CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Post time 25-6-2003 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-6-24 05:17 PM:
Khusus untuk Irfani

Saya nak tanya satu soalan tentang ayat 26 surah al-Isra':
وآت ذاا&# ...


salam

anda mengambil pandangan mengenai Syiahd ari seorang musuh Syiah! Dahlawi adalah musuh Syiah tegar! Dalam mengambil agama kami, kami tidak tunduk kepada Dahlawi, maupun orang2 yg menyangsikan kami dari jalan Ahlul Bait a.s. Kami berpegang kepada Ahlul Bait a.s sejak hari pertama perintah Rasulullah saaw agar umat berpegang kepadanya, tidak pernah meninggalkan mereka. Dan anda perlu ingat imam2 kami adalah bermula dari Imam Ali Ibni Abi Thalib, diikuti Imam hasan, Imam Hussein, Imam Ali Zainal Abidin, imam Muhammad al-Baqir, Imam Jaafar as Sadiq dan diikuti putera2nya. Dari mereka kami mengambil agama kami..... ada anda nampak nama2 Abu Hanifah, Maliki, Syafii atau Ahmad Hanbali di dalamnya?


mengenai perampasan Fadak itu, persoalannya hanyalah mengapa Abu Bakar menerima kesaksian Jabir tetapi menolak kesaksian Ahlul Bait a.s? sekiranya anda mau berpegang kepada buku2 fekah anda yg ditulis oleh ulamak2 penyokong perampasan Fadak, itu terpulang kepada anda. kami berpegang kepada "Kitabullah wa 'ithrah Ahlu Baiti"

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2003 05:02 PM | Show all posts
Bill,

so sekalilagi soalannya,
mengapa, Abu Bakar menolak kesaksian Ahlul Bait a.s dan menerima kesaksian Jabir? Mengapa bersikap berat sebelah? Mengapa zalim?


Boleh tak kalau sebelum saya jawab, kita sama-sama baca bab saksi dalam kitab Fekah mazhab masing-masing. Lepas tu kita baca pula bab pembahagian harta Baitulmal. Kita tengok dua kes yang berlaku tu sama ke?
Kesaksian dalam kes tersebut sama ke? Boleh ke kita terus menghukum seseorang itu zalim bila kita tengok dia menolak kesaksian orang ni dalam kes ni dan menerima kesaksian orang ni dalam kes lain? Adakah hukum kesaksian ini tidak berkait dgn kes? Adakah sama kes Fadak dgn harta dari Bahrain?

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2003 05:22 PM | Show all posts
salam
sayyidatina Fathimah a.s berkata bahwa beliau sama sekali tidak akan menipu, dan bahawa ayahandanya sama sekali tidak akan bertentangan dengan hukum al-Quran mengenai hukum pewarisan. Ahlul Bait yg suci telah meminta haknya, dan dengan kesucian mereka, apakah kita menyangsikan mereka?

anda mahu menerima alasan dirampasnya Fadak, bentangkan hujjah anda dengan membantah hujjah2 sayyidatina Fathimah az-Zahra dan kesaksian Imam Ali a.s
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 25-6-2003 05:23 PM | Show all posts
so sekalilagi soalannya,
mengapa, Abu Bakar menolak kesaksian Ahlul Bait a.s dan menerima kesaksian Jabir? Mengapa bersikap berat sebelah? Mengapa zalim?

Originally posted by nahzaluz at 25-606-2003 17:02:
Boleh tak kalau sebelum saya jawab, kita sama-sama baca bab saksi dalam kitab Fekah mazhab masing-masing. Lepas tu kita baca pula bab pembahagian harta Baitulmal. Kita tengok dua kes yang berlaku tu sama ke?
Kesaksian dalam kes tersebut sama ke? Boleh ke kita terus menghukum seseorang itu zalim bila kita tengok dia menolak kesaksian orang ni dalam kes ni dan menerima kesaksian orang ni dalam kes lain? Adakah hukum kesaksian ini tidak berkait dgn kes? Adakah sama kes Fadak dgn harta dari Bahrain?


Salam nahzaluz,

MK faham dengan apa yang anda ingin lakukan TETAPI siBill ni dah tenggelam punca... itulah jadinya, kalau diri dah kena bala Istidraj, perkara yang benar dan mempunyai fakta pun siBill dah tak dapat nak beza dan analisa... itulah kekuasaan Allah SWT. Jadi jika Nahzaluz nak buat reason dengan dia pun.. dia dah tak bolih nak bezakan.. kesian!!
Inilah yang MK nak tanya, sebab MK ingat dia dah dapat bezakan bahawa Kes Harta Fadak dengan Kes Harta dari Bahrain dalah berbeza.. Sebab itu semua ASWJ disini buat bodo aje dengan ulangannya mengenai kesaksian Jabir dan Syaidina 'Ali r.a.... sebab utama - kerana tak ada kaitan diantara kedua-dua kes tersebut... itu ler, kalau dah kena bala Istidraj, mereka dah tak nampak apa yang kita nampak.. kesian..

Contoh satu lagi lihatlah posting MK satu lagi dibawah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2003 05:25 PM | Show all posts
Bill,

anda mengambil pandangan mengenai Syiahd ari seorang musuh Syiah! Dahlawi adalah musuh Syiah tegar! Dalam mengambil agama kami, kami tidak tunduk kepada Dahlawi, maupun orang2 yg menyangsikan kami dari jalan Ahlul Bait a.s. Kami berpegang kepada Ahlul Bait a.s sejak hari pertama perintah Rasulullah saaw agar umat berpegang kepadanya, tidak pernah meninggalkan mereka. Dan anda perlu ingat imam2 kami adalah bermula dari Imam Ali Ibni Abi Thalib, diikuti Imam hasan, Imam Hussein, Imam Ali Zainal Abidin, imam Muhammad al-Baqir, Imam Jaafar as Sadiq dan diikuti putera2nya. Dari mereka kami mengambil agama kami..... ada anda nampak nama2 Abu Hanifah, Maliki, Syafii atau Ahmad Hanbali di dalamnya?


