CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 18-8-2016 11:18 AM | Show all posts
Baobei damm...nak lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2016 12:01 PM | Show all posts
Cerita Bersiri - Perayau di Block Apartment 24 Tingkat (Bahagian IV)

Pin-hole camera yang disumbat melalui lubang tebuk memapar persekitaran luar apartment melalui skrin laptop. Paparan night-vision menggunakan lensa fisheye merangkumi angle yang agak luas tapi masih tidak menampakkan apa-apa.

30 minit pertama Ah Seng dan Chong masih steady lagi tapi bila dah masuk 2 jam tunggu, Chong dah nak call it quits.

"Rilex la wei, nanti keluar la benda alah tu" Pujuk Ah Seng.

"Maybe dia tak ikut route depan rumah ni kot hari ni, tak pun dia on-leave ke..." Perli Chong pula.

Setelah hampir 3 jam menunggu, hanya Ah Seng yang masih setia menanti kehadiran hantu pengantin. Chong dah berdengkur atas couch. Ah Seng tak kisah pun sebab dia faham besok Chong kena bangun pagi nak pergi universiti. Mereka berdua adalah penuntut PhD di salah sebuah universiti di Shanghai dan seperti post-graduate PhD lain, mereka diberi elaun untuk jadi Research Assistant. Disebabkan Ah Seng on medical leave, so buat sementara waktu, Chong kena lah menanggung kerja-kerja Ah Seng di universiti.

Mata Ah Seng dah terkebil-kebil. Kelopak mata berat. Melihat paparan di skrin laptop yang statik seperti imej jpeg membuatkan dia mengantuk. Akhirnya Ah Seng pun terlentok sama.

Dia terbangun bila pundi kencingnya dah penuh. Pulang dari toilet dilihatnya laptop dah gelap kerana hibernate mode. Sebaik sahaja di sentuh mousepad, skrin memaparkan imej yang sama seperti tadi, tapi kali ini ada sesuatu nun jauh di blok bertentangan.

Imej sekujur tubuh bergerak dengan terhinjut-hinjut. Paparan skrin tidak begitu tajam kerana kualiti kamera yang rendah. Ah Seng segera menekan record dan cuba zoom-in tapi makin pixelated pula imejnya. Dia cuba kejutkan Chong tapi rakannya dah jauh pergi ke alam mimpi.

Pengantin perempuan berjalan di koridor sehingga keluar frame. Walaupun berjaya dirakam tapi Ah Seng tak puas hati. Kalau bukan dirinya yang merakam boleh aja dia mempersoalkan kesahihan rakaman tersebut kerana imej berkualiti rendah. Dia berharap supaya pengantin melewati pintu rumah Chong.

Ah Seng mengejutkan Chong dan menunjukkan rakaman pengantin sebentar tadi. Chong pula yang over-excited. Ya lah, mungkin selama ini dia dengar cerita je sedangkan Ah Seng dah mengalaminya sendiri. Kamera pin-hole digerakkan kekiri dan kanan untuk mencari hantu pengantin tersebut. Dah hilang pula hantu tu.

"Aku ada satu idea gila" Kata Chong tiba-tiba.

"No no no no...nope...you're not going out there and bait that thing out" Balas Ah Seng yang tak perlu menunggu penjelasan Chong. Dah terang lagi bersuluh apa idea gila Chong itu dan iya, memang gila.

"Ah come on man...nanti aku lari-lari lah, lagipun hantu tu tempang kan"

"Ko nampak kaki aku ni? Ko nak patah leher pulak nanti?" Ah Seng makin berang dengan kedegilan Chong.

"Alaah ye lah ye lah" Chong mengalah. Mungkin for the best of him.

Keesokan harinya, Chong menunjukkan rakaman tersebut kepada seorang mutual friend mereka di universiti. Aku namakan dia Lin Dan lah sebab Ah Seng cakap muka dia macam Lin Dan. Anyway, the idea is sebelum menjadikan video mereka itu public, kena la gauge penerimaan warga tempatan dulu. Since Lin Dan orang tempatan yang memang asal Shanghai, kalau dia dapat impressed apek tu maknanya the video can be a cash cow.

Lin Dan gelak terbahak-bahak tengok video tu. Dia cakap semua orang kat apartment dah kena tipu. Lin Dan bagitahu lagi yang this thing is not new. Quite well-known elaborate scam.

Well apparently, thanks to China status as one of the world economic super powerhouse, ramai rakyat China menikmati taraf hidup yang tinggi. Kemunculan beratus ribu orang kaya baru China membuatkan permintaan luxury properties di Shanghai meningkat. Apartment/Kondo mewah tumbuh merata di Shanghai dan kompleks apartment kerajaan yang disewa Ah Seng dan Chong pastilah menjadi sasaran ramai developers.

