CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pisang_goreng

korang suka bela ikan apa?

[Copy link]
 Author| Post time 20-7-2013 12:30 PM | Show all posts
SFB posted on 6-3-2013 12:29 PM
Aku ada 2 ekor kaloi indon dan 1 ekor chichlid...ayah aku bela ikan-ikan ni sebelum dia meninggal..s ...

letak la gambar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 12:09 AM | Show all posts
awansakti posted on 23-3-2013 07:51 AM
Cichlids and bichirs!

pernah bela ikan jenis ni..dari kecik boleh jadi besar tapak tangan..tau2 ikan2 kecik lain dlm akuarium abes ditelannya..huhu..ganas dan agresif.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 12:32 PM | Show all posts
Saya minat ikan yg ganas2 ni, predator.. nmpak ganas, tp xdelah smpai mkn or gigit org.. hehe.. Saya skrg nie bela ikan Senegal Bichir Albino, saiz da hampir 7inch da.. selain itu, ada bela ikan Paroon Shark(Org pggil juga ikan patin) 2 ekor, 7.5 inch each. Saya punya bichir female, so skrg saya ingin mencari yg jantan nya 2 or 3 ekor.. nak buat projek spawning.. ;-)

Bichir mmg makanan nya lah ikan2 kecik nie.. tpi dia nie friendly, kalau dia kenyang, ikan kecik2 tu bleh selamat.. masalahnya bichir nie bukan pemakan.. lagi satu dia nie rabun.. byk guna deria hidung nya je.. kalau nak cari ikan jenis lain utk partner dgn dia, kena la pastikan jgn terlalu kecik yg bleh muat mulutnya & jgn cari ikan yg kuat mkn, sebab, nnti bila bg makan, habis oleh ikan2 lain ni.. X mknlah bichir korang nanti..

*** Bleh juga trus ke Thread Mengenai Senegal Bichir nie http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Bam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:03 AM | Show all posts
awansakti posted on 23-3-2013 07:51 AM
Cichlids and bichirs!

Salam, Camane perkembangan Managuense Cichlid @ Jaguar Cichlid tu...asyik bergaduh aje kerjanya tapi cantik ikan2 tu.
Senegal birchir bela sekor aje ke? Update la gambor!!

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:10 AM | Show all posts
haji_one posted on 10-6-2013 04:42 PM
Saya sekarang ni bela ikan toman bunga (kerandang / jaloi)..spesis snakehead la jugak (keluarga haru ...

Salam, Channa maruloides @ toman bunga ni bela sekor aje @ single tank species? By now dah umur 9 bulan, dah naik ke bunga dia. Cantik aquarium setting, post la latest gambor, nak tengok development ikan dan full tank view. Tq.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:13 AM | Show all posts
spy^patrick posted on 7-3-2013 01:00 PM
ikan kelisa.!! aku ade bela.. beli hri tu rm400.. kecik je lg..

Salam, kelisa kecik RM400...jenis MGBB ke? Postla gambar terbaru!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2013 01:28 AM | Show all posts
codenamekidz posted on 7-7-2013 06:16 PM
nak tanya lah...

xpe ke kalau letak ubat hijau 3hari sekali untuk ikan emas?

Salam, hidup lagi ke ikan2 tu. Masih minatke bela ikan lagi? Aqua besar mane? Ada pakai filter media or just a simple bowl? Kalau cuma balang ikan kecik tanpa filter...susah sikit ikan2 nak tahan lama, ehh..bukan sikit tapi susah banyak. Makin kecik aquarium, makin susah nak maintain water parameters.

Pop eye tu kalau sebelah mata, disebabkan injury, kalau dua2 belah mata ikan kena pop eye, ini disebabkan internal bacteria infection. Brand Azoo ada jual ubat Internal Bacteria Infection , kalau tak silap 30ml harga Rm10.

