|
h. brasilia
[ Last edited by razifah at 13-3-2007 11:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
h. brown derby |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Dalam usaha memartabatkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat menjadikan usaha menanam pokok bunga raya sebagai hobi.
Beliau berkata dikatakan terdapat 200 spesies bunga raya dan sekurang-kurangnya 50 spesies boleh didapati dengan mudah di negara ini dalam pelbagai bentuk dan warna seperti merah, putih dan kuning.
"Kalau ditanam dengan rapi, kawasan rumah atau kebun akan menjadi lebih berseri dan cantik," katanya ketika melancarkan Hari Lanskap Negara 2005 di Taman Bunga Raya, Taman Tasik Perdana di sini.
Sambutan tahun ini bertemakan "Bunga Raya Semarak Negara" dengan harapan rakyat Malaysia akan menghayati maksud tersirat di sebalik pemilihan bunga itu sebagai bunga kebangsaan negara.
Abdullah berharap rakyat akan menanam pokok bunga raya di halaman rumah manakala syarikat swasta pula menjadikan pokok bunga raya sebagai hiasan di permis mereka.
Di samping menjadi hiasan, pokok bunga raya juga mempunyai khasiat perubatan, kata Abdullah.
"Bunga raya bukan setakat indah untuk dipandang tetapi ia juga boleh dibuat ubat dan ada juga menjadikannya sebagai minuman," katanya.
Beliau juga berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berusaha menjadikan Taman Bunga Raya di Taman Tasik Perdana sebagai taman bunga raya yang terbaik di dunia dengan membawa spesies dari negara lain untuk ditanam di sini.
Beliau juga mahukan supaya lebih banyak penyelidikan dilakukan bagi menghasilkan lebih banyak spesies baru bunga raya agar suatu hari nanti Malaysia akan diberi jolokan sebagai "Negara Bunga Raya".
Pada majlis itu, Abdullah menanam sepohon bunga raya yang diberi nama "Hibiscus Rosa-Sinesis Nori" yang dihasilkan menerusi penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Nuklear Malaysia (MINT).
-- BERNAMA
p/s: Ifa tak pernah ade sebatang pun pokok bunga raya nie Kena cubalah lepas pindah ke Johor nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Penjagaan Bunga raya:
Penyiraman boleh dilakukan dua kali sehari. Tanahnya perlu kering di antara waktu penyiraman untuk mengelakkan penyakit reput akar.
Pokok ini perlu dibaja setiap dua minggu ketika tempoh pembesarannya dengan kadar baja sedikit iaitu kurang dari satu sudu kecil untuk setiap pokok.
Tanah berkualiti yang digunakan untuk pasu bunga yang ditambah dengan bahan kompos sangat sesuai. Tanah ini boleh ditambah dengan daun dan kulit pokok kering dan reput serta pasir untuk menjadikan tanah lebih lerai atau kurang padat.
Kerja pemangkasan baik boleh dilakukan pada bulan Ogos hingga Oktober. Pemangkasan dapat merangsang pokok untuk berputik atau menghasilkan kudup baru kerana ia berbunga dengan pertumbuhan tunas baru.
Bunga raya ini tahan lasak dan tidak mudah diserang penyakit. Serangga perosak yang sering menyerangnya ialah kutu daun dan koya. Cara mengawalnya ialah menggunakan racun serangga bersesuaian.
Jika pokok hendak ditanam dalam pasu, lubang pasu hendaklah terlebih dulu ditutup dengan beberapa keping serpihan pasu pecah atau ketul batu kerikil untuk tujuan pengairan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 13-3-2007 11:01 AM
h. brown derby
uishhh peliknya rupa dia. kat malaysia ada ke camni ?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Julia06's post
Ifa baca yg jenis ni ade di hawaii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 afyyzuul's post
yer ker......harap2 mod merged kan lah yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
ifa n zuul.. dont wori.. kak noor dah merged kan..
ni skang nak wat tayangan perdana lak... lama tak buat show..
ingat lagi my hibiscus yg ini..? lamaaaa tak berbunga... dia majuk sebab tak di jaga..
ni baru beli... ni bunga yg sedia ada masa beli..
ni dia berbunga selepas 1-2 minggu... tahannya 1-2 hari saja.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg ini cun woo!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga Raya, bunga kebangsaan kita!
Sempena kita nak menyambut merdeka yang ke-50 ni, apa kata kita ramai-ramai post gambar bunga raya kat sini.
Biar meriah gitu.....
Let me start first....
~mok nik kecilkan gambar~
[ Last edited by tssy at 11-8-2007 07:18 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
errmmm...bunga raya ni ada macam2 jenis kan...mine warna oren...baru je beli, ada plak melly bug tu...sekali sembur matalion (ke hape ejaan dia...) sejak dua tiga hari nih, daun dia menguning & gugur...agak nya terlebih sembur... |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga Raya Puteh
Aku ada 2 pokok bunga raya puteh....bini aku slalu ambik daun dia dan letak kat kepala anak2 aku kalau depa demam,, |
|
|
|
|
|
|
|
kengkawan....
tempek ler gambar kalau buleh....
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Unagi at 7-8-2007 07:20 PM
errmmm...bunga raya ni ada macam2 jenis kan...mine warna oren...baru je beli, ada plak melly bug tu...sekali sembur matalion (ke hape ejaan dia...) sejak dua tiga hari nih, daun dia menguning & g ...
unagi.....menda yg putih2 tu mmg suka sgt tenggek kat pokok bunga raya kan?? I have the same problem at home...
u punya kaler oren mcm ni ke?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 tssy's post
bukan...saya punya kelopak dia satu-satu...kalau yg tssy punya ni kelopak dia berlipat2...dan oren dia macam kaler floresen (betui tak spelling aku )...nanti cuba paste kan gambar dia...sayang aku kat bunga raya aku...simpan kat pasu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|