .. dan Allah juga berhak untuk mengubah takdir itu.. kerana Allah berkuasa atas segala ape yg Dia mahu.... Wallahualam..Maafkan saya kalu silap.. saya seorang yg tidak pandai dlm Agama...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 08:53 AM | Show all posts
ayat mengubah nasib tu kata allah takkan ubah kalau kita tak usaha... maknanya dgn usaha kita nasib kita berubah... tapi ia masih dlm ketentuannya

hadith ni insyaallah boleh bantu kita:

Muslim, Book 026, Number 5504:

Hadis Abdullah bin Abbas r.a:
Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan para pengikutnya. Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam.

Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata: Cuba panggilkan para sahabat Muhajirin yang pertama. Aku melaksanakan perintah Umar. Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam. Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata: Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang. Sebahagian yang lain pula berkata: Engkau diikuti oleh orang ramai dan para sahabat Rasulullah s.a.w, jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Kemudian beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para sahabat Ansar. Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Lalu beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana. Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini. Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku.

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.

Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga?

Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya. Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu.






hadis sahih...

[ Last edited by  kyas at 1-11-2006 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 12-10-2006 02:43 AM

Boleh bg rujukan x statement2 kau di atas ni:hmm:



kalu ko baca mula2 kan aku dah bgtau.. "pada pendapat aku"
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:20 PM | Show all posts
ni sekadar mengikut pemahaman sendiri...

takdir ni ada yang tetap dan boleh berubah...

contoh bagi yang tetap adalah:
Big Bang , putaran bumi di atas paksinya dan kiamat

contoh bagi yang boleh berubah adalah:
Rezki - asasnya sudah ada cuma kalau usaha ia buleh berubah... cuba resign dan dok rumah saja... sama tak pendapatan kita
Jodoh - usaha juga perlu... cuba ceraikan isteri atau isteri-isteri anda atau minta cerai dari suami
Ajal - asas nya telah ada tapi juga buleh berubah... bunuh diri ... satu dosa

tu sebab allah suruh usaha kalau nasib nak berubah...

seringkali kita jadi keliru... sehingga ada yang menganggap:

1. semua nya di tangan tuhan atau;
2. semua nya di tangan kita.


Kalau no. 1 itu betul maka salahlah ayat menyuruh kita usaha tu...
Kalau no. 2 itu betul maka salahlah ayat yang menyatakan Allah berkuasa di atas tiap sesuatu...

sebenarnya takdir tuhan itu telah siap untuk kita ...
cuma skrg terserah pada kita untuk memilih jalan yang mana ...

untuk memudahkan, saya umpamakan takdir yang boleh berubah itu umpama batang pokok yang mempunyai dahan dan ranting.

dimana saya perlu menyusuri dari bawah ke atas sehinggalah ke hujung ranting.

di dalam perjalanan itu kita sentiasa berhadapan dgn pilihan2 ....  di sana, keputusan perlu dibuat dan kita akan dipertanggungjawabkan terhadap jalan yang kita pilih atau usahakan.

ini bersesuaian dgn hadis tentang bagaimana adam terkeluar dari syurga sebab takdir yang mmg dah tertulis, begitu juga yang masuk neraka walaupun beramal sepanjang hayat disebabkan takdir yang dipilih, usaha umar memilih utk mengelak wabak dan hadis ketetapan rezeki, amalan serta ajal sejak dlm rahim .

aku tak tahu.

allah yang paling tahu.

[ Last edited by  kyas at 1-11-2006 10:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
jubahkuhitam This user has been deleted
Post time 1-11-2006 02:02 AM | Show all posts
seringkali kita jadi keliru... sehingga ada yang menganggap:

1. semua nya di tangan tuhan atau;
2. semua nya di tangan kita.


salam.....bagi saya antara kedua diatas hampir benar nye ttg takdir kerana  takdir  berada tgh2 diantara kebebasan yg mutlak dan keterpaksaan yg mutlak.....bermakna kita tidak bebas sepenuhnye atau dipaksa secara total dlm setiap tindak tanduk kita.sbb itu  kita jumpa didlm quran ada ayat ayat yg secara jelas perancangan Allah ttg ketentuan nasib kita seolah olah kita tak punya sedikit pon daya utk menghindarinya tapi kdg kita jumpa ayat yg memberi ruang kpd kita utk bertindak seolah kita berupaya utk menghidari apa yg ditentukan pada kita.tu pendapat dr saya...wallahualam..sesama kita fikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 09:44 AM | Show all posts

Korang Percaya tak pada takdir???

