|
Reply #1462 sweetlover's post
micha suke yong dae, padat je badan dia....... abg belut micha k |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1462 sweetlover's post
micha suke yong dae, padat je badan dia....... abg belut micha k |
|
|
|
|
|
|
|
wahai forumer sekelian ... sedikit persoalan ..mau tanya la
Malaysia menang bergaya di 14th Asean University Games 2008
dgn 90 emas, 79 perak , 47 gangsa.
Vietnam 2nd ... 45 28 23 .
Tahniah to kontigen ...
Siapa2 tahukah Arif Latif, Julia Wong dll belajar di University mana ? Ambik kursus apa ya ?
Adakah BJSS tu dikira University ka ?
Just to get some clarification .. tq |
|
|
|
|
|
|
|
korang ney asyik puji yong dae oppa jew
yong dae oppa cute
tp
TBH sweet
suke commentator mat saleh kat astro tuh...
peminat LCW n yong dae oppa rupe nyer...
mase LCW leading 8-0 bleh ckp..
u must kiss d shuttle |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup tirai 2008 penuh bergaya
Oleh HASLIN GAFFOR
TIGA kejuaraan yang diraih wakil negara pada Kejohanan Badminton Masters Final 2008 kelmarin menutup tirai kejayaan sukan badminton negara dengan penuh bergaya tahun ini.
Dengan diketuai jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei serta beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, kejayaan yang dirakam kelmarin membuktikan pemain negara masih berbisa di peringkat antarabangsa.
Biarpun tanpa kehadiran bintang China dalam kejohanan itu selepas mereka menarik diri pada saat-saat akhir, persaingan tetap berlaku kerana pemain yang hadir adalah mereka yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia.
Kelebihan bermain di tempat sendiri serta sokongan padu daripada peminat tempatan, sedikit sebanyak membantu pemain negara merangkul tiga kejuaraan.
Empat wakil negara yang lain, Wong Choong Hann (perseorangan lelaki), Zakry Abdul Latif-Fairuzizuan Tazari (beregu lelaki), Wong Mew Choo (perseorangan wanita) dan Lim Khim Wah/Wong Pei Tty (beregu campuran) biarpun terkandas dalam peringkat kumpulan dan separuh akhir, tetap memberikan saingan memberangsangkan.
Bagi Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 di Beijing, kejuaraan itu sudah tentu amat bermakna kerana ia merupakan kejohanan besar dan berprestij yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai pemain No. 1 dunia.
Sesuai dengan statusnya, Chong Wei menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.
Pada perlawanan separuh akhir, Chong Wei dengan mudah menewaskan bekas juara Olimpik dari Indonesia, Taufik Hidayat yang juga pemain No. 6 dunia.
Pada perlawanan akhir, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama kejohanan, meneruskan persembahan cemerlangnya apabila menundukkan pemain Denmark, Peter Gade yang sebelum itu telah ditewaskannya pada peringkat kumpulan.
Kejuaraan itu amat penting bagi Chong Wei sebagai pembakar semangat untuk menghadapi kejohanan tahun depan khususnya Seluruh England dan Kejohanan Dunia yang menjadi idaman setiap bintang badminton dunia.
Bagi Kien Keat-Boon Heong, kejuaraan yang diperoleh dalam Masters Final itu membuktikan mereka masih merupakan beregu yang disegani di dunia.
Kejuaraan itu sekali gus dapat menebus kehampaan mereka sepanjang tahun ini selepas terlepas untuk merangkul gelaran dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik 2008.
Dalam kejohanan ini, bekas juara Seluruh England itu dilihat kembali menyengat dengan memenangi semua perlawanan termasuk melakukan kejutan menewaskan juara Olimpik 2008 dan beregu No. 1 dunia dari Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan.
Pada perlawanan akhir, mereka sekali lagi melakukan kejutan dengan menewaskan beregu No. 2 dunia dari Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae.
Persembahan cemerlang Malaysia dalam kejohanan itu diteruskan apabila beregu wanita utama negara, Pei Tty-Eei Hui yang menjadi pilihan pertama muncul juara selepas menewaskan gandingan No. 4 dunia dari Indonesia, Liliyana Natsir-Vita Marissa.
Yang paling penting di sebalik kejayaan itu ialah semangat dan kekuatan pemain negara menempuh halangan sebelum berjaya dan tahun 2009 seakan-akan menjanjikan sesuatu yang besar buat Malaysia dalam arena sukan badminton. - Bernama
*****************************************************************************************
not a bad year for badminton this year although tak menyinar
masa all england -
hopefully next year will be a much better year - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 22-12-2008 22:58
tulah pasal ...dorang cut pulak ekkk .... nak menjimatkan masa kot ...
wooo .... 3 kali tuuuu ??? mesti dah boleh hafal ni ....
aku jeles okay korang dpt tgk final tu berkali2
aku skali pun tak dpt tgk.. huhu
harusla aku donlod from bcdf weekend ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mcbadminton at 23-12-2008 02:35
wahai forumer sekelian ... sedikit persoalan ..mau tanya la
Malaysia menang bergaya di 14th Asean University Games 2008
dgn 90 emas, 79 perak , 47 gangsa.
Vietnam 2nd ... 45 28 23 .
Tahniah to kontigen ...
Siapa2 tahukah Arif Latif, Julia Wong dll belajar di University mana ? Ambik kursus apa ya ?
Adakah BJSS tu dikira University ka ?
Just to get some clarification .. tq
aku pun tertanya2 psl ni
aku baca kat paper metro mesia sapu bersih emas acara badminton
backup players yg main antaranya adalah arif, razif, tan wee kiong, woon khe wei
tak sure diorang represent uni mana & amek course apa |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe korang tengok berulang2 kali ek match kkk-tbh tuh... mentang2 die menang dengan bergaye.. hehe
kalo kalah nak tengok pun seram... sape2 tau tak macamane nak dapatkan tiket Malaysia Open 2009 ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mcbadminton at 23-12-2008 02:35 AM
wahai forumer sekelian ... sedikit persoalan ..mau tanya la
Siapa2 tahukah Arif Latif, Julia Wong dll belajar di University mana ? Ambik kursus apa ya ?
Adakah BJSS tu dikira University ka ?
Just to get some clarification .. tq ...
tak tahu la mc ...yg aku tau dulu2 choong hann belajar kat IPTS ...yg mana satu tak ingat dah ...
aku rasa dorang dah abih sekolah dah kat BJSS tu ..semua dah lepas SPM ...
tak tau la kalau BJSS tu dah wat college |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazlyn at 23-12-2008 10:52 AM
double nak prepare utk all england kot
hafiz? boleh harap ke?
huhu.. kejam tak aku?
kitanye junior double sikit punye ramai ..takkan la semua nak antar ke all england ...
patutnye hantar la 2 pasang ke korea ....
hafiz?? jom kita ikut nasihat misbun .... "kita lupakan hafiz" wakakakaka ..
dorang gilir2 ke ekkk?
dulu china & HK open kan ramai MD ...single chongwei je ...junior takde lansung ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|