Disebabkan status apartment itu adalah hakmilik kerajaan, mereka tak boleh sesuka hati rasuah PBT dan kemudian bulldozed kawasan tersebut. Kawasan tersebut boleh dilelong jika 1) penduduk bersetuju untuk berpindah (biasanya dibayar pampasan) atau 2) kompleks apartment itu ditinggalkan / jadi kawasan terbiar tidak berpenghuni dalam jangkamasa setahun.

Developer mestilah nak jimatkan perbelanjaan sebanyak boleh, atau dengan kata lainnya tamak; mereka takkan memilih untuk membayar pampasan. Jadi jalan terbaik adalah dengan "menghalau" penduduk disitu. Mengetahui sosio-budaya masyarakat di apartment masih ramai mengamalkan amalan superstitious, menghantar "hantu" adalah salah satu cara terbaik.

Pada awalnya Chong kecewa bila dengar penerangan Lin Dan. Lebur harapannya nak dapat duit untuk beli jam Rolex Submariner di Hong Kong. Dia menghubungi handphone Ah Seng dan menerangkan akan perkara ini. Ah Seng tak berkongsi perasaan Chong kerana dia tahu apa yang dia lihat dan alami malam itu adalah real. Untuk seseorang atau sekumpulan orang melakukan such elaborate hoax untuk menakut-nakutkan penduduk sehingga berpindah, they're definitely in the wrong industry kerana lebih baik mereka berkecimpung dalam industri perfileman yang lebih menguntungkan. Lagipun kejadian malam itu banyak moments yang tak logik untuk dianggap dibuat-buat oleh manusia.

"Ko suruh Lin Dan datang lepak rumah malam ni" Kata Ah Seng pada Chong sebelum hang-up.

Fast forward petang itu, Lin Dan tiba di rumah Chong. Mereka shoot the shits dan Ah Seng bring up pasal pengantin perempuan itu lagi. Lin Dan masih dengan pendirian bahawa semua itu adalah hoax. Chong dan Ah Seng suruh Lin Dan bermalam di rumah mereka hari itu dan tengok dengan mata sendiri.

"Better, I will catch that bitch tonight" Kata Lin Dan dengan angkuhnya.

Senja menjelma dan semua penduduk taat denga waktu curfew. Even for local like Lin Dan, dia terkejut dengan kepelikan yang berlaku di komplek apartment rakan-rakannya.

Sementara menunggu pengantin muncul di skrin laptop, mereka meneruskan borak-borak sehinggalah mereka terdengar bunyi gegaran pintu di tingkat atas. Mereka "bernasib baik" pengantin perempuan "bertugas" di blok kediaman Chong malam itu.

Lin Dan membuka kunci pintu.

"WOI! KO DAH GILE KE!" Jerit Ah Seng melihat keselembaan Lin Dan.

"Ko pengecut dua orang tunggu sini, aku pergi tangkap bitch tu dan tayang kat kamera murah ko tu" Kata Lin Dan sambil terkekek-kekek lalu keluar rumah.

Lin Dan siap posing-posing lagi depan kamera sebelum pergi tangkap hantu pengantin perempuan itu.

Kata Ah Seng, dia dengar Lin Dan jerit "HOI!" disusuli bunyi tapak kaki berlari di koridor.

"SENG! CHONG! AKU DAH DAPAT TANGKAP BETINA NI!" Jerit Lin Dan dengan gelak tawa bergema di seluruh komplek apartment.

Ah Seng menghela nafas kecewa. Tak dapat dia nak buat duit tapi pada masa yang sama dia agak lega kerana dah menyelesaikan masalah yang menghantui penduduk apartment tersebut.

Mereka menanti imej Lin Dan dan 'pengantin' di skrin. Walaupun Lin Dan mendakwa dah tangkap pesalahlaku yang menyamar hantu itu, Ah Seng dan Chong masih tak berani nak keluar rumah. Lebih baik mereka memastikan betul-betul dakwaan Lin Dan.

Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul Lin Dan. Dah hampir 1 jam menunggu, tiada sebarang bunyi di luar melainkan deruan angin menandakan hari akan hujan. Ah Seng dan Chong semakin resah. Chong menelepon handset Lin Dan.

Tona dering berterusan, tidak berangkat.

"Hello..."

"LIN DAN! MANA KAU? APA CERITA?"

"Aku ngantuk, aku balik rumah dulu. Bye" Suara Lin Dan yang amat monotonous kontra dengan sikapnya sebentar tadi. Menambah kepada kerunsingan Ah Seng dan Chong, Lin Dan tak jawab pun persoalan atau menerangkan apa dah terjadi, terus hangup.

"Apa dah jadi ni Chong?" Tanya Ah Seng semakin panik.

Tiada jawapan.

"Wei Chong!" Marah Ah Seng melihat Chong yang termenung melihat pada skrin.

Kata Ah Seng dia toleh je tengok skrin, itu diaaa.

Seorang perempuan berpakaian kelengkapan kahwin dengan wajah terlindung di sebalik kain berdiri betul-betul depan pintu rumah Chong.