Dari siapa anda mengambil pandangan mengenai ASWJ? Dari ASWJ? atau dari Syiah musuh ASWJ? Ingat tak anda pernah berkata ulama' ASWJ sendiri menyebut di dalam kitab mereka bahawa apabila turun ayat 22 surah al-Isra' [Dan berilah kepada kaum kerabat haknya] Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah lalu diberikan Fadak kepadanya. Anda menyebut 4 buah kitab karangan ulama' ASWJ. Salah satunya al-Alusi di dalam tafsirnya Ruh al-Ma'ani. Ya, betul, hadis itu beliau ada sebut tetapi beliau menolaknya kerana ayat ini Makkiyyah dan Fadak pula Nabi dapat semasa di Madinah. Macam mana boleh Nabi beri kpd Fatimah tanah yang beliau tak milikinya ketika ayat ini turun. Kalau anda mengambil dari sumber ASWJ dgn membacanya sendiri, anda tidak akan menyebut perkara ini tetapi anda sebut juga. Ini menunjukkan anda sebenarnya mengambil apa yang ditulis oleh Syiah musuh ASWJ.  

Baiklah, nanti saya akan ambil satu point yang disebut oleh al-Dahlawi dan harap anda akan menjawabnya.

Anda menyebut nama-nama para Imam anda tak habis, kenapa? Anda malu untuk menyebut nama Imam ke 12? Atau anda tidak mempercayai kewujudannya? Adakah anda mengambil mazhab anda daripadanya?

Anda menyebut Imam Jaafar al-Sadiq dan mendakwa mengambil agama anda dari mereka. Anda sezaman dgnnya? anda anak muridnya? Tidak bukan? Habis tu dari siapa sebenarnya anda mengambil agama anda? DARI SIAPA SEBENARNYA ANDA MENGAMBIL AGAMA ANDA?

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2003 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-6-25 05:25 PM:
Bill,



Dari siapa anda mengambil pandangan mengenai ASWJ? Dari ASWJ? atau dari Syiah musuh ASWJ? Ingat tak anda pernah berkata ulama' ASWJ sendiri menyebut di dalam kitab mereka bahawa apabil ...


salam

Dahlawi memang terkenal membenci Syiah, bukunya etrsebut telah dijawab oleh ulamak2 Syiah. Kenapa anda tidak bertanya kepada ulamak anda mengapa buku Abaqat al-Anwar yg ditulis oleh ulamak besar Syiah kelahiran benua India tidak pernah dijawab sehingga hari ini?

saudara, berbeza dengan anda yg belajar mengenai Syiah dari web2site, buku2 anti Syiah, atau mengetahui secara ringkas dari org2 syiah yg belum diketahui tingkat ilmunya, saya membesar, bergaul, belajar dalam lingkungan ASWJ!

saudara, tuntutan mengenai Fadak bukan ditentukan oleh al-Alusi, Sayuthi ataupun siapa2 saja dari ulamak ASWJ maupun Syiah. Tuntutan Sayyidatina Fathimah a.s telah dicatatkan oleh buku2 sahih anda dan kami. Tuntutan tersebut berlaku, dan Ahlul Bait a.s memberikan kesaksian mereka dengan kesucian mereka!

Imam Kami yg suci ada 12,
1-Imam Ali a.s
2-Imam Hasan al-Mujtaba a.s
3-Imam Hussein Sayyidusy Syuahada' a.s
4-Imam Ali Zainal Abidin a.s
5-Imam Muhammad al-Baqir a.s
6-Imam Jaafar as-Sadiq

kemudian say telah berhenti kerana bercerita mengenai mazhab fekah kerana itu saya menyebutkan 4 imam ASWJ. Ini kerana Fekah Syiah Imamiyyah dikenali sebagai Fekah Jaafari!

7-Imam Musa al-Kazhim a.s
8-Imam Ali Ibni Musa ar-Ridha a.s
9-Imam Muhammad Taqiyy al-Jawad a.s
10-Imam Ali Hadi Naqiyy a.s
11-Imam Hasan Zakiy al-Askariyy a.s
12-Imam al-Mahdi a.s
yg ghaib dan akan muncul semula nanti.

Lalu anda perlulah malu dengan sangkaan salah anda kerana kami sangat berbangga dengan para Imam Kami yg suci dan tidak terdapat cela pada mereka. dan kami sedikitpun tidak tergugat dengan masalah keghaiban Imam kami kerana bagi orang yg beriman dengan al-Quran, perkara ini tidak menjadi masalah! Diangkatnya Nabi isa a.s, tertidurnya Ashabul kahfi, dibangkitkan kembali Nabi Allah Uzair a.s selepas 109 tahun telah menjadi bukti bahawa Allah AWJ berkuasa memanjangkan usia seseorang semahuNya! Anda ada masalah dengan itu

rest my case
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2003 05:48 PM | Show all posts
Kepada MK,

Bahkan muncul di kalangan Syiah gerakan menghentam sunnah Rasulullah SAW dengan lahirnya kitab-kitab jahat seperti tulisan Abdul Hussein Al-Musawi, Abu Hurairah.


Saya nak berkongsi satu cerita dgn MK dan netters yang lain.
Di Teluk suatu ketika dahulu, ada cadangan dari kalangan ulama' ASWJ supaya diadakan suatu usaha untuk mendekatkan (taqrib) di antara ASWJ dan Syiah dalam usaha menguatkan kedudukan umat Islam untuk melawan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika dan Zionis. Antara yang gigih berusaha ke arah itu ialah al-Marhum Dr. Mustafa al-Siba'i, seorang ulama' ASWJ dari Syria, pemimpin Ikhwan Muslimin Syria, pengarang kitab al-Sunnah dan kedudukannya di dalam perundangan Islam yang disusun untuk menolak hujah golongan anti hadis. Beliau menceritakan bahawa beliau telah pergi berjumpa dengan pengarang buku al-Muraja'ah (yang diterjemahkan di Malaysia dgn nama Dialog Sunni Syiah), iaitu orang yang MK sebutkan di atas. Ulama' Syiah tersebut telah berjanji untuk memberikan kerjasama ke arah usaha yang murni itu. al-Marhum Dr. Mustafa al-Siba' berpuashati dgn jaminan tersebut dan pulang ke Syria. Tetapi apa yang berlaku ialah tak lama selepas itu, ulama' Syiah tersebut telah menerbitkan satu buku yang bertajuk Abu Hurairah, yang memuatkan tohmahan-tohmahan terhadap seorang Sahabat Nabi yang ulung. Buku tersebut telah tersebar di dunia Arab dan hujah-hujahnya itu digunakan pula oleh Syiah di Malaysia ini sebagaimana mereka menggunakan buku Dialog Sunni Syiah itu sebagai rujukan.