Boleh jugak repeat ubat hijau@ malachite green after 3 days, tukar air abt 30% and repeat dose untuk air baru. Boleh add aqua salt, 1 tbls per 5 UK gallon air. Saya rasa set-up aqua awak ada masalah, sebab tu ikan2 selalu sakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 09:24 AM | Show all posts
salam.. saya ni suka nak bela ikan kap.. jenis apa tak pasti sbb main beli jer kat pasar pudu.. masalahnya susah betoi nak cari kap yg serasi.. sebelum ni ada la yg serasi bela dah lebih enam bulan tp ntah siapa gi offkan pump mati abih ikan kap haku...
I bela dlm aquarium letak kat luar umah and mmg terdedah la kat panas hujan semua tu.. berangan nak buat pond kecik tp sementara my hubby letak dlm aquarium ja dolu sbb dpt free.. besar la jugak aquarium tu.. so, ada sapa2 leh bg tips tak camna nak maintain and bela ikan kap ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2014 10:09 AM | Show all posts
Salam, terpulang pada budget dan minat, local koi pun cantik dan murah, Japanese Koi pun cantik tapi mahal, koi jenis Butterfly Koi dan Comet Koi pun cantik dan murah....depends on minat masing2.

Nak maintain aqrm kena rajin,sabar dan dedicated sebab bela ikan ni esp Koi mempunyai jangkahayat hidup yg sangat lama kalau dijaga dgn sempurna. Ada yg lebih 100 tahun, Saya pernah tengok Koi yg 15 tahun.

Kalau aquarist yg jenis tak kisah...asal bela aje dan takde test kit utk water parameters, as a general rules......
1) Setiap minggu tukar air aqrm sebanyak 25% utk bare tank. Utk aqrm yg ada substrate, kena sedut najis2 ikan celah2 gravel guna siphon. Max tukar air sebanyak 50% sebab makin banyak air ditukar buang, pH dan suhu air berubah dan ikan2 stress dan mudah jatuh sakit. Oh ya...jangan sekali2 keluarkan ikan semasa water change.

2) Tadah air dlm aqrm tadi dlm satu/dua baldi dan guna air aqrm utk cuci filter media. Jangan cuci filter media guna air paip sebab klorin dlm air paip akan membunuh beneficial bacteria yg telah membiak difilter media kita.

3) Cara feeding ikan2 adalah ia akan makan dalam 5-10 minit pertama. Sukat makanan diberi guna bekas kecik. Sekiranya awak feed 3 bekas dan dalam 10 minit makanan masih tak habis terapung atas aqrm. Kutip makanan berlebihan tadi dan buang. Kalau sayang takut membazir...jemur dan keringkan dan make sure ia tak berkulat. So next time cuma feed makanan 2 bekas shj.

4) Biasanya for prevention, selepas tukar air, org letak garam dlm aqua, std dose 1 tbls garam utk 5 gallon air.

5) Jangan letak aqrm atau buat kolam ikan yg terdedah pada panas matahari. Cari tempat yg redup. Cahaya matahari akan membuat air aqrm menjadi hijau disebabkan algae. Air aqrm hijau bukan saje tak cantik tapi algae akan mengeluarkan karbon dioksida pada waktu malam disebabkan pernafasan ie. secara tak langsung mengurangkan kadar oksigen dalam air.  

6) Nak buat pond, cari tempat redup ataupun berbumbung, kalau kolam simen kena basuh dan bilas berkali2 sebab simen baru beralkali tinggi. Biasanya org basuh dgn buah nenas or beli cuka putih bercampau air dan biarkan kolam berisi air selama seminggu dan ulang 2/3 kali.Yg penting check pH air guna test kit sebelum masukkan ikan2 tersayang.

Banyak tip2 lain tapi saya letih nak menaip.  feel free to ask kalau ada doubt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 10:26 AM | Show all posts
Lupa nak tulis....tank baru ataupun pond baru, kena buat "tank cycling" sebelum masukkan ikan2. Tank cycling akan mengambil masa dan lama atau sekejap bergantung pada cara awak membuat proses cycling the tank.

Ini yg paling penting. Kalau awak mampu buat kolam, apa salahnya keluarkan duit sikit utk beli test kit. Ammonia should be zero. Nitrite zero dan Nitrate bawah 40 ppm. pH air utk Koi fish biasanya ideal 7.5 but within range 6.8 - 8.0 dgn syarat pH yg stabil.

