CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmaddamanhuri

unit trust CIMB

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2008 11:01 PM | Show all posts
...........................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 03:59 PM | Show all posts
ahmad, lokasi awak kat mana ek?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 02:59 PM | Show all posts
dah masuk CIGEF nye UT... so far perfomance ok la.. naik turun biasa laa... cuma yg tak bestnye, my agent tu dia beli ikut suka je.. tak survey pricing... kiter beria check rege saham tgh turun n mintak dia beli saham time tu.. tapi ditangguh2nya dgn macam2 alasan... last2 dibelinya masa rege tgh melonjak naik.. huhu... dah rugi dah kat ctu... mmm... takpe laa... kawan nye pasal.... selain CIMB nye UT ni, ada gak try UT lain... hehhehe... simpanan utk masa depan anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by uncun at 6-3-2008 02:59 PM
dah masuk CIGEF nye UT... so far perfomance ok la.. naik turun biasa laa... cuma yg tak bestnye, my agent tu dia beli ikut suka je.. tak survey pricing... kiter beria check rege saham tgh turun n ...


eh kita kena alert jugak ke pasal rege saham2 tu?
kena ambik tau gak ek?
so depend kat our agent la nak beli ke tak yer??
parah la kalo camni?
kalo dpt agent yg x prihatin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 09:31 PM | Show all posts
kalau aku macam tu..aku kata babai la...
aku pun pernah kena macam tu...masa nak suruh beli beria2...lepas tu haram senyap...tup2 bila fund baru keluar, atau aku punya epf nak due baru nak call...
so,.. sekarang ni aku pakai agent lain...kalau agent yg lama tu cal aku,..aku jawap,.
let me think first, i'll let u know...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2008 11:15 PM | Show all posts

LOKASI

Originally posted by haira at 5-3-2008 03:59 PM
ahmad, lokasi awak kat mana ek?


Lokasi saya kat Klang Valley, buat masa sekarang ni saya cover area Klang Valley dan Kelantan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-3-2008 11:19 PM | Show all posts
mendap pulakkk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2008 11:21 PM | Show all posts
up.............................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2008 11:21 PM | Show all posts
up..........................
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 12:15 AM | Show all posts
uihhh ramai juga agen kt sini..... hehehe ntah2 sume satu geng per?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2008 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by komot at 7-3-2008 12:15 AM
uihhh ramai juga agen kt sini..... hehehe ntah2 sume satu geng per?


Yer la most of the consultants kat cni satu geng la...............
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 10:35 AM | Show all posts
en. ahmad.. cek PM yer
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 07:04 PM | Show all posts
salam..
nak tanya camne performance MENA tu?
normally brp lama kita nak tgk samada dia perform atau tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by vantage at 15-3-2008 07:04 PM
salam..
nak tanya camne performance MENA tu?
normally brp lama kita nak tgk samada dia perform atau tak?


MENA dijangkakan perform dengan hebat, sebab mostly ia invest dalam sektor minyak di Middle East seperti kat Dubai dsbnya.
Normally kita tengok dalam masa medium to long term, 3-5 tahun, perhaps kalau market bagus, satu2 fund yg bagus boleh perform dalam masa 2 tahun jer. Sometimes, unit trust funds can also make money in short term period...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 09:14 PM | Show all posts
Good article for investors.

Bijak Menabung: Labur saham amanah tiada risiko

TIGA dekad lalu, mungkin kita pernah mendengar ada kalangan suri rumah menyimpan wang mereka dalam tin susu, di bawah bantal ataupun tilam untuk kegunaan masa susah. Ketika itu mereka mungkin tidak pernah mendengar istilah simpanan jangka masa panjang tetapi apa yang dilakukan adalah bagi memastikan mereka mempunyai wang pada saat kecemasan ataupun untuk kegunaan masa depan.