Memang benarlah kata Imam Syafie: Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak bersaksi dusta selain golongan Rafidah

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2003 05:52 PM | Show all posts
Nahzalus: Anda menyebut Imam Jaafar al-Sadiq dan mendakwa mengambil agama anda dari mereka. Anda sezaman dgnnya? anda anak muridnya? Tidak bukan? Habis tu dari siapa sebenarnya anda mengambil agama anda? DARI SIAPA SEBENARNYA ANDA MENGAMBIL AGAMA ANDA?

Bill: Mungkin kawan2 dalam forum inii tidak begitu percaya anda boleh mengeluarkan soalan seperti ini! Namun ianya langsung tidak menghairankan bagi saya selepas selama ini berkali2 melihat anda bermati2an membuktikan Ahlul Bait a.s tersalah dalam tuntutan mengenai Fadak.

ok jawapan saya, adalah dalam pemulangan soalan kepada anda:
"Darimana anda mengambil agama anda? Bukankah Rasulullah saaw telah lama wafat? dan anda tidak pulak hidup di zaman baginda saaw?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2003 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-6-25 05:48 PM:
Kepada MK,



Saya nak berkongsi satu cerita dgn MK dan netters yang lain.
Di Teluk suatu ketika dahulu, ada cadangan dari kalangan ulama' ASWJ supaya diadakan suatu usaha untuk mendekatkan ( ...


yelah tu, cerita dari ulamak anda, memanglah memburukkan syiah....
anda dah baca buku Abu hurairah tu? bacalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2003 06:03 PM | Show all posts
Nahzalus: Anda menyebut Imam Jaafar al-Sadiq dan mendakwa mengambil agama anda dari mereka. Anda sezaman dgnnya? anda anak muridnya? Tidak bukan? Habis tu dari siapa sebenarnya anda mengambil agama anda? DARI SIAPA SEBENARNYA ANDA MENGAMBIL AGAMA ANDA?

Bill: Mungkin kawan2 dalam forum inii tidak begitu percaya anda boleh mengeluarkan soalan seperti ini! Namun ianya langsung tidak menghairankan bagi saya selepas selama ini berkali2 melihat anda bermati2an membuktikan Ahlul Bait a.s tersalah dalam tuntutan mengenai Fadak.

ok jawapan saya, adalah dalam pemulangan soalan kepada anda:
"Darimana anda mengambil agama anda? Bukankah Rasulullah saaw telah lama wafat? dan anda tidak pulak hidup di zaman baginda saaw?"


Kalau anda fikirkan maksud soalan saya tu, anda akan nampak soalan saya tu tak ada masalah dan tak pelik. Anda faham ke tak soalan saya?

yelah tu, cerita dari ulamak anda, memanglah memburukkan syiah....
anda dah baca buku Abu hurairah tu? bacalah


Itu cerita dari orang yang mengalaminya sendiri. Bukan cerita orang lain!

Saya masih lagi terhutang dgn anda satu isu dulu, iaitu isu Abu Hurairah. Anda pernah mentohmah Abu Hurairah dalam kes S. Ali mahu berkahwin dgn anak Abu Jahal. Anda ambil hujah dari buku ini ? Saje je tanyer ?

[ Last edited by nahzaluz on 25-6-2003 at 06:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 25-6-2003 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by irfani at 23-606-2003 18:41:
emm,mungkin pada akirnya ada juga generasi terakhir menerima juga akhirnya lallu menyerahkan Tanah Fadak kepada Ahlul bayt,iaitu Umar Abd. Aziz.Bukan macam anda..yang tanpa asas terus menyalahkan Ahlul Bayt as,tak tahu lah anda....


Originally posted by billionaire at 25-606-2003 16:30:
itulah takmau baca sejarah. Umar berikan semula Fadak kepada Imam Ali a.s pada waktu pemerintahannya. kalau benar "Kami para Nabi tidak meninggalkan warisan..." mengapa Umar memberikan semula Fadak kepada Imam Ali a.s? Kemudian Uthman mengambil fadak dan membahagikannya kepada sanak saudaranya - kronism.... dan datang pemerintahan Imam Ali a.s, Fadak kembali semula, sebelum Muawiyyah merampasnya kemudian dan memenuhkan perut2 bani Umayyah dengan tanah milik keluarga Rasulullah saaw itu. Fadak diperebutkan dari setiap zaman ke zaman.... hasil buah tangan Abu bakar.

so sekalilagi soalannya,
mengapa, Abu Bakar menolak kesaksian Ahlul Bait a.s dan menerima kesaksian Jabir? Mengapa bersikap berat sebelah? Mengapa zalim?

I rest my case ...


Wahai Bill dan Irfani,

Sekarang cuba terangkan kat sini... sapa yang tahu baca sejarah atau sapa yang tak tahu baca sejarah dan sapa yang buat cerita rekaan sejarah???

Sekarang kita tengok perbezaan fakta yang dibuat olih dua insan Syia'ah Imamah (Bill & Irfani).. masuk akai ke.. akan cerita sejarah rekaan kedua-dua Syiah ini?

REKAAN PERTAMA;
Irfani kata Khalifah Umar Abd. Aziz r.a. bagi balik Harta Fadak semasa pemerintahnnya.. (Semua umat Islam sudah maklum bahawa Khalifah Umar Abd. Aziz r.a. memerintah beberapa tahun lamanya selepas syahidnya Khalifah keempat Syaidina Ali r.a.)