Assalamualaikum....


Saya hanya nak bertanya pada semua umat muslimat ngan muslimin semua....

Anda semua percaya tak pada takdir???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 01:37 PM | Show all posts
salah satu rukun iman PERCAYA PADA QADA dan QADAR.kalau tak percaya salah satu akan terbatal iman kita
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 31-1-2007 04:21 PM | Show all posts
Kenapa perlu tak percaya takdir.... sedangkan takdir itu ketentuan Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 05:10 PM | Show all posts

Reply #1 budakkecikgirl's post

w'salam...

apsal tanya macam tu..? ada sesuatu yg berlaku..?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 05:40 PM | Show all posts
apa yg telah nkau buat utk nkau lahir ke dunia sebagai anak mak nkau dan bukan anak seorang penternak biri biri berbangsa nepal yang tinggal di pinggir himalaya?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by lemontea at 31-1-2007 17:10
w'salam...

apsal tanya macam tu..? ada sesuatu yg berlaku..?



Entah ler..... kecik percaya pada takdir tp kecik xdpt nak percayakan pada org yg semua yg berlaku adalah ketentuan dari tuhan... takdir yg menentukan semua ni.... bukan kecik pinta....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by budakkecikgirl at 31-1-2007 05:51 PM



Entah ler..... kecik percaya pada takdir tp kecik xdpt nak percayakan pada org yg semua yg berlaku adalah ketentuan dari tuhan... takdir yg menentukan semua ni.... bukan kecik pinta....


kena pandai beza antara maksud ;

takdir yang menentukan semua ini

dengan

kepercayaan kepada qada' dan qadhar

sebab takut tersilap faham, lalu menyalahkan takdir dan ketentuan Tuhan sedangkan kita diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakal utk mencari jln yg terbaik utk kita....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 09:12 PM | Show all posts
cube kamu baca terjemahan ayat 1000 dinar. benda2 mcm ni kamu xbole piki logik akal. kamu kena study.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by budakkecikgirl at 31-1-2007 05:51 PM



Entah ler..... kecik percaya pada takdir tp kecik xdpt nak percayakan pada org yg semua yg berlaku adalah ketentuan dari tuhan... takdir yg menentukan semua ni.... bukan kecik pinta....



Memang sebenarnya semua yang berlaku dalam dunia ini ialah perancangan dan ketentuan allah , tu lah namanya takdir
Ia tetap dan tidak akan berubah . Jadi bila apa-apa beraku pada kita dalam dunia ni tidak kira buruk atau baik , kita kena redha pasal dah memang cerita kita macam tulah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 09:24 PM | Show all posts
apa masalah dia ni sbnrnya?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 10:39 PM | Show all posts

Reply #9 AniSani's post

apa yg sy faham ttg takdir ni, sesuatu yg tlh ditetapkan sjk dari azali.....apapun perkara baik yg kita lakukan semuanya telah ditetapkan....kecuali klo benda jahat or sewaktu dgnnya adalah kesilapan diri sendiri....apa yg akan berlaku esok selepas ini adalah takdir...n ada takdir yg boleh berubah dan tidak...takdir yg boleh diubah ialah dgn izin ALLAH melalui doa n usaha<<<so betul x pemahaman sy ttg takdir ni?

[ Last edited by  pinKy180 at 31-1-2007 10:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 11:05 PM | Show all posts
ermm mcm mana pulak dgn penyakit yer???ia adalah takdir jugak atau kesilapan diri sendiri?n 1 more, mcm mana pulak dgn situasi dimana kita nak lakukan perkara baik, tp x mampu dilakukan atas sbb yg sukar utk diri sendiri melawannya.....cth esok sy akan lakukan dot2 tp bila tiba hari esok, sy x mampu nak buat seperti yg sy azamkan semalam disbbkan terlalu byk perkara negatif menerjah fikiran selain keadaan fizikal x normal....kekdang benda ni berlarutan hinga berminggu2....<<<so adakah ni juga takdir?yg ni dari dulu hingga skrg sy x faham....so dikesempatan yg berharga ni sy minta sgt penjelasan dr sesiapa yg arif
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 1-2-2007 12:58 AM


Walaupun hanya pendapat peribadi kau , semestinya kau berlandaskan sesuatu , x akan guna akal dan perasaan aku je , x ke pelik tu:hmm



aku berlandaskan dgn keyakinan bahawa Allah S.W.T berkuasa penuh untuk melakukan ape sahaja yang Dia kehendaki...

semoga saya dapat amal..

Wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048823 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list