CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Azza

Pulang Cuma RM1.64 juta, Penonton Kita Tak Suka Berat-Berat?

[Copy link]
Post time 30-8-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi RM 1.64 juta tu kira ok ler untuk filem berat cam ni. Takde ler sampai taraf flop macam filem2 sendu lain. Ada yang tak cecah RM 100k pun kutipan

Tapi promosi filem ni hebat gak kat TV3, filem Grand Billiance kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 11:47 AM | Show all posts
kecikgurl replied at 29-8-2018 03:36 PM
aku g tgk show pukul 11.15 malam..ade 3 4 fmly bawak anak..ade anak yg mcm da skolah..ade jugak yg ...

anak takde sapa nak jaga kt rumah la tu sampai kena angkut semua pegi masuk wayang, i dulu pun masa anak kecik2 teringin sangat nak tengok wayang tapi bila pikir balik anak mesti tak selesa lama2 kt dalam tu tambahan pulak i taknak ganggu org nak tonton sambil tengok anak i melalak.. harus org carutkan i kan.. lamaaaaaaaaaa i tahan keinginan tu, ni anak2 dh besar boleh je bawak pegi tonton dengan tenang sbb dorang pun dh faham jalan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 11:50 AM | Show all posts
azie999 replied at 30-8-2018 09:48 AM
Tak de la heavy sgt pon cite pulang nie. sakit hati tu ada la siket sbb Othman aka Remy blah macam t ...

Hari tu tgk sold out dkt mid tpi kecik lar, menangis2 tgk haha bila part ending. Thom and othman ni kalau awal2 movie, dh dipotray dua2 jenis keras kepala, so maybe ego tinggi tak nak mengalah. Sakit hati jugak tgk kenapa si othman tu tak jerit bila dia tgk si thom nk kahwin, tpi maybe tu mindset org zaman dulu.


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:18 PM | Show all posts
ok la tu kutipan Pulang tu...
promosi Pulang mmg sblm tayangan lagi dah rancak...
i pergi tgk pun sebab base on true story..
mcm Ola Bola.. tapi Ola Bola lebih meninggalkan kesan pada i dari Pulang
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampir hr2 stress dowhh..Nk tgk movie lawak2 gelak2 jarhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:51 PM | Show all posts
utk genre berat camni, meols rasakan 1.64 juta tu kire berjaya la. mostly yg gi panggung nak berhibur ilangkan stress je. malas nak pikir berat sgt khuen gitew!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mzz dengan husband tengok hkl..sebab mmg dah follow series ni dari awal. Kitorang memang tak tengok cerita melayu dekat wayang..sbb dah set otak cerita melayu semua level ahmad idham dgn razak mohaideen ja. Tapi filem mk kitorang boleh go.

Kalau rasa diri acah2 iq tnggi boleh lah kut pi tengok cerita mcm donnie darko, cerita yang ada giant spider tu, mulholland drive etc. kalau rasa mcm nak mati pi tengok requiem for a dream.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:00 PM | Show all posts
azie999 replied at 30-8-2018 10:43 AM
The real Omar ayah Ahmad Izham Omar yg TV3 tu kan, sihat lagi nampak hasil dari carian gugel..haha ...

disebabkn ko tulis ni gigih aku gugel. baru tau Omar tu watak ayah kepada AIO.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/07/454059/serap-semangat-abah




AHMAD Izham Omar (kiri) dan bapa, Omar Othman hadir pada pra tonton filem Pulang arahan Khabir Bakhtiar di GSC Pavilion. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

'Serap semangat abah'Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]


KUALA LUMPUR: Semangat kental bapa yang sanggup berkorban dan bertarung nyawa demi sebuah kehidupan yang dipaparkan dalam filem arahan Kabir Bhatia, Pulang, boleh menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Mula ditayangkan di seluruh negara, hari ini, filem Pulang mengusik emosi anak Othman Alias iaitu Omar, tatkala melihat kisah membabitkan dirinya, anak dan kedua orang tuanya dipaparkan di layar lebar.

Omar berkata, kisah dipaparkan dalam Pulang mampu menjadi inspirasi dan motivasi kepada penonton.

"Selain kisah cinta yang bersifat universal, Pulang ada unsur pengajaran menerusi watak dipersembahkan.

"Menerusi watak bapa, Othman, kita belajar mengenai sifat semangat ingin memajukan diri dan sanggup berkorban meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki.

"Watak ibu, Che Thom pula adalah lambang kecekalan dan kesetiaan seorang wanita yang sanggup menanti suami selama 61 tahun.

"Walaupun nampak seperti dia amat marah dengan suaminya, dialah yang meminta saya mencari dan membawa abah pulang ke kampung," katanya kepada BH Online.

Omar mengaku sebak melihat satu persatu babak penting 'berputar' kembali di depan mata.