REKAAN KEDUA:
Bill tulis "Umar berikan semula Fadak kepada Imam Ali a.s pada waktu pemerintahannya"... (Ini mesti ler Khalifah Umar Al-Khattab r.a. sebab kalau Khalifah Umar Abd. Aziz r.a., heran bin ajaib ler, macamanan orang yang dah meninggal bolih hidup balik dan pi terima pemberian Harta Fadak.. atau dihidupkan balik kot? Puak-puak Syiah amat suka kalau cerita dongeng macam ni.. serupa ler dengan kehilangan Imam ke12 mereka.. ada ke tak ade sebenarnya...)
Lepas tu siBill ni buat cerita rekaan lagi memfitnahkan Khalifah Uthman bin Affan r.a. bahawa beliau merampas kembali Harta Fadak yang dipulangkan kembali olih Khalifah Umar Al-Khattab r.a. (Baik pulak Syaiyidina Umar kali ni.. TAPI kenapa sekarang ni depa dok benci lagi???) atau Khalifah Umar Abd. Aziz r.a. (yang sensasinya, mana satu yang betoi!!!).. entah ler bolih giler dibuatnya...
Tetapi ketahuilah, bahawa Khalifah Uthman bin Affan r.a. ialah seorang Sahabat Rasulullah SAW yang mendapat restu dari Rasulullah SAW sendiri untuk berkahwin dengan dua orang puterinya (dua kali 'naik pelamin' jadi menantu Rasulullah SAW) dan siBill ni kata beliau ambil dan kasi kepada sanak saudaranya. Tahukah anda?.. Bahawa dua orang puteri Rasulullah SAW yang menjadi isteri Syaidina Uthman tidak diiktiraf olih golongan Syiah.. Dia tau dak bahawa Syaidina Uthman adalah diantara Sahabat Rasulullah yang berharta, ahli peniagaan dan banyak bersedekah menolong perjuangan Rasulullah SAW. Hangpa tau dak? Bahawa Imam No.1 Syiah ia-itu Saiyidina Ali apabila nak berkahwin dengan Saiyidatul Fatimah... duit 'emas kahwin' atau 'mahar' pun disedekahkan olih Syaidina Uthman. Adakah insan sebegini dikatakan Murtad olih golongan Syiah? Ini mesti ada 'udang' disebalik batu!!!!

Olih itu berfikirlah sewaras-warasnya... kalau ada cerita karut marut yang menceritakan keburukan mengenai Syaidina Abu Bakar, Syaidina Umar, Syaidina Uthman dan Syaidina Al, maka janganlah dipercayai?
Siapakah pengadu domba Syiah yang hidup beratus tahun selepas kewafatan Nabi SAW jika hendak dibandingkan dengan Shahabat Rasulullah SAW. Mereka (pengadu domba Syiah) ini mengatakan Shahabat Rasulullah SAW adalah MURTAD selepas kewafatan Rasulullah SAW. Tahukah mereka bahawa Shahabat Rasulullah SAW menerima Islam dari mulut Nabi Muhammad SAW sendiri dan berjuang bermati-matian BERSAMA_SAMA Rasulullah SAW untuk menegakkan Islam. Adakah masuk akal, jika Shahabat Rasulullah SAW yang teruji keimanan mereka akan berpaling tadah sebaik sahaja kewafatan Nabi Muhammad SAW. ATAU kuatkah keimanan puak-puak Syiah ni jika nak dibandingkan dengan Shahabat Rasulullah SAW? Mana lebh AFDAL kalau menerima Islam dari Nabi SAW sendiri kalau nak dibandingkan dengan menerima pengajaran Islam dari Ahlul Bait? Sebenarnya puak-puak Syiah yang gelong, gila kuasa dan syirik BUKAN para Shahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga olih Nabi SAW. Alim ke... puak2 Syiah terutama pengadu domba dan ulama-ulama sesat Syiah tu kalau nak bandingkan dengan Shahabat Rasulullah SAW.. Adakah Nabi SAW berjanji sendiri didepan mereka bahawa depa tu akan menjadi ahli Syurga dan lebih baik dari Shahabat Rasulullah SAW? Setahu MK, umat dizaman Nabi SAW lebih baik amalannya dari umat dizaman Khalifah yang empat dan umat dizaman Khalifah yang empat lebih baik dari umat yang hidup 100 tahun selepas kewafatan Nabi SAW.. jadi siapakah kita dizaman 2003 jika nak dibandingkan dengan Shahabat Rasulullah SAW.. lepas tu ada pulak mamat yang memaki hamun Shahabat Rasulullah SAW hanya dengan sekadar mendengar cerita rekaan dari tok guru sesat mereka... dunia oh dunia... ada akai pakai ler.. celesikit minda tu.. kalau hukum akai pun tak pakar lagi macamanan nak belajar hukum Allah SWT?

Hanya insan-insan yang terTIPU saperti Bill, Laxamana, Irfani dan breezecolor yang dapat menerima BULAT_BULAT pembohongan golongan Syiah ini..

Jadi sekarang, siapa  yang nak perbetoikan sejarah rekaan kau orang ni supaya logik dan masuk akai? Hukum akai MK kata MUSTAHIL atau HARUS... Tak ada dosa buat dosa.. bertaubatlah.. insaflah.. pembohongan anda dan golongan Syiah anda semakin terserlah... umat zaman ini semakin praktikal dan bijak.. mereka bukan lagi bolih dipengaruhi dengan cerita-cerita rekaan yang sensasi lagi emosi dari golongan anda... hanya umat yang buta huruf dan tak berilmu akan mengikuti dan percaya dengan cerita2 dongeng yang penoh dengan kebencian dan penoh dengan nafsu amarah yang dirasuk olih IBLIS laknatullah dan bala tenteranya....  bertaubatlah dan insaflah!!


[ Last edited by Mat Kampong on 26-6-2003 at 12:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2003 07:02 PM | Show all posts
salam
tunggu ye Mat kampong kalau nak tau pasal sejarah.... bill nak kena pergi BTN ni 4 hari, takleh online.... nanti kita borak lagi pasal fadak yeee.....


tapi sebelum tu fikirlah dulu

Mengapa Abu Bakar tolak kesaksian Ahlul Bait a.s?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2003 11:31 AM | Show all posts
Ewah tandatangan Mat Kampong: ASWJ amat menghormati Ahlul Bait.. tetapi ASWJ tidak taksub kepada Ahlul Bait tertentu walaupun mereka berselawat kepada Rasulullah SAW dan Ahlul Baitnya semasa solat..

Lax: Itu mulut saja cakap.... hati tatak ikut... Macam Bill cakap lah, kesaksian Ahlul Bait mereka tolak dan telan semua cerita yang menyebelahi Abu Bakar dan Omar... itulah ketaksuban nama nya. Yes, it is as simple as that. How amazing.... Nahzaluz is one of them, no different, sentiasa mencari jalan permusuhan dengan golongan yang menyebelahi hujah Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Sifat bongkak dia pun boleh tahan jugak... berbangga - bangga dengan ilmu  yang dimiliki nya hasil cut& paste. Jangan marah, komen saya ikhlas... untuk kebaikan juga.
:bg:
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 26-6-2003 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 25-606-2003 17:41:
salam
....
12 - Imam al-Mahdi a.s., yg ghaib dan akan muncul semula nanti.

