|
Reply #139 h@i's post
aku sakit jiwa betul 2nd set tu ....:@
dia dah mengdahului 17-10 .... boleh kalah 19-21
terus aku tutup tv ... tak tengok pun 3rd set ....
tengok2 menang lah pulak rubber ..surprise .. surprise ...
hafiz ..hafiz ....
anyway congrats la dapat masuk final selepas beberapa tahun berehat ....
congrats gak tan fook/wan wah ..sayangnye aku tak tengok tadi ....
esok lawan hendra/hendri of singapore yg kalahkan 3 bergu malaysia n 1 bergu indon .... tetiba terror lak dorang ni ....
goodluck julia, hafiz n tan fook/wan wah utk final esok ... fightingggg!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz ketuai kemaraan ke babak akhir Terbuka India
KUALA LUMPUR - Pemain-pemain negara meneruskan persembahan cemerlang apabila mengesahkan tiga daripada lima aksi perlawanan akhir badminton Terbuka India selepas mengetepikan lawan masing-masing pada separuh akhir, semalam.
Muhammad Hafiz Hashim mengetuai cabaran pemain negara apabila mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain China, Chen Long 21-18, 19-21, 21-15.
Namun, hasrat Hafiz untuk mencatat kejuaraan pertama sejak sekian lama berdepan laluan sukar apabila menentang pilihan kedua kejohanan, Taufik Hidayat dalam perlawanan akhir hari ini.
Taufik melangkah ke perlawanan akhir selepas mudah melepasi tentangan pemain senegara Tommy Sugiarto 21-13, 21-11.
Malaysia turut mempunyai wakil dalam acara perseorangan wanita apabila Julia Wong mengetepikan pemain Singapura Zhang Bei-wen 19-21, 21-13, 21-15 dan akan menentang pemain Perancis, Pi Hongyan di perlawanan akhir hari ini.
Beregu veteran negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah hanya memerlukan 24 minit untuk menyingkirkan pasangan Indonesia Joko Riyadi-Candra Wijaya 21-6, 22-20 untuk ke final.
Pasangan pilihan pertama kejohanan itu akan ditentang lawan dari Singapura Hendri Kurniawan Saputra-Hendra Wijaya bagi penentuan juara beregu lelaki.
Hendri-Hendra melangkah ke akhir selepas mudah menundukkan cabaran beregu Indonesia, Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 21-13, 21-15 dalam masa 24 minit.
Sementara itu, beregu campuran negara Ong Jien Guo-Chong Sook Chin kandas pada separuh akhir apabila terpaksa akur pada kehebatan pasangan tuan rumah, Diju Valiyaveetil-Jwala Gutta 21-11, 21-12.
**********************************************************************
all the best to malaysian shuttlers - |
|
|
|
|
|
|
|
mr yo yo dpt g finale???
congrates then... |
|
|
|
|
|
|
|
julia skrang tgh draw 1-1................ |
|
|
|
|
|
|
|
uhuhuhuh..... da klh |
|
|
|
|
|
|
|
CTF/LWW dah menang..
main ape ni...kejap nk mampos |
|
|
|
|
|
|
|
kejap je uncle dah menang... next hafiz lak |
|
|
|
|
|
|
|
hafiz kalah daaa... |
|
|
|
|
|
|
|
aaaah, semalam ngan tadi tengok semua match malaysia....haha....
tentang julia, dia muda lagi so this is just expirience....bagus jugak ada back up wong mei choo,
aku kesian kat org tua china france(pi hong yan) tu, so biar lah dia menang..lagipun julia wong banyak masa lagi....
tentang hafiz plak, aku happy ja bila tgk match dia nie....tak kisahlah dia menang atau pun kalah, since aku tak mau berharap sgt kat mister cool(as said as the indian commentator)......
dan paling mengejutkan , aku tgk persembahan tan fook, wan wah...... sangat advance, perfect......laju giler diorang main, macam org muda.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #150 ussopp's post
tan fook/wan wah main laju sangat sampai tak sempat aku tengok ...
aku tukar channel masa dorang warm up ....
bukak balik dah 2nd set ..nak menang sgt dah ..... laju gilossss .... 16min je ...
congrats to them :pompom:
julia .... it's okay ... cuba lagi ..improve lagi ....
hafiz ... no comment. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #151 kayla\ catat
hafiz.....no comment suit him well........
julia.....cam ada potensi je dia ni kan.....
tan fook wan wah......same ngan aku....
aku baring dlm bilik sambil dengar bapak aku tgk kat luar, 21-9 first set....aku ingat 21-19
bangun tgk second set pun cepat jer,,,,takdek rally
lepas kawin makin fit plak wan wah tu walopun gemok sket... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tertidur petang tadi..
habis terlepas semua |
|
|
|
|
|
|
|
Terbuka India: Satu lepas, dua tersungkur
JULIA terpaksa akur kepada kehebatan Pi Hongyan pada perlawanan akhir perseorangan wanita Terbuka India semalam.
