|
mecca royal clock tower; bangunan kedua TERtinggi di doniya!!
[Copy link]
|
|
rumah kelahiran nabi tu dorang namakan maulid nabi kan?rumah tu dah kena roboh kan tahun ni?sebab kat situ dorang nak bina hotel baru....rumah abu lahab ke abu jahal?kerajaan saudi jadikan tandas 2 tingkat...bersih cantik ibu aku cite
ya, maulud-an-nabiy... dorang dh ancorkan kemudian wat library, maktabah makkah... tempat tu dekat2 dgn shaab 3ali, n souq el-lail. area2 situ aku ade sorang kawan orang Pattani, dorang pelarian perang, komuniti dorang ade sekitar situ, orang2 tua sekitar umo 50-an boleh kecek tani lagik, yg muda2 byknya dh x reti kecek, kalam 3arabi (cakap arab) aje.
bab2 jahanamkan tempat2 sejarah mmg aku kurang berkenan dengan tebiat org2 di Su'udi tu. beza dgn org2 di sebelah Syria, Lebanon, n Yemen dorang sana masih preserve tinggalan2 sejarah n lebih open sket maksodnya x rigid sangat.
orang2 Kristian di Mesir n Syria pon ada je yg perangai mcm orang2 Su'udi ni, nek besikal x leh haram, setan, tgk TV x leh barang2 setan, so paranoid, pls larrrr. dolu2 kat Su'udi pon mcm tu gak tp skang ni dh moden sket, dengar citer dorang skang dh bukak cinema satu kat Riyadh, aku x tahu la gimana dh kelik mari. |
|
|
|
|
|
|
|
yerp genot...gate yg ayah aku lalu tu memang tutup pukul 11 tepat...ayah aku ada tanya pak2 arab sekeliling...dorang cakap ari jumaat je gate tutup pukul 11...lorr pelik sungguh....bukan ayah aku je kena...ramai jemaah lain lagi sampai sesak kat luar time nak semayang jemaat
aku pom pelik...org arab neh tak reti jaga warisan sejarah kan...patutnya depa kekalkan rumah kelahiran nabi tu.....atau baik pulih macam taman raudah tu.....sebnarnya genot dosa tak?kalu kita mampu pegi buat haji atau umrah tapi kita taknak pegi lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia tak ada starbucks ke?cakap banyak je awak ni.tak de bezapun sya tengok ngan malaysia ka ...
w4n_satoshi Post at 16-4-2010 06:57
Awas Panjang
oit oit sedapnya mengata aku hahahahaha. Mentang2lah aku sibuk, tak sempat nak bertenet
Yang ko dok gebang ni dah pi makkah ka blum? Kalau sudah, Alhamdulillah, kalau belum aku doakan semoga Allah layangkan undanganNya pada kau. Belum pernah seumur hidup aku mengaku yang tanah tercinta aku negara Islam. Islam sebagai agama RASMI iyalah aku ngaku. Islam pada acara RASMI aje huhuhu.
Aku kutuk (ya aku kutuk - malah aku doa lagi kat depan kaabah supaya melaknati pemimpin yang menindas!) menara "gah" sangat tu sebab ia hanya untungkan sesetengah pihak aje. Tak yah lah nak mengaku sebagai "hamba/penjaga kaabah) kalau hak majoriti jemaah dinafikan. Jadi sekarang ni nak pi Baitullah tu kena jadi kaya je la ke? Memanglah Rukun yang ke 5 ni Allah kata bagi yang berkemampuan, tapi takkanlah definisi kemampuan tu kena kaya raya? Aku tak pulak berpendapat tak perlu pembangunan kat Saudi, khusus kat Tanah Haram, tapi berpada-padalah. Apa salahnya kawasan tu dibangunkan untuk bina hotel yang berpatutan tak perlulah bermewah-mewah. Bukan ke nak beribadah? Bukan ke rukun ke 5 ni utk kita hayati susah payah Nabi Allah Ibrahim, isterinya Hajar dan anaknya Ismail, seterusnya perjuangan Rasulullah?
Dah tu yang jemaah lelaki pakai ihram tu untuk apa? Bukan ke nak tunjuk tak ada perbezaan darjat dalam Islam? Bukan ke nak tunjuk kesamarataan semua musulman?