Lalu anda perlulah malu dengan sangkaan salah anda kerana kami sangat berbangga dengan para Imam Kami yg suci dan tidak terdapat cela pada mereka. dan kami sedikitpun tidak tergugat dengan masalah keghaiban Imam kami kerana bagi orang yg beriman dengan al-Quran, perkara ini tidak menjadi masalah! Diangkatnya Nabi isa a.s, tertidurnya Ashabul kahfi, dibangkitkan kembali Nabi Allah Uzair a.s selepas 109 tahun telah menjadi bukti bahawa Allah AWJ berkuasa memanjangkan usia seseorang semahuNya! Anda ada masalah dengan itu.

rest my case   ...


Salam,

Bill... anda kata Imam al-Mahdi a.s. "yang ghaib dan akan muncul semula nanti."


Ini bermakna Imam Mahdi a.s. pernah hidup dizaman sebelum ini.
- Siapakah Imam Mahdi a.s. yang anda katakan itu?
- Bila beliau dilahirkan?
- Siapakah namanya?
- Adakah beliau anak kepada Imam ke-11?
- Adakah beliau memberitahu bahawa beliau akan muncul kembali?
- Adakah ada orang ketiga yang bercakap baginya?
- Anda ada apa-apa bukti atau dalil mengenainya???



Anda juga kata "ia akan muncul semula nanti"..
- Tahun bila beliau terghaib?
- Umur beliau berapa semasa beliau terghaib?
- Dimana tempat beliau terghaib?
- Ada berapa orang saksi semasa beliau ghaib?


Mengenai kisah "Diangkatnya Nabi isa a.s, tertidurnya Ashabul kahfi, dibangkitkan kembali Nabi Allah Uzair a.s selepas 109 tahun telah menjadi bukti bahawa Allah AWJ berkuasa memanjangkan usia seseorang semahuNya!"... ianya tidak pernah diPERSOALKAN olih ASWJ sebab ianya ada dalil-dalilnya didalam kitab suci Al-Quran.

TETAPI... tentang Imam Mahdi yang pernah hidup dan TERghaib..., sila berikan bukti dan dalil bahawa Allh SWT telah memberi khabar ini didalam Al-Quran kerana bagi MK tidak mengetahui bahawa masih wahyu dari Allah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.:cool::cool:
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 26-6-2003 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 26-606-2003 11:31:
Ewah tandatangan Mat Kampong: ASWJ amat menghormati Ahlul Bait.. tetapi ASWJ tidak taksub kepada Ahlul Bait tertentu walaupun mereka berselawat kepada Rasulullah SAW dan Ahlul Baitnya semasa solat..

Lax: Itu mulut saja cakap.... hati tatak ikut... Macam Bill cakap lah, kesaksian Ahlul Bait mereka tolak dan telan semua cerita yang menyebelahi Abu Bakar dan Omar... itulah ketaksuban nama nya. Yes, it is as simple as that. How amazing.... Nahzaluz is one of them, no different, sentiasa mencari jalan permusuhan dengan golongan yang menyebelahi hujah Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Sifat bongkak dia pun boleh tahan jugak... berbangga - bangga dengan ilmu  yang dimiliki nya hasil cut& paste. Jangan marah, komen saya ikhlas... untuk kebaikan juga.:bg:...


MK hanya tersipu senyum , bila baca posting mamat ni... kahkahkah ... woi power habis... mamat Lax ni memang ada power 'Imam Syi'ah' dia bolih tengok MK punya hati...

What is he talking about? Dia tau baca ke? Jawab ler.. kenapa ada perbezaan diantara cerita rekaan Irfani dan rekaan Bill... tengok bawah tu!!!
Originally posted by irfani at 23-606-2003 18:41:
emm,mungkin pada akirnya ada juga generasi terakhir menerima juga akhirnya lallu menyerahkan Tanah Fadak kepada Ahlul bayt,iaitu Umar Abd. Aziz.Bukan macam anda..yang tanpa asas terus menyalahkan Ahlul Bayt as,tak tahu lah anda ....


Originally posted by billionaire at 25-606-2003 16:30:
itulah takmau baca sejarah. Umar berikan semula Fadak kepada Imam Ali a.s pada waktu pemerintahannya. kalau benar "Kami para Nabi tidak meninggalkan warisan..." mengapa Umar memberikan semula Fadak kepada Imam Ali a.s? Kemudian Uthman mengambil fadak dan membahagikannya kepada sanak saudaranya - kronism.... dan datang pemerintahan Imam Ali a.s, Fadak kembali semula, sebelum Muawiyyah merampasnya kemudian dan memenuhkan perut2 bani Umayyah dengan tanah milik keluarga Rasulullah saaw itu. Fadak diperebutkan dari setiap zaman ke zaman.... hasil buah tangan Abu bakar.

so sekalilagi soalannya,
mengapa, Abu Bakar menolak kesaksian Ahlul Bait a.s dan menerima kesaksian Jabir? Mengapa bersikap berat sebelah? Mengapa zalim?

I rest my case  ...


[ Last edited by Mat Kampong on 26-6-2003 at 12:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2003 01:37 PM | Show all posts
Lax,

How amazing.... Nahzaluz is one of them, no different, sentiasa mencari jalan permusuhan dengan golongan yang menyebelahi hujah Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Sifat bongkak dia pun boleh tahan jugak... berbangga - bangga dengan ilmu  yang dimiliki nya hasil cut& paste. Jangan marah, komen saya ikhlas... untuk kebaikan juga.


Salah tu!
Saya tak mencari jalan permusuhan dengan anda bertiga. Anda berhujah, kamipun berhujah. Begitulah. Jgn dok marah!

Orang yang ikhlas tidak akan menuduh orang lain sembarangan...Menuduh orang bongkak dsbnya bukan kerja orang baik-baik.

Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 26-6-2003 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 26-606-2003 13:37:
Lax,

Salah tu!

Saya tak mencari jalan permusuhan dengan anda bertiga. Anda berhujah, kamipun berhujah. Begitulah. Jgn dok marah!

Orang yang ikhlas tidak akan menuduh orang lain sembarangan...Menuduh orang bongkak dsbnya bukan kerja orang baik-baik.

Wassalam.


Salam Nahzaluz,

MK amat setuju dengan pegangan Nahz, bahawa tujuan kita berhujjah disini ialah untuk menambah pengetahuan mengenai fahaman sendiri dan fahaman insan lain.

