CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Sejarah Donia Am - Kampoi Smua Skali!

[Copy link]
 Author| Post time 3-4-2010 08:44 PM | Show all posts
Perak dengan Resident British

resident yang pertama disuroh masok campor dalam pentadbiran Perak adalah JWW Birch. walaupon dia berpengalaman di Ceylon namun dia x sensitif dengan adat istiadat orang2 Perak. dia x suka n cuba mengubah adat istiadat melayu Perak dengan segera.

perbuatan ini menyebabkan orang2 Perak marah n rs terganggu pd tahon 1875. Birch dibunoh bawah galakan sultan abdullah sniri serta beberapa orang lagik terlibat seperti datok maharajalela, pandak indut n datok sagor. Birch dibunoh kat Pasir Salak. lepas itu sultan Abdullah ditangkap n dibuang oleh British ke pulau seychelles.



sultan perak ke-26, sultan Abdullah (1874-1876)


resident kemudian dilantik di Perak adalah davidson, n kemudian dia letak jawatan. Hugh Low pulak menggantikannya. dikatakan Hugh Low layak menerima pujian sb dia dikatakan menyediakan dasar pentadbiran bertamadun di Perak.

antara sumbangannya adalah ketua2 kampong (mereka smua berada bawah pantauan sultan) sudah x boleh kutip cukai lagik, mereka hanya diberi saguhati. perbelanjaan Perak dikawal ketat n kesannya Perak mendapat keuntungan pd lewat penggal jawatan Low sbg resident. jalan raya n jalan kereta api mula dibina dalam Perak. dia juga menghapuskan sistem hutang abdi (sapa x leh bayar utang jadi hamba).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2010 08:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 3-4-2010 20:53

Resident2 British kat Perak




jww birch





hugh low








tugu jww birch, pasir salak

punca gambar: muzium negeri perak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 10:46 PM | Show all posts
Campor Tangan di Selangor

lepas perjanjian pangkor 1874, sir andrew clarke melawat ke kesultanan Selangor. dia meninggalkan frank swettenham yg ketika itu menjadi pegawai muda kerajaan British selat bg menjadi resident (penasihat) sultan.

swettenham berkhidmat dengan jawatan pegawai british sehingga dia dilantik menjadi resident british di selangor.

Sebab Resident berkhidmat di Selangor

lepas kemangkatan sultan Ibrahim yg berkebolehan dalam pentadbiran, tahon 1826, keadaan di selangor berada dalam keadaan menyedihkan. sultan Muhammad yg menggantikan sultan Ibrahim seorang yg kurang berkebolehan serta tidak dapat mengawal ketua2 puak yang berada di lautan n pantai. ketua2 ni mengambil bahagian dalam kegiatan melanun di laut sbg kerja sambilan serta untuk mendapat laba untong.

pelombong2 bijih timah berbangsa Cina pulak asyik2 bergaduh menambahkan lagi keadaan yg buruk di Selangor. rakyat di Selangor dikenakan cukai2 tinggi n hutang abdi macam di Perak pon masih bermaharajalela.

Swettenham di S'ngor


frank swettenham


dia menjalankan tugasannya sebagai penasihat macam Hugh Low jugak. dia mengembalikan keamanan n menasihatkan undang2 dalam pemerintahan S'ngr diperbaharui. pasukan polis mengawal keselamatan dikelolakan. penanaman pokok kopi berjalan rancak, ekonomi daerah2 dalam S'ngor diperbaiki dengan pembinaan jalan2 kereta api, bangunan2, n jambatan.

masa menjadi resident di s'ngor, swettenham menjalankan tugasan dr 1882-1889 dengan baik serta menjadikan Kuala Lumpor (ini adalah wilayah s'ngor sblom dibeli kerajaan persekutuan M'sia dr kesultanan s'ngor pd kuron ke-20 menjadi wilayah persekutuan negara moden M'sia) sebagai ibu kota pentadbiran kesultanan s'ngor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 10:59 PM | Show all posts
Campor Tangan di Negri Sembilan

British mula masok campor di N9 pada tahon 1874 bila perjanjian dibuat antara Gabenor Negri Selat iaitu Sir Andrew Clarke dgn Dato' Kelana dr Sg. Ujong.

perjanjian tersebut menyatakan bahawa Dato' Kelana setuju menerima resident British n membebaskan Sg. Linggi dr pengutip cukai haram. hak Dato' Kelana sebagai ketua di Sg. Ujong mengutip cukai terganggu akibat perjanjian maka beliau memberontak, tp beliau kalah pula kpd askar2 British. British juga ada membantu kawasan Sg. Ujong bila Yamtuan Antah dr Seri Menanti menyerang.

dengan campor tangan sultan Johore, Yamtuan Antah setuju untuk perselisihan Sg. Ujong dgn Sri Menanti diserahkan pd pengadilan sultan Johore.

pd 1885, seorang pegawai British dilantik n ditempatkan di Jelebu bg mengawal pentadbiran, undang2, n hasil negeri situ. pd 1887, Rembau pulak masuk dalam pentadbiran Resident British. Ketua2 di situ dijanjikan satu pertiga drpd hasil negri jika benarkan Resident masok campor dlm negri2 (skarang turun pangkat jd daerah2) mereka.  

tahon 1886, Martin Lister dilantik jadi Resident bg semua negri2 dalam negri 9 kecuali Sg. Ujong n Jelebu. dia jadik resident untok sluroh negri 9 sampai ninggal pd 1897.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 11:32 PM | Show all posts
Campor Tangan British di Pahang