Muktahir ini, ramai wanita yang mula prihatin perlunya menabung untuk hari tua. Walaupun tidak ramai yang memahami mengenai simpanan dan pelaburan namun daripada kajian yang dijalankan didapati wanita lebih bertanggungjawab terutama apabila menjadi peminjam di institusi kewangan berbanding lelaki.

Sehubungan itu, wanita bekerjaya ataupun yang mempunyai perniagaan sendiri perlu memasukkan perancangan kewangan sebagai salah satu agenda penting dalam kehidupan mereka seharian. Mereka perlu memikirkan masa depan misalnya dengan menentukan matlamat jangka pendek termasuk di segi peningkatan kerjaya ataupun menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Mereka juga harus menentukan matlamat jangka masa sederhana dengan merancang untuk membeli hartanah untuk kediaman sendiri ataupun sebagai pelaburan bersama suami. Selain itu, mereka perlu ada simpanan tambahan dengan kecanggihan teknologi perubatan masa kini, wanita didapati hidup lebih lama daripada lelaki. Kajian 2004 mendapati jangka hayat lelaki 70.3 tahun manakala wanita pula 76.2 tahun. Justeru, wanita perlu memikirkan kehidupan mereka pada masa depan dengan membuat persediaan rapi agar tidak menjalani kehidupan sukar di kemudian hari.

Salah satu cara yang boleh mereka lakukan adalah dengan membuat tabungan bulanan dalam saham amanah untuk tempoh lima atau 10 tahun.

Wanita bekerja dan mempunyai keluarga, biasanya bukanlah pelabur berisiko tinggi dan pilihan paling tepat bagi mereka adalah dengan melabur dalam saham amanah. Ramai yang tertanya-tanya apakah itu saham amanah dan terkeliru dengan membuat andaian bahawa saham amanah adalah sama seperti membeli saham di Bursa Malaysia.

Andaian itu tidak tepat sama sekali. Pelaburan yang dibuat di Bursa Malaysia adalah pelaburan secara langsung sedangkan saham amanah pelaburannya diagihkan dalam beberapa porfolio termasuk bon, simpanan tetap, bil-bil perbendaharaan kerajaan, pelaburan luar negara dan juga pelbagai kaunter dalam Bursa Malaysia.

Kepelbagaian pelaburan ini yang menjadikan saham amanah itu stabil dan berisiko rendah sementara mampu memberi pulangan tinggi, purata antara 10 hingga 15 peratus setahun. Pulangannya menerusi tiga cara iaitu dividen, bonus unit dan juga peningkatan atas modal dan ia bergantung pada matlamat dana yang dipilih.

Dalam pelaburan,ungkapan yang biasa didengar: Jangan letak semua telur dalam satu bakul, ada baiknya mempunyai banyak bakul telur kerana jika satu jatuh dan terpecah, ada yang lain lagi untuk menampung. Konsepnya sama dalam saham amanah terutama yang dikendalikan oleh institusi kewangan kerana pelaburan ini dikendalikan pihak profesional yang diselia Suruhanjaya Sekuriti dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Pelaburan dalam saham amanah perlu seiring dengan matlamat individu iaitu bagi tabungan jangka masa sederhana dan panjang, untuk tempoh lima ataupun 10 tahun. Yang menjadi cabarannya apabila pelabur tidak mempunyai masa tempoh masa minimum sekurang-kurangnya tiga tahun. Dalam saham amanah, selain wang, faktor masa menjadi aset terpenting.

Perancangan hari ini bakal menentukan kehidupan kita masa depan. Ramai yang mula bekerja begitu ghairah berbelanja sedangkan ada baiknya sediakan payung sebelum hujan dan beringat-ingat sebelum terkena. Apabila sikap boros menjadi kelaziman hidup, peritnya akan terasa pada masa depan kerana tidak mempunyai tabungan ataupun simpanan. Hidup perlu dinikmati tetapi biarlah berpada-pada dalam berbelanja supaya tidak menyusahkan diri sendiri.