Memang starbucks ada kat Malaysia, aku tak nafikan. Bukan takat starbucks aje bisnes Yahudi - hampir 90% bisnes dimonopoli orang Yahudi, tapi yang aku maksudkan di sini adalah Starbucks di dalam kawasan Haram. Haram, kawasan yang dikatakan holy bagi umat Islam seluruh dunia. Kalau nak mengimarahkan Haram sekalipun, apa salahnya digalakkan rakyat tempatan berniaga di situ. Contoh jenama tempatan; Taza Chicken, Baitul Donat. Ni pi letak Starbucks kenapa? Memang yang own franchise kat situ orang Arab, tapi franchise tu beli kat sapa? Kau agak berjuta yang pi haji tiap tahun tu, berapa % agaknya yang membeli belah kat shopping complex tu? Beli Tag Heuer ke? Beli Aldo ke? Beli barang Claire's ke?
Okay, jemaah-jemaah tak kaya macam aku ni memanglah dok jauh sikit dari Baitullah. Jemaah dari Turkey dan Indonesia lagilah jauh dari aku. Ada yang terpaksa jalan 1km lepas tu naik bas balik ke hotel. Kalau dibina hotel-hotel yang berpatutan, tak ke memudahkan jemaah yang kurang berkemampuan macam kami ni? Tapi aku tetap percaya dalam ketidakadilan pembangunan kat sini, Allah tetap adil. Yang dok hotel gah tu oklah dapat keselesaan, tapi yang dok jauh ni Alhamdulillah dapat kumpul saham akhirat. Moga batu jalan, angin yang tiup, butir-butir pasir yang terbang jadi saksi mereka di Akhirat kelak.
Ni lah aku nak nasihatkan Satoshi and the geng yang sehati sejiwa, lain kali kalau nak komen tu, diam dulu, baca bagi faham. Bukan takat tulisan tapi isu yang nak dijelaskan. Bukak mata hati tu, jangan dok ikut syaitan yang duduk dalam nafsu tu. Aku ni sebenarnya malas nak layan orang yang dangkal pemikirannya.
Peace!
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
x tahu lar.... kalo ada org dok wat benda khurafat di situ mmg dia runtohkan lah bangunan2 atau struktur2 kat situ, dorang anti-polytheist x kira bentuk mcm mana pon kadang2 sampai melampau2... biasa menatang2 yg x paham bhs yg suka dok bertenggek di tempat2 tu berdoa la, lap2 idong amik berkat lar mcm2 tu puak2 dr India, Iran, n Torkey, depa respekt wali2 n saints2 mcm orang Nasrani n Indu jugak sikit2.
tu biasa kalu kita nampak org dok wat2 benda merapu di kawasan2 gitu, kita bg nasihat jgn wat mcm itu, nanti kalo org dia nampak depa akan runtohkan, x ke sayang, orang2 di Su'udi pon bkn senang nak ubah, sama la mcm Melayu pon kalu dia dh terbiasa dgn satu2 tebiat makan ms beratus2 tahon gak nak ubah...
kalo mampu seeloknya pergi... ada seruan nabi kita, nabi Ibrahim (as) dalam al'Quran disampaikan oleh-Nya... jadi sangat x patut jika kita x mampu tapi tidak menunaikannya. takkan leh g OZ, NZ, UK, US, tp nak ke tanah suci dalam kepercayaan sniri pon x boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
x tahu lar.... kalo ada org dok wat benda khurafat di situ mmg dia runtohkan lah bangunan2 atau stru ...
genot Post at 23-4-2010 13:21
Genot,
Mulanya masa mutawwif bagitau pasal depa runtuhkan bangunan tu, aku rasa sayang gak dibuat macam tu. Katanya ada 5 pekerja yang mati masa proses meruntuh dijalankan. Wallahuaklam. Masa tu fikir, kan ke elok dibuat muzium ke apa, tapi bila tengok puak-puak sub-continent yang dok meraung mengongoi even kat kubur 70 syuhadah at Bukit Uhud tu, baruler aku benar-benar faham huhuhu. Khurafat sungguh. Haish |
|
|
|
|
|
|
|
skali tu aku dh dengar polis2 masa dok sembang2 sama2 smbil curi2 isap rokok. owh, rokok haram dalam makkah n madinah, dua kota suci tp ada jugak polis2 laknat dok isap curi2 belakang tong sampah. depa kata ada rancangan nak bom ghaar hiraa (gua hiraa)... pasainya ada org dok wat benda2 khorafat di situ... nak bertapa dalam itu la, lap2 lantai dia, merapu saja lah...