Ah Seng dan Chong dah melompat sambil menutup mulut dengan tangan serapat-rapatnya.

Bunyi tombol pintu gril diputar dan gesekan bunyi besi menandakan pintu gril telah dibuka.

Rupa-rupanya sewaktu Lin Dan keluar tadi mereka terlupa nak kunci grill. Chong meluru ke arah pintu untuk memastikan ianya berkunci. Tombol pintu rumah tersekat-sekat diputar kerana berkunci.

KREeeekKKK

KREeeekKKK

KREeeekKKK

Pintu rumah dicakar dari luar.

"Baoobeiiiiiii~"

"Baoobeiiiiiii~"

"Baoobeiiiiiii~"

Ah Seng lihat muka Chong dah macam nak menangis.

"TOLONG JANGAN GANGGU KAMI!" Jerit Ah Seng dalam Mandarin.

Gangguan di luar berhenti. Ah Seng dan Chong berpandangan. Ah Seng cuba melihat dari rekahan bawah pintu rumah untuk memastikan samada hantu pengantin masih ada di luar atau tak.

Kata Ah Seng, dia rapatkan mata ke bawah rekahan dan ini apa yang Ah Seng bagitahu aku...

"I saw a pair of eyes looking straight at me from under the door"

Apa lagi menjerit lah Ah Seng. Dia dan Chong punggah lah segala perabot yang ada block pintu rumah.

DUM!

DUM!

DUM!

Tingkap rumah pula di hentak-hentak.

"Chong, besok pagi-pagi kita berambus dari sini"

"Yeap" Jawab Chong ringkas.

(Bersambung)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 12:48 PM | Show all posts
Spiral replied at 18-8-2016 11:17 AM
khatam jugak ahernya thread damm ni huhu
pernah tgk movie pasal kawin dgn hantu ni 'ghost  ...

makk aii murahannye tengok poster
kalau ai memang tak napsu nak hadap

btw, best ke isi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 01:42 PM | Show all posts
sambung lgi

Thank you damm..

Terbaik cita kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 04:02 PM | Show all posts
kivio replied at 18-8-2016 12:48 PM
makk aii murahannye tengok poster
kalau ai memang tak napsu nak hadap

crite dia pun ala² murahan gak hahaha.
pelakon2 dia macam baru berjinak berlakon gittew.
tapi jalan crita pasal kawin dgn hantu tu adalah benda baru bagi aku.
dapat la sikit info kan pasal org cina kawin2 antu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 04:25 PM | Show all posts
ingatkan mmg twist dia benda tuh hoax je, rupanya bukan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 04:26 PM | Show all posts
ergghhh seramnyee....

suka baca cite en damm... sila sambung baobei
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh...bru abis khatam membaca...nnti sambung blk yer en damm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 09:34 PM | Show all posts
dammerung replied at 18-8-2016 11:01 AM
Cerita Bersiri - Perayau di Block Apartment 24 Tingkat (Bahagian IV)

Pin-hole camera yang disumba ...

baru ada masa nak baca...

Lin Dan tu.. biar betul..
entah2 dia pun dah jadi mangsa pengantin tu ..hoax la sangat
ala cepat damm sambungannya...




Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 09:34 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 18-8-2016 08:36 PM
dammerung replied at 18-8-2016 11:01 AM
Cerita Bersiri - Perayau di Block Apartment 24 Tingkat (Bahagian IV)

Pin-hole camera yang disumba ...

aduih...sampai double aku post




Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 09:47 PM | Show all posts
asfaz replied at 18-8-2016 07:01 AM
Ipo.masa aku bca cerita damm ni aku terlelap tau. Betul - betul kat gambar ni  
Pastu aku terja ...

hahhaaa....sungguh menghayati ko ni
anggap saja sekadar gambar hiasan
tak ada kena mengena dgn damm punya cerita

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat kiok dh si Lin Dan tu. idop lg rupenye. dah kena pukau ke ape..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 18-8-2016 09:47 PM
hahhaaa....sungguh menghayati ko ni
anggap saja sekadar gambar hiasan
tak ada kena mengena dgn d ...

Tu ler..time aku tgk gbr tu..boleh lak terlelap...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung lagi, sambung lagiii baobei dammm
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 09:37 AM | Show all posts
Harap abam bam sambung storynya hrni jugak..  huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 09:47 AM | Show all posts
thorbaek dammm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 11:12 AM | Show all posts
adehhh.. tercengang cengang bace.. eiii
sherammm!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 11:41 AM | Show all posts
wey seramnya..hahaha apa jd ngan lin dan???omg..seraam weh..berani btol dorg
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:08 PM | Show all posts
cite pngantin ppuan ni paling seram so far...

tolong sambung yer TT..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sweetsour25 replied at 19-8-2016 12:08 PM
cite pngantin ppuan ni paling seram so far...

tolong sambung yer TT..

Cite abam damm sume seram, except cite zuzu jahaneyyy




gurau je tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.277253 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list