|
Sembang Sukan :: Liga Juara2 : Liv/Che & Barca/M.Utd ::Ayuh Teka Jaringan!
[Copy link]
|
|
Reply #1400 jj's post
ambik gambaq hang pakai bendera kedah banyak2 skit mcm hari tu noooo![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Live from Stadium Darul Aman, ALor Setar
kredit to mod jj....
[ Last edited by estrellas at 1-8-2007 08:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img406.imageshack.us/img406/8984/image20oz6.jpg)
Menurut kata jj, pasukan kedah tgh memanaskan badan |
|
|
|
|
|
|
|
Minit ke 6, kedah 1, n9 - 0 |
|
|
|
|
|
|
|
kedah 4 n9 - 0
hayyoo buhsan....cepat plak golnya |
|
|
|
|
|
|
|
kedah 5 n9 - 0
alooo jj..baliklah..buhsan jek game nih |
|
|
|
|
|
|
|
keeper N9 tu yg main kat AFC tu hari kan? sapa tah nama dia....rambut x hengat main hampeh jek ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1411 crvluvs's post
ha ah..keeper mesia tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
final core kedah 7 - n9 naza 0 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1413 estrellas's post
tahniah buat Kedah
tahniah buat JJ yg memberi laporan
dan tak lupa tahniah kepada penyampai berita semasa, cik adik ST |
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan Perlawanan Liga Super ( 1 Ogos 2007)
Perlis (6) vs Melaka (0)
Kedah (7) vs Negeri Sembilan (0)
Perak (1) vs Terengganu (1)
Pulau Pinang (1) vs DPMM FC (3)
[ Last edited by MsCinderella at 2-8-2007 08:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by estrellas at 1-8-2007 10:40 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
final core kedah 7 - n9 naza 0
keeper rambut panjang tu....
patut la lepas sampai 7................!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1416 Hang's post
lantak p la kena berapa pun...janji kedah menang,...
yg tensen perak lak leh seri...saat2 genting lak ni ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MsCinderella at 2-8-2007 10:23 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
lantak p la kena berapa pun...janji kedah menang,...
yg tensen perak lak leh seri...saat2 genting lak ni
Kedah! Kedah pantang kalah!
Walau sakit jatoh dan rebah!
ahaks~ |
|
|
|
|
|
|
|
penin pala ngan hasap rokok dlm stadium..
busuk ya Rabbi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah berpesta rampas takhta liga
KUALA LUMPUR - Kedah berpesta gol sambil merampas takhta Liga Super daripada Perak selepas menewaskan Negeri Sembilan 7-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Selepas saingan liga berehat panjang kerana berlangsungnya Piala Asia, Kedah menyambung aksi seperti Sang Kenari lapar apabila dengan lahap membaham pasukan pelawat sebagai mangsa belasahan.
Paling menyedihkan sudah pasti penjaga gol Negeri Sembilan, Azizon Abd. Kadir yang belum pun reda berdepan igauan dibocori 12 gol di Piala Asia, menghadapi lagi hujan gol yang lebih memalukan.
Penyerang import Kedah, Marlon Alex James melakukan hatrik dengan menjaringkan gol pada minit ke-14, 41 dan 72.
Manakala baki empat lagi gol dijaringkan Hasmawi Hassan (m-6), Nelson Sam Martin (m-29, 45) dan K. Soley (m-44).
Kemenangan itu membolehkan Kedah kini memungut 52 mata daripada 23 perlawanan untuk memintas Perak yang hanya mampu seri 1-1 dengan Terengganu pada perlawanan di Stadium Perak, Ipoh.
Perak yang mungkin masih terkejut kerana bakal kehilangan presiden mereka, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun membuka jaringan lebih dulu menerusi Keita Mandjou pada minit ke-23.
Tetapi Terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain import baru mereka, Abdullahi Nasiru pada minit ke-52.
Turut berpesta gol malam tadi adalah Perlis yang menewaskan Melaka 6-0 di Stadium Utama, Kangar.
Gol-gol Perlis disumbang Shahriman Che Omar (m-18), hatrik Azlan Ismail (m-54, 60, 63), Phillimon Chipeta (m-65) dan Zacharia Simokonda (m-87).
Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 1-3 kepada Brunei.
Tuan rumah bagaimanapun mendahului lebih awal menerusi penalti A.V Jaganathan (m-26) tetapi Brunei bangkit dengan tiga gol menerusi Rosmin Kamis (m-35) dan Shahrazen Said (m-38, 46).
Lain-lain keputusan, Selangor menang 3-1 ke atas Telekom Melaka di Stadium Shah Alam manakala Johor FC menewaskan Sarawak juga dengan jumlah jaringan yang sama di Stadium Pasir Gudang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|