hangat hati (geram) jugak dengar bila org dok wat benda gitu, sb nanti tempat sejarah akan ilang satu lagi... harapnya polis2 tu hanya bergurau saja... |
|
|
|
|
|
|
|
wah genot...tajam ye kau bagi kat aku menusuk ke Qolbu....ekceli buleh pakai ke katanya tanah haram hanya org2 isle jah hok buleh jejak?aku dah bosan dengan semua cerita2 dari mulut ke mulut manusia atas dunia neh..katanya ostad depa certa...ostazah depa certa....mana2 kapirun yg jejak je ke tanah haram...maka akan muntah darah laa...beradak berdarah laa...mati sakit jantung laa...bertukar jadi ular laaa itu laa ini laa...buleh pakai ke cerita2 macam ni korang?
aku cuma igt ada sepotong ayat jah...tak igt tang mana baca....allah berfirman...aku mengharamkan orang kafir menjejakkan kaki ke tanah suci ku...camtu laa lebeh kurang ayat tu....dan mereka2 yg sering bercerita org kapir takleh jejak masuk kaki dalam tanah haram tu sering menggunakan ayat tersebut sebagai hujah untuk mengukuhkan cerita2 dari mulut ke mulut mereka....menda neh jugak aku penah persoalkan kat bod agama betahun2 dulu...gini jugak laa jokpan org yg reply....lepah tu ada sekali isu neh masuk lam CI...pom samo jugak jokpan depa....
walhal dekat tanah haram tu...besepah org buat perangai cam haram....napa tak muntah darah pom?napa tak berak berdarah pom?aku igt penah baca satu cerita dari sorang jemaah yg menunaikan umrah..katanya ada pompuan turki ke paki tah...kena cabul dalam toilet ngan pak arab...lepas tu kena heret ngan polis pegi balai.....buleh pakai ke yg tanah haram tu takdak satu kapir pom buleh jejak?hatta depa berpura2 jadi org islam dengan niat untuk menghayati keindahan masjidilharam dan kawasan sekitar?ai rasa allah itu maha adil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 126# genot
last checkpoint beli rokok adalah kat airport...satu madinah dan makkah tu kedai2 aku tawaf,satu pun takde jual rokok...
kena sound lagi ngan tokei kedai ader... |
|
|
|
|
|
|
|
wah genot...tajam ye kau bagi kat aku menusuk ke Qolbu.
oih, kot mana tajam tu? aku dok try x mean sangat dalam postings lepas ramai org dok sentop2... kesian gak kat sedara nanat, kena potong kredit lak, dia sbenarnya niat bek murni, aku bleh tangkap byk maksod dia... cuma org ramai momkin x biasa gaya bahasa dia saja sb skalik bc x check hidden line dalam posting dia, bc banyak kali mmg paham.
mana2 kapirun yg jejak je ke tanah haram
ok CK, x ada masalah, bab ini mmg tidak dinafikan... orang x beriman x boleh menjejak masok ada sempadan kawasan tanah haram, maksudnya tanah yang dihormati, nanti ada signboard beritahu x dibenar masok... tanah haram bukan maksod forbidden land mcm org dok faham, haram makna dia dihormati. kalo orang 'kafir' tu ada terbukak 'hidayah' kpd dia, dia tidak isytihar diri dia Islam di depan orang, roh dia memang sudah suci 'fitrah.'
orang mcm itu, dia masok memang dia akan menghayati ritual2 Qurban n Hajj. kata 'fitrah' ni dlm bhs Arab banyak maksod sebenarnya, xpasti orang2 Melayu negara kita paham atau tidak secara keseluruhan sb kadang2 kata bahasa Arab yg dipinjam ke bahasa len maksod dia momkin lebih rigid x mcm yg kita fahami secara 'jiwa' kita.