"Apabila melihat kembali babak pertemuan dua anak beranak yang berlaku di rumah kelab di Liverpool, saya jadi sebak.

"Masakan saya boleh lupa peristiwa itu walaupun sudah lebih 50 tahun ia berlaku. Malah, dialog yang dilafazkan abah saya, lakonan Remy Ishak juga sama dengan ayat sebenar.

"Walaupun hubungan kami tidak rapat selepas sekian lama terpisah, situasi itu menyentuh perasaan saya. Tanpa disedari bergenang air mata saat menontonnya," katanya.

Bercerita lanjut mengenai babak yang menjadi tunjang kepada filem terbitan Primeworks Studio itu, Omar berkata, impak yang diberi terhadap babak itu cukup kuat.

Secara tidak langsung, dia berjaya menunaikan impian arwah bapanya yang teringin melihat dirinya.

"Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Pak Cik Jamil lakonan Datuk Rahim Razali dalam filem itu, abah saya memang teringin sangat hendak berjumpa saya.

"Alhamdulillah, hasrat abah tertunai juga akhirnya. Dalam pertemuan itu, memang kami bersembang mengenai hasrat untuk membawanya pulang bertemu dengan ibu.

"Bagaimanapun, tiada jawapan pasti diberi. Mungkin kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"Mungkin abah tidak mahu menyusahkan ibu yang terpaksa menjaganya kalau benar dia sakit. Ini membuatkan hasrat saya itu diambilnya secara acuh tidak acuh sahaja.

"Diakui terselit juga rasa terkilan kerana tidak dapat membawa abah pulang seperti apa yang diimpikan ibu saya apabila abah meninggal dunia di sana," luah lelaki berusia 76 tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar mengaku sukar menghasilkan naskhah yang begitu dekat dengan jiwanya.

"Fokus filem ini yang mengisahkan seorang kelasi kapal yang sanggup meninggalkan keluarga demi memajukan diri, pada saya sangat menarik.

"Tidak banyak cerita Melayu yang mengetengahkan tema seperti itu.

"Untuk menghasilkan skrip ini, saya akui bukan mudah. Selepas tiga kali membuat rombakan akhirnya saya mengalah," katanya.

Ditanya apakah filem itu juga adalah sebuah dedikasi untuk ayahnya, Omar, Ahmad Izham lebih selesa melihat perkara itu dari sudut yang lebih besar.

"Daripada segi peribadi, mungkin menepati kerana filem ini memaparkan tiga generasi keluarga kami.

"Bagaimanapun, apabila ia dipindahkan ke layar lebar, kisahnya bukan lagi milik kami. Ia dikongsi dengan penonton lain kerana saya percaya, tema yang diketengahkan juga pernah dilalui insan lain," katanya.








aku pun dah tgk.. antara yg sebak time ending n roll credit biler tgk Omar yg sebenar melawat kubur ayah dier. xleh tahan part tu..

masa aku pegi penuh gak panggung. maybe saat2 terakhir nak tamat tempoh wajib tayang org pulun gi tgk kot.
dan rata2 mmg ader yg kesat2 mata lepas habis movie. aku perasan ader org cina pun tgk citer ni.
aku suker sgt watak lim (omar). mmg dier penyelamat. bestnyer kalau ader sahabat setia mcm lim tu.
dan yer aku terganggu dgn watak heroin. x sampai feeling dier. kalau diganti org lain mungkin lebih baik. syg sbb naskhah citer ni bagus.
maksud aku citer ni cam dah up standard kalau nak dibandingkan dgn filem2 yg ber genre sama (drama) dlm history perfileman malaysia sebelum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 02:03 PM | Show all posts
aku kalau tgk wyg mmg akan tgk yg kelakar & seram jer...kalau ada citer kartun best2 aku akan bw anak2 pi tengok...aku paling x suka citer yg ada penyakit kronik...nangis2...emosi mmg terganggu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Serik nak tengok filem khabir bhatia. Elemen "hindustan" dia banyak sangat dalam filem. Contoh macam filem nur kasih tu, cincin hilang kat padang pasir berhari2 boleh jumpa. Tu salah satu la. Tak masuk la bab air mata. Lemau je filem camni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:07 PM | Show all posts
kekekek replied at 29-8-2018 03:47 PM
Jalan citer ok, menarik.
Cuma bab CGI memang sedih...tak real, macam katun sangat.
Dan heroin tu P ...

kannn aku heran cter melayu suke zoom2 muka...penin aku.....


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:09 PM | Show all posts
lenovo30 replied at 30-8-2018 02:00 PM
disebabkn ko tulis ni gigih aku gugel. baru tau Omar tu watak ayah kepada AIO.

https://www.bhar ...

hahahaha, artikel tu la td baca.