Untuk makluman Nahz, dahulunya saya menghormati fahaman Syi'ah walaupun ianya tidak bersefahaman dengan ASWJ kerana bagi MK ianya adalah hak masing-masing untuk memahaminya dan lagipun MK tidak mempunyai sahabat atau kawan yang berfaham Syi'ah. Perasaan ingin tahu ialah sifat semula jadi MK iaitu suka mengetahui mengenai religion atau kebudayaan lain hanya sebagai pengtahuan am disamping mendalami pengetahuan mengenai Islam dari fahaman ASWJ. MK memang ingin tahu.. saperti apakah itu Syia'h? Apakah itu Wahabi? Apakah itu Ahmadiyyah?... TETAPI apabila MK terbaca posting Lax yang begitu menghina para Sahabat Rasulullah ianya amat mengecewakan MK kerana selama ini menganggap fahaman Syia'ah hanyalah perbezaan biasa ia-itu saperti perbezaan pandangan / pendapat diantara Mazhab Hanafi dengan Mazhab Shafie atau Mazhab Hambali atau Mazhab Maliki... RUPA-RUPAnya ianya amat berbeza kerana ianya menyentuh mengenai akidah dan silap haribulan bolih terkeluar dari Islam.
Sekarang barulah MK faham kenapa bagi fahaman Wahabi, ada doktrin mengatakan bahawa golongan Syiah bolih dibunuh!!!  
Sekarang juga MK dapat menyelami hati pemikiran pemimpin Pas, mengapa mereka tidak merasa apa-apa apabila memaki hamun, memfitnah dan dakyah kepada pemimpin negara SEBAB mereka memang condong kepada Syi'ah.. kalau para Sahabat Rasulullah SAW mereka sanggup memaki hamun dan mencerca, jadi sesama pengikut dah tak ada apa lagilah... Ini bukan budi pekerti Islam yang MK belajar.. ini pemikiran SONGSANG... Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajar umatnya beraklak saperti itu.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 27-6-2003 01:05 AM | Show all posts

HADIS KISA'

Allah SWT telah berfirman didalam Surah Al-Ahzaab, ayat 33 (Quran 33:33), yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "Ahlul  Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Atau maknanya didalam Bahasa Inggeris;
And stay quietly in your houses, and make not a dazzling display, like that of the former Times of Ignorance: and establish Regular Prayer, and give Regular Charity; and obey Allah and His Messenger. And Allah only wishes to remove all abomination from you, ye Members of the Family, and to make you pure and spotless.

Isteri Rasulullah SAW,'Aisha r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah keluar pada suatu pagi dengan kain berselubung melepasi rambutnya, dan apabila baginda bertemu Saiyidina Hasan bin Ali, baginda menyelubungi beliau, begitu juga dengan Saiyidina Hussain bin Ali. Apabila bertemu Saiyidina Ali dan isterinya Saiyidatul Fatimah, mereka pun diselubungi bersama baginda dan beliau bersabda:
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "Ahlul  Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Atau maknanya didalam Bahasa Inggeris:
"And Allah only wishes to remove all abomination from you, ye members of the family, and to make you pure and spotless." Quran (33:33)

Golongan Syi'ah yang taksub telah membuat dakwaan bahawa semua ahli Keluarga Rasulullah SAW dan keturunan mereka adalah tidak berdosa atau maksum. Dan olih itu, ianya wajib diikuti olih mereka: Kerana mereka berhak menjadi imams. Mereka membuktikan dakwaan mereka dengan berpandukan kepada Al-Quran (Surah Al-Ahzaab, ayat 33) dan Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan olih 'Aisha r.a. yang telah disebut diatas tadi.
Sejauh mana kebenaran keatas dakwaan mereka?


KOMENTAR:
Sebenarynya ayat penyuciaan telah diturunkan untuk memberi kelebihan kepada isteri-isteri Nabi SAW, saperti yang telah difirmankan olih Allah SWT didalam Al-Qur抋n dalam ayat 32-34, Surah Al-Ahzaab, (Quran 33:32-34), yang bermaksud:
[32] Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
[33] Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "Ahlul  Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
[34] Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

atau maknanya didalam Bahasa Inggeris;
[32] O Consorts of the Prophet! ye are not like any of the (other) women: if ye do fear (Allah), be not too complaisant of speech, lest one in whose heart is a disease should be moved with desire: but speak ye a speech (that is) just.
[33] And stay quietly in your houses, and make not a dazzling display, like that of the former Times of Ignorance: and establish Regular Prayer, and give Regular Charity; and obey Allah and His Messenger. And Allah only wishes to remove all abomination from you, ye Members of the Family, and to make you pure and spotless.
[34] And recite what is rehearsed to you in your homes, of the Signs of Allah and His Wisdom: for Allah understands the finest mysteries and is well-acquainted (with them).

Jadi, bagi mereka yang mentafsirkan ayat-ayat ini dengan pemikiran yang jelas dan objektif, tanpa prasangka and membuat keputusan yang nyata bahawa ianya diturunkan semata-mata untuk memberi kelebihan kepada isteri-isteri Nabi SAW. Ini dikuatkan lagi dengan dengan ayat perintah: "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu..." akan mendapat tahu bahawa ianya adalah satu ayat dan ianya hanya ditujukan kepada para isteri-isteri Nabi SAW.

Secara tidak sengaja, ianya akan membuat kita bertanya diri sendiri: Jika ayat tersebut ditujukan hanya kepada isteri-isteri Nabi SAW, kenapa ianya tidak mempunyai perkataan yang membayangkan kewanitaan (Meem) sebaliknya ianya menggunakan rangkaian yang membayangkan kepada kelompok lelaki yang ramai? Sebenarnya henadklah diketahui bahawa Nabi SAW adalah Kepala atau Ketua dikalangan ahli keluarganya. Jadi, untuk mengandungi diri baginda, ianya adalah perlu untuk menggunakan rangkaian 揗eem
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2003 10:14 AM | Show all posts
Ewah... nak pusing cerita mengenai penyucian Ahlul Bait pulak si Nahzaluz dan Mat Kampong ni... tapi tak nak mengaku menolak kesaksian Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Saya sebenar nya tak nak layan sangat orang yang sedang membuak-buak nafsu amarah nya yang dibajai dengan perasaan benci yang mendalam seperti ini. Sudah tentu mereka susah nak menggunakan akal secara waras.... Nak tunggu mereka cool, tak cool cool jugak terpaksa lah jugak tegur sikit, bukan apa... kesian tengok

Bini-bini Rasulullah s.a.w. ada yang kaki melawan suami... yang belajar, tentu tahu dan Aisyah pun apa kurang nya. Jikalau setengah daripada isteri-isteri Rasulullah s.a.w.  bertindak begitu keadaannya, bagaimana mereka termasuk di dalam ayat at-Tathir yang disucikan daripada segala dosa?

