Isyarat kotak hitam dikesan kapal Australia 'petunjuk terbaik' - JACC
PERTH 7 April - Isyarat yang dikesan alat pengesan ping yang dipasang pada kapal Ocean Shield adalah adalah 'petunjuk terbaik setakat ini' kerana ia konsisten dengan kotak hitam milik MH370. Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston berkata, kapal dari Australia itu mengesan isyarat pada kedalaman 4,500 meter ke dalam laut sebanyak dua kali, setiap satu dalam tempoh lebih dua jam. "Bagaimanapun, lebih banyak maklumat diperlukan untuk pengesahan dan tiada sebarang serpihan pesawat ditemui setakat ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - AGENSI
|