Harap dapat membantu. " Tank cycling" adalah proses membentuk kitaran nitrogen semulajadi dalam tank. Boleh google or  saya explain kalau tak faham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 03:30 PM | Show all posts
MonFish_Fanatic posted on 26-12-2013 01:28 AM
Salam, hidup lagi ke ikan2 tu. Masih minatke bela ikan lagi? Aqua besar mane? Ada pakai filter med ...

sorry lambat reply, sy pun rasa setup aquarium tu problem, now dah ok tp dah berganti ikan baru, ikan lama terlupa nak tukar air so dia mati sebab air kotor, lagi pun masih dalam pembelajaran nak bela ikan emas, btw thanks bg tips, dah mula faham pe'el ikan emas ni day by day, hope leh lagi belajar pasal ikan tu, eheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 03:03 AM | Show all posts
codenamekidz posted on 18-1-2014 03:30 PM
sorry lambat reply, sy pun rasa setup aquarium tu problem, now dah ok tp dah berganti ikan baru, i ...

Salam, bagusla kalau ikan2 ok. Kalau awak post gambar full aqrm & filter media, bolehla saya bagi komen/tips camane nak upgrade bagi air jernih. Tapi kan bela ikan emas ni memang delicate, fragile sangat. Nak kena pandai jaga air.

Happy Fishkeeping!!

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:32 PM | Show all posts
MonFish_Fanatic posted on 20-1-2014 03:03 AM
Salam, bagusla kalau ikan2 ok. Kalau awak post gambar full aqrm & filter media, bolehla saya bagi  ...

ye x yer, nanti saya upload pix, and so far air dah jernih, cuma nak maintainkan dia nya toksid bagai je....
kalau tiba2 badan ikan tu ada klua putih2 kenapa?air dia toksid sgt ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 01:18 AM | Show all posts
codenamekidz posted on 20-1-2014 06:32 PM
ye x yer, nanti saya upload pix, and so far air dah jernih, cuma nak maintainkan dia nya toksid ba ...

Salam,
Badan ikan putih2 ada banyak jenis penyakit. Kalau putih2 seperti ada pasir halus dibadan dan sirip diikuti pulak ikan asyik bergesel badan dgn dasar/substrate aqrm, atau aksesori dlm aqrm. Ini disebabkan  White  Spot Disease (parasit Ichthyophthirius multifilis).

Kalau badan ikan putih macam ada kapas, penyakit ni disebabkan fungus (Cottonwool Disease). Kalau mata ikan macam ada selaput putih (Cloudy Eyes) juga disebabkan oleh Fungus.  

Ubat paling senang adalah tukar air sebanyak max 50% dan taruh garam kasar 1 sudu besar utk 5 gallon air. Kat kedai ikan ada jual ubat biru (Methylene Blue) harga RM1.50. Ubat ni paling efektif utk White Spot dan boleh juga digunakan utk fungus pada ikan.

Ubat fungus yg elok adalah ubat hijau (Malachite Green), ubat ni kuat, sesetengah ikan tak tahan, so kalau guna ubat ni, bagi half dose mula2, kalau ikan2 ok, boleh la tambah hingga full dose pelan2 the next day.  Tapi saya tak pernah bagi Full dose sebab ubat ni buat air hijau sangat. Nama ubat tu S1, kalau tak silap botol kecik RM5.00.

Garam boleh dicampur dgn mana2 ubat yg digunakan. Kalau di filter media ada guna act.charcoal, mesti dikeluarkan. Jangan pasang UV sterilizer jikalau ada guna. Masa treatment, tukar air pada hari ketiga dan repeat dose utk air baru yg ditukar.  MESTI tukar air masa repeat treatment sebab bakteria2 yg mati semasa kena ubat akan mengeruhkan air dan kadang2 bau busuk. Kalau tak tukar air nanti ikan2 akan berulang sakit balik.  

Would love to see yr aqrm and filter media.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 04:35 PM | Show all posts
Lain2 nyatakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 09:38 PM | Show all posts
ikan kaloi dgn ikan dewan bandaraya..hahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:46 PM | Show all posts
nk kome gak on behalf adk aku, huhu, die bela alligator gar (2ft) skrg ni...kuat makan, violent lak tu, slalu lompat kluar akuarium...adehh, pnat jage die...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.298608 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list