Ungkapan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit seharusnya menjadi amalan. Wanita yang memperuntukkan sebahagian wang gajinya sebagai simpanan adalah wanita berwawasan yang prihatin kehidupan mereka masa depan. Jika mereka menabung sebulan RM200 selama 10 tahun dengan kadar purata pulangan 12 peratus setahun, simpanan mereka akan berkembang RM46,500 dan jika mereka terus menyimpan lima tahun lagi, jumlah ini akan berkembang pada RM101,000!

Pelaburan ini bersifat kumulatif. Contoh paling mudah, katakan ketika ini anda membeli sebuah rumah dua tingkat yang harganya RM150,000 dan anda membuat pinjaman bank sebanyak RM130,000 untuk tempoh 30 tahun. Setiap bulan anda membayar RM1,200 dan jumlah keseluruhan bayaran balik anda adalah RM432,000. Mekanismanya sama cuma kini dengan membuat tabungan bulanan secara konsisten, anda memberi peluang wang anda bekerja lebih keras untuk anda!

Bayangkan RM50,000 yang anda miliki kini berkembang lebih RM200,000 dalam tempoh 15 tahun seandai anda meletakkannya dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan 10 peratus setahun. Jika pulangannya 12 peratus setahun pula, nilai tabungan anda adalah RM274,000 dan jika pulangannya 15 peratus, simpanan anda berkembang lebih RM400,000!

Tanya diri dan bukalah minda. Jadilah pelabur bijak!

Artikel ini ditulis oleh Perunding Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor.

[ Last edited by  ahmaddamanhuri at 16-3-2008 09:17 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 09:21 PM | Show all posts
Bijak Menabung: Bebaskan diri anda daripada hutang


SAMBUTAN kemerdekaan masih belum lagi berakhir. Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia muncul sebagai sebuah negara moden yang makmur. Hasil perancangan rapi yang disusun oleh bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Al-Haj; bapa pembangunan, Tun Abdul Razak; bapa perpaduan, Tun Hussein Onn; bapa kemodenan, Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hasil kekayaan negara dapat dinikmati bersama pelbagai kaum.

Kemakmuran negara ini turut menarik ramai pendatang asing untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini. Bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia adakah kita sebenar-benarnya sudah merdeka? Dari segi fakta sejarah, memang negara kita sudah lama bebas daripada penjajahan.

Bagaimana pula dengan minda? Adakah minda kita sudah bebas ataupun masih lagi terbelenggu? Adakah kita masih memikirkan sesuatu perkara itu dalam lingkungan persekitaran sedia ada ataupun kita sudah boleh berfikir di luar daripada kotak pemikiran yang ada?

Adakah generasi muda kita sudah boleh melihat bahawa negara ini penuh dengan pelbagai peluang untuk membina kecemerlangan kehidupan ataupun masih tertumpu untuk bekerja makan gaji?

Tanggungjawab bermula dengan diri anda sendiri. Keinginan untuk berubah memang ada dalam diri setiap manusia, tetapi kebiasaannya kita mahukan orang lain berubah mengikut kehendak kita sedangkan hakikatnya untuk sesuatu keadaan itu berubah, kita perlu berubah dulu. Dalam banyak keadaan kita sering menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu keadaan yang agak kurang menyenangkan.

Di sebalik semua persoalan itu, pernahkah anda terfikir adakah diri kita benar-benar sudah merdeka terutama dari segi kewangan. Kemerdekaan dalam pengurusan kewangan adalah bebas hutang. Sebagai individu, ramai yang ingin membebaskan diri daripada hutang, tetapi jarang sekali ada yang menjadikannya sebagai satu misi ataupun matlamat hidup. Malah ada yang menganggapnya sebagai lumrah, kelaziman demi kelangsungan hidup.






Anda boleh boleh membebaskan diri daripada hutang jika mempunyai perancangan. Bayangkan hidup anda itu sebagai satu perjalanan. Lukiskan di atas kertas dan tandakan jalan hidup anda itu dengan bendera kemenangan. Tuliskan tarikh dan tahunnya. Sebagai contohnya, jika anda seorang pekerja di mana dan bagaimana kehidupan anda lima tahun akan datang.