bab orang kafir x boleh masok sebenarnya dolu pernah ada cerita kejadian orang puteh non-muslim in disguise sbg muslim masok, iaitu Snouck Hurgronje, orang ni Orientalist dr Holland yg membuat kajian untok 'dominate' orang len, Orientalists boleh dibahagikan kpd beberapa golongan jugak. ada jugak orang tempatan (Makkah) khabarkan kat aku orang2 kafir jarang lepas masok dalam Makkah n kerajaan Su'udi memang dh tetapkan undang2.
memang ada lah kes2 terpencil org non-Muslim masok tp x ada lah transform jadik ular ka jadi bewak... so merapu... depa kata orang2 tu jadik mcm tekanan perasaan n mental sahaja sb momkin depa x biasa tgk keadaan n chanting2 dalam itu di depan mata live. biasa depa akan cepat2 lari kluar sahaja. bab pengalaman mistik di 'situ,' aku pernah alaminya sniri tp aku rs aku x patut cerita kowt itu peribadi sangat.
lagipon tempat itu pon orang2 Islam sniri pon x leh sesuka ati masok. ada ritual2 n proses2 tertentu nak masok, sangat renyah (leceh). kena wat tawaf Qudum (welkom) n nak kuar pon kena tawaf Wida3 (Good Bye).
dia bukan mcm Vatican City, dia memang tanah haram sejak dr azali bermula dr Adam sampai ke Ibrahim (as), penetapannya sbg tanah suci sebot lah dalam kitab Quran. benda ni berterusan sampai ke Mohammad (saw), lembah Makkah tu pon kita panggil sbg lembah Ibrahim.
besepah org buat perangai cam haram
lumrah lah, tempat itu tempat yg suci, setan pon mcm2 jenis setan ada. manusia mari seluruh pelosok dunia, setan di situ pon sama mari dalam perot manusia dr seluruh pelosok dunia dok membisik n mengalir dalam pembuluh darah. masa nak melaksanakan manasik2 hajji pon ujian dugaan mari tidak sedikit. dia datang banyak jenis ujian, kena sentiasa peka n sedar. jangan ingat berada di Tanah Suci, owh, kita sudah terlepas dr dosa. mmg tidak sb di situ kita sedang cuba belajar erti pengorbanan demi mematuhi-Nya n menjadi hamba-Nya yg setia... |
|
|
|
|
|
|
|
ni signboard bahagikan jalan utk ke Makkah bg Islam dgn x Islam... aku x boleh amik gambar di sana... kamera mmg haram trus... bkn maksod xde org seludup masok, ada... cuma mcm adat2 org sana, dorang x suka rakam2 imej orang pakai kamera, dikira kurang adab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa dah ok kot bawak kamera ni, sbb aku baru balik umrah hari tu. Dengan asyik mahsyuk lagi aku mengambil gambar dalam Masjidil Haraam. Cuma kat Masjid Nabi masih lagi strict. Tak boleh masuk kalau bawak kamera or kamera fon.
Sayangla kalau Gua Hiraa tu depa tutup sebab itu sejarah. Tapi macam ko cakaplah, bengang tengok perbuatan2 khurafat kat tempat bersejarah. Masa dalam Raudhah pun aku tengok makcik2 esp dari sub continent tu la (Pakistan dan yg sewaktu dgnnya) dok nangis2 meraung2 sampai nak solat berkiblatkan makam Rasulullah s.a.w. Memang rasa mcm nak lempang aje hahaha.
Orang datang ke 2M ni dgn niat masing2. Kalau niat nak ibadah, Allah akan mudahkan perjalanan ibadah kita, kalau niat nak jalan2 pun itulah yang kita dapat - ibadah entah ke mana, kita dapat "enjoy" aje la. Yang datang nak cari jin ke pun Allah bagi. Terpulang dengan niat masing2. Yang kes nampak kaabah ke tak nampak kaabah ke, itu cuma peringatan Allah, bukan saja pada orang tertentu tapi iktibar untuk kita semua. Bukan ke Allah tu maha Pengasih dan maha Pemurah? |
|
|
|
|
|
|
|
oih, kot mana tajam tu? aku dok try x mean sangat dalam postings lepas ramai org dok sentop2... ...