British mula menyibuk di Pahang 1885 bila swettenham pergi melawat Pahang dr S'ngor. ikot cadangan swettenhem, hugh clifford dihantar ke Pahang sbg wakil British bg merapatkan hubungan British dgn Pahang. awalnya x banyak yg boleh dimasukcampurkan oleh British.

tahon 1888, British mendapat peluang masuk campor di Pahang. pada waktu ketiadaan wakil British di Pahang, seorang Cina rakyat British ditemui mati terbunuh di kawasan istana Pahang.

maka Gabenor British di pentadbiran negeri koloni Selat memaksa Pahang menerima Resident British. Sultan pon terpaksa setuju desakan n menerima perlantikan JP Roger sbg Resident British pertama di Pahang.

ketua2 puak di Pahang yg berjatidiri tidak mau menerima perlindungan British mudah2 begitu saja. hal ini diikoti dengan pemberontakan diketuai Dato' Bahaman pd 1891.



dato' bahaman

pemberontakan Dato' Bahaman dapat ditumpaskan oleh British dgn bantuan Sultan n Dato' maharaja Purba. Dato' Bahaman dapat melepaskan diri ke Terengganu n masuk ke Kelantan tp beliau kemudian menyerahkan diri kpd pihak berkuasa pentadbiran Siam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 11:43 PM | Show all posts
Hubongan British dengan kesultanan Johore
(ini berdasar buku teks LCE 1964, ringkas utk
pengetahuan am sejarah pra-negara moden
)

Johore merupakan kesultanan yang akhir sekalik masok ke dalam protectorate (perlindongan n naungan) empayar GB. pada 1885, Johore n Britain ada wat perjanjian iaitu Johore tidak akan buat sbarang pakatan dgn kerajaan2 len serta akan memberikan bantuan n kemudahan hanya kpd Britain.

balasannya Britain juga berjanji akan melindungi Johore dr serangan luar. keadaan ini berterusan sehingga tahon 1914 n menurut peristiwa perang dunia I, sultan Johore menerima Resident (penasihat) British yg pertama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2010 12:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 4-4-2010 00:06

Negeri2 Melayu Bersekutu
(buku teks LCE 1964 punya nota sebut mengenai negeri2 melayu bersekutu (pantai barat n tengah) jah,
maklumat kuron ke-17 n 18 negri2 melayu tidak sekutu kena cari sniri x campur aduk banyak2 dahulu)

masoknya negri melayu bersekutu dalam protektorat (naungan) empayar GB, didapati bahawa pemerintahan mereka (oleh British) tidaklah lengkap. cadangan menyatukan smua negeri2 melayu diutarakan oleh swettenham maka awalnya terbentoklah persekutuan yang terdiri drpd Perak, S'ngor, N9, n Pahang pada 1896 dengan Kuala Lumpor jadi ibu negeri2 Persekutuan.

Frank Swettenham, menjadi pemerintah Inggeris agong pertama persekutuan negeri2 melayu bersekutu atau dalam BI, resident general lah. taraf Swettenham makanya dh sama dgn taraf pemerintah persekutuan koloni British di Melaka, S'pore, n Pulau Pinang.

negeri2 melayu tidak bersekutu (kesultanan melayu) seperti Kelantan n Terengganu di Pantai Timor Semenanjong, Kedah n Perlis di Utara Semenanjung, n Johore di Selatan Semenanjung. negeri2 x bersekutu di pantai timor n utara ditukar protectorate (naungan) dr empayar Siam kpd empayar British melalui perjanjian tahon 1909 yg ditandatangani tanpa persetujuan n kehadiran sultan2 (b.t: phra chao, raja wilayah) di kesultanan2 tersebut sniri sbg wakil kpd rakyat2 dalam kesultanan. Owh ya, Johore, tidak terlibat dgn bahana perjanjian anglo-Siam kedudukan dia dilangkau oleh negeri2 Melayu bersekutu jadi sejarahnya sendiri n lain2 sj pd abad ke-17 sampai abad ke-19 x bercampur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 12:31 AM | Show all posts
Perubahan sosio-ekonomi semenanjung mnjelang 1900
(negeri2 melayu bersekutu n koloni british amnya)

ekonomi di semenanjung banyaknya bergantong kpd galian bijih timah n tanaman pokok getah. lombong2 bijih banyak di lembah kinta kat Perak sana diusahakan oleh pengusaha2 Cina (orang Kantonis) menggunakan cara mendulang atau cara lama.

lepas 1900, jentera2 mula digunakan untuk melombong bijih n hasil bijih timah lagi meningkat. kemudian harga bijih timah ditetapkan oleh jawatankuasa bijih timah antarabangsa n perusahaan bijih timah menjadi satu perusahaan yg tetap.

dalam 1938, smeenanjung mengeluarkan 29% dr jumlah pengeluaran bijih timah sedunia. lepas 1905, semenanjung menjadi antara kawasan yg banyak skalik mengeluarkan susu getah di dunia. tahon 1920, semenanjung mengeluarkan 53% dr jumlah pengeluaran getah sedunia. pd 1938, pengeluaran getah menyusot kpd 41% aja.

kemasukan imigran2 luar

keadaan mewah masa itu disebabkan pengeluaran bijih timah n getah menyebabkan penduduk di China Selatan n India Selatan tertarik hati mendengar khabar2 berita n iklan2 pekerja yg keluar di tempat mereka. rakyat2 negara China tersebut mula masuk ke semenanjung untok bekerja lombong n orang2 India selatan utamanya etnik Tamil pula masok mengerjakan estet2 getah di smenanjung.