NASIB berbeza dialami kem badminton negara pada Kejohanan Terbuka India semalam apabila pasangan beregu veteran berjaya muncul juara ketika dua lagi pemain perseorangan tersungkur di peringkat akhir.
Pilihan utama, Chong Tan Fook-Lee Wan Wah mempamerkan kelas tersendiri dengan menumpaskan pasangan Singapura, Hendri Kurniawan Saputra-Hendra Wijaya 21-9, 21-11 untuk menjuarai acara beregu lelaki pada aksi di Stadium Gachibowli, Hyderabad itu.
"Mereka tidak bermain dengan baik, banyak melakukan kesilapan dan kami pun terus mengutip mata untuk memenangi permainan sejak set pertama.
"Ia satu perlawanan yang agak mudah bagi kami," kata Wan Wah mengenai kejayaan mereka semalam.
Begitupun, nasib berbeza pula menimpa dua pemain perseorangan negara, Mohd. Hafiz Hashim dan Julia Wong Pei Xian yang tumpas di peringkat akhir.
TAN FOOK (kanan) dan Wan Wah mudah mengenepikan pasangan
Singapura dalam acara akhir beregu lelaki semalam.
Meskipun memulakan permainan dengan baik, Hafiz bagaimanapun hilang tumpuan ketika berdepan pemain No. 7 dunia, Taufik Hidayat dari Indonesia dan terpaksa akur dengan kekalahan staright set, 18-21, 19-21.
Dengan kepantasan dan ketepatan hantaran, Taufik yang tampil lebih yakin sebagai pemain pilihan kedua kejohanan, mudah menjinakkan Hafiz dan membawa pulang hadiah kemenangan AS$9,000 (RM32,557).
Dalam kategori perseorangan wanita pula, Julia yang membuat kejutan memenangi set pertama ke atas pemain yang lebih berpengalaman, Pi Hongyan dari Perancis, gagal menyaingi kehebatan lawannya itu dalam dua set seterusnya.
"Dia membuka kembali permainan dan membuatkan saya berlari segenap penjuru gelanggang sekali gus menyebabkan saya membuat banyak kesilapan dan kehilangan beberapa mata.
"Saya sangat kecewa. Ini kekalahan ketiga saya dalam perlawanan akhir," kata Julia yang masih memburu kejuaraan pertama dalam kariernya.
Dalam kategori beregu wanita pula, pasangan China, Jin Ma- Xiaoli Wang menewaskan pasangan Indonesia, Vita Marissa- Nadya Melati 21-14, 21-13 untuk muncul juara.
Pasangan Indonesia, Flandy Limpee-Vita Marissa pula berjaya menyekat hajat pasangan tuan rumah, India Diju Valiyaveetil-Jwala Gutta apabila menang 21-14, 21-17 untuk merangkul gelaran beregu campuran. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha...aku pn xtgk IO ni.mcm xde seri juz ikut perkembangan kt cni je
kayla..ko da tgk blom video aweng terbang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #156 lionsleepin's post
padanla senyap sunyi kat sini ...lyn n aza pun lansung tak nampak muka ...
ko tengok kat mana video aweng tu???
aku tak tengok lansung la walaupun ada tunjuk kat astro ...
baca kat paper je dia menang silver ... kalah setengah tayar ...
dengar dia buat willie lagi ekkk ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kedudukan Hafiz belum selamat
KUALA LUMPUR - Layak ke babak akhir Terbuka India belum menjamin kedudukan Muhammad Hafiz Hashim dalam skuad kebangsaan kerana masih banyak yang perlu dibuktikan oleh bekas juara Seluruh England itu jika mahu dikekalkan.
Ujian terbesar Hafiz selepas ini adalah mencari keputusan konsisten pada Kejohanan Badminton Asia di Suwon, Korea Selatan pada 7-12 April ini atau bakal ditunjukkan jalan keluar.
Ketua jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek mengakui, pemain tinggi lampai berusia 27 tahun itu sering membuat para jurulatih dalam keadaan serba salah, sama ada mahu mengekalkan atau menyingkirkannya.
Walaupun masih memiliki skil dan pengalaman yang diperlukan oleh skuad kebangsaan, namun prestasi turun naik dan tidak bersemangat yang sering dipamerkan juara Sukan Komanwel 2002 itu menyebabkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula hilang sabar.