Matlamat yang perlu anda capai dalam tempoh berkenaan dan apa pula perancangannya bagi 10 tahun akan datang. Adakah ketika itu anda sudah mencapai cita-cita anda menjadi jutawan, mempunyai perniagaan sendiri ataupun memiliki kenderaan mewah idaman anda.

Semuanya bermula daripada impian dan dorongan impian itu menjadikannya satu matlamat. Anda perlu mempunyai keinginan yang mendesak kerana impian hari ini adalah realiti kehidupan anda masa depan. Rancang untuk menjadi manusia merdeka yang bebas hutang. Kehidupan menjadi lebih indah dan bermakna jika anda bebas hutang dan mempunyai kemampuan untuk membeli barangan diingini.

Apapun, jangan lupakan prinsip asas tabungan dengan mengasingkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan untuk tabungan jangka panjang. Jika berkemampuan, asingkan 30 peratus dengan menetapkan matlamat simpanan: 10 peratus untuk kegunaan jangka pendek; 10 peratus lagi untuk simpanan jangka masa sederhana (3-5 tahun) dan 10 peratus lagi untuk jangka masa panjang (lebih lima tahun).

Ketiga-tiga tabungan ini perlu diasingkan dalam tiga instrumen pelaburan berbeza sebagai contohnya, menyimpan dalam Tabung Haji atau Amanah Saham Nasional (ASB) dan juga dalam saham amanah khususnya yang ditawarkan Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang mampu memberikan purata pulangan lebih tinggi.

Ketika membuat simpanan anda perlukan masa dan kesabaran. Ramai yang tertarik untuk mendapat faedah segera dan sanggup menghanguskan wang mereka dengan melabur dalam skim tertentu. Sebagai analogi, katakan anda mempunyai sebidang tanah dan bercadang menjadikannya tanah dusun. Sebelum dusun itu mampu mengeluarkan hasil, tanah itu perlu anda bersihkan terlebih dulu.

Kemudian baru anda menanam pokok, diikuti aktiviti menyiram, merumput dan membaja bertahun-tahun sehingga ia dapat mengeluarkan hasil. Dalam pelaburan tiada istilah untung segera dan lazimnya jika ada skim yang memberi untung segera, ia itu tidak mampu bertahan lama.

Manusia mempunyai pelbagai kehendak namun kemampuannya amat terhad. Kehidupan menjadi lebih mudah dijalani sekiranya tidak terlalu mengikut keinginan hati. Sebelum berbelanja fikirkan dulu, adakah ia penting dan menjadi keutamaan hidup anda.

Senaraikan mengikut tahap kepentingan dan rangka belanjawan bulanan. Catitkan setiap pembayaran atau pembiayaan dalam buku khas. Pastikan tabungan atau simpanan diletakkan teratas sekali dalam senarai belanjawan anda ini. Ia akan mengingatkan anda bahawa setelah bekerja keras sebulan, anda berhak menikmati faedahnya dengan memperuntukkan sebahagian pendapatan untuk tabungan diri sendiri.

Lakukan secara berdisiplin dan konsisten dan anda akan melihat wang anda berkembang tahun demi tahun. Bagi yang berpendapatan RM1,000, paling minimum simpan RM100 setiap bulan menggunakan khidmat autodebit yang disediakan bank untuk melabur dalam mana-mana dana IPD. Dengan membuat pelaburan RM100 setiap bulan selama 15 tahun, jika kadar pulangannya 10 peratus setahun, wang anda berkembang hampir RM41,800. Jika diteruskan menyimpan sehingga 30 tahun, jumlahnya hampir RM230,000! Inilah kuasa gandaan.

