ell2026 posted on 30-7-2013 10:48 PM
ooo dah xde stok kat kedai buku eh...camtu mmg kena order online la...untungnya harga murah sketla ...
yup. harga mcm kita bli kat kedai. baik hati tul karya seni ni. tp, tak semua novel dorg jual online. heran lak aku.
klu aku tau bleh order novel ni dr penulis, confirm aku order dr penulis, dpt jgk autograph. huhu.
Tiz Zaqyah Dedahkan Kekasih Ke Dunia Hiburan
Oleh KEMALIA OTHMAN
Tiz Zaqyah KUALA LUMPUR: Pelakon Tiz Zaqyah mahu kekasihnya, Daniel Haziq, faham selok-belok dunia hiburan agar tidak timbul rasa curiga dengan membawanya ke majlis-majlis tertentu.
Tiz, 25, berkata, dia mahu kekasihnya itu dapat melihat bagaimana kehidupan golongan artis selain bersedia untuk berhadapan dengan teman-teman media dan juga peminat.
"Ya, saya ada bawa dia ke beberapa majlis hiburan salah satunya adalah kerana untuk beri pendedahan bagaimana situasi saya bekerja.
"Tapi dia agak pemalu sedikit dan tidak mahu di temu ramah atau diambil gambar bersama," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita, di sini, Selasa.
Gambar Tiz bersama kekasihnya Daniel Haziq
Dalam pada itu, jelas Tiz, mereka masih belum merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan tersebut.
"Kami belum fikir lagi untuk bertunang atau berkahwin, buat masa sekarang kami masih lagi berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.
"Tetapi setiap perhubungan sudah tentu ada perancangan ke arah itu. Begitu juga kami namun ia bukanlah dalam masa terdekat ini," katanya.
Bercerita tentang kekasihnya, Tiz berkata Danial Haziq, 25, seorang yang sangat memahami dan tidak mudah cemburu.
"Dia seorang yang sentiasa dalam keadaan tenang, saya tidak pernah nampak dia berasa tertekan," katanya.
Sementara itu, bercerita tentang watak Dahlia dalam drama Jodoh Itu Milik Kita, Tiz yang bergandingan dengan pelakon Farid Kamil mengakui agak janggal berlakon degan aktor tersebut.
"Pada mulanya memang rasa takut dan janggal kerana ini kali pertama kami berlakon sebagai pasangan suami-isteri.
"Saya merasakan Farid Kamil merupakan satu nama besar dalam industri dan membuatkan saya jadi malu untuk berlakon babak romantik dan manja dengannya," katanya.
Drama adaptasi novel itu mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Aariz (Farid Kamil) dan Dahlia (Tiz Zaqyah) terpaksa berkahwin secara paksa oleh keluarga.
Pelbagai konflik timbul dalam kehidupan mereka selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Drama ini turut dibintangi oleh Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil dan Keith Foo. Jodoh Itu Milik Kita akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.
Author|Post time 31-7-2013 06:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Credit to: FB Jodoh itu milik kita.
Jodoh Itu Milik Kita Nampaknya ada yang tertanya-tanya lagu latar dalam trailer #JodohItuMilikKita (yang bukan lagu Takkan Terpisah tu), ianya adalah...
Taxi Band - Apa Artiku
Thanks to Auni Abdul Rahman yang inform Cik Penulis tentang lagu ini...
kata Jamal, cabaran utama dalam mengadaptasi naskhah novel adalah perlu mengikut imaginasi pembaca.
"Apa yang sukar ialah untuk mengeluarkan penulisan novel dalam bentuk visual dan kita tidak boleh lari daripada jalan cerita asal.
"Selain itu kita perlu memenuhi jangkaan pembaca yang sudah membaca novel tersebut, ia bukan sesuatu yang mudah," katanya yang sebelum ini turut mengarahkan drama adaptasi novel Teduhan Kasih di TV3.
---->>>> JAMAL KHAN JUGAK YANG ARAH... WUAAAAAA....... KELAUT LAGI LA NIH...
hijau88 posted on 31-7-2013 10:16 AM
uols dload je. hrp ada link dload kan.
harap2 ada la yg tlg upload..tp hari tu drama dahlia tu ramai uploader yg kena cekup...takot xde yg berani nk upload dah drama2 kat astro....kalo ada link nnti share yer uols...tgk BTS tu cam besh jah gandingan tiz n farid kamil ni
Qurratulain79 posted on 31-7-2013 09:27 AM
kata Jamal, cabaran utama dalam mengadaptasi naskhah novel adalah perlu mengikut imaginasi pembaca.
...
Tapi...kata penulis dia, drama ni akan ikut novel. Sebab dia dah baca skrip tu. Dia cakap ada tambah skit2 plot, tapi more to cerita Syafiq. Kisah Aariz n Dahlia, sama dgn novel.
Hmm, tgk dr trailer n di sebalik tabir tu, so far samalah...hehe
hijau88 posted on 31-7-2013 10:18 AM
napa lak ke laut? TK ke laut kah? kuikuikui. hrp je la cerita ni tak ke laut. hiks.
TK dulu mula-mula je same... lepas tu yang ada dalam novel di potong2.. yang x ade diada-adakan...
harap sangat JIMK sama cam novel... so far di sebalik tabir tu nampaknyer sama.. cuma ada lak adengan si dahlia peluk si syafiq tu.. mana ada dalam novel... hhrp itu cuma bayangan aariz....
Author|Post time 31-7-2013 11:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Qurratulain79 posted on 31-7-2013 10:53 AM
TK dulu mula-mula je same... lepas tu yang ada dalam novel di potong2.. yang x ade diada-adakan... ...
itu la, hrp itu hanya mimpi aariz ke... SSID pun sama, dah la tv3 cantas. then, ada scene menarik d novel xdidramakan. nasib keseluruhanya SSID ok jgk... hrp JIMK pun ok la. kikikiki.