Edited by une_fille at 1-9-2016 12:35 PM
Assalamualaikum wbt..
Terima kasih ya tuan tanah @Dammerung, saya post pengalaman saya..minta maaf buatformer lain @antara, @noX, @SelakLangsir & @Ipo tertunggu-tunggu perkongsian pengalaman peristiwa berkaitan siulan.
Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2001, waktu saya bekerja di Shah Alam. Tempat kerja lama saya ada sediakan rumah untuk pekerja, rumah di Seksyen 7 Shah Alam..kalau berjalan kaki dari seksyen 2, melalui asrama perindu UiTM nak ke rumah lebih kurang 15minit berjalan kaki..kalau naik motor atau kereta ambil masa 5 minit.
Saya dan rakan serumah 3 orang, sekali sekala rajin la jugak keluar lepak makan-makan sambil sesi luahan rasa selepas waktu kerja.. ^_^.. Ada satu malam ni..kebetulan semua shift petang ,masuk pukul 3ptg habis pukul 11mlm..kami plan habis kerja, balik rumah selesaikan apa yang patut kemudian keluar. Kami lepak makan di seksyen 3.. berjalan kaki ambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit,melalui kawasan taman perumahan.. waktu tu kurang lebih 11.30mlm.
Sesudah makan-makan & minum-minum sambil sesi luahan rasa lebih kurang pukul12.30am rasanya..kami pun beransur nak balik ke rumah. Sambil jalan sebaris berempat..saya paling hujung kanan..kiranya saya dah ke tengah-tengah jalan..memandangkan tengah mlm takde kereta sangat takde la risau kena langgar ke apa. Sambil berjalan sambil beborak-borak, bila tiba depan sebuah rumah ni..saya dengar orang bersiul..lebih kurang macam berlagu..saya senyap je..dalam fikiran, mungkin budak bujang yang lepak depan rumah tu saje nak ngorat2.. sebenarnya..sebelum sampai depan rumah tu..dari jauh saya dah perasan macam ada susuk tubuh dekat depan rumah tu..Cuma tak nampak jelas sebab cahaya lampu jalan terlindung dengan pokok manga depan rumah tu.. kawan yang hujung sebelah kiri tegur saya..dia tanya “eh une_fille..ko bersiul ek?..”
padahal saya rasa kalau ikutkan bunyi siulan tu dari arah sebelah kiri dia…tapi dia boleh tanya saya pulak.. ..(maksudnya dia dengar dari arah saya..) saya jawab spontan.. “..ehxde la..”…..
terus kami senyap sambil percepatkan langkah memasing..tak lama lepas tu..dalam 10 langkah kot..dengar lagi bunyi bersiul..tapi kali kedua ni lama..orang yang bersiul tu macam tak ambil nafas pun bersiul… kami memasing pun dah rasa lain..saya fikir, takut ada orang lelaki follow nak buat jahat je yela memandangkan kami semua perempuan..saya cuba beranikan diri toleh belakang,takde nampak orang follow..rasa macam dah lega la sikit..masa saya toleh belakang tu, bunyi bersiul pun berhenti.
Melepasi daripada kawasan taman perumahan tu.. lalu depan sekolah, masa kat depan sekolah ni la, tiba-tiba saya dengar bunyi macam orang ramai bercakap2..bising jugak la macam marah-marah..tapi tak jelas butiran percakapan diaorang..rupanya..3 orang kawan lain pun dengar sama, kami pun langkah laju lagi la..kemudian disusuli pulak dengan bunyi benda mengibas2 dari arah atas di belakang kami..macam ada benda terbang...apa lagi, kami pun buka langkah seribu la..berdesup masing-masing berlari..sambil berlari tu sempat jugak kami tertoleh ke belakang tengok apa bendanya..tapi takde nampak apa-apa pun.. agak jauh jugak kami berlari, dah nak sampai ke hujung jalan ke rumah kami..masing-masing dah pancit…huhu..masa ni dah tak berlari, satunya sebab dah nampak post guard area rumah kami & jalan besar yang agak lebih terang dengan cahaya lampu jalan.
Pakguard tu tanya..kenapa korang berlari-lari tadi?..adeh..masa ni malu pun ada..rupanya pak guard dari tempat dia, nampak kami berlari2 tu..hehehe.. kamipun cakap.. “ntah la..tak tahu apa yang kejar kami tadi..” ..
Kami pun cepat-cepat jalan nak sampai kan ke rumah..dah la nak kena menapak naik tangga sampai tingkat3..huhu.. Alhamdulillah sampai rumah, takde apa-apa..malam tu tido pun lena..hehe..penat “exercise” balik dari makan tu kot..huhu..
Esoknya..bila buka cerita balik pasal malam tadi, memasing terkekek-kekek ketawa teringat masa berlari-lari tu..yela kami pun masing-masing comel2..hehhe..tapi memang kami berempat dengar & rasa perkara yang sama..start dari bunyi siulan tu sampai la bunyi yang membuatkan kami berempat buka langkah seribu.
Tu yang teringat, masa tengok cerita Munafik kat wayang..scene Nabila Huda bersiul tu..terus goosebump..huhu..teringat peristiwa kat Shah Alam..dah la tengok cerita tu malam.
Sekian, pengalaman saya..^_^
|