Rancang hidup anda dan rancang perbelanjaan anda. Wang memang bukan segala-galanya namun hampir segala-galanya memerlukan wang. Jadilah insan merdeka. Fikir-fikirkan dan bukalah minda.

Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2008 09:26 PM | Show all posts
Belanja berhemah elak hutang
PEPATAH Inggeris ada berkata: No one has ever finds life worth living
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 09:44 PM | Show all posts
Bijak Menabung: Fahami makna saham amanah

BEKAS juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata: Mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. Sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ada risiko boleh diurus!

Risiko yang boleh diurus antaranya adalah pelaburan dalam saham amanah. Sejak memulakan ruangan ini Ogos tahun lalu, banyak pertanyaan saya terima sama ada berbentuk pesanan ringkas ataupun e-emel bertanyakan apakah itu saham amanah. Ramai yang membuat andaian saham amanah itu hanyalah saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Nasional (ASN) ataupun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tidak ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan institusi perbankan di negara ini turut menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana professional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung!

Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan mereka yang terbabit dalam bidang ini terutama perunding saham amanahnya perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FUMTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu ataupun syarikat ini, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil untuk menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM100, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan dalam pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam saham amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis saham amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal, dividen dan juga bonus. Kelebihan dana amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

Keupayaan mengeluarkan duit dalam tempoh lima hingga 10 hari waktu bekerja ini penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga dikehendaki baru boleh dijual.

Pelaburan saham amanah ini memang ada caj pengurusannya iaitu antara 0 hingga 6.5 peratus, namun bagi 15 dana teratas tahun lalu daripada Jun 2006 hingga Jun 2007, mampu memberi pulangan lebih 50 peratus setahun (sumber Bloomberg). Yang menarik antara 15 dana teratas itu, sembilan adalah daripada CIMB Wealth Advisors Bhd.

Jika ingin membuat pelaburan, sebenarnya mana-mana institusi pengurusan dana mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri dengan setiap dana itu mempunyai objektif pelaburan berbeza. Apapun jangan mudah terpedaya dengan laungan retorik 憈erbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 09:58 PM | Show all posts
Bijak Menabung: Perbelanjaan spontan bawa padah

PRESIDEN ketiga Amerika Syarikat, Thomas Jefferson berkata: Jangan belanjakan wang anda sebelum anda memilikinya. Kata-kata beliau memang tepat sekali kerana sebelum ia berada dalam tangan, wang itu belum lagi menjadi hak kita.

Kebiasaannya setiap hujung tahun ataupun awal tahun, kebanyakan syarikat swasta mahupun kerajaan akan memberikan bonus sebagai ganjaran kepada pekerja yang bekerja keras menyumbang pada perolehan syarikat. Mungkin ramai di antara kita yang sudah merancang untuk berbuat sesuatu dengan wang yang bakal diterima itu. Ada saja perancangan yang dibuat sama ada untuk mengubahsuai rumah, melancong bersama keluarga ataupun mengenepikan sebahagiannya untuk perbelanjaan awal tahun persekolahan anak.

Ada juga yang menggunakan wang bonus ini untuk melunaskan bayaran kad kredit ataupun mengurangkan baki pinjaman hutang dengan mana-mana institusi kewangan. Tidak kurang juga yang merancang untuk menukar kenderaan lama dengan yang baru ataupun menghias rumah dengan perabot baru.
Belum lagi wang bonus itu diterima, ramai yang sudah mula meninjau-ninjau apa yang patut dibeli. Bagi yang ingin menukar kereta, akan mula berkunjung ke bilik pameran kereta dan memandu uji kereta yang ingin dimiliki. Bagi yang ingin menukar perabot baru sudah mula membuat perbandingan harta, meninjau reka bentuk sesuai dan ada juga yang sudah meletakkan wang pendahuluan ataupun deposit.