genot Post at 23-4-2010 11:09 PM
jadinya genot...tidak mustahil jua ada si kafir pernah terlepas masuk dan pulang ke negara mereka dalam keadaan baik2 sahaja kan?lain kalau niat mereka jahat ai percaya jua laa ada balasan 'cash' disitu dari allah taala.....dulu ai penah tgk netGeo ada buat kajian ke atas telaga air zam zam untuk mencari dari mana punca mata air tersebut...pihak saudi membenarkan saintis german membuat kajian.....ai tak pasti pulak saintis tersebut kafir atau islam....dan satu lagi dokumentari pasal haji ada jugak ditayangkan...ai pom tak pasti samada cameraman tu kafir atau islam....
camera buleh bawak dah kat sana...mak ayah ai banyak ambek gambar...cuma dlm taman raudah dan makam rasulullah je tak boleh bawak masuk....yg ni kawalan ketat....ayah ai ada bawak masuk dalam muzium....sempat jugak ambek beberapa keping gambar lam tu....tapi kena pandai2 bawak masuk....ada gak pengawal yg melarang jemaah ambek gambar.....bukit uhud tu memang warna merah seblom perang uhud atau selepas perang uhud?tu darah2 org yg syahid kan?
terigt ayah ai cerita...atas dasar untuk dijadikan pengajaran kat anak2 je laa...bukan nak buruk2kan orang....jemaah2 haji yg dari negara lain jenis kurang berdisiplin dan taksub...masa kat taman raudah dibenarkan masuk secara berkumpulan mengikut rombongan masing....kebetulan rombongan ayah ai masuk bersama2 dengan rombongan mana tah...tapi fizikalnya tinggi besar sasa....dorang neh dapat je masuk terus berlari2 macam orang kena rasuk dengan melolong2 menangis2 tak tentu pasal....ada laa org dia langgar jemaah wanita dari malaysia...kau maklum je laa...org asia kan badan bukan besar mana pom....kalu kita tinggi pon..masih tak buleh mengatasi fizikal org belah2 sana....tegolek jatuh jemaah wanita tu.....dorang tak mintak maaf tak berenti tak apa pon...terus je melulu berlari masuk....sampai ada satu pengawal menjerit kat rombongan tu "hajji...hajjii!!!" soh benti berlari....lepas tu ayah ada cite...dorang neh berdoa depan tiang sambil melutut tadah tgn besar2 sambil nangis2 lepas tu sujud...tak lama kendian ada pengawal larang dorang wat camtu...katanya tiang tu bukan untuk disembah2....sama gak depan ka'abah...org dorang laa yg dok bergayut kat kain ka'abah sambil menangis2 sampai org lain takde peluang nak sentuh hajarul aswad....orang belah2 sana memang jenis ghairah dan taksub kan?walhal ibadah haji tu menuntut seseorg tu mendidik jiwa jadi orang yg sabar....bertimbang rasa....bertanggungjawab... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 132# C.K
Teringat la plak kat aruah mak. Mak akak pun rendah je. Org dok bertolak2. Guard Arab tu punyalah kasar. Ye lah org berjuta kan? Mana nak larat jaga. Mesti tegas. Al kisahnya mak akak ni dah geram sgt dia pi panjat belakang pak arab guard tu, mcm bergayutlah. Pak Arab tu cakap.. "masyaAllah! masyaAllah!" Terus dia tolak2 org kat tepi sambil bawak mak akak ni ke tempat hajarul aswad. Yg mak akak ni dok bergayutlah kat leher pak arab tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply C.K
Teringat la plak kat aruah mak. Mak akak pun rendah je. Org dok bertolak2. Guard Arab ...