Telah diriwayatkan bahawa 'Aisyah RD pernah berkata kepada Nabi SAWAW di dalam keadaan marah:"Tidakkah anda sahaja yang menyangka anda seorang Nabi Allah?" Ish Ish... itu ke yang Mat Kampong kata disucikan Aisyah tu..? Betul ke, tak betul niii?

Adakah mereka layak dengan tindakan mereka yang menyalahi peradaban sebagai isteri, lebih-lebih lagi suami mereka itu adalah Rasulullah SAWAW, dimasukkan ke dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33):33) daripada dosa sedangkan mereka berlumuran dengannya? Jikalau ayat itu termasuk "isteri-isteri" khususnya 'Aisyah, nescaya dia berpesta dan memberitahukannya kepada orang yang masih hidup dan orang yang telah mati. Dan tentu sekali Umm Salmah lebih berhak untuk dimasukkan di dalam ayat tersebut. Kerana kedudukannya di sisi Rasulullah SAWAW dan ayat Tathir telah diturunkan di rumahnya. Manakala mereka tidak dimaksudkan di dalam ayat tersebut, Rasulullah SAWAW mengeluarkannya (Umm Salmah) dengan menarikkan al-Kisa' daripada tangannya lantas Umm Salmah bertanya: Tidak. Berdirilah di tempat anda. Mudah-mudahan anda berada di dalam kebaikan.

Sebagaimana juga beliau menegah 'Aisyah dan Zainab dari memasuki bersama mereka dan memberi jawapan kepada mereka berdua sebagaimana jawapan beliau terhadap Umm Salmah.

Rasulullah SAWAW telah menutup ke atas 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dengan al-Kisa'(pakaian) dan mengangkatkan tangannya ke atas mereka sambil membaca ayat Tathir yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kami ('an-kum) wahai Ahlu -Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya"

Ianya adalah semata-mata untuk memisahkan mereka daripada isteri-isteri dan orang-orang Islam yang lain, dan sabdanya aku bermaksud: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlu l-Baitku.

Di dalam riwayat yang lain (Ahli) keluargaku iaitu tidak ada selain daripada mereka. Penafsir kepada ayat ini ialah Rasulullah SAWAW sendiri. Manakah penafsiran yang diterima selepas penafsirannya? Adakah orang yang datang dengan al-Qur'an (Nabi SAWAW) yang mengeluarkan isteri-isterinya daripada ayat al-Tathir lebih diterima penafsirannya? Atau sebaliknya orang yang tidak mengetahui takwilannya sehingga memasukkan isteri-isterinya atau sebaliknya di dalam ayat tersebut?

Dan juga dalil yang lebih kuat bahawa isteri-isteri Nabi SAWAW tidak termasuk Ahlu l-Baitnya ialah  Nabi SAWAW tidak membawa mereka keluar di Hari Mubahalah dengan Kristian Najran kerana beliau menjanjikan mereka untuk membawa wanita-wanitanya bersama sebagaimana firmanNya di dalam (Surah Ali Imran (3):61):"maka katakanlah    (kepadanya):  Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri    kami dan    diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."

Sebagaimana ketua Kristian Najran berpidato kepada kumpulannya: Sekiranya Muhammad keluar dengan Ahlu l-Baitnya,   maka jangan   kalian    lakukan mubahalah. Dan sekiranya beliau keluar dengan sahabat-sahabatnya, maka lakukanlah mubahalah. Semua ahli tafsir dan sejarah bersepakat bahawa Nabi SAWAW tidak keluar bersamanya untuk   mubahalah   selain   daripada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. Justeru itu merekalah Ahlu l-Baitnya bukan orang lain. Sekiranya ada orang lain selain daripada mereka nescaya Nabi SAWAW akan mengajak mereka keluar untuk "bermubahalah" bersama di sa'at yang paling genting bagi menentang kebatilan.

Oleh itu orang yang Nabi SAW   bermubahalah   bersama mereka bagi menentang Nasara Najran itu tentulah mereka yang terdiri   orang yang Allah telah  menghilangkan daripada mereka kekotoran di dalam al-Qur'an yang mulia. Lagipun apabila perkataan Ahlu l-Bait AS diucapkan secara langsung bererti al-itrah al-Tahirah AS;'Ali, Fatimah bt. Muhammad, Hasan bin Ali dan Husain bin  Ali dan tidak termasuk isteri-isteri. Justeru itulah Nabi SAWAW memaksudkan mereka semenjak beliau mewasiatkan mereka dan menerangkan kelebihan-kelebihan mereka di dalam hadith-hadithnya yang mutawatir di dalam buku-buku Sahih "mereka." Dan tidak seorang pun memasukkan "isteri-isteri" di dalam hadith-hadith tersebut. Di antaranya dua hadith yang muktabar yang diriwayatkan oleh jumhur Muslimin"

1. Hadith Thaqalain: Sabda Nabi SAWAW yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga; Kitab Allah dan 'Itrahku (Ahlu l-Baitku) selama kalian berpegang kepada kedua-duanya kalian tidak akan sesat selama-lamanya.

2. Hadith al-Safinah: Sesungguhnya yang bermaksud: Umpama Ahlu l-Baitku sepertilah Bahtera Nuh, siapa yagn menaikinya akan berjaya, dan siapa yang tidak menaikinya akan sesat selama-lamanya.

Adapun menjadi kebiasaan kepada kaum Muslimin di Madinah, Mekah, Arab Islam dan banyak tempat lagi... apabila mereka sebut  Ahlu l-Bait di dalam   majlis-majlis mereka,   mereka tidak maksudkan isteri-isteri Nabi SAWAW. Mat Kampong, Nahzaluz ASWJ Melayu saja yang pandai terlebih...

Untuk pengetahuan Mat Kampong, Nahzaluz... ni nak ajar sikit... Hal ni begitu juga lah di kalangan penyair-penyair Ahlu s-Sunnah dan Syi'ah apabila mereka menyusun syair memuji Ahlu l-Bait AS mereka maksudkan lima Ahlu l-Kisa': Muhammad SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain AS. Perhatikanlah kenyataan yang dibuat oleh Imam Syafi'i mengenai Ahlu l-Bait AS:

[i]" Wahai   Ahlul Bait  Rasulullah  cintamu  suatu fardhu daripada Tuhan di dalam  al-Qur'an telah   diturunkan.    Memadailah   kebesaran   Nabimu,  sesungguhnya  kami siapa yang  tidak bersalawat   ke   atas   kamu   tidak   sah sembahyangnya.'