Mendapat durian runtuh seperti bonus ataupun ex-gratia memang seronok kerana itulah kesempatan untuk melihat wang terkumpul dalam jumlah yang agak besar. Jika menyimpan sedikit demi sedikit mengambil masa bertahun-tahun baru jumlahnya nampak berkembang. Justeru tidak menghairankan jika ramai pekerja yang tertunggu-tunggu bila masanya syarikat tempat mereka bekerja akan memberikan bonus. Dapat saja wang, mereka sudah tahu mana yang perlu dituju untuk dihabiskan.

Membeli sesuatu barangan seperti perabot, lebih baik dibeli secara tunai daripada membelinya secara membayar ansuran. Membeli tunai anda mendapat kelebihan tawar-menawar dan boleh membelinya secara diskaun. Sekiranya membeli secara ansuran, anda bukan saja perlu membayar lebih malah jika tidak meneliti kedudukan kewangan anda, mungkin juga akan meningkatkan perbelanjaan dan menjejaskan perancangan bulanan.

Bagaimanapun, sebelum membeli sesuatu ada baiknya meneliti dulu kedudukan kewangan terutama jika komitmen pinjamannya mengambil masa yang agak panjang. Pertimbangkan bayaran bulanannya, simpanan kecemasan yang anda perlu ada serta perbelanjaan lain yang perlu anda peruntukan setiap bulan. Jangan terjerat dengan tindakan spontan kerana membeli sesuatu yang memerlukan anda mengeluarkan perbelanjaan besar boleh menjejaskan kedudukan kewangan anda.

Seorang pelanggan apabila meninjau ingin membeli sesuatu yang dihajatinya akan meninggalkan kad kredit ataupun buku ceknya di rumah bagi mengelakkan tindakan spontan ini. Sebelum membeli sesuatu, dia akan meninjau dulu di beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan harga dan mutu barangan.

Katanya, jika dia membawa kad kredit ataupun buku cek, mudah sekali untuk dia terpengaruh dengan pujukan mesra jurujual. Bila kedua-dua kemudahan membeli-belah itu tiada bersamanya, dia mempunyai kesempatan untuk berfikir.

Sebelum membeli, fikir dulu. Ramai kalangan kita yang berbelanja mengikut perasaan. Apa yang disukai akan dibeli dan selalunya apabila membeli satu, katakan sepasang kasut baru dan tampak lagi yang berbeza potongan dan reka bentuknya, hati akan tertarik. Kenyataannya, keinginan manusia ini tidak terbatas sedangkan kemampuannya amat terhad.

Apabila berbelanja harus berpada-pada mengikut kemampuan. Berbelanja dan menabung harus seimbang. Katakan jika anda mendapat bonus awal tahun ini, bagaimana jika disimpan 30 atau 50 peratus? Setiap bulan pula, seperti berbelanja, jadikan menabung juga sebahagian agenda tetap. Bayangkan RM200 yang anda simpan dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan 10 peratus setahun, dalam tempoh 10 tahun simpanan anda itu akan berkembang lebih RM41,000!

Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 10:33 PM | Show all posts
Bijak Menabung: Setiap pelaburan ada risiko

APABILA membuat pelaburan, ada yang berasa bimbang wang dilaburkan itu lesap ataupun tidak mendapat keuntungan sebagaimana yang diharapkan. Itu memang tidak dinafikan kerana sudah menjadi adat pelaburan, ada yang memberikan pulangan menarik dan ada juga yang rugi. Kerugian ini yang menakutkan banyak pihak dan mereka lebih rela meletakkan wang mereka dalam akaun simpanan biasa meskipun mengetahui pulangannya tidak seberapa.

Banyak pertanyaan yang saya terima mengenai risiko pelaburan khususnya bagi yang berminat untuk melabur dalam saham amanah. Saya andaikan pelaburan ini umpama membuka restoran. Sebelum dapat mengaut pulangan, pemilik restoran berkenaan pastinya perlu mengeluarkan wang dulu untuk menyediakan segala kelengkapan seperti menyewa bangunan bersesuaian, menyediakan dapur dan peralatan memasak, pinggan-mangkuk, tukang masak, pelayan dan bahan-bahan masakan.