tahon 1911, bilangan rakyat China di semenanjung yg masok bekerja adalah 916, 000 orang n tahon 1941, bilangan bertambah jadi 2,379, 000 apabila mereka pulang semula ke China mengambil isteri dr China lepas itu.

bilangan rakyat India utamanya dr Tamil Nadu yg masok bekerja laki2 n wanita meningkat dr 267, 000 kpd 744, 000. pertambahan penduduk di semenanjong ini menyebabkan masalah kesihatan, ekonomi, perubatan n pendidikan kpd masyarakat2 pekerja imigran.

pentadbiran koloni (jajahan) British cuba menghapuskan maslah ini di koloni mereka dengan membina rumah sakit2, di S'pore, Melaka, n S'pore. sekolah2 jugak dibukak di s'pore, melaka, pulau pinang dalam koloni British n dalam persekutuan negeri2 bersekutu macam di kuala lumpor di selangor n kuala kangsar di perak.

wujud pula undang2 buroh yang mengelakkan majikan2 mengambil kesempatan untuk mendapat untong dengan menganiayai pekerja2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2010 01:01 AM | Show all posts
Jepong

Feudalism Jepong

sampai pertengahan kuron ke-19, Jepong merupakan negara pulau yang berfahaman feudal n keadaan ini nampak nyata pong. segala kuasa politaik ada pd tangan para pembesar feudal walaupon dh ada seorang maharaja yang berpusat. kuasa2 yg menyokong kerajaan adalah shogun2 n jeneral2 perang atau kawasan2 dikuasai oleh keluarga2 raja wilayah bersifat feudal.

Jepong n Barat

mcm China, Jepong menutup pintu kpd dunia luar lebih kurang pd abad ke-16 M sampai la ke abad2 kemudian. dalam tahon 1853, Jepong terpaksa menghentikan dasar tutop pintu bila satu angkatan laut US menuntut supaya pelabohan di Jepong dibukak untuk perniagaan.

jepong terpaksa mengikot arahan tersebut n ms itu juga british, france, jerman, russia, holland n spanyol pon mendapat kebenaran berniaga di pelabohan2 jepong.

Pembaharuan Jepong

lepas 1853, jepong mengalami satu perubahan bila amalan feudalism dihaposkan. shogunate smua dihaposkan selepas itu. masa itu, maharaja muso hito (1867-1912) dibantu marquis ito (jepong kristian) melakukan satu pembaharuan dalam undang2 di Jepong. mereka mengikot cara barat dalam lapangan perusahaan. orang2 luar dibenarkan masok ke Jepong n ilmu pengetahuan secara amnya hidop semula.



bendera maharaja (kat passport jepong pon ada)


pengangkutan n kereta api pon diperkenalkan di jepong. tentera laut n tentera darat disusun smula ikot cara barat. mula2nya mereka ikot peraturan tentera secara perancis, tp lepas tu mereka ikot jerman plak.

perkembangan jepong smpai ww II

mereka mula terpengaroh dgn Barat yg berlumba2 nak mempunyai jajahan di tanah asing. tahon 1894, Jepong mengalahkan China n mendapat Korea, Formosa (Taiwan), semenanjung Liao Tung, n Port Arthur.

russia kemudian bantu china n jepong dikalahkan. tp port arthur, liao tung, n korea dikembalikan balik kpd jepong. lepas perang, jepong memajukan negaranya dgn pantas, penduduk jepong bertambah, perniagaan n perusahaan jepong maju, serta tentera laut n daratnya diperkukuhkan.

dlm WWI jepong masok campor sebelah perikatan n membantu menghalau tentera jerman dr shandong di china. bila perdamaian vienna berlaku, jepong termasok dalam lima kuasa besar.

jepong menggantikan perniagaan jerman di timor jauh. dr 1926, jepon mula ikot undang2 tentera n penjajah. ahli2 politaik dalam jepong hilang pengaruh sebaliknya tentera darat n laut pula mendapat pengaruh n memegang tampuk pemerintahan. pd 1931, jepong menhentikan pertukaran emas menyebabkan perniagaan luar negaranya bertambah2 sebab tukaran matawang yen pon menuron.

1933, jepong menarik diri dr liga bangsa2 yg telah disahkan penarikan dirinya dr tahon 1935. pd 1938, jepong meluluskan anggaran perbelanjaan perang pertamanya n pd 7 desember 1941, jepong terlibat dalam WWII menyerang pearl harbor di hawai, US.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 01:40 AM | Show all posts
China

pemberontakan etnik Manchu

beberapa abad smpai masok abad ke-16 M, China menutop pintu kpd orang gasar (EU). tahon 1516, masa pemerintahan kemaharajaan China dinasti Ming, beberapa buah perahu perancis berlaboh di guangdong n orang2 Han di situ pon berasa bangga la ya amats tempat dia dilawat orang cerah2.

bila etnik manchu berkuasa pd 1644, org EU disekat dr masok ke China walaupon maharaja Kang Xi bersabar dengan tindakan org2 Kristian China (aku rs pernah tonton filem bahasa mandarin pasal ini).

kesusasteraan kristian mula berkembang di benua China pd 1805, n pd 1815, seorang paderi jesuit (katolik) yg masok ke China tanpa kebenaran dibunoh. tahon ke depannya, duta England, Lord Amherst dihantar ke Beijing tp x dapat layanan maharaja pon.