Dimaksudkan  dengan Ahlu l-Bait AS   ialah 'Ali,  Fatimah, Hasan, dan Husain AS.... bukan bini-bini Nabi.  Demikianlah juga beribu-ribu karangan para ulama Ahlu s-Sunnah menjelaskan bahawa maksud Ahlu l-Bait ialah Nabi SAWAW dan keturunan 'Ali yang disucikan. ASWJ Melayu kat sini lain macam pula cerita nya... punya lah nak berhujah, sampai sanggup memutar belit dan meresapkan pembohongan untuk menegakkan benang basah.

Ya, memang terdapat orang-orang seperti 'Ikramah al-Barbari, Muqatil dan lain-lain yang terkenal dengan pembohongan ke atas Rasulullah SAWAW telah membuat hadith-hadith palsu. Rasulullah SAWAW bersabda maksudnya: Akan banyak pembohongan ke atasku, siapa yang membohongi ke atasku dengan sengaja maka hendaklah ia duduk di tempatnya di neraka.
  ...tak takut ke wahai Mat Kampong dan Nahzaluz?

[ Last edited by Laxamana. on 27-6-2003 at 10:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2003 07:12 PM | Show all posts
Salam,
Semoga Allah SWT merahmati anda wahai Laxamana,anda telah berkata benar.Celakalah anda wahai Mk betapa anda telah belaku pembohongan terhadap ayat2 Allah SWT.Dan dari mana pula anda mendapat penjelasan tersebut?apakah dari Ulama2-ulama' kotor yang membohongi Ahlul Bait as?

bagaimanakah anda mengatakan bahawa ayat Tathir itu diturunkan kepada isteri2 Nabi sedangkan Allah SWT telah meyucikan Ahlul Bayt sesuci-sucinya,ini berbeza sekali dengan isteri2 Nabi yang mendapat ancaman dari Allah SWT.

Dan Dia juga telah mengancam mereka dengan firmanNya (Surah al-Tahrim (66):4-5):"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang Mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan."

Dan apa yang jelas terdapat di kalangan isteri-isteri tersebut yang telah memerangi Khalifah 'Ali, Hasan dan Husain AS. Memerangi mereka bererti memerangi Allah menurut hadith Rasulullah (SAWAW): Jangan anda melupai bahawa 'Aisyah telah mengetuai angkatan bersenjata kerana memprotes jenazah Hasan untuk disemadikan di samping datuknya Rasulullah SAWAW.Jikalau 'Aisyah masih hidup di hari peperangan Husain AS di Karbala, nescaya dia akan memerangi Husain bin 'Ali AS pula kerana sifatnya yang sentiasa memerangi Ahlu l-Bait AS.


jikalau Allah SWT di dalam ayat tadi menghendaki isteri-isteri Nabi saawnescaya Dia menggunakan dhamir Ta'nith, 'an-kunna (daripada kamu isteri-isteri) dan yutahhirakunna Dia membersihkan (kamu isteri-isteri) sebagaimana Dia menggunakan dhamir Ta'nith sebelumnya (Surah al-Ahzab (33):32. Lantaran itu Allah telah menggunakan dhamir tadhkir untuk mengeluarkan isteri-isteri daripada ayat tersebut.
adapun Fatimah as adalah bahagian dari Nabi(seperti Ahlul Bayt yang  lain juga) seperti yang disebut didalam hadis.Oleh itu,Fatimah as adalah termasuk dialam Ahlul Bayt secara automatik.Fatimah as dan isteri2 Nabi jauh berbeza kerana isteri2 Nabi bukanlah bahagian dari Nabi yang 'terpilih' yang disucikan.

Anda pun tidak melihat asbabun Nuzul ayat Tahir tersebut seperti yang dilihatkan oleh Lax hadis Kisa' dan ia diriwayatkan oleh sejumlah besar ulama' anda.Ia jelas adalah khusus kepada Ali as,Fatimah as,Hassan as,dan Hussien as.

Ayat mubalahah juga mendetailkan siapakah Ahlul Bayt itu..seperti yang dijelaskan.
Manakala Allah membezakan al-Tahirin [orang yang disucikan]
daripada makhlukNya, maka Dia memerintahkan NabiNya bermubahalah.
Dia berfirman: " Maka katakanlah [kepadanya] kita memanggil anak-anak kami
dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami
dan wanita-wanita kamu "diri kami" dan diri kamu,
kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta  supaya
laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta
."[Ali-Imran 3:61]
Maka Nabi SAWA telah menjadikan Ali, Hasan, Husayn dan Fatimah AS
sebagai pertaruhan. Dia telah mengiringi diri mereka dengan dirinya [Nabi SAWA].

para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAWA:

" Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami telah mengetahui
mengenai salam ke atas anda.
Dan bagaimanakah salawatnya pula?
Maka Rasulullah SAWA menjawab:"
Katakanlah: Ya Allah limpahkanlah rahmatMu
atas Muhammad dan keluarga Muhammad
."

mengapakah anda menukar selawat anda diluar solat dengan menambah seseorang yang tidak Rasulullah perintahkan untuk selawat dan inilah membuktikan bahawa Rasulullah saaw dan Ahlul Bayt baginda tidak dapat dipisahkan.Namun isteri2 Rasulullah saaw berkemungkinan untuk tidak menjadi isteri rasulullah saaw lagi,kerana Rasulullah Saaw berhak menceraikan mereka.seperti yang disebut dalam surah al-Tahrim (66):4-5
dan mereka tidak lagi menjadi isteri Rasulullah saaw namun Ahlul Bayt Rasulullah saaw sehingga bila2 adalah Ahlul Bayt baginda,

sebagai contoh anak Rasulullah saaw Fatimah as,sehingga bila2 akan terus menjadi anak baginda saaw,sedangkan didalam Islam apabila seorang isteri telah diceraikan maka ia tiada hubungan langsung dengan bekas suaminya.Dan Rasulullah berhak untuk menceraikan isteri2 baginda saaw seperti yang disebut dalam surah Al-Tahrim.

[ Last edited by irfani on 27-6-2003 at 07:33 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.134951 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list