Kebiasaannya, dalam tempoh enam bulan ataupun tahun pertama masih lagi belum pulang modal. Jika restoran ini unik dan menyajikan makanan yang sedap mungkin kurang daripada dua atau tiga tahun, pemiliknya sudah boleh tersenyum kerana sudah mendapat semula modal pelaburan, tetapi bagi yang baru mula berjinak-jinak dan kurang pengalaman berniaga mungkin mengambil masa lebih lama.

Begitu jugalah sekiranya anda melabur dalam saham amanah. Risikonya memang ada namun ia adalah jenis risiko yang boleh diurus. Risiko boleh diurus ini bermaksud pengurus dana akan mengambil segala langkah perlu bagi mengurangkan risiko pelaburan dan caranya adalah dengan mengagihkan pelaburan itu dalam beberapa potfolio. Potfolio pelaburan ini termasuklah bon, bil perbendaharaan kerajaan, simpanan tetap, gugusan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau luar negara.

Pemilihan pelaburan dalam syarikat ini akan ditentukan oleh pengurus dana profesional yang akan membuat kajian teliti mengenai sesebuah syarikat yang ingin dilaburkan. Ia bukan dibuat sembarangan. Hanya syarikat yang kukuh dan berpotensi saja menjadi pilihan. Kepelbagaian pelaburan dalam saham amanah ini menjadikan ia pilihan pelaburan digemari ramai terutama bagi masyarakat luar negara. Di Amerika Syarikat saja industri saham amanahnya menguasai lebih 40 peratus pasaran modal negara berkenaan, India 30 peratus manakala Malaysia baru saja berkembang dan menguasai hanya kira-kira 14 peratus.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa pelaburan saham ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang risiko jika pelabur mempunyai masa. Masa adalah faktor utama yang menentukan pelaburan itu berisiko ataupun tidak. Ia akan menjadi berisiko apabila pelabur tidak mempunyai masa kerana pelaburan dalam saham amanah ini adalah untuk jangkamasa sederhana dan panjang, sekurang-kurangnya mempunyai masa antara tiga hingga lima tahun.

Tidak dinafikan ada pelaburan dalam saham amanah ini tidak membuahkan hasil yang dijangkakan. Sehubungan itu, sebelum membuat pelaburan, harus dibuat kajian dan penyelidikan terlebih dulu. Sebaiknya dapatkan maklumat lanjut berkenaan sesuatu jenis dana yang ingin dilaburkan. Jangan mudah terpedaya dengan slogan tertentu kerana secara umumnya mana-mana institusi pengurusan dana di negara ini menawarkan mempunyai kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Sebagai pelabur, anda perlu membuat pilihan bijak.

Umumnya industri pelaburan saham amanah di negara ini mampu memberikan pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun. Seandainya anda melabur RM100,000 dalam tempoh lima tahun, ada dana yang mampu memberikan pulangan lebih 100 peratus! Bagaimanapun, pemilihan dana ini bergantung pada faktor usia dan profil risiko yang mampu ditangani pelabur berkenaan.

Setiap pelabur mempunyai profil risiko yang berbeza. Ada yang agak konservatif dan kebiasaannya dana yang ditawarkan untuk mereka juga adalah dana konservatif (yakni berisiko rendah). Sementara yang sederhana akan ditawarkan dana seimbang, manakala yang sukakan cabaran akan ditawarkan dana agresif.

Namun perlu diingat, tahap risiko pelaburan dana amanah ini berkait rapat dengan pulangan pelaburan. Lebih tinggi risikonya lebih tinggi pula pulangannya. Bagi perunding kewangan berpengalaman, mereka akan merangka beberapa strategi pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan pelabur. Justeru, sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda perlu bijak memilih institusi pengurusan dana serta perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkan dan profesionalisme rundingannya. Pastikan wang anda itu berada dalam tangan yang terbaik.

Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062984 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list