maharaja kang xi


pedagang2 di China

masa itu juga sharikat hindia timor british menjalankan perniagaan candu dgn di pelabohan China. kerajaan China mengharamkan perniagaan ini tp penyeludupannya masih terjadi. pd 1839, pesurohjaya tinggi (konsular) penjajah di China memaksa penyerahan smula 30,000 peti candu n ditolak oleh pihak kerajaan maharaja n pihak kerajaan membakar candu2 tersebut.

keadaan itu menyebabkan perang candu sebanyak dua kali. dalam perjanjian nanjing, 1842, maharaja China terpaksa menyerahkan wilayah HK kpd Britain n membukak pelabuhan Amoy, Fuzhou, Guangdong (cina rakyat malaysia masa ini banyak mari dr sini), Ningbo, n Shanghai kpd perniagaan bawah seliaan wakil2 negeri.

lepas itu, bangsa2 EU len pon dibenarkan masok ke China. antara 1858 sampai 1860, kuasa2 Barat mendapat kawasan2 konsesi di China. dengan perjanjian Tianjin, 11 pelabohan dibukak kpd bangsa2 EU. mubaligh2 kristian n utusan2 peniagaan juga boleh menjalankan kerja2 mereka dalam wilayah2 tertentu. pd 1860, askar2 British n Perancis seramai 17, 000 menduduki Beijing lepas membinasakan wilayah itu serta lepas berjahat di situ. bangsa2 EU lagi masuk ke China lepas itu.

Pengaruh Barat

kuasa2 EU x puas ati lagik x boleh berkuasa dalam China. pd 1898, orang2 EU mula berebut2 nak mendapatkan izin menggunakan tempat2 dalam China. Britain, France, Russia, Jerman, n Jepong mendapat konsesi penting di China. kawasan2 tempat mereka berkuasa adalah seluas 2/3 kawasan China n mereka boleh berbuat suka2 ati mereka di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 01:51 AM | Show all posts
Pemberontakan Taiping

berlaku sekitar 1850-1864. kelemahan kerajaan dinasti manchu menghalang perkembangan kaum saudagar di China antara penyebab pemberontakan. pemberontakan ini dianjurkan oleh 'kerajaan aman yg agong' yg ditubohkan di Guangxi oleh seorang pendeta Dao bernama Hung Xiuchuan. mereka dh menjajah beberapa tempat di Guangxi n menguasai Anjing (nm tempat), Suzhou, n Nanjing. mereka dikalahkan oleh askar2 Qing (manchu) dgn bantuan askar2 pedagang asing pd tahon 1861-1864.

pemberontakan boxer

penduduk China jd benci pd pedagang2 asing sehingga pd tahon 1900, terjadi pemberontakan dahsyat. pemberontakan boxer ini adalah pemberontakan askar2 tempatan. angkatan pemberontakan dibentuk di Shandong, n di selatan Chihli bg menentang undang2 penjajah di kawasan konsesi.

askar2 tempatan mendapat bantuan askar2 Qing (manchuria n maharaja) n mereka sama2 bermatlamat menghalau bangsa2 EU kluar dr China. mereka membunoh bangsa2 EU di China tp kalah sb ada bantuan antarabangsa datang. ahli2 yg terlibat dalam perang itu lari ke Siam n terpaksa tundok kpd tuntutan antarabangsa kemudiannya.

tuntutan tersebut dipanggil sbg boxer protocol n naskah perjanjian askar2 tempatan ditandatangani oleh 12 kuasa. pegawai2 bersalah dihukom berjumlah 96 orang, n pampasan dituntut secara aniaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 02:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 4-4-2010 02:11

Pembaharuan di China

lepas protokol boxer, maharani dowager pulang ke China pd tahon 1902, n dia ada memperkenal perubahan2 dalam pendidikan, ekonomi, pertahanan n cuba menjadikan China sbg negara bercorak Barat.




maharani dowager cixi


perubahan2 tersebut tidak dapat dilaksanakan dgn jaya sb pemberontakan2 dalam negara. kekalahan russia di tangan jepon membuka mata penduduk China bg mengadakan pertahanan darat n laut mengikot acuan Barat n semangat kejatidirian meningkat dalam kalangan pendudok.

kementerian pelajaran ditubohkan untok pertama kali n seramai 15, 000 pelajar2 China ke Jepong untuk melanjutkan pelajaran. di Jepong, Sun Yixi (Sun Yatsen) menubuhkan Tungmeng Hui atau Perhimpunan Revolusi, tujuannya nak menghalau keluar etnik Manchu dr pentadbiran China (negara Han).



Sun Yat Sen


rombakan undang2 negara dinyatakan pd 1906, n pd 1908 rang undang2 dibuat. rombakan undang2 itu x beri kesan apa2 sebab pd 1909, pentadbiran terlepas ke tangan etnik dr negara Manchu lagik. hal ini melambatkan perlaksanaan undang2 itu smpai lar ke tahon 1913.   

Pemberontakan 1911

orang2 Han berasa bahawa mereka x akan aman berada dengan orang Manchu sb mereka x suka Manchu. stau angkatan pemberontakan dinamakan 'parti muda negara China' ditubohkan oleh penuntut2 yang belajar di negara2 asing. bila maharaja Qing (manchu) mangkat pd 1908, seorang general dr angkatan pertahanan China cuba memerintah China. panglima itu (aku x ingat nama dia tp surname dia Lee), x mendapat sambutan di selatan China, beberapa general lain di selatan China mendirikan kerajaan2 sendiri.

pada oktober 1911, SUn Yat Sen mengetuai pemberontakan menggulingkan terus sebarang kerajaan beraja (sama ada raja2 wilayah atau maharaja) n mendirikan republik rakyat China, masa ini x ada komunism lagik.