"Melayakkan diri ke perlawanan akhir Terbuka India adalah keputusan yang bagus buat Hafiz untuk mengembalikan keyakinan dan memulihkan kariernya tetapi ia belum cukup untuk meyakinkan BAM.
"Hafiz kena tunjukkan prestasi yang konsisten, dia perlu buktikan bahawa kebangkitannya bersifat berterusan bukan sekadar dalam satu kejohanan. Saya fikir, Kejohanan Asia di Korea nanti adalah ujian sebenar buatnya,'' kata Rashid.
Menurut Rashid, walaupun pemain pelapis bimbingannya seperti Tan Chun Seang, Chan Kwon Beng, Chong Wei Feng dan Liew Daren menunjukkan peningkatan prestasi tetapi Hafiz sebenarnya masih satu tahap di atas mereka.
Malah, beliau tidak menolak bahawa juara Seluruh England 2003 itu masih punya peluang untuk beraksi pada Kejohanan Dunia di Hyderabad, 10-16 Ogos ini tetapi bergantung kepada prestasinya dalam tempoh terdekat.
"Secara jujur, saya sebenarnya masih memerlukan Hafiz dalam skuad kebangsaan, skil dan pengalaman yang dimilikinya masih berguna, tetapi kalau dia tidak menunjukkan komitmen yang bagus, saya rasa jurulatih pasti serba salah untuk mencadangkan namanya kepada BAM.
"Sekarang, kita tengok dulu apa yang boleh dilakukannya pada Kejohanan Asia. Bukan kita letak sasaran dia menjuarai semua kejohanan tetapi kita mahu dia tunjukkan satu permainan yang boleh diterima, kalau kalah pun biar kalah melawan dan kepada pemain yang sepatutnya,'' ujar Rashid lagi.
Pada Terbuka India yang berakhir kelmarin, Hafiz tunduk 18-21, 19-21 kepada juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia pada saingan akhir selepas menewaskan pemain remaja China, Chen Long 21-18, 19-21, 21-15 di separuh akhir.
Chun Seang pula muncul pemain pelapis terbaik negara dengan melangkah ke suku akhir sebelum tumpas kepada pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto 21-13, 18-21, 9-21.
Sementara itu, Rashid membayangkan Julia Wong mampu memegang peranan utama dalam perseorangan wanita pada Kejohanan Dunia nanti dengan syarat dia konsisten dalam permainan.
Julia menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika melangkah ke final di India sebelum kalah 21-17, 15-21, 14-21 kepada pilihan utama, Pi Hongyan dari Belanda pada saingan akhir.
"Julia sebenarnya sudah memiliki standard permainan yang baik tetapi mempunyai masalah besar - gagal mengekalkan rentak permainan dan kurang keyakinan.
"Buat masa sekarang, saya masih belum nampak dia sudah bersedia untuk mengambil alih tempat Wong Mew Choo tetapi saya percaya, kejayaan layak ke final di India meningkatkan keyakinannya menuju ke Kejohanan Dunia.
"Kalau dia mendapat rentak dan mencatat keputusan baik, tiada sebab dia tidak boleh menjadi sebaik Mew Choo," kata Rashid lagi.
****************************************************************************
setakat baru dapat masuk final india belum janji apa apa
lagi pun hafiz memang tak consistent.. - so tak boleh nak
harapkan dia lebih2 pun -
|
|
|
|
|
|
|
|
congrates uncle2 ikan .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 30-3-2009 20:30
padanla senyap sunyi kat sini ...lyn n aza pun lansung tak nampak muka ...
ko tengok kat mana video aweng tu???
aku tak tengok lansung la walaupun ada tunjuk kat astro ...
baca kat paper j ...
ehem.. patut la aku tersedak.. kayla menyeru nama aku rupanya
busy la skrg ni.. indian open tak follow langsung..
anyway, congrats to uncle2 ikan sweet |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 30-3-2009 20:30
padanla senyap sunyi kat sini ...lyn n aza pun lansung tak nampak muka ...
ko tengok kat mana video aweng tu???
aku tak tengok lansung la walaupun ada tunjuk kat astro ...
baca kat paper j ...
hehehehe...sunyi ek.tu la tournament kureng meriah.aku tgk match pn mcm ape je
tu yg malas nk proceed tu..
haah aku tgk yg semifinal tu ngn bangge dia terbang..stylo la
yg final tu 1st round dia kalaha by photo finish..sbb aku tgk sampai sesame je
2nd round menang, yg 3rd tu mmg dia ketinggalan la..tp still proud of him |
|
|
|
|
|
|
| |
|