HOTlips Post at 24-4-2010 12:11 PM
buleh ke lelaki ngan pompuan bersentuhan kat situ hakak?mak ayah kita tak dapat sentuh hajarul aswad tu akak...nak rapat dengan ka'bah pon takde ruang...setiap ari ramai org...datang tgh malam pom ramai....pagi2 hari pon ramai...subuh2 ari pon lagi ramai....jadi mak ayah kita buat apa yg termampu.....lagipon ketua rombongan tak benarkan jemaah berpecah masa tawaf atas dasar keselamatan takut kena pijak....ada jemaah wanita yg cuba meluru masuk redah arus org ramai....keluar dari situ habeh tudung kepala tercabut....dlm gambar tgk ka'abah macam dekat je...walhal bejuta2 org tgh dok tawaf tu...sebab ka'abah kan tinggi...so lam gambaq nampak cam dekat....
kat situ macam2 jenis org dengan macam2 pakaian....ada yg pakai baju warna warni....ada yg pakai tudung selempang macam siti nurhaliza pakai tu....ada yg kelubung nampak mata dua bijik je....ada jemaah wanita pakai seluar dengan baju stail punjabi.....maklum le lain2 mazhab....tak ketinggalan juga ada yg bawak anak2 kecik.....ada ibu cerita....jemaah burma bawak anak dia time solat....dia biarkan camtu je anak dia menangis2 tgh2 org solat berjemaah....ada sekali masa solat sunat...ibu kita dah habis solat dah ni....nampak anak beranak burma ni...mak ngan anak....maknye tgh solat time tu dia tgh rukuk...anak dia nangis nak susu....sekali mak dia benti sumbat botoi kat budak tu.....lepas tu dia sambung balik solat dia tang rukuk tu buleh eh camtu?mak kita ada gak derma makan minum ngan beberapa helai jubah dan towel kat dorang anak beranak...dorang cam takde tmpt tinggal je...sepanjang masa dok kat tiang dlm masjidilharam tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tidak mustahil jua ada si kafir pernah terlepas masuk dan pulang ke negara mereka dalam keadaan baik2 sahaja kan?lain kalau niat mereka jahat ai percaya jua laa ada balasan 'cash' disitu dari allah taala
urmmm, memang ada 'kafer' terlepas masok sb penduduk tempatan Makkah memang khabarkan ms aku sembang2 dgn depa, tp x da la bertukar rupabentuk manusia jadi babi atau jadi ular cuma mcm yg dh diceritakan lar, dorang cuma berasa 'hangat' ja n 'x dan2' nak lari kluar.
lain lar kalu dok puja jin tu, kot2 dia bleh wat orang nampak rupa dia mcm babi ka ular ka ada mungkin lah. di sana bukan kira sapa pon, Muslim ka sapa2 pon kalu fikiran x elok mmg akan dibalas dgn ujian cuma kita x sedar sahaja, x yah tunggu nak wat kelakuan burok. rasanya lebih kurang ja kowt di Tanah Halal mana2 pown, cuma Tanah Haram status dia len sikit, mcm Baitulmaqdis la jugak tp dia lagi 'holy' dr Baitulmaqdis sb dia tanah yang suci sblom itu lagi.
jemaah2 haji yg dari negara lain jenis kurang berdisiplin dan taksub...masa kat taman raudah dibenarkan masuk secara berkumpulan mengikut rombongan masing....kebetulan rombongan ayah ai masuk bersama2 dengan rombongan mana tah...tapi fizikalnya tinggi besar sasa....dorang neh dapat je masuk terus berlari2 macam orang kena rasuk dengan melolong2 menangis2 tak tentu pasal....ada laa org dia langgar jemaah wanita dari malaysia...
hahahahaa, memang jema'ah2 dr negara2 macam Afrika, India, Bangla, Pakistan, Iran n Turkey x berdisiplin. depa jenis2 yang suka dok bertenggek kat kubor2 makam wali smua, apatah la lagi makam nabi. kita rotan ka sebat dia ka, dia anggap tu perbuatan korban dia n tanda sayang kat wali2 tu smua. hangpa tgk orang Indu dok bergolek atas lantai penoh kaca smua sampai berdarah2, lebih kurang la kekdahnya.
jema'ah2 dr Arab Su'udi jarang masok ke Makkah waktu Hajji tambah2 Hajji Akbar, walopon depa pon tringin nak masok amik berkah, sebab takot jadi masalah lebihan jema'ah melimpah2 sampai keluar ke Tanah Halal, tu sb depa kena wat kuota. Ada ramai lg org nak tunaikan hajji waktu bulan Zulhijja tp cuma sikit jah bertuah leh lepas.