Sun Yat Sen dilantik jd president pertama republik rakyat China tp dia letak jawatan n minta Yuan Shikai jadik president.  



Yuan Shih Kai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 02:25 AM | Show all posts
WWII

Malaya n Pasifik

Jepong mengisytiharkan perang terhadap Britain n US pd 8 Dec 1941. hari itu juga Jepong menyerang angkatan laot US di Pearl Harbor, mengebom S'pore, menawan lapangan kapal terbang di Kelantan n mendarat di pantai Kota Bharu.

2 hari kemudian, angkatan laut British di lautan pasifik menerima pukolan bila kapal perang prince of wales n repulse ditenggelamkan jepong. 3 hari lepas itu, tentera jepong melanggar kubu pertahanan British di Jitra (di Utara Kedah) n mula mara ke S'pore.

mereka gunakan lbh kurang 15000 askar n 300 kapal terbang juga 300 kereta kebal. british hanya ada sikit saja kapal terbang perang n langsong x ada tankers. 31 dec 1941, askar2 british kena berundor ke s'pore n tunggu ms menyerah diri. jepong tambah lagi menggugorkan bom di s'pore jam 10 malam smbil mendaratkan 23,000 askar ke kawasan berpaya di s'pore.

dlm 3 hari, tankers jepong smpai di bukit timah. british cuba mempertahankan s'pore tp sia2 saja maka mereka serah diri pd 15 feb 1942.   

sebab kejatuhan semenanjong kpd Jepong

1. pengkalan angkatan laut s'pore x ada tentera bersedia.
2. mereka silap pandang yg serangan jepong akan dimulakan dr laut.
3. sebab percaya mcm itu, british belanja 30, 000,000 pound hanya utk pangkalan tentera laut.
4. angkatan darat british x ada perlindungan dr jet udara.
5. askar jepong dh antar spy periksa sluroh kawasan sblom masok
6. masa aman british leka tidak memperkuat pertahanan sbg persediaan
7. britain sibok perang dgn jerman maka x ada kelengkapan perang n terpaksa kluar dr timor jauh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 02:39 AM | Show all posts
akibat WWII di semenanjung

peperangan ini mengajar penduduk bahawa jangan dok berharap kpd kuasa luar untuk melindungi kita walaupon mereka ada jani sb akhir2nya kena jaga diri sendiri.

peperangan ini membawa fahaman komunis n kerajaan moden lepas itu terpaksa ambil masa 14 tahon hendak menumpaskan pengikot2 fahaman ini. pengangguran n kebuloran berlaku, british x guna sblom keluar telah menjalankan dasar bumi hangus. mereka bakar habis gudang2, bom habis mesin2 bijih, bakar estet2 n ada laporan menyatakan bahawa pekerja2 estet (tentulah org Indu etnik Tamil) di Perak n len2 tempat mati terbakar semata2 x bg jepong sentoh.

keadaan 'bumi hangos' menjadikan pentadbiran regim tentera jepong bertindak kejam kpd pendudok tempatan. wang pisang langsong x ada nilai. pendudok x cukop makanan kena makan ubi kayu n ada yg mati x cukop kain kapan kena pakai daun pisang. Jepong x cuba import beras dr burma maka kebuluran masih la berlaku. oleh itu beberapa negeri dalam semenanjong mengalami masalah x cuko bekalan makanan. komunis (orang cina) pon masok ke hutan merekrut ahli n menyerang askar2 jepong. cerita lebih2 boleh baca dlaam biografi2 wartawan zaman dolu juga tokoh2 penting dr Perak atau mn2 negeri lain yg teruk kena. jepong ada mengajar benda yg baik juga mcm kerajinan n kemahiran hidop, menanam nenas, buat kain pakai gentian daun nenas, dll.

bulan september 1945 tentera jepong di semenanjong mnyerah diri kpd lord mountbatten yg jd ketua bala tentera jajahan British.

lain2 punca nota bg tajok ini: http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760602/1/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 02:59 AM | Show all posts
Malayan Union 1946

british cuba memujok pendudok tempatan dalam semenanjong untok menerima persekutuan malaya (malayan union) pd 1946.

cadangan ini ditolak oleh frank swettenham juga menerima tentangan pengerusi ummok (pertubuhan kebangsaan melayu bersatu), serta beberapa ahli parlimen British n gabenor2 negeri selat yg dh bersara.

british membatalkan rancangan ini sb upacara menaikkan bendera union jack n malayan union dipulaukan oleh sultan2 dalam wilayah2 yang dipaksa menandatangani penyatuan tersebut serta mendapat cemuhan rakyat2 sb prinsip jus soli.





Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

lepas Malayan Union 1946 dibatalkan, british mewujudkan pulak perjanjian persekutuan tanah melayu 1948. sharat2 perjanjian:

1. persekutuan mesti mengandungi 9 buah negeri (negara) Melayu, negeri Melaka, n negeri Pulau Pinang.
2. ketua persekutuan adalah pesurohjaya tinggi
3. satu majlis pengurus, satu majlis meshuarat undangan persekutuan (federal) bg membantu persekutuan.
4. majlis meshuarat pengurus mesti ada 7 org ahli bukan pegawai kerajaan n pesurohjaya tinggi jd ketua.
5. majlis meshuarat undangan mesti ada pesuruhjaya tinggi, 3 org ahli bekas pegawai kerajaan, 11 org ahli pgawai kerajaan, n 53 ahli bukan pegawai kerajaan mewakili smua pihak.
6. 9 org president dr 9 buah majlis mesyuarat negeri
7. 2 org ahli satu dr Pulau Pinang n satu dr Melaka (dua2 bekas koloni atau jajahan British) jadi ahli mesyuarat undangan persekutuan (federal)   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 03:31 AM | Show all posts
kerajaan melayu bersekutu
(ni versi kitab kenegaraan tinggi, bukan taraf pmr lagik)

bg meningkatkan lg pembangunan ekonomi negara2 melayu, kerajaan british berasa perlu pentadbiran di empat buah negri iaitu perak, s'ngor, n9, n pahang diletak bawah satu pemerintahan kerajaan berpusat.

benda2 ni smua membawa perubahan lagipon waktu itu pahang mengalami masalah kewangan akibat pemberontakan pembesar2 n datu2 tempatan. pahang merupakan negara miskin waktu itu. tiada hasil pendapatan lumayan macam perak n s'ngor.

langkah penyatuan pentadbiran ini bertujuan nak mengawal n menyelaras kuasa residen2 british. dasarnya, residen2 dalam negara2 melayu tu kena dipertanggungjawabkan terus kpd gabenor negeri2 selat (jajahan british) yg beribu pejabat di s'pore. masalahnya gabenor selat susah nak memantau residen sb kedudukan pusat pentadbiran negara2 tu yg jauh.

tahon 1895, perjanjian ditandatangani pihak British dgn sultan2 di Perak, S'ngor, N9 n Pahang. pemeteraian surat perjanjian berlaku pd 1 julai 1896 menggabongkan empat2 negara2 itu jd satu negara saja n menjadi negeri2 melayu bersekutu. benda ni x mengubah pon kedudukan sultan2 pemerintah tempat2 itu.

zahirnya perubahan ni menampakkan yg british mengiktiraf kedudukan sultan2 ni. pentadbiran negeri2 melayu bersekutu diketuai seorang residen general iaitu pegawai british n beribu pejabat di KL. segala laporan akan dihantar ke ibu pejabat negeri2 selat di s'pore.

hal ehwal pentadbiran dalam negeri2 melayu bersekutu dinasihati oleh residen general n x menyentuh hal adat istiadat n agama org2 melayu itu iaitu islam. residen general jugak berkuasa penuh pd kewangan negeri2 ini.

residen2 yg berkhidmat dalam negeri2 ini x boleh brtindak suka2 ati mcm sblom perjanjian 1896. ikot perjanjian tahon 1896, residen2 tu kena patuhi arahan residen general di KL. kesan lain perjanjian ni adalah persidangan raja2 melayu. persidangan ini wujud smpai masa kini n masih penting dalam peemrintahan negara moden m'sia. ikot persidangan ini, raja2 atau sultan2 tu boleh jumpa dengan pegawai2 british n berbincang dgn pegawai2 british mengenai hal ehwal pentadbiran negeri2 mereka.

penumpuan kuasa kpd residen general di KL menyebabkan kuasa sultan2 merosot. seolah2 residen general plak jadik maharaja. sblom 1896, sultan2 tu kena ikot cakap n nasihat residen2 n lepas itu kena dengar nasihat n arahan residen general pulak walaupon mereka dh ada montri2. sultan Perak pernah menyatakan rs x puas hati baginda terhadap sistem pentadbiran berpusat di KL. baginda meminta kuasa diagih2kan ke peringkat negri (autonomi).

hasil teguran itu, british mula membuat pengagihan kuasa pusat selain cuba nak menarik minat negara2 melayu x bersekutu mcm kelantan, kedah, terengganu, perlis, n johore masok bergabong dengan negeri2 melayu bersekutu.

perubahan penting dilaksanakan british ialah penubuhan majlis mesyuarat persekutuan ditubuhkan di KL tahon 1909, dipengerusikan oleh gabenor negeri2 selat.

penubohan majlis mesyuarat ni sbenarnya menyebabkan kuasa sultan2 menjadi merosot sb mereka hanya jd ahli biasa sj dalam majlis itu n x ada sebarang kuasa menentukan hak2 dalam negara (negeri) mereka selain ia boleh berlangsong tanpa kehadiran mereka pon.

undang2 diluluskan majlis mesyuarat persekutuan ditandatangani oleh consulate british, bukan oleh sultan2 sniri.

bila melihat hal ini, kesultanan2 serta kerajaan2 yg maju sikit dalam pentadbiran macam Kedah, Johor, Perlis, Kelantan, n Terengganu x ingin terima usul British masok bergabong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2010 03:55 AM | Show all posts
Negeri Melayu Tidak Sekutu

utara n pantai timor

istilah ini terbentok pd tahon 1909 lepas kerajaan british menandatangani perjanjian dgn siam. untok pengetahuan tuan2, siam sbenarnya ada phra chao2 (raja2 wilayah) selain maharaja, ia macam kerajaan China yg ada raja2 kecil dalam satu empayar, ini kena bukak kitab wilayah2 persekutuan Siam pulak sb Siam ada kerajaan2 wilayah ikot region (north, south, central, n east termasok Laos n Cambodia smua etnik2 yg berbeza).

ikot perjanjian anglo-siamese, empayar siam menyerahkan wilayah naungannya seperti perlis, kedah, kelante, n tengganu bawah naungan british, tidak termasuk Johore lah, dia x pernah bertembung dgn Khrungthep (nama lama ibu kota Siam) pon.
balasan kpd perjanjian yg x dihadiri oleh raja2 wilayah (sultan) nih, british menarik balik hak kuasa mereka dalam kawasan2 lain dekat Bangkok.

ujong selatan

tahon 1914, sultan Johore menandatangani perjanjian dgn british menyatakan setuju menerima penasihat british.