Ha, watak Lim best. teringat dialog yg dia suruh Othman ckp kat dia "Assalamualaikum Omar" utk konfemkan dia tu melayu..hehe
scene yg dorang menyorok bawah timbunan mayat tu pon pada aku real laaa

kalau Fazura jadi che Tom acanerrr???
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:20 PM | Show all posts
azie999 replied at 30-8-2018 02:09 PM
hahahaha, artikel tu la td baca.

Ha, watak Lim best. teringat dialog yg dia suruh Othman ckp ka ...

aah aku paling suke scene timbunan mayat tu. mmg real abis.
aku ni pon ade gak tipikal mindset nak cari flaw bile tgk citer melayu.
tp part scene tu mmg aku puji abis ler sbb nampak real. try nak cari ketidaklogikan di situ tp x jumpe.
mmg kudosss.

stuju kalau fazura yg bawak watak tu confirm lagi feel.
muka kena klasik melayu. mcm ummi nazira pun ok. cuma ummi ni suara dia kureng sikit.
or nadiya nisa. tp xde x factor nak tarik org ke pawagam.
p aishah tu muka klasik dia dah ok, tp acting dier masih kureng lagi.
kt msia ni byk lambakan retis muka kacukan. tu yg susah agaknyer kot casting team nak pilih.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:23 PM | Show all posts
tak tengok lagi so xleh komen bebanyak....

tapi nak komen sikit gak
aku bukan indon sb forumer cari ni mcm sensitip sikit kalo puji indon
tapi kenapa cter melayu xleh buat mcm movie indon.....
sb aku ni jenis layan cter omputeh lawan2 jer...
tapi bole plak aku layan cter slow macam "air mata terakhir bunda"
ak tgk time dia tayang kat astro time raya....
sedih kot cter ni...dia punyer cinematographic pon cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 04:29 PM | Show all posts
bambimbom replied at 29-8-2018 07:46 PM
filem komedi ringan ni mmg utk org iq rendah je ke? org bijak2 g tgk pulang.. hell! aku tak tgk pula ...

sama la.. Bisik Pada Langit meols tengok je kat panggung. siap pi 3 kali.. pastu langgan lagi kat astro first.
time raya kot.. ade tayang lagi kat astro.. meols tengok lagi.
Yang pulang ni tak tahu kenapa.. liat nau rasa nak tengok.. mungkin betul faktor forumer2 lain cakap.. heroin antara punca gagal.
selain trailer nampak tak real sgt CGI nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 04:48 PM | Show all posts

Filem Pulang bukannya berat pun nak kena fikir banyak tapi mostly yang ke panggung nak hiburan gelak ketawa, so tak ramai yg pilih genre drama

Filem2 seperti Redha, Adiwiraku, Interchange & Hanyut pun bukannya collection tinggi sangat pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 04:52 PM | Show all posts
Ehh .. kalau RI tak sesuai so yesterday, siapa yg you all rasa sesuai ??

Kalau letak pelakon yg dah popular akan ada yg komen "Balik2 muka yg sama .. tak ada org lain ke ?" etc

Kalau letak muka baru ada jgk yg komen "pelakon pun tak kenal sendu mcm mana nak tarik audience"
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 05:05 PM | Show all posts
merrissa replied at 30-8-2018 02:07 PM
kannn aku heran cter melayu suke zoom2 muka...penin aku.....

close shot tu dekkk
penting untuk genre drama kalo nak calon best actor ke actress pada ahkak penting la close shot neh
baru ada impact and nmpk real hihihi
tapi kalo pelakon sedehhh close shot acaner pon ko gelak jehh hahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 05:11 PM | Show all posts
Edited by akubest at 30-8-2018 05:13 PM

ishh nyampah betol akak baca komen2 chuolsss
ni yang nyampah takdok mesia ni..
akak ni peminat pilem2 melayu hehehehe

pada akak tayah a nak surprise sangat. kat mesia mmg rata2 org prefer genre comedy dari drama. takde kena mengena ngan iq sangat pon. sbb too much stress org nak ilek2 jah. lagi satu genre drama ni org tua2 yg byk peminat pehtu depa segan dah nak masuk panggung...kut la...tunggu je la masuk tv konsepnya

kalo genre comedy ni mmg boleh angkut satu family gi tengok...so mmg byk la kali ganda pulangan ....nak nak yg ada brand mcm HKL...kompem lah kan...letop!

akak pon peminat kabir bhatia...sejenis yg brand loyalty gak gitu. asal kabir akak suka. asal akak suka kabir hahahaha.....pada akak karya dia sejnis masterpiece jugokla....tapi betui ekkk heroin kayu?? kalo betul apa ke bodo pulak si kabir ni pilih dia...spoil tau pelakon2 kayu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih sgt bila tahu kutipan mcmtu saja
Filem ni sbnrnya best sgt...
Aku tgk dua2 Pulang dan HKL
Pulang ni kalau kena byr pun aku sanggup ulang tgk
HKL bg free tiket pun belum tentu aku nak tgk lg, tp hairan kutipan kebabom pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.084821 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list