jema'ah2 orang Arab jarang wat perbuatan2 mcm pak Indu, pak Bangla Turki, Iran smua dok buat. depa memang sedia maklum walopon ada stengah depa mazhab Syi'ah jugak.
hahahaha, orang2 Indon pon dalam Masjidil Haram masa time Sa'ie n Tawaf dok sebok nak tunjok Nasionalism sangat depan Tuhan! macam la Dia nak tgk tu smua, depa wat macam kubu manusia pastu dok hentam orang len bg jatoh, skali kena dengan pak Afrika Selatan body mcm bulldozer habeh smua kena hentak. orang India smua x kata la, depa mmg xdak disiplin payah nak cari yg disiplin, pak China disiplin jugak, depa teratur wat satu2 benda, semayang pon macam Taichi, hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dulu masa Mekkah kena tawan oleh golongan terrorist yang nak menjatuhkan kerajaan saud, komando dari France yang tawan balik Mekkah? Tak silap aku ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
owh x silap tu tahon 1973, puak Iran nak tawan Makkah.... aku dengaq gak, time aku wat manasik2 waktu tu pernah kejadian gelap sebahagian Masjidil Haram, aku dok takot jadi mcm tu lagi la, bahagian satu lagi cerah n pintu2 Msjidil Haram tertutop sniri di satu bahagian kat Masjidil Haram, waktu tu ada ramai jema'ah waktu pagi dhuuha. tp aku enggan kaitkan dgn benda2 mistik sb benda di luar jangkauan kita x leh melebih2, momkin kejadian kebetulan sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Orang Mengaku Imam Mahdi lalu tawan Makkah.... |
|
|
|
|
|
|
|
lektrer jemputan kat U kami nama Basil Hatim pon penah creta pasai benda ni.. tp sblom tu aku memang penah dengaq puak2 hajji n orqng2 tempatan dok cakap2 pasi rmpasan tu kat masjidil haram... time berangin kencang dalam masjidil haram tu kami dok ketaq tepi2 tiang... takot org bukak api berulang balik kjadian dok dengar tu, tp alhamdulillah kot fenomena alam sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
kau org yg penah buat haji (bukan umrah) dapat sentuh hajarul aswad tak sepanjang ibadah haji tu berlangsung?betul ke org2 melayu cakap kalau tak dapat sentuh hajarul aswad ianya sesuatu perkara yg agak memalukan bagi seseorg yg menunaikan haji?ai igt sewaktu ai kecil....makcik2 pakcik2 kampung yg pegi haji dorang suka buat majlis2 seblom berangkat....ai penah menemani nenek (masa balik kg) kerumah jirannya....maka bila berkumpul macam2 cerita pengalaman mereka keluar...ada sorang kawan nenek ai ni...dia bercerita sambil berbisik2 kat nenek ai...masa dia mengerjakan haji dia tak dapat sentuh hajarul aswad....lepas tu dia warning kat nenek kata jgn cerita kat org kalau tak malu dia....aik...pelik laaa
ai tanya...kenapa kawan nenek cakap macam tu?katanya org melayu punya pikiran kalau tak dapat sentuh hajarul aswad seolah2 ianya sesuatu yg memalukan walhal nenek ai cakap...dia pon tak dapat sentuh hajarul aswad...dah ramai sgt org...takkan nak redah....nenek ai cakap buatlaa setakat yg mampu...macma tu jugak melontar....zaman dulu tempat melontar tu tak tersusun macam skang....dulu org lempaq batu habeh kena kat jemaah depan ada sampai tercedera...ada kena pijak sampai mati pon ramai ...sebab ni laa....terburu2....tak teratur....yg depan melontar ada ambek masa lama sampai tak pikir org belakang...yg belakang pulak tak sabar....kalut takut terlepas waktu melontar....jadi depa pon lontar laa batu2 tu dari jauh...apa lagi...kena laa kepala org depan....sikit2 punya batu takpa....sekali melontar macam turun air hujan..bertubi2...jadi nenek ai pesan...buatlaa semampu yg boleh jgn terburu2 sampai diri sendiri tak terjaga tercedera mengundang maut....nenek ai kata haji ni jiwa kena menghayati kena senantiasa ada rasa rendah diri....sebab allah itu maha mengetahui |
|
|
|
|
|
|
| |
|