Corak Pentadbiran

corak pemerintahan negeri2 ini berbeza dengan negeri2 melayu bersekutu sebab sultan2 di negeri2 ini bebas melaksanakan jentera pentadbiran mereka n mereka lebih cekap mentadbir misalnya kedah walaupon kedudukan geografi menyebabkan senang diganggu serta x menguntongkannya tp telah terdedah dengan pemerintahan maharaja Siam n Siam sbenarnya sudah berhubungan lama dgn US n len2 negara EU mcm France jd pengaruh2 pentadbiran tu pon tertempias ke kawasan utara semenanjong. mengenai kelante, tengganu, n johore i dunno sangat x mo masok campor becoz i bukan anak negeri situ.

kemudian majlis2 mesyuarat negri jugak telah ditubohkan di setiap negeri2 melayu x bersekutu, mereka x ada pusat mcm negeri2 melayu bersekutu. majlis ni hanya semata2 menasihati saja x berkuasa mengganggu kerajaan menggubal undang2. urusan hal ehwal kerajaan dijalankan oleh pentadbir2 tempatan yg anak negeri. pegawai2 inggeris hanya boleh beri nasihat yg terpulang nak ikot atau tidak berkaitan undang2, tanah, n pendidikan.

walau bagaimanapon perubahan pentadbiran yg diperkenalkan british juga ada ditentang oleh pembesar2 tempatan sejak awal2 seperti tuk janggut from paser puteh kelante, engku besar jeram, pengulu Adam, haji Sa'id n Che Sahak from Kelante jugak. punca tentangan sama mcm kat N9 n Pahang, berkaitan hak pungutan cukai jugak cukai2 pelik yg diperkenalkan British menyebabkan tokoh mcm tuk janggut memberontak (tokoh tuk janggut mati dibunoh sultan kelante, atas hasutan british).

corak pentadbiran negeri2 ni berterusan smpai meletus WWII. British gigih cuba nak mempengaruhi negeri2 melayu x bersekutu supaya bergabung dgn negri2 melayu bersekutu namun sultan2 di negeri2 tersebut degil n x mau bersetuju sehingga tahon 1948 bg negeri2 utara n pantai timor.

lain2 maklumat mengenai negeri utara n timor:

http://patani1902.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2010-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&max-results=5
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 04:25 PM | Show all posts
Sistem ahli kerajaan

pilihan raya ikot perjanjian persekutuan tanah melayu (persekutuan negara2 adat melayu) dilengahkan sebab perisytiharan darurat bulan Jun 1948 n puak komunis (golongan dr generasi kedua imigran cina yg nak membina republik tanah melayu berhubungan dgn republik komunis negara China).

   

pada 1951, langkah selanjutnya membentuk negara moden berpersekutuan diteruskan dengan pengenalan sistem ahli kerajaan. ikot sistem ini beberapa ahli dicalonkan n ahli yg bukan pegawai kerajaan dr majlis mesyuarat undangan menjadi menteri.

sistem ini berjalan terus sampai 1955 bila kerajaan GB mengeluarkan langkah lanjut untuk meninggalkan persekutuan tanah melayu (x masok serawak n sabah lagi) dgn pemerintahan sendiri tiada campor tangan dlm pentadbiran serta kemerdekaan tanah jajahan atau koloni (s'pore, melaka, n pulau pinang). seboleh2nya mereka hendak perlaksanaan tersebut berlaku dalam bulan ogos 1957.

bulan julai 1957, pilihan raya pertama diadakan dgn 52 buah kerusi yg diwakili oleh orang2 bukan pegawai kerajaan yg jadi ahli dalam majlis mesyuarat perundangan persekutuan dipertandingkan.

bahagian perikatan (mewakili pertubuhan wakil masyarakat2 terdiri dr ummo-mca-mic) memenangi 51 buah kerusi yg dipertandingkan. pemimpin bahagian perikatan tersebut adalah tunku abdul rahman, n dia menjadi ketua montri bg negara persekutuan tanah melayu yg pertama.

kemerdekaan 1957
(ringkas saja, ni kena bukak buku2 teks,
lihat video arkib n tesis balik kalo nak tau detail)

januari 1956, satu rombongan diketuai oleh tunku abd rahman, tun shambanthan, n tun tan cheng lock menuntut British di Britain memindahkan kuasa pemerintahan penoh British di koloni juga perlepasan naungan pd 31 ogos 1957.

sejurus lepas itu, satu jawatankuasa mengandungi pakar undang2 seluroh dunia dilantik bwh L. Reid bg menyusun perlembagaan pembentukan negara baru iaitu persekutuan tanah melayu.

31 ogos dgn adat istiadat besar2an di persekutuan tanah melayu, upacara penyerahan diadakan dengan kehadiran duke of gloucester mewakili queen elizabeth II membuat penyerahan watikah perlembagaan sekaligus kuasa pemerintahan empayar Great Britain kpd negara Persekutuan Tanah Melayu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 04:46 PM | Show all posts
Negara2 Moden di Asia

mula kuron ke-20 campur tangan n penjajahan US n EU di Asia mempengaruhi banyak perkara. WWII menyebabkan perubahan politaik besar di Asia n menyebabkan timbolnya negara2 baru atau negara2 lama berubah ke bentuk baru di Asia.

Perkembangan Ringkas

Indonesia

pulau Maluku, pulau Sumatera, n sebahagian pulau Borneo sebelah Selatan berada dalam pentadbiran sharikat Hindia Timor Belanda smpai WWII. Jepong menawan kawasan2 itu sampai tamat perang.

Bila Jepong keluar, puak2 kebangsaan di situ menjadikan diri sendiri sbg tentera republik n mengisytiharkan diri sniri merdeka (ada tokoh2 len macam chairil anuar bagai di pulau sumatera selain shukarnock di pulau jowo slalu hgpa dok dengaq shukarnock jah, kalu bc sastera indonesia kat stpm zaman dolu2 tau la). segala percubaan Belanda nak memperbaharui pentadbiran koloninya gagal juga atas tekanan antarabangsa mereka x boleh masok ke situ lagi.

Indo-China

negara2 di Indo-China (Indu China) seperti vietnam, laos, n kemboja berada dalam koloni Perancis (nak tau lanjut sila bukak pasal sejarah vietnam (annam), laos, n kemboja sama ada mereka ada raja2 atau macam mana sebelom zaman Perancis, semasanya, atau selepasnya). kawasan2 ini smua berada bawah koloni France smpai habis WWII.

masa pecah WWII, puak2 nasionalis n komunis di situ memberontak n mendapatkan kebebasan. kemudian France cuba nak perbaharui pemerintahan koloninya di situ tp tidak berjaya. hasil mesyuarat di Geneva kat Switzerland, Laos, Cambodia, n Vietnam jadi negara baru merdeka. Vietnam terbahagi dua pulak iaitu bahagian Utara dipanggil Vietnam Minh n Selatan bawah pemerintahan puak nasionalis.

Burmo

tahon 1945, British menjanjikan taraf pemerintahan snirik kpd Burma n dengan rasmi mengisytiharkannya. negara2 bawah jajahan kerajaan Burmo mcm negeri Rakhaing (Negrito), negeri Mon (orang Bukit), negeri Shan (Thai), smua pon jadik Burmo belaka. Burmo menjadi republik yang x ada apa2 kaitan pon dgn Commonwealth.

Ceylon

tahon 1946, British memberi Ceylon satu perlembagaan baru dengan pemerintahan hampir2 snirik dalam smua urusan negara. tahon 1947, jemaah montri pertama bwh perlembagaan dibentok n pengaruh British di Ceylon mula berkurang. pd februari 1948, Ceylon menjadi kerajaan berpemerintahan snirik dalam lingkungan Commonwealth sm mcm Persekutuan Tanah Melayu.

Filipina

dgn perjanjian Paris tahon 1898, Spanyol berjanji menukarkan hak pentadbiran Filipina dgn US n bayarannya adalah 20, 000, 000 dollar. pemerintahan secara commonwealth dilaksanakan di pulau2 itu mula 15 nov 1935. pd julai 1945, Filipina jadik republik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 12:24 AM | Show all posts
OK, ni pasal pentadbiran negeri I yg tersayang dalam masa2 perang dunia ke-II walaupon orang2 negeri I slalu juga berhasad dengki sesama sniri bila berada dalam negeri sniri tp di luar bersatu padu pulak. bagi pengenalan negri2 len dalam Malaysia, kalo anda ada maklumat lanjut sila bawak mai sini bg smua sama2 lihat n belajar.

Pengenalan Ringkas Sejarah Pentadbiran Kedah Moden

- Pada akhir abad ke-19, sewaktu masih berada di bawah protectorate (naungan) empayar Siam lagi, Kedah sudah pun memperkenalkan dan memperkembangkan sistem pentadbiran yang tersendiri lagi moden.

- Bermula dengan pemerintahan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1853-1879), Kedah memasuki era pembangunan dan pemodenan.

- Keadaan ini berterusan sehinggalah berlakunya peralihan kuasa naungan terhadap Kedah daripada Siam kepada British pada 15 Julai 1909.

- Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) di awal pemerintahannya telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negeri seperti Thailand, India, Burma dan Eropah bertujuan untuk meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan baginda dalam membangunkan negeri.

- Usaha-usaha yang dirintis oleh ayahanda baginda sebelumnya dipesatkan lagi sehingga kejayaannya di bidang pentadbiran menyebabkan baginda pernah digelar "Bapa Kedah Moden".

- Dalam menjayakan pembangunan negeri, baginda dibantu oleh para pemimpin yang berkebolehan termasuk keluarganya sendiri seperti Tunku Abdul Aziz (Raja Muda), Tunku Mahmud, Tunku Ibrahim dan Wan Muhammad Saman.

- Sejak tahun 1870 lagi iaitu pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Wan Muhammad Saman dilantik sebagai Perdana Menteri.

- Sejarawan Dato Prof. Khoo Kay Kim pernah menegaskan bahawa "Kedah dapat mengembangkan sistem politik yang lebih tersusun daripada negeri-negeri Melayu Barat (Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) sebelum campur tangan Inggeris kerana Kedah sudahpun mempunyai pegawai-pegawai berpengalaman dan dapat memainkan peranan yang berkesan dalam sistem pentadbiran. Kerana itu juga Kedah tidak perlu bergantung kepada begitu ramai Pegawai Inggeris sebagaimana Perak dan Selangor".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.265603 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list